HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 83.1K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-70

129K 4.8K 1.6K
By thelifeof_rene

Haider membawa masuk Xaviera dengan tergesa-gesa  dan apabila jururawat yang bertugas melihat keadaan wanita itu mereka terus meminta agar Haider membawa Xaviera masuk kedalam ruangan kecemasan.

Seketika Haider diminta untuk tunggu diluar sementara doktor memeriksa keadaan Xaviera. Akur dengan arahan pihak hospital, Haider menunggu isterinya diluar dengan jantung yang berdegup laju.

"Ya Allah! Viera bertahan sayang. Jangan tinggalkan aku."

Di ruangan kecemasan, masing-masing sudah sibuk untuk menyelamatkan Xaviera. Jururawat yang bertugas sibuk meletakkan wayar di dada Xaviera agar degupan jantung pesakit itu dapat dilihat melalui monitor.

Tiiitttttt!!

"Degupan jantung pesakit menurun." Teriak salah satu jururawat. Kebetulan Bella yang bertugas pada malam itu  terus menekan dada pesakitnya.

"Get the defibrillator!" teriak Bella dengan kuat apabila tiada sebarang peningkatan degupan jantung Xaviera.

Haider yang berada diluar sudah risau dengan keadaan yang kelam kabut di ruangan itu. Dalam hati dia berdoa agar isterinya masih diberi kesempatan untuk bernafas.

"Charged and clear!" ternaik sedikit badan Xaviera apabila terkena dengan renjatan tersebut.

Seperti tadi dengutan jantung Xaviera hanya menunjukkan garisan lurus. Sedaya upaya Bella cuba untuk menyelamatkan pesakitnya. Please Viera, bertahan!

"Charged and clear!" sekali lagi alat itu diletakkan didada Xaviera namun monitor jantung Xaviera hanya menunjukkan garisan lurus. Terkaku Bella mendengar bunyi mesin tersebut.

"Viera..."

Tiiiiiiiiiiiiiiittttttttttttttt...

Mereka semua yang berada di dalam ruangan itu juga tak mampu nak bereaksi seperti mana. Semuanya terkejut dengan apa yang sudah berlaku.

"Waktu kematian 9:00 malam."

...

Tengku Aryan dan sekeluarga berlari mendekati kearah Haider yang sedang berdiri menunggu berita tentang isterinya.

"Macam mana Haider?" tanya Tengku Aryan namun hanya gelengan lemah sahaja jawapan dari anaknya.

Dan keadaan kembali sunyi sepi sehinggalah mereka terdengar seseorang memanggil mereka.

"Keluarga Puan Xaviera." Bella menghampiri sekumpulan orang ramai yang sedang memandang kearahnya.

"Saya suaminya." Sahut Haider dengan detak jantung yang sudah laju berdegup.

Bella menarik nafasnya dan dikumpulkan segala kekuatan untuk menyampaikan berita duka ini.

"Maafkan kami. Kami dah buat semampu tapi Allah lebih sayangkan Puan Xaviera." Tertunduk lemah doktor Bella menyampaikan berita tersebut.

Dia turut bersedih kerna sebelum ini dialah doktor yang merawat penyakit Xaviera. Dialah juga yang sentiasa memberi semangat kepada Xaviera untuk terus membuat rawatan tapi hari ini dia sendiri isytiharkan pesakit kesayangannya sudah tiada. Sangat sulit untuk dia sampaikan berita itu.

Terdiam keluarga Tengku Aryan mendengar berita tersebut. Mereka tak percaya Xaviera yang mereka kenal dah tiada. Tak mungkin!!

"Maafkan saya..." kedengaran suara Bella yang sedang menahan tangisannya.

Haider yang tak terima kenyataan itu menerpa kearah doktor muda itu lalu kolarnya dicengkam dengan erat.

"Bertahun kau belajar untuk bergelar seorang doktor tapi untuk selamatkan isteri aku pun kau tak mampu, bagus kau buang kot ni lah bodoh! Kau masuk, kau bangunkan isteri aku." Arah Haider lalu dia menolak badan doktor tersebut dengan kuat sehingga terundur badan kecilnya kebelakang.

