HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 83.1K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-66

79.5K 4K 1.3K
By thelifeof_rene

Lama Xaviera menanti kedatangan Haider namun lelaki itu tak kunjung masuk ke biliknya. Dia nak telefon tapi nampak memaksa pula tapi dia dah janji nak tidur sama-sama.

Xaviera menapak keluar memandangkan tekaknya terasa sangat haus dan kering. Sementara tu boleh lah jenguk-jenguk Haider mana tahu terserempak terus dia tarik bawa lari.

Sepi je bilik yang dihuni oleh Annisa dan Haider. Dalam fikirannya mesti Haider dah tertidur. Kesian juga dia dengan suaminya pasti dia penat menjaga Annisa seharian.

"Tak apalah." Ujar Xaviera memujuk hatinya. Kaki dibawa menuruni anak tangga dengan langkah yang lemah. Nasib sahaja ada pemegang tangga yang boleh dipegang untuk membantu dia menuruni tangga tersebut.

Kebetulan di ruang tamu kelihatan sedikit cahaya yang dipancarkan oleh television. Xaviera menjenguk siapa yang sedang menonton namun pandangannya kabur-kabur pula.

"Viera,"

"Ayyan, kenapa belum tidur?"

"Rileks lah. Masih awal nak tidur." Xaviera melihat jam di dinding, jelas jam itu menunjukkan pukul 12 tengah malam dan dia kata masih awal.

"Nak pergi mana?"

"Saya nak minum dulu."

Selesai Xaviera membasahkan tekaknya, dia menyertai Ayyan untuk menonton television. Nak naik pun dia dah tak mengantuk, jadi lebih baik dia nonton dulu. Lampu dibuka untuk menerangkan ruangan tersebut. Kang duduk gelap-gelap nanti ada orang fitnah pula.

Haider yang kebetulan baru sahaja menidurkan Annisa, perlahan-lahan keluar dari bilik tersebut untuk berjumpa kekasih hatinya.

Bilik Xaviera dituju namun setelah dia masuk ke bilik itu, figura Xaviera langsung tak menyapa di pandangannya.

"Mana Viera pergi?" soalnya dengan kerutan didahi.

Haider turun ke bawah untuk melihat sama ada isterinya masih di bilik Mak Yam atau sebaliknya. Mana tahu Viera lupa atau tak larat nak naik.

Tinggal beberapa sahaja lagi anak tangga untuk sampai ke tingkat bawah, kedengaran jelas bunyi ketawa seorang lelaki dan juga perempuan. Dia kenal pemilik ketawa tersebut.

"Kenapa tak tidur?" dingin sahaja Haider menegur Xaviera yang tersangatlah bahagia. Menyirap darahnya melihat kedua-dua makhluk itu yang saling berbalas ketawa.

"Saya turun minum tadi, lepas tu hilang mengantuk, saya nonton lah sekejap." Terang Xaviera dengan ketawa yang masih lagi tersisa.

"Joinlah,  masih awal ni." Ajak Ayyan dengan wajah selambanya.

Haider dah naik marah melihat kedua-duanya masih mampu tersenyum sedangkan dia sudah menahan api kecemburuan. Haider terus menarik tangan Xaviera dengan kasar dan dipaksa untuk naik semula ke bilik mereka.

Xaviera yang langsung tak bersedia sudah terkapai-kapai hendak mengejar langkah Haider yang tersangatlah laju.

"Haider, perlahan lah sikit." Ujar Xaviera namun dah namanya Haider kalau marah mana ada nak dengar apa-apa.

"Haider, sakit.." Haider tak menghiraukan rasa sakit yang dialami oleh Xaviera. Sakit dia je nak difikir, ni sakit dihati dia tak ada orang nak tahu.

Ditolak badan Xaviera masuk ke dalam bilik mereka. Xaviera tertunduk ke bawah apabila mata coklat itu tajam menikam kearahnya dan sesekali dia mengurut pergelangan tangannya.

"Nak sangat perhatian kan sampai kembar aku pun boleh!" Ujar Haider dengan sarkastik.

"Apa maksud awak ni?" Terdongak kepalanya membalas pandangan dengan Haider. Suaminya ni salah sangka!!

