HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 82.9K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-59

73.7K 3.8K 416
By thelifeof_rene

Setelah mereka jauh dari keluarga itu, Xaviera terus meleraikan pegangan tersebut dan langkah mereka ikut terhenti.

"Kenapa?" Soal Haider dengan pelik.

"Awak pergilah sarapan dengan mummy dan daddy. Ini percutian keluarga awak. Jangan disebabkan saya, percutian ni hancur." Arah Xaviera dengan nada perlahan.

"Viera, sejak Annisa masuk dalam keluarga aku, semuanya dah berubah. Ini bukan disebabkan kau sayang." Tangan menolak dagu Xaviera dengan lembut membuatkan wajah yang tadinya tertunduk, memandang kearahnya.

"Saya kesian dengan mummy." katanya.

"Jangan fikirkan orang lain Viera. Mummy tak pernah pun nak fikir pasal perasaan kau. Jadi orang tu jangan terlalu baik sangat." Tegur Haider.

Xaviera hanya diam mendengar teguran tersebut. Dia bukan baik tapi dia menghormati mummy sebagai orang yang lebih tua.

"Dah sekarang, masa kita berdua. Jom temankan aku jalan-jalan." Ajak Haider lalu dia menarik tangan Xaviera mengikuti langkahnya.

Ini bukan ajak tapi memaksa.

Sedang mereka berdua menikmati pemandangan disekitar resort tersebut, Haider membawa Xaviera mendekati beberapa kanopi yang menjual buah tangan sebagai kenang-kenangan.

Tersenyum kegembiraan Haider memilih bebeapa barangan yang boleh dibawa balik sehinggalah pegangan mereka berdua terputus.

Xaviera yang kebetulan hendak membuang air kecil mengambil kesempatan tersebut untuk membawa diri ke tandas. Sementara menunggu Haider memilih barang, lebih baik dia buang hajatnya terlebih dahulu.

"Viera, cantik tak?" soal Haider dengan kepala ditoleh kebelakang namun tiada wajah isterinya menyapa dipandanganya.

"Viera..." Haider sudah kalut apabila wajah isterinya hilang dari pandangannya.

"Viera..." Haider bergegas mencari keberadaan Xaviera. Dia yakin mesti isterinya tak jauh dari tempat dimana dia sedang berada.

Haider terus melangkah dan melangkah sehinggalah matanya terpandang sosok tubuh yang sangat dikenali. Langkahnya semakin dibesarkan mendekati dimana Xaviera sedang berada.

"Kau buat aku takut Viera." Ujar Haider seusai dia berdiri dihadapan Xaviera.

"Nak takut apa?" hairan dia dengan perangai pelik Haider. Orang nak kencing pun salah ke?

Haider tanpa berfikir panjang mengeluarkan selendang yang dibelinya tadi. Selendang ni niatnya hendak diberikan kepada Xaviera kerna dia nampak isterinya seperti berminat tapi terpaksa dia guna dahulu untuk kepentingannya.

Haider mengikat tangan Xaviera dengan hujung selendang manakala hujung selendang yang lagi satu diikat di pergelangan tangannya.

"Apa ni?" terkejut Xaviera dengan perlakuan tersebut. Apa main ikat-ikat ni?

"Supaya lepas ni kau tak lari dah dari aku." Balas Haider bersama dengan senyumannya.

"Lepaslah. Ingat saya budak-budak ke?" Xaviera cuba untuk membuka ikatan tersebut namun Haider menghalang dengan menarik tangannya sehingga terdorong badan Xaviera dekat kearahnya.

Disebabkan tarikan tersebut, tanpa sengaja Xaviera tercium rahang Haider sehingga membuatkan lelaki itu tersenyum kesukaan.

"Gatal kau kan?" Terbeliak mata Xaviera dengan ciuman tak sengaja tersebut. Ditambah lagi dengan senyuman nakal Haider membuatkan dia membahang malu. Dia tak sengaja tapi kenapa Haider macam suka.

"Tak kuasa lah saya nak cium awak. Itu namanya tak sengaja." Ujar Xaviera apabila melihat senyuman tersebut semakin menjadi-jadi.

"Cakap jelah kau sengaja nak cium aku. Kamu gatal, gatal, gatal." Balas Haider dengan kening dinaikkan berkali-kali. Suka dia melihat wajah malu-malu Xaviera.

Xaviera yang tak tahan dengan senyuman tersebut terus menjauhkan dirinya. Dia mula mengorak langkah dengan tangan mereka yang saling berikat. Tetiba rasa malu.

...

Tak terkata Xaviera dengan keadaannya sekarang. Macam mana lah dia nak mandi ke, buang air kecil ke, buang air besar dengan tangannya yang dililit dengan selendang. Masalanynya ikatan Haider ketat sangat sehingga dia tak mampu nak buka.

