HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 83.1K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-58

74.2K 4K 1.6K
By thelifeof_rene

Dari tadi telefon Haider asyik berbunyi dan membuatkan Xaviera sudah hilang kesabaran dengan bunyi pekikan tersebut. Masalahnya Haider ni langsung tak pedulikan panggilan tersebut.

"Angkat lah telefon tu. Bising lah." Xaviera berdiri dihadapan Haider dengan gaya mencekak pinggang.

Haider hanya buat bodoh sahaja dan matanya setia memandang kehadapan walaupun dihalang oleh badan isterinya.

Xaviera yang berasa geram dengan perangai Haider terus mengambil remote control yang berada dimeja lalu ditekan punat off mematikan television tersebut.

"Tu, telefon awak bunyi. Angkatlah!" katanya  dengan garang lalu dia berlalu mengambil tempat duduk sebelah Haider.

Haider menggulingkan matanya dengan paksaan tersebut. Mahu tak mahu Haider menerima juga panggilan dari Annisa. Semaklah perempuan satu ni.

"Waalaikumsalam." Jawab Haider dengan malas.

Xaviera tidak pedulikan perbualan pasangan tersebut. Dia hanya duduk membaca majalah yang ada ditangannya. Dia perasan nama pemanggil itu adalah Annisa. Risaulah tu laki lari.

"Hmmm.."

"Hmmm..."

"Siaplah, kita turun makan." Ajak Haider selesai dia dibebel oleh Annisa.

"Awak turunlah sendiri. Saya tak ada selera nak makan." Tolak Xaviera dengan malas dan mata masih setia membelek majalah ditangannya.

Haider berdiri dari duduknya lalu dia berdiri dihadapan Xaviera. Terkebil-kebil mata hitam itu melihat badan sasa Haider.

Terjonget kening Xaviera. Nak apa?

Haider tanpa kata terus mencempung badan Xaviera lalu dibawa masuk kedalam bilik mandi.

"Apa awak ni?" dipukul bahu Haider dengan penumbuk kecilnya.

Seusai mereka berada di dalam bilik mandi, Haider mendudukkan Xaviera di tandas duduk. "Aku dah mudahkan urusan kau, siap. Kita turun makan."

"Saya tak naklah." Xaviera berdiri lalu dia ingin keluar dari tempat tersebut namun dihalang oleh badan sasa Haider.

Disebabkan kedegilan isterinya, terpaksalah Haider pakai cara kasar. Haider mendekati Xaviera lalu tangannya membuka butang pijama yang digunakan oleh Xaviera.

Terkejut Xaviera dengan perlakuan tersebut. Ditolak tangan Haider jauh dari bajunya.

"Jangan cabar aku Viera!" tegas Haider memberi amaran.

"Miang lah awak ni!"

"Aku dah suruh kau bersiap, tapi degil. Aku nak tolong lah ni."

"Saya kata saya tak nak. ! Yang nak paksa-paksa ni kenapa?" lawan Xaviera. Walaupun dia sedikit gentar dengan pandangan Haider namun dia kuatkan hati dengan pendiriannya.

Haider memberikan pandangan dingin dan langkah mereka semakin lama semakin berada dipenghujung bilik mandi. Terhempas kuat badan Xaviera didinding bilik mandi tersebut. Jauh juga perjalanan mereka sehingga dia tersepit dengan badan Haider.

Haider sekali lagi membuka butang pijama Xaviera dan dengan pantasnya Xaviera menolak tangan tersebut.

"Okey, saya ikut." Akhirnya Xaviera terpaksa membuat keputusan mengikuti suaminya turun sarapan. Kedengaran dengusan kasar keluar dari bibir pucat itu.

"Kan senang kalau kau setuju. Ini nak juga aku buat dengan cara kasar." Diusap rambut Xaviera dengan lembut.

"Dah tu keluar lah. Nak tengok saya tukar baju ke?" Tajam matanya mencerun kearah Haider.

