HAIDER LUTHFAN

Door thelifeof_rene

6.4M 323K 82.8K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... Meer

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-67

83.6K 4K 1.9K
Door thelifeof_rene

Tiga bulan kemudian...

Hari demi hari kian berlalu. Kandungan Annisa juga sudah masuk tiga bulan namun bukan itu yang menjadi persoalan untuk Xaviera. Dia tak puas hati dengan Haider yang selama tiga bulan ni, lelaki itu langsung tak pernah menjenguknya. Kalau di telefon minta balik ke sini, Haider memberi alasan dia tak boleh tinggalkan Annisa sendirian.

Ingat aku ni apa? Tunggul? Kalau Annisa tak boleh ditinggalkan sendirian jadi dia ni apa? Boleh lah ditinggalkan sebab tak ada benih dalam perut dia.

Haider banyak kali janji dengan dia, jika hujung minggu tiba Haider akan bawa dia jalan-jalan namun itu semua hanya janji.

Setiap kali dia sudah bersiap dan menunggu Haider ambil dia, pasti lelaki itu akan membatalkan dengan alasan Annnisa sakit perut. Annisa sakit ini. Annisa sakit itu. Semua Annisa.

Rasanya baru semalam dia bergelak ketawa dengan suaminya tapi kenapa hari ni dia kembali sunyi. Dia memang tak boleh bahagia ke?

Malas nak fikir perihal Haider, dia mula mengorak langkah hendak keluar. Dia mahu menuju ke hospital. Itulah rutin hariannya, selama tiga bulan ini dia akan ulang alik pergi ke hospital. Ada urusannya di sana.

Baru sahaja dia nak keluar, kedengaran pintu rumah dikuak dari luar. Kelihatan Haider sedang menapak masuk dengan tangan mengurut batang lehernya.

"Baru ingat nak balik rumah?" ujar Xaviera dengan nada yang cukup tenang tapi Haider tahu dia sedang disindir. Terdongak terus kepala Haider memandang kearah isterinya.

"Viera, aku minta maaf. Aku bukan lupakan kau tapi keadaan Annisa sangat tak baik." Balas Haider dengan lemah. Selama tiga bulan ni dia tak dapat rehat yang secukupnya. Annisa baru sahaja habis fasa alahan dan dia lah yang perlu menjaga siang malam.

"Annisa je lah dalam keadaan tak baik. Awak pernah tak terfikir tentang saya? Awak tanya khabar pun cuma sekali dalam seminggu. Suami jenis apa awak ni?" dia masih lagi menahan suaranya agar tak kedengaran kurang ajar.

"Aku betul-betul minta maaf Viera. Aku tahu aku tak pedulikan kau tapi aku mohon sangat dengan kau faham dulu keadaan aku. Aku janji lepas je Annisa dah baik, aku luangkan masa dengan kau." Nampak sangat yang Haider penat tapi dia pun penat juga menghadap perangai Haider.

"Dah berapa kali awak janji dengan saya Haider sampai saya rasa janji awak tu cuma kata-kata kosong yang tak ada makna."

"Viera please. Aku mohon sangat kau faham aku, kau faham Annisa. Itu je aku mohon."

Tergelak hambar Xaviera apabila dia diminta faham keadaan mereka berdua.

"Tak cukup ke saya faham keadaan awak berdua?Selama tiga bulan ni saya tak pernah paksa awak untuk balik sini walaupun dalam hati saya teringin sangat teriak untuk awak balik ke sini. Masih tak cukup ke dengan apa yang saya dah lakukan?" katanya dengan kecewa.

Memang dia jelah nak faham keadaan orang tapi orang lain ada faham keadaan dia. Tak ada!!

"Okey, kau nak apa sekarang?" malas nak bertekak dengan isterinya, Haider menyerah.

"Kenapa saya perlu bagitahu awak apa yang saya nak sekarang?" disilangkan tangannya didada lalu mata merenung kosong kearah Haider.

"Viera, aku tak ada masa nak fikir apa yang kau nak sekarang. Kepala aku ni dah cukup penuh dengan beban kerja dekat pejabat dengan keadaan Annisa lagi dan aku mohon dengan kau Viera, jangan tambah beban dalam fikiran aku untuk fikir apa yang kau nak."  Diraup rambutnya dengan kasar. Dia dah cukup penat, Xaviera lagi buang tebiat.

Tergelak kecil Xaviera dengan apa yang baru sahaja dia dengar. Beban?

"Saya beban awak? Okey sorry sebab saya jadi beban awak. Awak nak tahu apa yang saya nak?"

"Saya nak perhatian awak, macam mana awak perhatikan Annisa. Saya nak kasih sayang awak, macam mana awak sayang Annisa. Saya nak belaian awak, macam mana awak belai Annisa setiap malam. Saya nak tu Haider!"  jerit Xaviera melepaskan apa yang terbuku dihatinya.

