HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 83K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-68

92.1K 4K 573
By thelifeof_rene

Tiga hari selepas kejadian gambar tersebut, seperti biasa Haider langsung tak datang meminta maaf darinya dan selama itu jugalah tiada seorang pun yang bertanya khabar mengenai dirinya. Semua dah tak sayang dia.

Xaviera mengambil telefon di meja soleknya lalu nombor papanya didail. Ada hal yang perlu dia sampaikan kepada kedua orang tuanya.

"Assalamualaikum papa..."

"Papa jangan end call tau. Viera cakap sekejap je ni.." dia pun mula berceloteh dengan papanya. Tak tahu kenapa papanya melayan semua apa yang disampaikan. Gembira hatinya dapat mendengar suara insan yang paling dia rindu.

Setelah bercerita dengan papanya, tangan runcing itu ligat mencari nama mamanya pula.

"Assalamualaikum mama....."

Ya Allah, lain sangat perasaannya ketika ini.

Menangis Xaviera apabila dia diberi peluang untuk berbual dengan mama dan papanya. Kata mereka berdua, esok malam mereka akan terbang ke sini. Katanya nak jumpa dengan dia dan alangkah gembiranya Xaviera apabila mendapat tahu mama papanya nak jumpa dia.

Sebelum dia meluangkan masa bersama dengan mama papanya, dia nak jumpa Haider terlebih dahulu. Dia dah telefon tapi tak diangkat.

"Tak apalah. Aku pergi sana je sendiri, boleh jumpa Mak Yam sekali."

Xaviera bergegas menyiapkan dirinya dan tak dilupa jubah putih dan tudung yang diberikan oleh Puan Rahma juga dia bawah masuk ke dalam beg tangannya. Terasa nak pakai malam ni pula.

...

Dia sampai di rumah dengan menaiki teksi sahaja. Dia tak nak minta ambil dengan Haider, takut dia menyusahkan.

"Assalamualaikum." Salam diberi dari luar rumah.

Mak Yam yang mendengar salam tersebut terus menuju ke depan pintu mengalu-alukan kedatangan tetamunya.

"Ya Allah! Anak Mak Yam, dah lama tak jumpa." Dicium pipi Xaviera dengan penuh kasih sayang.

"Viera rindu." Menitis air matanya apabila sekian lama dia tak berjumpa dengan Mak Yam. Rindu sangat dia dengan wanita berumur ini yang sudah menjaganya dengan baik.

"Jom masuk sayang." Mak Yam menarik tangan Xaviera lalu mereka beriringan masuk menuju ke dapur.

"Mak Yam, Annisa mana?" sunyi pula rumah ni. Selalunya ada je Tengku Faiza dengan Annisa tapi hari ni bayangan dua orang itu langsung tak menyapa di pandangannya.

"Ada tu dekat belakang. Tengok bunga." Jawab Mak Yam dengan tangan menunjuk ke arah pintu belakang. Xaviera memanjangkan lehernya melihat kearah dimana Mak Yam sedang tunjuk. Kelihatan disitu Annisa sedang berdiri menghadap bunga-bunga Tengku Faiza.

"Viera nak jumpa Nisa dulu lah." Ujar Xaviera bersama dengan senyuman. Mak Yam hanya mengangukkan dan matanya setia memandang langkah Xaviera.

"Assalamualaikum Nisa." Kekok pula nak bercakap dengan Annisa. Dah lama rasanya mereka tak berbual seperti dulu.

Terkejut dia dengan sapaan madunya. Dah kenapa tetiba bagi salam? Tapi sebagai umat islam dia sahut juga salam tersebut.

"Waalaikumsalam." Jawab Annisa dengan acuh tak acuh. Sengaja dia menyibukkan diri agar dia tak bertembung mata dengan Xaviera.

"Lama tak jumpa kau. Kau sihat?" Xaviera membuang jauh perasaan kekok itu dan dia nak wujudkan perbualan yang seperti dulu. Penuh dengan gelak ketawa.

"Hmm, sihat..." kedengaran nada itu sangat sombong tapi tak apalah.

"Baby kau sihat?" mata menunduk kearah perut bulat Annisa. Comel je perutnya bulat.

"Sihat." Annisa masih lagi dengan egonya. Dia langsung tak nak nampak wajah Viera dan suara itu sangat dingin.