"Boleh ke?" balas Haider dengan senyuman nakalnya.

"Gatal!" ditolak badan Haider keluar dari bilik tersebut.

Setelah Haider keluar dari bilik mandi, kedengaran keluhan berat keluar dari mulutnya. Isterinya dah tak seperti dulu.

...

Ini adalah keputusan yang paling bodoh dia ambil. Seperti nak menangis dia melihat keluarga Haider yang sedang menunggu kedatangan suaminya.

"Saya nak naik. Awak pergilah sarapan dengan mummy dan daddy." Xaviera sudah berura-ura untuk tukar laluan namun pantas lengannya ditarik.

"Sampai bila kau nak larikan diri?" dia tahu Xaviera takut dan tak selesa dengan keadaan mereka sekarang tapi sampai bila Xaviera perlu hidup begini.

"Tolonglah Haider! Saya tak nak." Rayu Xaviera bersama dengan air mata yang sudah bertakung.

"Kau tak salah Viera. Kenapa nak larikan diri?" diusap pipi Xaviera dengan lembut.

"Jom.." Haider menarik tangan Xaviera lalu mereka mendekati meja makan Tengku Aryan.

Ayyan, Emyr dan Fathi sudah tersenyum melihat langkah pasangan yang sudah lama terpisah mendekati meja mereka.

Annisa yang melihat Haider mula tersenyum manis. Dia belum melihat kelibat Xaviera kerna wanita itu berjalan dibelakang Haider.

"Awak.." panggil Annisa dengan teruja. Semalaman dia tunggu Haider balik namun lelaki itu bagi alasan dia tertidur dibilik Ayyan.

Senyuman yang tadinya menghiasi bibir Annisa perlahan-lahan pudar apabila dia melihat Haider sedang memimpin tangan seseorang namun dia tidak tahu siapa.

"Haider, sini duduk sebelah Annisa." Ajak Tengku Faiza yang masih belum mengetahui Haider sedang membawa Xaviera.

"Tak apa. Haider nak duduk sini dengan Viera." Ditarik tangan Xaviera sehingga badan wanita itu terdorong keluar dari tempat persembunyiannya.

Tergamam Tengku Faiza dan juga Annisa melihat seraut wajah yang sangat mereka kenali. Masih hidup rupanya, ingatkan dah mati.

"Ohhh! Patutlah tak balik bilik semalam rupanya tidur dekat bilik lain." Perli Annisa bersama dengan mata yang galak merenung ke arah Xaviera.

"Biarlah dia nak tidur dekat bilik yang dia suka. Lagipun bilik tu bilik isteri pertama dia, yang kau nak marah-marah bagai ni kenapa?" Sampuk Ayyan dengan dingin. Tak sedar punya perempuan.

"Ayyan! Jaga mulut sikit tu. Betul lah dengan apa yang Annisa kata tadi." Tengku Faiza menyokong sahaja apa yang dikatakan oleh menantu kesayangannya.

"Masih ingat suami rupanya. Ingatkan dah lupa status sebagai isteri." Perli Tengku Faiza.

"Mummy, tolong. Cukuplah mummy rosakkan rumah tangga Haider dan sekarang jangan cuba nak masuk campur dalam urusan rumah tangga Haider." Tegang wajah Haider menegur sikap mummnya.

"Dah makan. Depan rezeki pun nak bergaduh ke?" Tengku Aryan yang dari tadi mendiamkan diri sudah mula bersuara. Senang hatinya melihat Xaviera. Rupanya menantunya dalam keadaan yang baik sahaja. Tengku Faiza dan Annisa sudah naik geram dengan mereka semua. Semualah nak bela Xaviera.

"Duduklah." Arah Haider dengan lembut. Xaviera tanpa banyak kata meletakkan punggungnya dikerusi kosong. Nasib sahaja tempatnya dihujung jadi tidaklah dia perlu berhadapan dengan dua ahli sihir tersebut.

