HAIDER LUTHFAN

נכתב על ידי thelifeof_rene

6.4M 323K 82.9K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... עוד

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)

LARAYNE XAVIERA

143K 6.5K 2.9K
נכתב על ידי thelifeof_rene

Setelah  pemergiaan isterinya, Haider sampai sekarang masih menanti agar Xaviera masuk kedalam mimpinya. Siang malam dia meminta untuk dipertemukan semula walaupun hanya dalam mimpi.

"Ya Allah, aku mohon kepadaMu beri aku kesempatan untuk bertemu dengan isteriku. Sungguh aku ini terlalu rindu dengannya." Menitis air mata Haider meminta kepada sang Pencipta untuk menemukannya dengan Xaviera.

Ada benda yang dia nak sampaikan dengan isterinya. Salam perpisahan. Dia tak sempat nak berpisah dalam keadaan yang sudah redha. Dia cuma nak sampaikan yang dia cintakan Xaviera dunia dan akhirat dan dia nak peluk Xaviera untuk terakhir kalinya. Hanya itu yang dia mahu.

Sedang Haider meluahkan perasaannya, kedengaran pintu bilik dikuak dari luar. Kelihatan Haikal sedang menapak masuk bersama dengan sisa airmatanya.

"Papa." Panggil Haikal dengan suara yang habis menangis.

Tertoleh kepala Haider kebelakang apabila mendengar suara kecil tersebut.

"Kenapa tak tidur? Nightmare?" ditarik tangan Haikal duduk di pangkuannya. Ini mesti mimpi buruk.

Haikal hanya mendiamkan dirinya di dalam pelukan Haider. Dia pun tak tahu itu mimpi buruk atau apa.

"Tidurlah. Papa dodoikan Haikal." Arah Haider dengan tangan menepuk bahu anaknya dengan lembut.

Lama dia mendodoikan Haikal dan tanpa disedari air matanya jatuh mengena tangan anak kecil tersebut.

"Papa nangis ke?" soal Haikal dengan mata bulat memandang kearah mata coklat Haider.

Haider pun tak perasan yang dia sedang mengalirkan air matanya. Entahlah dia seperti mendodoikan Xaviera sama seperti malam terakhir sebelum isterinya meninggalkannya untuk selama-lamanya.

"There's no need to try to be tough. It's fine to cry, it's not a sign of weakness." Terkejut Haider mendengar apa yang baru sahaja dibicarakan oleh anak kecil tersebut.

"M-macam mana Haikal tahu ayat tu?"

"Tadi masa Haikal mimpi, ada satu kakak cantik cakap macam tu dengan Haikal." Balas Haikal dengan mata kuyunya. Tetiba pula mengantuk.

"Siapa kakak tu?" Haider masih mahu bertanya kepada Haikal namun anak itu terlebih dahulu sudah terlena.

Tahulah dia wanita yang Haikal jumpa adalah Xaviera. Hanya wanita itu yang mewujudkan kata-kata sedemikian.

"Untungnya Haikal dapat jumpa mama Viera." Ucap Haider dengan sebak. Dia cemburu anak kecil ini boleh berjumpa dengan isterinya.

Dengan perlahan-lahan Haider mengangkat badan Haikal naik ke katilnya. Dia mengambil tempat disisi Haikal lalu ditepuk badan anaknya dengan perlahan dan tanpa disedari dia juga sudah terlena.

...

Haider berjalan menyusuri tumbuhan-tumbuhan hijau berserta bunga yang berkembang harum disekelilingnya. Walaupun dia tak tahu dia berada dimana namun kakinya laju melangkah.

"Aku dekat mana ni?"

"Awak..." kedengaran suara seseorang sedang memanggilnya.

Dia kenal suara itu. Mata mula melilau mencari pemilik suara lunak tersebut.

"Haider," jelas bebola matanya melihat figura Xaviera yang sedang berdiri tak jauh darinya.

Haider terus berlari mendapatkan isterinya. Xaviera juga yang melihat larian Haider mendepakan tangannya, menunggu agar Haider masuk kedalam pelukannya.

"Viera." Haider terus memeluk erat badan wanita itu dan dicium bau Xaviera yang menjadi igauannya.