"Maafkan saya Encik." Tertunduk lemah Bella dihadapan Haider. Dia pun sedih kerna tak dapat selamatkan Xaviera sedangkan pesakitnya berharap sangat yang Bella boleh selamatkan dia.

"M-maafkan saya.." mengalir air matanya apabila dia gagal menunaikan permintaan Xaviera.

Haider sekali lagi mahu menyerang Bella namun Ayyan pantas menghalangnya. Digelenggkan kepalanya menandakan perbuatan itu adalah salah.

Dan pandangan kembar tersebut saling bertaut.

"Viera." Panggil Haider dengan sayu. Ya Allah, dia baru je rasa ciuman hangat isterinya. Ini pasti mimpi.

"Doktor, boleh kami tahu Xaviera sakit apa?" Setelah lama mereka terkelu, kedengaran suara Tengku Aryan bertanya kearah doktor yang sedang tertunduk.

"Puan Xaviera menghidap barah otak." Sekali lagi kenyataan yang sangat sulit untuk mereka terima. Haider sudah terkelu mendengar berita itu. Viera sakit dan selama ini isterinya berjuang sendiri. Ya Allah...

Semuanya sudah mengalirkan air mata. Haider, Ayyan, Emyr, Fatih, Tengku Faiza, Tengku Aryan serta Mak Yam. Semuanya sudah merembeskan air mata.

"Maaf bertanya, Viera tak jalankan rawatan ke?" Soal Tengku Aryan lagi.

"Awalnya Puan Viera memang ada menjalankan rawatan dan saya  yakin Viera ada peluang untuk teruskan kehidupannya dan melawan penyakit ini namun tak tahu kenapa Xaviera meminta agar rawatan tersebut dihentikan. Dia dah tak nak teruskan dan saya tak mampu nak buat apa." Terang Bella dengan panjang lebar.

"Viera mampu bertahan beberapa minggu ni hanya disebabkan dia mengambil ubat tahan sakit."

"Maafkan saya, saya tak dapat nak selamatkan nyawa Puan Xaviera." Sekali lagi Bella meminta maaf kepada keluarga tersebut.

"Tak apa doktor. Allah lebih sayangkan anak saya." Balas Tengku Aryan dengan sebak. Bukan kuasanya untuk melawan takdir Allah. Xaviera sudah cukup penat dengan dunia ini, biarlah dia berehat.

Disudut yang lain, tanpa dipinta suara Xaviera mula terngiang-ngiang di telinga Emyr, Fathi dan juga Ayyan.

"Ayyan kalau saya dah tak ada, tolong sampaikan kepada Haider yang saya cintakan dia. Kalau boleh wish kan setiap malam."

"Emyr, jangan sakitkan hati wanita. Cukup saya je yang rasa semua tu. Tak semua perempuan tu kuat dan biarlah hanya saya yang rasa disakitkan oleh seorang lelaki. Kalau tak mampu nak bahagiakan anak orang, tinggalkan dia dengan baik. Jangan bagi harapan kepada mereka."

"Fathi jadi anak yang baik dan soleh."

Tak kuat rasanya kaki mereka apabila mendapat tahu itu adalah pesanan terakhir dari Xaviera untuk mereka bertiga.

Emyr sudah mengalirkan air matanya terasa seperti ini adalah semua mimpi. Dia baru je jumpa dengan Xaviera dan kawannya itu penuh dengan gelak ketawa tetapi kenapa hari ni dia tinggalkan mereka.

"Keluarga Tengku boleh masuk lihat Puan Xaviera untuk kali terakhir." Haider terus berlari mendapatkan isterinya. Tak mungkin Viera tinggalkan dia. Mereka berdua dah janji untuk sentiasa bersama.

Lemah kakinya untuk terus mengorak langkah mendekati sekujur tubuh yang sudah ditutup dengan kain putih. Ini betul ke? Viera memang pergi tinggalkan dia?

Seusai dia berdiri dihadapan tubuh isterinya, dengan tangan terketar-ketar dia membuka kain putih yang menutupi wajah wanita yang sangat dia sayang.

