HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.5M 328K 84.6K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-74 (END)

152K 5.5K 5.1K
By thelifeof_rene

Lama Haider mendiamkan diri. Dia pun tak tahu nak bagi jawapan apa. Mata yang tadinya memandang Haikal kini beralih ke Tengku Aryan. Meminta pandangan daddynya.

Tengku Aryan turut membalas pandangan dingin Haider dan kepala ditundukkan sedikit. Begitu juga dengan Ayyan yang turut menganggukkan setuju dengan Tengku Aryan.

Haikal tak bersalah. Dunia sahaja terlalu kejam untuk anak kecil itu.

"Suami kau tak tuntut Haikal ke?" Soal Haider.

"Awak tak payah risau tentang hal tu. Dia memang tak ambil kisah pun tentang kami." Balas Annisa dengan tangannya erat mengenggam tangan kecil Haikal.

"Kalau macam tu, tinggalkan Haikal dengan kami. Kami akan jaga dia." Tak tahu nak rasa apa, air mata mula bergenang di tubir mata Annisa. Biarlah hanya dia yang menderita di tangan Ferhad, yang penting Haikal selamat.

"Terima kasih." Ucap Annisa dengan air mata yang berjujuran.

Mata memandang kearah Haikal dan diusap lembut pipi tembam anaknya. Berat rasanya nak berpisah dengan Haikal tapi dia terpaksa.

"Haikal, lepas ni mama dah tak jaga Haikal. Mama nak pergi jauh sayang. Jadi Haikal duduk sini dengan uncle Haider tau."

"Mama nak pergi mana?" Soal Haikal dengan mata terkelip-kelip. Kelihatan juga bibir kecil itu sudah tersebek-sebek menahan tangisannya.

"Mama tak pergi mana-mana sayang. Mama cuma nak berehat je." Balas Annisa dengan lembut. Dia kuatkan hatinya untuk tak tumpahkan air mata di hadapan Haikal.

"Mama jangan nangis." Haikal menghapuskan air mata Annisa dengan tangan kecilnya. Sejauh mana dia nak tahan, air mata itu pasti akan mengalir apabila berdepan dengan Haikal. Hanya Haikal yang faham keadaannya.

"Mama tak nangis sayang. Jangan nakal-nakal tau. Jangan susahkan sesiapa pun dalam rumah ni." Pesan Annisa kepada anaknya.

Haikal hanya menganggukkan kepalanya dan badan terus memeluk tubuh Annisa. Annisa turut membalas pelukan anaknya. Dilepaskan semua tangisannya kerna ini mungkin pelukan terakhir mereka berdua.

"Haikal jangan sedih-sedih ya. Mama sentiasa ada dihati Haikal." Ucap Annisa lalu dia cium pipi Haikal bertalu-talu. Setelah menyampaikan pesanan terakhirnya, Annisa menyuruh Haikal untuk pergi ke pangkuan Haider.

"Sebelum saya pergi, sekali lagi saya nak minta maaf atas segala kesalahan yang saya dah lakukan terhadap keluarga ni. Minta maaf sangat-sangat terutamanya kepada Haider, Mummy, Daddy dan juga Ayyan. Tolong maafkan saya supaya saya boleh pergi dengan tenang." Pinta Annisa untuk sekian kalinya namun keluarga itu hanya diam. Tahulah dia bahawa mereka masih marah akan dirinya.

"Kalau macam tu saya pergi dulu." Pamit Annisa apabila dia rasakan kedatangannya hanyalah satu gangguan.

"Nisa." Belum sempat dia melangkah keluar, Haider memanggil namanya.

"Aku maafkan kau dan Viera dah lama maafkan kau. Dia langsung tak simpan dendam terhadap kau." Air matanya cuba ditahan. Setiap kali nama itu keluar dari bibirnya perasaan sebak pasti akan menguasai diri Haider.

Annisa tersenyum lega mendengar kata-kata itu. Kenapa dia terlalu kejam terhadap Xaviera sedangkan wanita itu sangat mulia.

Terima kasih Viera. Awak masih maafkan saya yang kejam ini. Semoga awak akan tarik saya masuk ke dalam syurga.

Dan selepas itu, Annisa terus melanjutkan langkahnya. Haikal yang perasan pemergian Annisa mula mengejar langkah mamanya.

"Mama!" Teriak Haikal dengan kuat.

Namun Annisa hanya memekakkan telinganya. Dia kuatkan hati untuk tak menoleh ke belakang. Dia tak sanggup melihat wajah anaknya.

"Mama!" Teriak Haikal lagi. Dia mahu mengejar langkah mamanya namun dihalang oleh Haider.

"Uncle ada kan sayang." Pujuk Haider dengan lembut.

"Haikal nak mama!"

Sedaya upaya Haider memujuk Haikal agar tak merengek mendapatkan Annisa. Bukan setakat Haider, Tengku Aryan dan Tengku Faiza turut memujuk anak kecil itu.