"Kenapa gatal sangat nak nonton berdua dengan Ayyan? Kenapa tak naik terus lepas minum?" Haider sedaya upaya menahan kesabarannya. Disebabkan itu kedengaran giginya yang saling bergeser antara satu sama lain.

"Kami bukannya duduk dalam gelap dan kedudukan saya dengan Ayyan pun tak lah dekat sangat sampai awak nak cakap macam tu." Balas Xaviera dengan kepala digelengkan. Agak-agaklah kalau nak cemburu.

"Tapi tetap salah di pandangan aku. Kau tak malu ke duduk berdua dengan lelaki lain dan bergelak ketawa macam tak ingat dunia." Haider masih menyalahkan perbuatan isterinya. Salah tetap salah.

"Sekurang-kurangnya dengan bergelak ketawa dapat menghilangkan kesunyian saya. Ada suami tapi hanya tahu luangkan masa dengan bini kedua je." Sindir Xaviera dengan perlahan. Tak tahulah kalau Haider dengar tapi ada dia kisah.

"Apa kau cakap? Annisa tu mengandungkan anak aku dan wajarlah kalau aku bagi perhatian dekat dia. Kalau kau nak perhatian, kau bagilah aku anak."

Tergamam seketika Xaviera dengan apa yang dia dengar.

"Woww! Tadi petang cakap lain, sekarang dah cakap lain." Tersenyum sinis Xaviera dengan apa yang keluar dari mulut Haider. Dia tahu dia tak boleh beri anak kepada Haider dan sangat pahit menelan kenyataan tersebut.

Manusia memang cepat berubah!!

"Tadi bukan beria, aku tak kisah kita ada anak atau tak yang penting kita boleh hidup bersama." Ajuk Xaviera dengan ketawa hambar.

Haider yang sudah terlepas cakap mula menggigit bibirnya. Bukan ada niat di hatinya untuk berkata begitu.

"Viera, aku...."

"Nak minta maaf. Tak apa Haider, hati saya ni dah lali dengan semua hinaan awak. Walaupun kata-kata awak tadi cukup menikam hati saya, saya tetap akan maafkan awak. Lagipun apa yang awak kata tu betul. Saya tak mampu nak bagi awak anak." Jawabnya dengan kecewa. Apa dia nak buat? Marah? Merajuk?

"Viera, aku tak maksud pun nak cakap macam tu."

"It's okay Haider. Tak ada yang salah dengan kata-kata awak."

"Awak pergi lah tidur dengan Annisa. Dia lebih perlukan awak berbanding saya." Ditolak badan Haider keluar dari bilik mereka.

"Viera, aku...."

Tak sempat Haider memujuk isterinya, Xaviera sudah menutup pintu tersebut.

...

Selepas solat subuh, Xaviera membawa diri menuju ke tepi kolam. Kenapa dia rasa dirinya semakin tak diperlukan? Kata-kata Haider semalam membuatkan dia semakin lemah semangat untuk terus berada disamping Haider.

Tak mustahil nanti Haider abaikan dia kalau anak Annisa dah dilahirkan. Sekarang je pun dia dah cukup diabaikan.

Keluar keluhan berat dari bibir pucatnya. Kaki dimasukkan kedalam kolam renang renang dan membiarkan kedinginan itu menggigit kakinya.

Haider yang kebetulan turun kebawah melihat dari jauh tubuh badan yang sangat dia kenal. Kaki menghampiri Xaviera dimana dia sedang duduk termenung. Semalaman dia tak dapat tidur memikirkan Xaviera. Dia bersalah sangat bangkitkan isu anak dihadapan Viera.

Haider membuka bajunya lalu dia terjun kedalam kolam renang sehingga percikan air terkena diwajah Xaviera.

Terkejut beruk Xaviera dengan bunyi percikan tersebut ditambah lagi dengan keadaannya yang sudah basah disebabkan terjunan seseorang itu. Tak masalahnya yang masuk ke dalam kolam ni gajah ke? Besar sangat percikan dia.

"Apa ni?" marah Xaviera dengan tangan mengusap wajahnya yang sudah basah.

"Oops, Sorry." Ujar Haider.

Haider mendekati Xaviera lalu dia berdiri tepat dihadapan isterinya yang masih lagi bertelekung. Kesian pula dia dengan keadaan Xaviera yang sudah basah.

"Apa awak ni?" marah Xaviera dengan wajah yang sedang merah. Geram pula dia dengan Haider ni. Sudahlah airnya sejuk, menggigil satu badannya.