Ya Allah! Dia tak kuat memandang wajah pucat Xaviera.

"Viera bangun sayang. Tadi kau suruh aku kejutkan kau kan? Ni, aku dah kejutkan kau. Bangun sayang." Pinta Haider dengan tangisannya.

Namun tiada sahutan dari wajah pucat itu. Viera terlalu lena untuk dibangunkan.

"Viera.." sekali lagi Haider memanggil namun masih sama.

Mak Yam mendekati Xaviera dengan langkah yang lemah. Ya Allah, kenapa anaknya pergi begitu sahaja.

"Viera, bangun nak. Mak Yam dah siapkan sup untuk Viera. Viera dah janji kan nak makan sup Mak Yam. Bangun sayang, siapa nak habiskan sup tu. Sup ayam sedap dihirup kalau panas-panas." Mak Yam sudah tak mampu menahan air matanya. Baru sahaja tengah hari tadi dia melihat senyuman Xaviera namun kini kenapa hanya wajah pucat menyapa bebola matanya.

Ayyan yang mendengar rintihan Mak Yam mula mendekati dan dipeluk badan tua tersebut. Viera rapat dengan Mak Yam dan mesti Mak Yam rasa kehilangan.

"Ayyan bangunkan anak Mak Yam." Pinta Mak Yam dengan tangisannya.

Terkelu Ayyan dengan permintaan tersebut. Kalau dia boleh bangunkan Viera, dari tadi lagi dia akan gunakan kuasanya.

Semua yang berada di ruangan tersebut sudah menangis terutamanya Tengku Faiza. Dia terkilan sangat dengan kehilangan menantunya. Dan yang membuatkan hati tuanya rasa bersalah adalah apabila mendengar Mak Yam sebut tentang sup ayam.

Tengku Faiza mendekati badan  Xaviera yang terbaring kaku. Tangannya memegang erat tangan Xaviera yang sudah berubah menjadi sejuk.

Ini adalah sentuhan pertama yang dia berikan kepada Xaviera. Akhirnya, apa yang diingini oleh Xaviera sudah tercapai. Tengku Faiza sudi memegang tangannya.

"Viera maafkan mummy sayang. Disebabkan mummy, Viera tak sempat nak makan sup ayam. Kalau mummy tahu ini semua terjadi mummy tak ambil sup Viera. Bangun sayang, mummy janji kalau Viera bangun mummy akan buatkan sup untuk Viera. Bangun Viera." Katanya dengan suara yang sedang menahan tangisan.

Namun itu hanya sia-sia. Dipaksa macam mana pun Xaviera sudah tiada.

"Viera, kau dah janji dengan aku kan yang kau nak jadi pembawa dulang masa aku kahwin. Siapa yang nak bawa dulang tu nanti. Bangun lah Viera, kalau kau tak bangun aku tak nak kahwin." Ugut Fathi dengan sebak. Nadanya cuba ditahan sebaik mungkin. Ya Allah dia tak kuat kehilangan kawan sebaik dan sekuat Xaviera.

"Viera, semua dah tuntut janji dengan kau. Bangunlah! Kau tak kesian ke dengan kami? Kita berlima kan dah janji nak bercuti sama-sama." Kali ni Emyr pula mengungkit janji dari Xaviera.

Tiada jawapan dari Xaviera sedangkan mereka yang lain menunggu untuk mendapatkan respon wanita itu.

Semuanya hanya sia-sia. Dia yang dulunya pernah menagih kasih, dia yang dulunya inginkan perhatian, dia yang dulunya ingin dibuai kini hanya tinggal kenangan. Tak ada lagi senyuman Xaviera, tak ada lagi permintaan  Xaviera. Semuanya diganti dengan tubuh yang sudah kaku dan wajah yang pucat.

Kenapa disaat dia sudah tiada, yang lain meminta dia untuk bangun? Kenapa disaat dia sudah tiada, baru lah Tengku Faiza sudi menyentuh tangannya? Kenapa?