"Kau nak makan apa?" soal Haider kepada Xaviera.

"Bukan sepatutnya isteri ke layan suami? Dah kenapa Haider nak layan dia macam tu?"

Haider tak mempedulikan dengan kata-kata Tengku Faiza. Haider mengambil nasi namun pantas dihalang oleh Xaviera.

"Saya nak makan roti je." Pinta Xaviera dengan senyumannya. Haider terus mengambil sekeping roti lalu diletakkan di pinggan Xaviera.

Meluat Annisa dan Tengku Faiza dengan perangai mengada Xaviera. Kenapa lahir dia muncul masa-masa begini.

Sedang mereka menikmati sarapan, kedengaran sapaan seseorang yang membuatkan semua pandangan keluarga tersebut mendongakkan kepala mereka melihat pemilik gerangan tersebut.

"Tengku.." tegur suara tersebut.

"Awak buat apa dekat sini?" terkejut Tengku Aryan melihat wanita yang berdiri dihadapannya.

Ayyan yang cukup mengenali wanita itu sudah tersenyum sinis. "Sorry mummy.."

"Eh, Aunty. Buat apa dekat sini?" Sapa Ayyan dengan ramah. Tertoleh kepala Tengku Faiza kearah anaknya.

Siapa perempuan yang menegur suaminya dan kenapa Ayyan seperti kenal rapat dengan perempuan tersebut?

"Aunty bercuti. Tak sangka pula berjumpa dengan keluarga Tengku." Jawab Puan Raisya dengan senyuman manisnya.

"Sini lah Aunty. Join sekali," ajak Ayyan yang membuatkan lagi Tengku Faiza semakin tertanya-tanya.

"Boleh ke?"  soal Puan Raisya dengan mata memandang kearah mereka semua meminta persetujuan.

"Boleh. Duduklah." Kali Tengku Aryan dengan senang mengajak wanita itu untu sarapan sekali.

"Amboi abang. Jumpa kekasih lama ke sampai senyumannya tu lebar ke telinga?" sakit hati Tengku Faiza melihat kedua-duanya saling berbalas senyuman.

"Eh, macam mana mummy tahu yang Aunty Raisya ni bekas kekasih daddy?" Soal Ayyan dengan riak wajah yang cukup terkejut.

Makin bertambah geram Tengku Faiza apabila mendapat tahu perempuan yang berada dihadapannya adalah bekas kekasih suaminya. Entah-entah first love Tengku Aryan.

"Itu semua kisah lama Tengku." Takut pula Puan Raisya melihat wajah isteri Tengku Aryan yang sudah bertukar riak.

"Ohh! Patutlah senyuman tu lebar. Rupanya bekas kekasih ada didepan mata." Perli Tengku Faiza dengan tangan mencucuk-cucuk makanan yang berada di pinggannya.

Disebabkan suasana tersebut sudah bertukar kekok, Puan Raisya mengambil keputusan untuk pergi.

"Maaf sebab saya dah menganggu keluarga Tengku. Saya pergi dulu." Puan Raisya segera beredar dari tempat tersebut. Takut pula dia melihat wajah isteri Tengku Aryan.

Haider menendang kaki Ayyan meminta penjelasan daripada kembarnya berkaitan dengan wanita yang berdiri dihadapan mereka tadi.

"Bekas daddy ke?" soal Haider dengan nada berbisik.

"Hebat tak aku? Penat aku cari first love daddy, siap ajak bercuti dekat sini lagi." Ayyan menaikkan keningnya berkali-kali dan kelihatan senyuman nakal menghiasi bibir lelaki itu.

Tergelak Xaviera dengan kenakalan Ayyan. Ada ke patut buat mummy sendiri cemburu.

"Kau gila ke? Nak mummy mengamuk?" Haider sudah menggelengkan kepalanya. Tak sangka kembarnya ni boleh berfikiran jauh macam ni.