Haider sekali lagi meraup rambutnya dengan kasar. Dia baru sahaja nak rehatkan diri dan fikirannya disini tapi Xaviera tetiba marah dia yang membuatkan moodnya hilang.

"Aku penat Viera. Aku balik sini sebab nak rehatkan badan. Tapi apa aku dapat?"

"Kenapa tak rehat je dekat rumah sana? Kenapa perlu balik sini? Memang saya ni hanya tempat sandaran awak je, kan? Kalau awak penat barulah cari saya tapi kalau awak nak happy-happy terus lupakan saya."

"Viera please! Aku merayu sangat dengan kau. Aku tak nak bergaduh dengan kau." Pujuk Haider dengan lembut. Ditahan sebaik mungkin amarahnya. Dia memang tak mampu nak marah-marah bagai.

"Awak nak tahu tak Haider? Makin lama saya makin muak dengan perhubungan kita ni. Makin lama saya makin menyerah untuk terus bertahan Haider."

"Kalau awak dah tak sayang dan tak perlukan saya, saya merayu dengan awak lepaskan saya Haider. Jangan buat macam saya ni tak ada hati. Biarlah saya pergi dan undurkan diri. Saya dah tak sanggup diperlakukan macam ni Haider."

"Aku tahu aku salah Viera tapi kali ni je. Lepas semuanya dah baik, aku tak akan abaikan kau Viera. Please! Aku mohon bertahan sikit lagi. Jangan menyerah Viera." Rayu Haider. Dia sayangkan Xaviera tapi keadaan sangat menghimpit dirinya.

"I can't Haider. Cukup selama ni saya bertahan dengan awak. Saya dah penat, terlalu penat sampai saya jatuh sakit. Tapi ada awak kisah dengan saya? Tak ada Haider! Tak ada!"

"Bullsh*t!"  maki Haider lalu dia pergi meninggalkan rumah tersebut. Pintu yang tadi luas terbuka ditutup dengan sangat kuat.

Terduduk lemah Xaviera dengan kelakuan Haider. Dia cuma luahkan apa yang dia mahu. Kenapa Haider tak faham-faham. Dia dah penat dengan cara layanan Haider. Dia dah cukup penat dengan hidupnya. Dia mahu menelefon seseorang namun orang itu lebih pantas menelefonnya.

"Assalamualaikum Puan."

"Waalaikumsalam." Lemah sahaja suara Xaviera menjawab.

"Puan saya cuma nak ingatkan temu janji kita jam 10 pagi ni tau."

"Maafkan saya. Saya dah fikir masak-masak saya dah tak nak teruskan semua ni."

"Boleh saya tahu kenapa Puan?"

"Saya dah cukup penat. Saya dah redha dan ikhlaskan apa yang terjadi dengan saya. Biarlah apa yang nak jadi dengan saya, saya terima dengan hati terbuka." Dikuatkan hatinya untuk menghadapi situasinya yang sangat sakit. Terlalu sakit sampai dia dah menyerah.

"Dikesempatan ini saya nak berterima kasih kepada doktor yang telah berjuang membantu saya dengan seluruh tenaga awak. Saya berterima kasih dengan setiap layanan dan kata-kata semangat yang awak berikan kepada saya."

"Saya minta maaf selama perkenalan kita, saya ada terkasar bahasa atau percakapan saya melukakan awak. Saya minta maaf."

"Tak apa puan. Saya terima keputusan puan dan sudah menjadi tanggungjwab saya untuk membantu mana yang saya mampu. Kalau di lain hari puan ubah fikiran, nombor ni sentiasa terbuka untuk puan hubungi dan kami akan membantu semampu yang boleh." Xaviera hanya tersenyum. Walaupun tiada yang nampak tapi bibir itu terlalu murah dengan senyuman.

"Terima kasih."

Tiada guna selama ini usahanya. Dia kuatkan diri untuk teruskan semua ini hanya untuk Haider. Dia nak bersama dengan Haider selamanya namun sikap Haider tadi membuatkan dia ubah fikiran serta merta.

"Saya dah penat. Saya nak rehat Haider."

...

Seminggu selepas mereka bergaduh besar, sampai kini Haider langsung tak datang menjenguk dia. Xaviera cuba untuk menelefon Haider namun suaminya langsung tak mengangkat.

Kesihatan Xaviera juga semakin hari semakin merosot. Demamnya langsung  tak kebah dan hidungnya juga kebelakangan ini kerap berdarah. Sakit dikepala jangan cakap lah. Nak je dia hantuk kepalanya di dinding kerna tak tertahan menanggung kesakitan tersebut.

Esoknya, dia keluar rumah untuk membeli ubat demam dan dalam perjalanannya dia jumpa dengan seseorang yang sangat dia kenali.

"Doktor Bella.." panggil  Xaviera dengan teruja.

"Ya Allah, Puan Xaviera."

Lama mereka berdua berbual sehinggalah perbualan mereka terganggu disebabkan suami Bella datang menyertai mereka makan tengah hari.