Tak lama selepas itu kedengaran bunyi dentuman yang sangat kuat di luar pagar perumahan Tengku Aryan. Mata semua memandang kehadapan dan mereka tahu itu adalah bunyi kereta kemalangan.

"Mak Yam!" Teriak Haider dengan kuat. Kenapa perasaan dia tak enak.

"Bawa masuk Haikal." Arah Haider lalu dia pergi mendekati kearah kejadian. Kesemua mereka menuju ke luar rumah untuk melihat keadaan kereta tersebut.

"Ya Allah, Annisa." Terkejut Tengku Faiza melihat keadaan Annisa yang sudah terbaring lemah diatas jalan raya dengan keadaan kepalanya yang sudah banjir dengan darah.

Tengku Faiza terus mendekati Annisa melihat keadaan wanita itu. Annisa sudah berada dihujung nafas yang hanya menunggu masa sahaja.

"M-maaf..-kan A..Ann..isa.." sampai hujung nyawanya pun dia masih mengungkapkan permintaan maaf.

Perlahan-lahan matanya tertutup rapar dan selepas itu tiada sudah suara Annisa.

"Ya Allah! Annisa." Tengku Faiza sudah tak mampu melihat keadaan Annisa. Begini pengakhiran Annisa. Tak dia sangka, Annisa pergi begitu sahaja tanpa ada pamitan dengan umi dan abinya.

"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un." Dipeluk bahu Tengku Faiza menenangkan isterinya yang sudah tersedu melihat pemergian Annisa. Haider dan Ayyan yang baru tiba juga sudah terkejut melihat pemergiaan Annisa.

Rehatlah Shaheen Annisa.

...

Seminggu selepas pemergiaan Annisa, hari ini Haider membawa Haikal melawat mamanya. Seminggu jugalah Haikal merengek mencari Annisa dan untung sahaja dia boleh menenangkan anak kecil tersebut.

"Papa, mama tak nak jumpa Haikal ke? Dah seminggu Haikal tak tengok mama. Haikal rindu." Ujar Haikal dengan mata memandang kearah mata coklat Haider.

Atas permintaan dari Haider, Haikal diminta untuk memanggilnya dengan panggilan papa. Dia akan sayang Haikal seperti anaknya sendiri.

"Mama dah rehat sayang. Dunia ni terlalu kejam." Diusap lembut rambut Haikal. Tumpah sayangnya kepada anak kecil yang berada dihadapannya.

"Papa Ferhad pun kejam." Ujar Haikal dengan bibir dicebirkan. Dia tak suka dengan Ferhad.

"Itu sebab mama pergi ke tempat yang lebih baik, supaya mama dah tak jumpa dengan papa Ferhad." Jawab Haider bersama dengan senyumannya.

Dia tahu semua kisah kehidupan Annisa setelah bergelar isteri kepada lelaki bernama Ferhad. Dihina, dicaci, dipukul semua Annisa sudah rasa. Haikal selalu ceritakan kepadannya bagaimana kejamnya Ferhad melayan Annisa.

"Tapi kenapa mama tak bawa Haikal sama?" Tersedar lamunan Haider mendengar soalan tersebut.

"Mama kan dah pesan, mama sentiasa ada dihati Haikal." Kata Haider lalu tangannya diletakkan didada anak kecil itu. Haikal hanya menganggukkan kepala walaupun dia tak faham maksud Haider.

"Dah, sekarang kita bacakan al fatihah untuk mama."  Dan Haider pun mengetuai bacaan tersebut.

Selesai mereka membaca al fatihah, Haider dan Haikal membersihkan terlebih dahulu tempat perkuburan Annisa yang sudah dipenuhi dengan rumput-rumput kecil.

"Mama, rehatlah. Haikal janji Haikal tak nakal-nakal." Ucap Haikal sebelum dia meninggalkan tempat tersebut.

Setelah mereka menziarahi kuburan Annisa, Haider membawa Haikal menuju ke perkuburan isterinya. Lama dah dia tak datang tengok bidadarinya.

"Kita nak pergi mana papa?" Soal Haikal apabila laluan mereka bukannlah menuju ke kereta malahan ke tempat lain.

"Papa nak jumpa bidadari papa." Jawab Haider dengan tangan memimpin tangan kecil Haikal.

"Bidadari?" Soal Haikal dengan pelik. Haider hanya tersenyum sebagai balasan kepada soalan anak kecil tersebut.

"Assalamualaikum Viera. Tak sedarkan dah lima tahun kau tinggalkan aku. Aku terasa seperti mimpi buruk dan setiap kali aku bangun aku harap sangat yang kau ada disisi aku tapi..." Terhenti Haider daripada terus menyambung kata-katanya.

Haider cuba untuk membuang perasaan itu. Dia tak nak keadaannya seperti dulu. Dia dah belajar lepaskan Viera cuma kekadang sahaja perasaan rindu itu singgah dihatinya.