"Aku dengar beberapa hari lepas kau jatuh. Kau tak apa-apa ke? Baby?" soalnya dengan risau. Dia tak sempat nak jenguk Annisa masa wanita itu jatuh. Jadi dia tak tahu perkembangan tentang keadaan Annisa.

"Bukannya aku jatuh terhempas kebawah. Tak memudaratkan pun kandungan aku." Jawab Annisa dengan nada yang sedikit curiga.

Ini mesti Viera berharap aku keguguran kan. Jadi senang lah dia nak rampas balik perhatian Haider. Kutuk Annisa didalam hati.

Xaviera hanya menganggukkan kepalanya. Dia nak berbual dengan mesra pun, Annisa macam tak sudi nak layan dia.

"Nisa, boleh tak aku pegang baby?"  pintanya dan  Annisa terdiam seketika, terkejut dengan tersebut. Dalam fikirannya sudah bermain hal yang bukan-bukan. Kan betul tekaannya. Mesti Viera nak cederakan anak aku.

"Aku tak kejam lah Nisa. Tak adanya aku nak cederakan kau dan anak kau." Seperti faham dengan pandangan Annisa, dia cuba untuk membetulkan tanggapan wanita itu.

Lama Annisa mendiamkan diri merenung wajah berseri Xaviera sebelum dia menganggukkan kepalanya memberi izin kepada wanita itu untuk memegang perut bulatnya. Kenapa wajah Xaviera lain daripada yang lain. Sangat tenang dan berseri.

"Comelnya." Suka pula Xaviera menyentuh perut itu. Dia keras tapi terasa nak cubit je. Annisa hanya tersenyum tipis.

Xaviera memandang tepat kearah mata Annisa. Bibir yang tadi tersenyum, kini hilang dipandangan Xaviera.

"Nisa, aku nak minta maaf dengan kau. Aku nak minta maaf untuk semua yang sudah aku buat terhadap kau. Bermula kita kawan sampailah sekarang aku nak minta maaf. Maafkan segala percakapan aku, sikap aku terhadap kau, layanan aku terhadap kau. Aku minta maaf." Ucap Xaviera dengan ikhlas.

"Kenapa ni?" pelik pula dia. Datang-datang nak pegang perut lepas tu tetiba minta maaf. Xaviera menggelengkan kepalanya dan diambil tangan Annisa lalu digengggam erat tangan tersebut.

"Nisa, andai nanti kau tak nampak aku dalam syurga aku mohon dengan kau tolong cari aku dan tarik tangan aku untuk kita sama-sama masuk dalam syurga. Kita kan dah janji nak masuk syurga sama-sama." Mengalir air mata Xaviera mengingatkan janji mereka berdua. Mereka nak bersahabat sampai ke syurga.

"Apa ni Viera? Kenapa cakap macam tu?" Sumpah Annisa dah tak sedap hati dengan permintaan Xaviera.

"Aku takut kalau aku tak masuk syurga. Aku banyak buat dosa dengan orang disekeliling aku." Lirih Xaviera dengan wajah yang sudah tertunduk. Jika terkenangkan dosa-dosa lampaunya membuatkan dirinya tak layak untuk masuk ke dalam syurga.

"Iya, iya. Kita berdua nanti masuk syurga tau. Kau pun jangan lupa aku." Annisa menarik Xaviera masuk kedalam pelukannya. Dia tersentuh dengan kata-kata Xaviera.

"Aku tak pernah lupakan kau Nisa." Dan mereka pun berbalas pelukan. Pelukan yang sangat Viera rindu.

"Ni satu lagi permintaan terakhir aku. Aku janji ini adalah yang terakhir aku minta dari kau. Lepas ni aku dah tak kacau kau lagi." Ternaik alis Annisa dengan permintaan tersebut.

"Boleh tak malam ni aku minta Haider temankan aku tidur malam ni? Hari ni je aku nak tidur dibahu Haider. Please!" Rayu Xaviera dengan tangan disatukan.

"Boleh Viera." Tersenyum gembira Xaviera apabila permintaan terakhirnya mendapat izin dari Annisa.

"Nanti pujuk Haider tau sebab Haider marah dekat aku, takut dia tak nak kalau aku yang ajak." Annisa hanya menganggukkan kepalanya. Muka jangan cakap lah, sumpah dia macam terkejut dengan perubahan Xaviera.