"Aku suka nampak kau marah Viera. Comel je pipi kau naik merah." Haider meletakkan sikunya dipaha Xaviera dan ditenung wajah isterinya dengan redup.

"Patutlah awak suka naikkan kemarahan saya. Tak guna!" Ditolak siku Haider jauh darinya dan dia mula berdiri dari kedudukannya.

Malas lah nak berdua dengan Haider. Nanti adalah tu yang keluar dari mulut Haider yang boleh membuatkan hatinya kembali terluka.

Haider yang melihat langkah isterinya sudah tak keruan. Bukan itu maksudnya. Dia hanya suka tengok pipi merah Xaviera bukan ada niat untuk sakitkan Xaviera.

"Viera." Panggil Haider dengan lembut.

Terhenti langkah Xaviera dengan panggilan tersebut. Nanti kalau tak menoleh dikatakan isteri derhaka pula.

"Nak apa?" balas Xaviera dengan wajah yang menunjukkan dia tengah geram dengan Haider.

Dia punya sibuk memikirkan perihal dirinya dan Haider, tetiba datang kacau.

Haider menghulurkan tangannya meminta agar wanita itu menarik dia keluar daripada kolam tersebut.

Walaupun Xaviera marah dan geram tapi dia tetap mendekati Haider dan badannya dibongkokkan lalu dia menyambut huluran Haider.

Tersenyum Haider dengan tingkah comel Xaviera. Dalam kepalanya sudah memikirkan sesuatu yang mungkin boleh menaikkan lagi kemarahan isterinya tapi ini je cara untuk pujuk hati Xaviera.

Mereka berdua saling berpegangan tangan namun apa yang membuatkan Xaviera cuak adalah apabila bukan dia yang menarik Haider tapi sebaliknya. Dapat dia rasakan Haider menarik tangannya dengan kuat yang membolehkan dia jatuh masuk kedalam kolam.

"Haider!" teriak Xaviera dengan kuat.

Timbul tenggelam dia di dalam kolam tersebut. Keparasan air kolam itu sangat dalam dan nasib sahaja ada Haider yang memaut pinganggnya.

Terbatuk-batuk Xaviera apabila dia tertelan banyak air dan bukan itu sahaja mata dan hidungnya juga terasa sangat pedih.

"Apa awak ni?" ditumbuk bahu Haider dengan kuat melepaskan rasa geramnya. Suka-suka je Haider ni buat apa yang dia nak.

Haider hanya membiarkan sahaja penumbuk kecil Xaviera mendarat dibahunya. Tangannya menarik rapat pinggang Xaviera agar badan isterinya melekat dengan badannya.

Sekali lagi Haider tersenyum nakal memikirkan sesuatu yang mungkin akan menambahkan kemarahan Xaviera namun ada dia kisah. Dia belum puas nak menyakat manja isterinya.

"Yang awak tersengih-sengih ni dah kenapa? Jangan cakap yang..." Membulat mata Xaviera apabila Haider menjongketkan keningnya.

"Yes baby." Ujar Haider lalu dia menarik Xaviera masuk menyelam kedalam kolam.

Terkapai-kapai Xaviera hendak menimbulkan kepalanya namun Haider menahan badan wanita itu lalu Haider memberikan ciuman sebagai bantuan pernafasan kepada Xaviera yang sudah seperti hilang nafas.

Lama mereka berdua dalam keadaan sedemikian sehinggalah Haider sendiri yang menarik Xaviera keluar daripada kolam tersebut.

Termengah-mengah Xaviera menarik nafasnya mendapatkan oksigen. Walaupun Haider ada nemberinya tadi tapi masih tak cukup. Dia perlukan lebih banyak lagi.

"Awak dah gila ke? Nak buat saya mati?" Marah Xaviera dengan mata tajam memandang kearah Haider yang memberikan senyuman tak bersalahnya.

"Barulah sweet. Kita mati sama-sama." Jawab Haider dengan selamba.

"Kalau nak mati tu mati sendiri jelah. Saya belum nak mati lagi." Kata Xaviera dan tanpa dia sangka ayat itu membuatkan hati Haider terguris.

"Kau memang nak aku mati ke?" Dingin sahaja suara itu masuk ke telinga Xaviera.