Sedang mereka berbual, Bella terlebih dahulu meminta diri untuk ke tandas dan tinggal lah hanya mereka berdua. Xaviera dengan suami kepada Bella.

Mereka berbual, dan sesekali bergelak ketawa dan jika dilihat dari mata kasar mereka kelihatan seperti pasangan kekasih.

Kebetulan Tengku Faiza dan Annisa yang baru pulang dari hospital selepas melakukan pemeriksaan kandungan Annisa, mereka berdua terlihat pula Xaviera dan seorang lelaki yang sedang berbual.

"Mummy, itu bukan Viera ke?" ditunjuk kearah wanita yang ayu bertudung sedang berbual dan bergelak ketawa dengan lelaki yang cukup asing dipandangan mereka berdua.

"Ohh! Ini rupanya kerja dia. Menggatal dengan lelaki lain."

Tengku Faiza mengambil gambar mereka berdua untuk diberikan kepada Haider. Baru anakanya tahu Xaviera tu bukanlah perempuan yang baik.

"Habislah riwayat kau Viera." Tersenyum puas Tengku Faiza dengan gambar tersebut. Ini ke perempuan yang selalu dibela oleh Ayyan dan Haider.

...

Malamnya, Haider datang ke rumah dengan perasaan yang tak usah dicakap. Marah, geram, kecewa semua ada.

"Viera!"

"Viera!"

Teriak Haider dengan kuat. Xaviera yang kebetulan sedang rehatkan diri tersedar secara mengejut mendengar teriakan tersebut.

Dia keluar dari biliknya dengan tidak badan yang tidak berdaya. Badannya sangat lemah dan dia tak mampu berdiri namun dia gagahkan juga.

"Haider." Panggil Xaviera dengan perlahan. Akhirnya setelah seminggu dia tak bertemu dengan suaminya, hari ini Haider datang menjenguknya.

"Eh perempuan! Apa kau dah buat dibelakang aku?" Haider menarik lengan Xaviera dengan kasar dan dibawa ke ruang tamu. Xaviera hanya merelakan badanya diperlakukan sedemikian dan apabila mereka sudah berada diruang tamu, tangannya memegang kepala sofa sebagai bantuan untuk dia terus berdiri.

"Saya buat apa?" Soal Xaviera dengan lemah. Dia fikir Haider nak lawat dia ternyata tekaannya salah. Haider kelihatan marah.

Haider terus melemparkan beberapa keping gambar yang sudah dicuci tadi kewajah isterinya. Xaviera terkejut melihat gambarnya dengan suami Bella.

"Aku tak sangka Viera. Kau curang dibelakang aku."

"Ya Allah, tak. Saya tak curang dengan awak. Lelaki tu suami kawan saya. Tadi kami makan tengah hari sama-sama dan masa awak nampak kami berdua ni, isteri dia pergi tandas. Saya tak curang dengan awak Haider." Jelas Xaviera dengan bersungguh-sungguh.

Siapa yang dengki sangat dengan dia ni?

"Alasan! Patutlah beria sangat kata menyerah konon. Dah penat nak perjuangkan cinta. Rupanya dah pasang satu dekat belakang aku." Sinis sahaja nada itu kedengaran.

"Astaghfirullahalazim. Itu fitnah."

"Tak payah lah nak tunjuk baik Viera. Memang harga diri kau murah." Tersentak Xaviera dengan ayat yang menusuk itu. Tak sangka Haider sanggup kata dia macam tu.

"Saya tak tahu lah siapa yang sanggup fitnah saya macam ni tapi sampaikan dengan dia saya maafkan. Dan awak saya maafkan juga sebab dah panggil saya dengan gelaran tu."

"Kalau awak nak cakap saya curang, terserah awak. Saya bermati-matian pertahankan diri, awak pasti akan salahkan saya."

Xaviera tersenyum lemah dihadapan Haider. Kaki dibawa melangkah masuk kedalam biliknya. Dia dah tak mampu berdiri dihadapan Haider. Biarlah Haider nak cakap dia curang, terserah dia. Yang penting dia tahu dirinya dan dia tahu dia tak curang. Hatinya sakit sangat tapi tak tahu kenapa dia senang maafkan orang dan dia benci dirinya sendiri.

Kenapa dia sakit melihat senyuman Xaviera. Senyuman itu jelas menunjukkan dia kecewa dengan dirinya. Sekali lagi, Haider sakitkan hati mulia seorang wanita bernama Xaviera.

Haider meraup rambutnya dengan kasar. Dia nak mengejar langkah Xaviera namun telefonnya berdering meminta untuk diangkat.

"Haider, Annisa jatuh!"

Haider terus melupakan niatnya untuk memujuk Xaviera lalu dengan pantas dia menuju ke rumah Tengku Faiza.





Even if my name isn't etched in your heart, I still choose

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

384K 36.8K 30
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir...
2.4M 241K 69
US Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just...
801 62 3
☆°꒰𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟐꒱°☆ 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍 | 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐋𝐀𝐑𝐈𝐂𝐄 Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...
2.9M 160K 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau d...