"Saya rindu awak." Ujar Xaviera disebalik pelukan hangat tersebut.

"Aku pun rindukan kau." Balas Haider dengan perasaan yang sudah tak tertahan. Lima tahun dia menunggu isterinya masuk ke dalam mimpi dan hari ini dia berpeluang berjumpa dengan Xaviera.

Lama mereka dalam keadaan tersebut sehinggalah Haider sendiri meleraikan pelukan itu.

"Kenapa kau tinggalkan aku? Kau dah janji nak dengan aku sampai ke hari tua kita kan?"

"Saya minta maaf. Saya terlalu penat Haider." Balas Xaviera dengan sayu.

"Kenapa cepat sangat kau tinggalkan aku? Aku terseksa Viera. Setiap malam aku rindukan kau." Tak tertahan air matanya meluahkan segala kerinduan didalam hatinya.

"Saya minta maaf." Hanya itu sahaja yang keluar dari bibir delima Xaviera.

Haider sekali lagi menarik Xaviera masuk kedalam pelukannya. Tak terkata perasaannya ketika ini. Walaupun hanya mimpi namun dia terasa nyata.

Xaviera melepaskan pelukan tersebut lalu dihapuskan air mata di pipi Haider.

"Jom, kita jalan-jalan." Ajak Xaviera lalu jarinya diselitkan di jari jemarinya Haider. Mereka tak ada banyak masa jadi mereka perlu menghabiskan waktu yang telah diberi dengan kadar yang segera.

Haider turut membalas tautan tersebut dan mereka berdua saling memaparkan senyuman disepanjang perjalanan tersebut.

"Cantik kan tempat ni awak. Saya suka. Tenang je rasanya." Ujar Xaviera dengan matanya dipejamkan menikmati angin sepoi-sepoi tersebut.

"Tempat apa ni Viera?" takut pula Haider berada ditempat tersebut. Dahlah hanya mereka berdua je.

Xaviera tak membalas malahan dia ketatkan lagi tautan di jari jemari mereka.

Lama mereka berjalan berdamping dengan dikiri kanan mereka dihiasi dengan pelbagai bunga berwarna-warni. Kedua-duanya saling menikmati pemandangan tersebut.

Sesekali Xaviera memetik bunga yang berada didekatnya dan diselitkan bunga tersebut di telinga Haider.

"Awak, cantiknya awak." Kata Xaviera dengan bibirnya dikemamkan. Dia nak ketawa tapi nanti Haider terasa.

"Apa ni Viera? Ingat aku mak nyah ke?" kata Haider dengan tangan diletakkan dibahunya lalu bebola matanya dinaikkan keatas.

Setelah itu, kedengaran terus hilaian ketawa Xaviera apabila melihat wajah meluat Haider. Buruk sangatlah.

Haider yang tak terima diketawakan mula menggeletek perut isterinya dengan kuat sehingga tertunduk-tunduk Viera menahan kegeliaan.

"Haider, geli." Ujar Xaviera bersama dengan gelak ketawa yang amat merdu di pendengaran Haider.

"Tadi bukan main ejek aku kan? Ini lah denda dia." Haider semakin giat menggeletek perut Xaviera sehingga wanita itu melarikan diri.

"Kau nak lari mana Viera?" Teriak Haider dengan kuat.

Xaviera yang tak gentar dengan pandangan tersebut menjelirkan lidahnya namun hanya seketika apabila Haider mengorak langkah mendekatinya.

Dengan pantasnya dia berlari pecut tak membenarkan Haider mendapatkan dirinya.

"Kalau aku dapat kau, aku makan kau Viera." Ugut Haider.

Terhenti terus larian Xaviera mendengar ugutan tersebut. Dengan perlahan-lahan badannya ditolehkan menghadap kearah Haider dan disitu kelihatan senyuman sinis menghiasi bibir Haider.

"Mana aci main ugut-ugut." Rungut Xaviera dengan tak puas hati.

"Kau ingat kau merajuk macam tu comel ke? Tu mulut kenapa muncung sangat? Nak jadi nenek itik?" Bukan dipujuk malahan diperli adalah. Kan dia dah cakap, dia suka wajah marah Xaviera. Pipinya pasti akan naik merah.

"Nenek itik?"

Dia gelar aku nenek itik?