"Alah, rilekslah. Aku nak tengok macam mana reaksi mummy melihat kemesraan daddy dengan Aunty Raisya. Biar mummy rasa sakitnya nampak suami sendiri melayan perempuan lain."

"Tak baik tau buat mummy macam tu." Tegur Xaviera dengan lembut. Kesian dia nampak wajah Tengku Faiza yang sedang menahan cemburu.

"Jangan baik sangat Viera. Biar mummy rasa macam mana kau rasa. Nak sangat suruh anak dia bermadu, rasa lah sendiri."

"Nak tengok apa yang lebih seronok tak?" Soal Ayyan dengan senyuman yang penuh mencurigakan.

Haider dan yang lain hanya mampu menggelengkan kepala mereka. Buatlah Ayyan. Yang penting kau bahagia.

"Daddy boleh tak Ayyan panggil Aunty Raisya dengan panggilan mama? Mana tahu lepas ni Ayyan dapat mama baru." Ujar Ayyan dengan senyuman gembira. Entahlah gembira nak dapat mama baru atau gembira kenakan mummy sendiri.

Menggelegak darah Tengku Faiza dengan permintaan anaknya. Mama? Ayyan nak mama baru?

"Ha baguslah tu! Nanti semua ikut perempuan tu dan tinggalkan mummy sendiri."

"Mummy benarkan ke?" Soal Ayyan dengan mata yang penuh bersinar.

"Mummy jangan risaulah. Annisa kan ada, temankan mummy. Mummy tak akan keseorangan punya." Sambung Ayyan.

"Ayyan memang tak sayang mummy, kan?" Kedengaran nada itu sudah bertukar sebak. Tak sangka anaknya nak kan mama baru.

"Ayyan..." tegur Tengku Aryan dengan nada yang tegas. Ada-ada jelah anaknya sorang ni.

Senyuman manis yang tadinya menghiasi bibir Ayyan dengan pantas berubah menjadi senyuman sinis.

"Sakitkan mummy? Itulah apa yang Viera rasa sekarang. Sakit apabila melihat suami sendiri dirampas oleh perempuan lain. Tapi Aunty Raisya tak akan rampas suami mummy sebab Aunty Raisya bukan perempuan macam tu."

"Jadi awak nak cakap saya ni perampas ke?" Soal Annisa dengan nada tertahan. Tak tahulah kenapa Ayyan ni suka sindir-sindir dia.

"Orang bodoh jelah tak nampak yang kau ni perampas." Balas Ayyan dengan sinis.

"Ayyan, makin kurang ajar kan. Ini mesti pengaruh perempuan tu."

Xaviera sudah menggigit bibirnya. Keluarga ni bergaduh sebab dia ke?

"Awak, semua salah saya. Saya punca keluarga awak jadi macam ni." Tertunduk Xaviera ke bawah apabila matanya bertentang denga mata Tengku Faiza yang memandangnya dengan pandangan penuh kebencian.

"Tak sayang. Apa yang Ayyan buat ni semuanya betul. Mummy memang perlu dibuat macam ni supaya mummy tahu apa yang kau rasa." Pujuk Haider dengan tangannya erat mengenggam tangan Xaviera.

"Mummy, kalau nak marah tu marah je lah. Tak payah nak libatkan isteri Haider." Ujar Haider lalu dia berdiri dan membawa Xaviera pergi jauh.







Even if my name isn't etched in your heart,
I still choose you.





Maaf lambat update. Enjoy reading❤️❤️

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 241K 69
US Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just...
2.9M 160K 65
Top 1 [Amazing Romance GenreπŸ…] Top [ GOOD STORYLINE πŸ…] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau d...
7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
806 62 3
β˜†Β°κ’°ππŽπŽπŠ πŸκ’±Β°β˜† π€π˜π‘π„π’ π‹π”π‚π‚πˆπ„π | π€π”π‘π„π‹πˆπ€ π‚π‹π€π‘πˆπ‚π„ Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...