Xaviera yang melihat perubahan wajah Haider sudah mengemamkan bibirnya. Adoilah, bukan itu maksud dia. Dia pun cuma bergurau sahaja tak tahu pula Haider ambil serius.

"Kau memang tak sayang aku kan Viera?" Haider melepaskan pelukan dipinggang Xaviera lalu dia menjauh dari wanita itu.

"Maaf. Saya tak maksudkan." Ucap Xaviera dengan kesal.

Haider hanya tersenyum sinis sebelum badannya dibawa masuk kedalam kolam tersebut. Biar dia menyelam lama-lama lepas tu mati lemas.

"Haider!" Xaviera sudah cuak melihat tindakan suaminya. Xaviera masuk kedalam air tersebut lalu dia mendekati badan Haider namun nafasnya tak cukup. Dia cepat-cepat naik semula mendapatkan kembali oksigen.

Nak menangis dia melihat Haider yang hanya mendiamkan diri di bawah air itu. Sudahlah kolam mereka ni tinggi dan airnya sangat dalam. Kalau ada apa-apa terjadi dengan Haider macam mana?

"Haider, janganlah macam ni." Setelah menarik nafas yang panjang, Xaviera sekali lagi menyelamkan dirinya dan mendekati badan Haider.

Ditarik tangan Haider naik semula ke permukaan dan dapat dia dengar batuk kecil keluar dari mulut suaminya.

Xaviera terus memeluk erat batang leher Haider, dan dilepaskan tangisannya. Dia belum sedia kehilangan Haider.

"S-saya minta maaf. Jangan tinggalkan saya."

"Dan jangan tinggalkan aku Viera." Haider juga mengeratkan pelukan dibadan Xaviera.

"Saya tak akan tinggalkan awak." Tersenyum Haider dengan kata-kata tersebut. Dia yakin Xaviera tak akan memungkiri janjinya.

"Ya Allah! Korang berdua dah kenapa berendam pagi-pagi dekat kolam ni. Naik cepat, nanti korang demam." Kedengaran suara nyaring mak yam meminta agar kedua pasangan tersebut keluar daripada kolam.

Kalau nak berpelukan bagai, perlu ke dekat dalam kolam. Dahlah Xaviera tu masih bertelekung. Tak tahulah apa nak jadi dengan dua pasangan suami isteri ni.

...

Setelah membersihkan diri, Xaviera mendekati Haider yang sedang duduk termenung disofa bilik mereka. Haih, macam ada masalah je suami dia ni?

"Awak kenapa?" Soal Xaviera lalu dia duduk di riba Haider.

Mata yang tadinya kelihatan kosong kini beralih melihat mata hitam Xaviera. Haider menarik Xaviera untuk rapat dengannya dan badan disandarkan dengan selesa dibelakang sofa.

"Kenapa?" Soal Xaviera sekali lagi.

"Aku nak minta maaf pasal semalam. Sumpah, aku tak ada niat langsung nak cakap macam tu."

"Saya tak apa-apa lah. Saya tak marah pun."

"Tapi.."

Xaviera mencium pucuk hidung Haider dan mata mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Saya tak apa-apa. Saya tak terasa pun. Terasa jugalah tapi sikit je, itu pun dah hilang." Ujar Xaviera dengan senyuman yang cukup menenangkan Haider.

"Kenapa kau baik sangat Viera? Kau boleh je marah dengan aku? Kau pukul aku ke? Kenapa kau perlu cakap yang kau tak apa-apa."

Tersenyum Xaviera dengan persoalan tersebut.

"Saya tak baik Haider. Saya rasa sayalah manusia paling jahat."

"Apa pula cakap macam tu. Kau adalah wanita yang paling baik dan paling cantik yang pernah aku jumpa. Janji dengan aku yang kau akan jadi bidadari untuk Haider Luthfan. Selamanya!"

Xaviera terus menguntumkan senyuman manis sehingga matanya mengecil. Dianggukkan kepalanya berkali-kali.

"Saya akan jadi bidadari Haider Luthfan untuk selamanya." Ulang Xaviera dengan gembira.



Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

204K 13.2K 53
Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidu...
804 62 3
☆°꒰𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟐꒱°☆ 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍 | 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐋𝐀𝐑𝐈𝐂𝐄 Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...
2.2M 98K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...
2.4M 241K 69
US Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just...