"Aku kira sampai 5, kalau kau tak lari aku makan kau?"

Belum sempat Xaviera nak melarikan diri, kiraan Haider sudah sampai ke angka 5 dan lelaki itu juga sudah berdiri dihadapannya.

"Awak main tipu." Kata Xaviera tak puas hati. Dia mana sempat nak larikan diri, tup tup wajah tu dah berdiri seinci dekat dengannya.

"Siapa suruh kau merajuk sampai aku mengira pun kau tak dengar." Jawab Haider dengan selamba.

"Awak, Annisa!" tunjuk Xaviera dibelakang Haider sekali dengan package  wajah yang penuh terkejut.

"Adoilah! Semak lah Annisa ni." Haider terus menoleh ke belakang namun tak ada pula bayangan Annisa menyapa di pandangannya. Tahulah dia yang Viera hanya memperdayakannya.

Dia kena tipu. Dapat dia dengar bunyi ketawa Xaviera yang seakan mengejeknya. Memang nak kenalah Viera ni.

"Kejarlah saya." Kata Xaviera lalu dengan sekuat tenaga yang dia ada, Xaviera berlari dengan larian yang sangat laju.

"Kalau aku dapat kau, siap kau eh!" Sebelum mengejar langkah isterinya, Haider terlebih dahulu merengangkan kakinya. Apa lah sangat dengan larian Xaviera yang sama level dengan kura-kura.

Sekuat mana pun Xaviera berlari, dengan sekelip mata sahaja Haider sudah berada dibelakangnya.

"Hai."Kata Haider bersama dengan senyuman mengejeknya.

Tertoleh terus kepala Xaviera melihat Haider yang sudah disebelahnya. Mak ai,, laju sangat dia kejar.

"Kau tak akan boleh lari dari aku Viera." Ujar Haider lalu dia merangkul pinggang Xaviera dekat kearahnya.

"Argh!! Haider." Teriak Xaviera apabila kakinya secara tak sengaja tersadung dengan kaki sendiri sehingga menyebabkan mereka berdua jatuh tersembam diatas tanah. Sebetulnya hanya Haider jelah yang jatuh atas tanah, dia pula jatuh diatas badan suaminya.

"Auchh! Yang jatuh atas aku ni gajah ke? Kenapa berat sangat?" Berkerut dahi Haider menahan berat.

"Apa awak ni? Saya tak berat lah." Marah Xaviera dengan tangannya menumbuk dada Haider.

Tergelak Haider melihat wajah kemerahan Xaviera. Xaviera terus berdiri dan menjauhkan dirinya dari badan Haider. Kang penyek anak Tengku Faiza!

"Aku rindukan kau Viera." Senyuman yang tadinya tersungging perlahan-lahan hilang dari bibir itu. Dia tak nak bangun dari mimpi indah ni. Kalau boleh biarlah dia berada dalam mimpi sahaja.

Dia rindu akan senyuman isterinya. Dia rindu akan gelak ketawa Xaviera. Dia rindu akan pandangan Xaviera yang penuh dengan cinta. Dia rindukan semuanya.

"Saya pun rindukan awak Haider." Balas Xaviera bersama dengan senyuman manis.

"Kenapa Viera? Kenapa kau tergamak tinggalkan aku? Mana janji kau?" Dieratkan pelukan dipinggang wanita itu lalu dahinya disatukan dengan dahi Xaviera.

"I'm sorry." Xaviera juga tak tahan melihat wajah sedih Haider. Tubir matanya kian terasa panas dan hanya tunggu masa sahaja untuk jatuh.

"Please Viera. Bawa aku bersama kau. Aku tak nak hidup tanpa kau." Rayu Haider dengan matanya sudah bertukar merah.

"Jangan macam ni sayang. Awak masih diperlukan tau dekat sana. Kalau awak ikut saya, siapa nak jaga Haikal? Jangan biarkan Haikal membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Saya tak nak Haikal rasa apa yang saya rasa."

"Tapi aku tak kuat membesarkan Haikal sendiri." Ujar Haider lagi.

"Awak kuat sayang. Saya akan sentiasa disini, beri kekuatan kepada awak." Balas Xaviera dengan tangan diletakkan tepat di dada Haider.