"Aku lupa. Hari ni aku ada bawa Haikal. Kau ingat tak nama Haikal?" Diusap rambut lebat Haikal dengan lembut.

"Awak, boleh tak saya bagi nama dekat anak awak dengan Nisa?"

"Boleh sayang. Nak letak nama apa?"

"Kalau lelaki saya nak bagi nama Haikal Lathif."

"Kalau perempuan?"

"Itu terserah Annisa. Saya bagi nama lelaki je, nanti kalau anak awak keluar dan jantina dia lelaki pakailah nama yang saya bagi tapi kalau perempuan yang keluar letak lah nama yang dipilih oleh Annisa."

"Ini ke bidadari papa?" Haider menganggukkan kepalanya lalu dia meletakkan Haikal diatas pangkuannya.

"Papa rindukan bidadari papa. Dah lima tahun bidadari papa tinggalkan papa sendirian. Papa rindu sangat." Air matanya cuba ditahan sebaik mungkin.

"Papa janganlah sedih. Macam Haikal, mama sentiasa ada di hati Haikal. Mesti bidadari papa pun ada dihati juga kan." Kata Haikal dengan tangan diletakkan didada Haider.

Haider hanya tersenyum dan dicium lembut ubun-ubun Haikal. Sekurang-kurangnya dia ada Haikal yang boleh menemaninya disaat dia kesunyian.

"Viera, aku balik dulu tau. Esok aku datang lagi. I love you Larayne Xaviera." Ucap Haider dengan sebak. Berat hatinya untuk meninggalkan tempat tersebut namun dia perlu merelakan semuanya. Isterinya sudah tenang disana.

"Tunggu aku tau Viera, nanti kita jumpa dekat sana."

"Bidadari papa boleh tak Haikal minta tolong?" Terjongket kening Haider dengan permintaan tersebut. Comel pula Haikal panggil Viera bidadari papa.

"Kalau bidadari papa jumpa mama Haikal, bagitahu dengan mama tunggu Haikal juga tau. Sampaikan dengan mama, Haikal sayangkan mama. Bagitahu juga dengan mama, yang Haikal akan dengar cakap papa, tok wan, tok ma dengan papa Ayyan. Haikal tak nakal-nakal!"

"Haikal pun tak akan nangis cari mama sebab papa kata lelaki mesti kuat." Sambung Haikal lagi.

Haider hanya tersenyum tipis mendengar permintaan anak kecil tersebut.

"Itu jelah bidadari papa."

"Dah?" Haider meminta kepastian kepada anaknya sebelum mereka berangkat pergi.

"Dah papa." Balas Haikal dengan ceria.

"Jom!" Ajak Haider lalu dia mendukung Haikal dan mereka keluar dari tempat tersebut.

Terima kasih Ya Allah sudah meminjamkan seorang wanita yang sangat baik dan kuat. Larayne Xaviera adalah nama yang sentiasa memenuhi hati Haider Luthfan.

Terima kasih juga Ya Allah sudah mempertemukan hambaMu dengan malaikat kecil ini. Dan untuk Shaheen Annisa terima kasih sudah bertahan selama ini dan menjaga Haikal dengan sangat baik. Rehatlah dan semoga tenang disana.

Dunia terlalu kejam untuk wanita sebaik Xaviera dan wanita sekuat Annisa.


Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.












TAMAT
07.03.2022












Bismillah,

Dengan ini berakhirlah Mrs Haider Luthfan. Terima kasih kepada readers yang setia bersama cerita ini. Saya ingin memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang membuat cerita ini.

Maafkan segala ketypoan, kesalahan tatabahasa, kesalahan tanda baca serta cerita yang tak masuk akal. Maafkan segala salah silap saya. Kalau ada typo korang komen je eh, nanti ada masa saya edit balik. Hohoho,,

Maaf juga kerna cerita ini tak memenuhi jangkaan readers. Dan maaf kerna ending dia tak seperti yang diinginkan. Dunia terlalu kejam untuk Xaviera dan Annisa.

Sebelum mengakhiri, saya ada beberapa soalan untuk readers dan kalau sudi jawablah hehhehe:

1) Apa pendapat korang tentang cerita Haider Luthfan?

2) Ada tak input/pengajaran yang korang dapat dari cerita ni?

3) Banyak-banyak bab, bab mana yang paling membuatkan korang nangis atau terkesan dalam diri korang?

4) Satu kata untuk Viera dan juga Haider?

5) Taglah kawan korang yang patut baca cerita ni.

Ok itu sahaja, sekian terima kasih.

Sekian  terima kasih dan selamat malam. Assalamualaikum❤️

Jangan lupa follow saya di ig (renethelifeof_) boleh sembang2 cinta dekat sana💋

Continue Reading

You'll Also Like

4.1M 314K 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ad...
922 66 3
☆°꒰𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟐꒱°☆ 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍 | 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐋𝐀𝐑𝐈𝐂𝐄 Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...
6.2M 176K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...
10.7M 241K 31
US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot in Comedy] Ariq Frandy Louise memang d...