...

Setelah berbual kosong dengan Annisa, Xaviera membawa dirinya masuk kedalam rumah. Di dapur dia nampak Tengku Faiza sedang membuat air mungkin untuk Tengku Aryan.

"Mummy." Tegur Xaviera dengan lembut.

Tengku Faiza tidak menyahut panggilan tersebut malahan kepalanya hanya memandang kopi dihadapannya dan langsung tidak melihat wajah Xaviera.

"Mummy, boleh tak kalau Viera nak makan sup ayam mummy. Viera teringin lah nak makan." Takut-takut Xaviera meminta daripada Tengku Faiza.

"Ingat aku ni tukang masak kau, suka-suka je nak minta buatkan." Xaviera menggigit bibirnya lalu jari dimainkan sesama sendiri.

"Kau dah bergelar isteri tapi sup ayam pun tak pandai nak buat? Buat malu je lah." Sindir Tengku Faiza lalu dia pergi meninggalkan Xaviera yang sedang tertunduk.

Mak Yam yang mendengar hanya mampu menggelengkan kepalanya. Apalah salahnya kalau buatkan untuk menantu sendiri.

Annisa selama dia tinggal disini tak pernah pun Mak  Yam nampak Annisa masuk dapur. Tak tahulah kalau Annisa tu pandai masak atau tak tapi yang dia tahu Annisa selalu berkurung dibilik.

"Viera, kenapa minta dengan Tengku? Mak Yam kan boleh buatkan." Ujar Mak Yam mendekati tubuh Xaviera.

Xaviera terus menghapus air matanya lalu bibir menguntum senyuman kearah mak yam.

"Viera pun tak tahu kenapa mulut Viera ni lancang sangat nak minta mummy buatkan sup ayam." Tergelak Xaviera dengan kebodohannya. Dah tahu Tengku Faiza macam tu, sengaja je pergi cari pasal.

"Dah jangan fikirkan benda tu. Biar Mak Yam yang masakkan." Mak Yam membuka peti sejuk lalu ayam yang ada didalam bekas dikeluarkan lalu direndam.

Sebenarnya Xaviera nak makan sup yang dimasak oleh Tengku Faiza tapi Mak Yam pun tak apalah yang penting dia makan.

"Sini Viera tolong potong bawang."

Selesai semua bahan dimasukkan kedalam air yang mendidih, Xaviera meminta diri untuk rehatkan badannya didalam bilik mak yam. Sementara nak tunggu sup tu siap, dia nak tidur dulu.

...

Waktu makan tengah hari pun dah tiba, semua ahli keluarga Tengku Aryan sudah berkumpul di meja makan. Haider dan Ayyan yang baru balik dari kerja turut berada dimeja makan.

Annisa dari jauh sudah dapat menghidu haruman sup ayam dan terasa tekaknya seperti ingin makan pula hidangan tersebut.

"Mak Yam ada buat sup ke?" soal Annisa meminta kepastian. Terhenti tangan Mak Yam yang sedang menghidangkan makanan kepada keluarga tersebut.

Adoilah nak cakap apa ni? Dah lah dia buat dalam periuk kecil sahaja, memang khusus untuk Xaviera.

"Mak Yam, Annisa tanya tu." Ujar Tengku Faiza apabila melihat pembantunya hanya mendiamkan diri.

"Ada tapi sup tu untuk Viera." Pelan-pelan Mak Yam menjawab soalan Tengku Faiza. Dalam hati janganlah majikannya tu suruh dia hidangkan.

"Viera ada ke?" terkejut Haider mendengar nama isterinya keluar dari bibir Mak Yam.

"Ada, tidur dekat bilik Mak Yam." Jawabnya lagi.

"Apa kerja tidur je, nampak sangat pemalas. Datang sini bukan nak membantu, curi tulang adalah." Perli Tengku Faiza. Mereka semua hanya menggelengkan sahaja kepala dengan bebelan mummy mereka.

"Mak Yam bawa sup tu dekat sini, bagi Nisa makan. Nisa ni mengandung, jadi perlu utamakan ibu mengandung dulu." Arah Tengku Faiza dengan keras.

"Mummy, itu kan Viera punya." Dia dah lah kutuk Viera depannya, sekarang nak ambil makanan isterinya pula.