Dunia tak adil untuk wanita sebaik Xaviera. Rehatlah Larayne Xaviera di tempat yang lebih indah. Selamat jalan.

...

Selesai urusan pengebumian jenazah Xaviera, ahli keluarga Tengku Aryan masih lagi berada di hadapan tanah perkuburan Xaviera.

Haider jangan cakap dia sudah tak kuat dengan semuanya. Kepalanya direhatkan diatas batu nisan isterinya dan air mata tak henti keluar.

Sedang mereka bersedih, kedengaran suara asing seseorang sedang memanggil Xaviera.

"Viera anak mama. Ni mama dah balik sayang. Bangun Viera, kita dah janji nak jalan sama-sama kan." Kelihatan seorang wanita yang mempunyai iras wajah seperti Xaviera duduk bersimpuh bersebelahan kuburan Xaviera.

"Viera, kenapa tidur sini? Jom kita pergi tempat yang selesa." Ajak Puan Anne dengan tangan mengorek tanah yang menimbusi badan anaknya namun Haider pantas menyambar tangan tersebut daripada tidak merosakkan kuburan isterinya.

Tajam mata Haider memandang kearah mak mertuanya. Ini mama yang Xaviera rindu namun disaat dia dah tak ada baru terhegeh-hegeh nak ajak balik.

"Kau siapa nak halang aku?" ditepis tangan kekar Haider yang menghalang perbuatannya. Dia nak peluk, cium Xaviera. Anak yang mereka dah abaikan.

"Mana mama saat Viera minta mama balik? Mana mama saat Viera merengek waktu demam? Dan mana mama saat Viera perlukan? Kenapa baru sekarang datang?" Keras suara itu kedengaran.

"Maafkan mama. Tolong Haider, bangunkan anak mama. Viera mesti gembira nampak mama dengan papa dekat sini. Tolong mama Haider!" Rayu Puan Anne dengan tangannya mengoyangkan lengan Haider meminta agar menantunya menunaikan permintaannya.

"Viera dah tak ada." Tertunduk kepala Haider kebawah memandang sepi tanah dihadapannya.

"Kalau Haider cakap mama dengan papa ada dekat sini, Viera mesti bangun. Kita orang dah janji nak jalan-jalan hari ni. Kenapa Viera mungkir janji."

Puan Anne yang tidak dapat menerima kenyataan mula memeluk tanah tersebut seperti dia memeluk anaknya. Dia meraung memanggil nama Xaviera meminta agar anak itu menyahut panggilannya.

"Jangan macam ni. Biarkan Viera tidur dengan tenang." Tegur Tengku Aryan. Tak baik meraung macam ni, lebih-lebih lagi mereka sekarang di tanah perkuburan.

Encik Xander yang melihat keadaan bekas isterinya datang mendekat lalu dibawa Puan Anne jauh dari tempat tersebut. Dia juga tak mampu menahan air matanya namun apa yang dia boleh buat. Sekarang dia mahu menyesal pun sudah tak berguna.

Rasanya baru semalam dia mendengar Xaviera bercerita dengannya. Adakah itu petanda yang Viera nak sampaikan yang dia akan pergi jauh.

"Jom balik." Ajak Tengku Aryan. Sudah lama mereka berada di tempat tersebut, dan tiba masanya untuk mereka meninggalkan Xaviera. Biarlah Xaviera tenang dirumah barunya.





Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

204K 13.2K 53
Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidu...
894 38 1
"𝓜𝔂 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓯𝓸𝓻 𝔂𝓸𝓾 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓫𝓮 𝓷𝓮𝓿𝓮𝓻-𝓮𝓷𝓭𝓲𝓷𝓰. 𝓐𝓷𝓭 𝓘 𝓼𝔀𝓮𝓪𝓻 𝔂𝓸𝓾 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓫𝓮 𝓶𝓲𝓷𝓮 𝓯𝓸𝓻 𝓽𝓱𝓮 𝓻𝓮𝓼𝓽 𝓸𝓯 𝓶...
23.3K 2.3K 14
Maaflah, author tak reti nak buat description.. ❗Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya ❗ My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start...
9.1K 107 15
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...