Dari tadi dia tak puas hati dengan Haider yang sedang bergelak ketawa menonton telefonnya. Entah apa yang lucu sangat dengan telefonnya.

"Viera, kau ikut aku balik hari ni." Ujar Haider setelah dia habis menonton Running Man.

Tertoleh terus kepala Xaviera kearah Haider. Suka dia je nak suruh orang ikut dia balik.

"Tak nak!" tolaknya dengan cepat.

"Sampai bila kau nak duduk dekat sini? Orang lain pun nak pakai bilik ni juga." Kata Haider dengan mata memandang ke sebelah dimana Xaviera sedang duduk santai.

"Tak kisah lah berapa lama saya nak duduk dekat sini. Itu bukan urusan awak." Biarlah dia nak duduk setahun ke dua tahun atau selamanya dia tak kisah. Yang penting jauh dari Haider.

"Sebab urusan aku lah aku suruh kau balik dengan aku. Ingat kau masih isteri aku Viera." Haider sedaya upaya menahan rasa marahnya.

"Isteri atas kertas je kan Haider. Awak pernah cakap macam tu dengan saya." Jawab Xaviera dengan sinis. Kalau Haider dah lupa sini dia ingatkan.

Haider yang malas bertekak, membuka ikatan selendang di pergelangan tangannya lalu bahagian yang melilit pergelangan tangannya diikat di tiang katil membiarkan hanya Xaviera sahaja yang terikat.

"Apa ni?" Xaviera ingat Haider nak leraikan ikatan tersebut tapi lain pula kejadiannya.

Haider menuju ke almari pakaian Xaviera lalu luggagenya dikeluarkan dan semua pakaian Xaviera dimasukkan kedalam beg tersebut.

"Haider, saya tak nak lah. Jangan paksa saya." Xaviera sudah hendak menghentikan perbuatan Haider namun tangannya menjadi penghalang untuk dia.

Haider tidak mempedulikan bantahan tersebut. Almari yang tadinya penuh dengan pakaian Xaviera sudah mula berkurang.

Selesai mengemas baju Xaviera, Haider mendekati meja solek isterinya. Dimasukkan semua perlatan yang ada dimeja itu kedalam beg makeup Xaviera sehingga meja itu bersih dari barangan Xaviera.

"Ada lagi ke barang kau?" Soal Haider namun Xaviera hanya mendiamkan dirinya.

Haider menuju ketempat Xaviera lalu rahang wanita itu dicengkam. Mata tajam mencerun kearah isterinya.

"Jangan nak cabar aku Viera. Aku tanya ada lagi ke barang kau?" Soal Haider dengan dingin. Xaviera yang melihat perubahan Haider sudah menelan air liurnya.

"Barang mandian saya." Balas Xaviera dengan perlahan. Haider terus masuk kedalam bilik mandi dan diambil semua barang-barang tersebut.

"Ada lagi?" Xaviera terus menggelengkan kepalanya.

Haider mengambil tudung yang tergantung lalu dililitkan dikepala Xaviera.

"Tak kemaslah." Rungut Xaviera apabila dirasakan tudung dikepalanya tidak mengikut cita rasanya.

"Kau nak cantik untuk aku atau untuk lelaki lain? Gaya ni dah cantik dimata aku."

Setelah itu, Haider mengikat semula tangannya seperti tadi manakala satu lagi tangan menarik luggage milik Xaviera.

Xaviera yang berada dibelakang Haider sudah sumpah seranah Haider dalam hati. Dia tak nak balik ke rumah Haider. Nak lari tak boleh, ke aku patut teriak minta tolong. Cakap jelah Haider ni nak culik aku.

"Jangan nak mengada Viera. Aku bukan culik kau, aku cuma bawa kau balik rumah."

"Masalahnya rumah saya dekat sini."

"Iya-iya je kau. Entah-entah pekerja dekat sini dah muak tengok muka kau."

"Diamlah!"

Haider membawa Xaviera menuju ke kereta yang sudah dia tempah. Sebelum dia tutup pintu, sempat Haider memberi amaran kepada Xaviera untuk tidak membuat sesuatu yang dia tidak suka.

"Jangan sesekali kau cuba atau ada niat untuk lari dari aku." Arah Haider dengan tegas.

"Awak siapa nak larang saya?"

"Aku suami kau dan aku boleh buat apa je yang aku nak. Ingat, kalau kau tak nak terluka jangan buat sesuatu yang aku tak suka."

Seusai itu Haider menghempas pintu kereta dengan kuat. Sebelum dia berangkat sempat Haider memberitahu kepada Ayyan tentang rancangannya. Pandai-pandailah Annisa hidup.




Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

384K 36.8K 30
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir...
2.4M 241K 69
US Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just...
7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
801 62 3
☆°꒰𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟐꒱°☆ 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍 | 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐋𝐀𝐑𝐈𝐂𝐄 Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...