"Kenapa takdir begitu kejam untuk kita berdua?"

"Jangan cakap macam tu awak. Takdir tak kejam tapi inilah yang terbaik untuk kita berdua. Saya akan selamanya tunggu awak disini. Saya kan bidadari Haider Luthfan." Kata Xaviera dengan tangan mencuit hidung mancung Haider.

"Tunggu aku Viera." Xaviera hanya menganggukkan kepalanya dan diberikan satu ciuman di pucuk hidung Haider.

"Awak, saya minta maaf tapi saya dah nak pergi." Izin Xaviera bersama dengan nada yang cukup sebak.

Sukar untuk mereka untuk sentiasa bersama kerna dunia mereka sudah berbeza. Sakit sangat dengan cinta yang beza alam.

"Viera terima kasih dah datang ke mimpi aku. Ini adalah mimpi yang paling indah pernah aku alami. Rehatlah sayang. Aku redha dengan pemergian kau. Aku cuma nak sampaikan yang kau akan sentiasa ada dihati aku dan tak akan diganti dengan wanita lain. Aku cintakan kau dunia dan akhirat." Ucap Haider lalu dia melabuhkan ciuman hangat di ubun-ubun isterinya.

Lama bibir itu mendarat di ubun-ubun Xaviera. Masing-masing sudah mengalirkan air mata. Sekali lagi mereka akan terpisah untuk selama-lamanya.

"Terima kasih Haider. Jika ada wanita lain yang lebih baik dari saya, nikahilah dia. Biarkan dia menjaga awak dan berbahagialah dengan dia." Pesan Xaviera. Biarlah ada peneman lelaki itu dihari tuanya.

Haider menggelengkan kepalanya lalu air mata itu diusap dengan ibu jarinya.

"Datang lah seribu perempuan yang baik, aku tak akan khianati cinta kau. Hanya Larayne Xaviera yang ada dihati Haider Luthfan." Haider mengambil tangan isterinya lalu diletakkan di dadanya. Biarlah dia hidup tanpa ada peneman kerna hanya Xaviera sahaja yang mampu membahagiakannya.

Xaviera tersenyum lalu dicium rahang Haider sebelum kakinya perlahan-lahan menjauh pergi dari suaminya.

"Viera." Panggil Haider dengan tangannya mencapai jari runcing wanita itu.

"Sebelum kau pergi, boleh tak kau panggil aku abang. Aku nak sangat dengar." Pinta Haider dengan air mata yang menitis.

Xaviera tersenyum mendengar permintaan tersebut dan senyuman itu ditemani dengan air mata.

"Selamat tinggal abang. I Love You." Ucap Xaviera dan dengan perlahan-lahan dirinya hilang disebalik cahaya putih.

Dan bayangan Xaviera pun hilang dari pandangannya. Haider meletakkan lengannya diatas mata menutupi air mata yang sudah laju mengalir.

"Selamat tinggal sayang. I Love You too." Balas Haider dengan mata masih terpejam. Dia tak nak bangun kerna dia masih lagi dapat rasakan sentuhan lembut wanita yang sangat dia rindui.

Dia mahu terus tidur. Dia mahu terus dalam mimpinya walaupun dia tahu Xaviera tak akan muncul lagi di mimpinya.



-Tamat-

marilah follow ig saya, renethelifeof_

המשך קריאה

You'll Also Like

2.9M 160K 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau d...
48.9K 3K 22
Slow Update Happy reading with meeee !! 🫶🏻💜
579K 32K 26
2020 | TERBIT 2022 This story might not be the best from me, and I am sorry. "There's rhythm that right for your soul." *** Ini adalah kisah gadis Me...
893 38 1
"𝓜𝔂 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓯𝓸𝓻 𝔂𝓸𝓾 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓫𝓮 𝓷𝓮𝓿𝓮𝓻-𝓮𝓷𝓭𝓲𝓷𝓰. 𝓐𝓷𝓭 𝓘 𝓼𝔀𝓮𝓪𝓻 𝔂𝓸𝓾 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓫𝓮 𝓶𝓲𝓷𝓮 𝓯𝓸𝓻 𝓽𝓱𝓮 𝓻𝓮𝓼𝓽 𝓸𝓯 𝓶...