"Kau makan je lah hidangan yang ada depan kau ni. Yang nak tergedik makan makanan Xaviera kenapa?" Ayyan pun tak setuju apabila makanan Xaviera dimakan oleh Annisa.

Annisa terus menundukkan kepalanya dan ada air mata yang sudah mula bertakung hanya tunggu tumpah sahaja.

"Apa cakap macam tu. Korang berdua tak tahu apa yang ibu mengandung rasa. Bukan Annisa yang nak tapi baby dalam perut tu." Tengku Faiza membela Annisa daripada serangan kembar tersebut.

"Mak Yam bawa sup tu kesini. Pandai-pandai lah Viera makan makanan lain." Arah Tengku Faiza dan kali ini matanya tajam mencerun kearah Mak Yam.

Dengan terpaksa Mak Yam menghidangkan sup tersebut kepada Annisa. Rasa nak menangis apabila makanan yang Xaviera ingin makan dah diambil orang.

Maafkan Mak Yam, Viera.

"Makan Nisa." Kata Tengku Faiza dengan lembut.

Haider yang tak puas hati dengan sikap Tengku Faiza berdiri lalu dia ingin melihat keadaan Xaviera.

"Nak pergi mana Haider?" Haider hanya diam dan berlalu pergi tanpa menjawab soalan mummynya.

Pintu bilik dikuak dengan perlahan agar tak mengejutkan isterinya daripada tidur yang lena. Haider duduk disebelah Xaviera dan dibelai wajah yang sangat dia rindukan. Dia dah tak marah dengan Xaviera tapi dia tak sempat untuk berjumpa dengan isterinya. Kerja di pejabat terlalu banyak sehingga dia pulang lewat dan dia tak nak ganggu Xaviera di rumah.

"Aku minta maaf." Ucap Haider dengan perlahan.

Xaviera tersenyum dengan sentuhan tersebut. Sebenarnya dia nak bangun tadi tapi tiba-tiba pula Haider masuk kedalam bilik tersebut. Disebabkan dia takut berhadapan dengan Haider jadi dia pura-pura untuk tidur semula.

"Kenapa senyum?" Haider sudah hairan dengan senyuman yang terukir di bibir Xaviera.

"Saya rindu dengan sentuhan awak." Jawab Xaviera dengan suara seraknya.

"Gatal." Dicuit hidung Xaviera dengan lembut.

"Dari tadi awak balik?" kata Xaviera setelah dia duduk berhadapan dengan Haider. Lamanya dia tak nampak muka Haider. Makin handsome pula.

"Baru je." Haider menyelitkan rambut yang terjuntai ke belakang telinga Xaviera lalu dicium dahi tersebut.

"Viera aku nak minta maaf pasal gambar tu. Aku..." Terhenti terus dia dari bercakap apabila ada sesuatu yang lembut menyentuh bibirnya.

"Saya tak nak dengar pasal tu. Saya tahu itu cuma salah faham. Saya dah maafkan pelaku yang sebarkan gambar tu. Sampaikan dengan dia tau, yang saya tak simpan dendam pun."

Sekali lagi Xaviera dengan senangnya memaafkan perbuatannya. Kenapa dia sanggup sakitkan seorang wanita yang sebaik Xaviera.

"Awak dah makan ke? Saya lapar lah. Tadi saya minta Mak Yam buatkan sup mesti dah siap kan. Kalau awak nak tahu saya teringin sangat nak makan sup ayam tu." Semangat Xaviera hendak merasa sup yang dibuat oleh Mak Yam. Sebelum keluar, tangannya ligat memakai tudung menutupi rambutnya.

Haider tak sampai hati nak beritahu perihal sup tersebut kepada Xaviera takut dia kecewa. Lagipun wajah Xaviera cukup teruja. Dia tak sampai hati nak hilangkan senyuman tersebut.





Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
803 62 3
β˜†Β°κ’°ππŽπŽπŠ πŸκ’±Β°β˜† π€π˜π‘π„π’ π‹π”π‚π‚πˆπ„π | π€π”π‘π„π‹πˆπ€ π‚π‹π€π‘πˆπ‚π„ Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...
2.4M 100K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...
209K 16.4K 42
selamat datang ke penerbangan wany airlines β™‘ + saya wanymadu, ketua juruterbang bagi penerbangan merentasi dunia alam persekolahan yang penuh drama ...