HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 82.9K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-57

76.3K 4K 591
By thelifeof_rene

Lama Haider meletakkan bibirnya di ubun-ubun Xaviera dan Xaviera juga menikmati kehangatan itu namun dia sedar dirinya tak layak berdamping dengan Haider. Tak mahu terlalu leka dengan sentuhan itu, Xaviera mengalihkan wajahnya ke tepi. Haider milik Annisa!

"Saya merayu dengan awak Haider. Lupakan saya. Cukup buat saya terseksa." Rayu Xaviera.

"Please Viera. Jangan paksa aku untuk lupakan kau. Selama kau tinggalkan aku, tak pernah sekali pun aku terlepas selitkan nama kau dalam doa aku. Aku tak pernah dan tak akan lupakan kau." Balas Haider dengan tegang.

"Tapi saya dah lupakan awak. Saya dah tutup rapat-rapat hati saya untuk awak dan nama awak saya dah buang jauh. Jadi tak ada guna awak simpan saya." Ujar Xaviera dengan dingin.

"Kau bohong Viera. Aku tahu kau bohong!" Tersenyum sinis Haider dengan keyakinan Xaviera. Isterinya sengaja berkata seperti itu untuk bangkitkan kemarahannya. Pandai kau Viera!

"Aku mohon dengan kau Viera. Jangan menyerah! Kita sama-sama berjuang sayang." Pujuk Haider dengan lembut. Suara yang tadinya dingin kini berubah seratus peratus. Cukuplah mereka berpisah selama beberapa bulan ni.

Xaviera menggelengkan kepalanya berkali-kali dan air mata laju sahaja merembes keluar.

"Saya dah menyerah Haider. Cukup saya perjuangkan cinta saya. Biarlah kali ni saya undurkan diri untuk kebahagiaan awak dengan Annisa."

"Kenapa menyerah? Kenapa tidak memilih untuk terus berjuang? Jika kita pernah bahagia bersama, kenapa tidak diperbaiki? Kenapa harus memilih untuk pergi? Kenapa Viera?" ujar Haider dengan kecewa. Kenapa isterinya tak nak berjuang untuk mereka berbaik.

Xaviera terdiam seribu bahasa. Kenapa begini cerita kisah mereka? Kerna tak tahan melihat wajah kecewa Haider, dia menolak jauh badan Haider dan kakinya mengorak langkah meninggalkan tempat tersebut.

"Viera!" panggil Haider dengan kuat namun Xaviera hanya buat bodoh. Digagahkan kakinya berjalan untuk naik semula ke bilik.

"Viera!" kali  ini suara itu kedengaran keras tapi masih sama. Xaviera hanya diam dan meneruskan langkahnya.

Tanpa menunggu lama, Xaviera terus menboloskan dirinya kedalam lif dan tangan cepat-cepat menekan butang lif agar pintu tertutup sebelum Haider sempat mengejarnya.

"Cepatlah!" geram pula apabila pintu lif itu seakan mengejeknya.

Setelah beribu kali menekan, akhirnya pintu itu pun tertutup dan terbit nafas lega Xaviera. Badan yang tegak tadi terus disandarkan kebelakang dan tangan naik menyentuh dadanya. Terasa sangat sukar untuk dia bernafas ketika ini.

Sedang Xaviera melayan perasaannya kedengaran bunyi lif yang sedang terbuka. Terdongak kepala Xaviera memandang kehadapan.

"Ishhh.." marah Xaviera apabila melihat yang masuk tadi adalah Haider. Kaki cuba dibawa keluar dari lif namun badannya pantas ditarik lalu disandarkan dengan kuat di dinding lif.

"Apa awak ni?" marah Xaviera apabila diperlakukan sedemikian.

Haider hanya diam memerhatikan wajah Xaviera. Ditilik wajah Xaviera dengan pandangan yang redup.

Cuppp

Haider mencium pipi Xaviera. Terkelu, tergamam Xaviera dengan ciuman tersebut. Tak malu punya lelaki!

Cuppp

Sekali lagi pipinya dicium oleh Haider dan kali ini darah Xaviera sudah mendidih dengan perlakuan suaminya.

Pangg!

Kuat bunyi tamparan bergema diruangan tersebut. Kebas pipi Haider dengan tamparan tersebut.

"Tak malu ke cium orang?" marah Xaviera. Haider hanya diam membiarkan pipinya ditampar.

"Tepi saya nak keluar!" ditolak dada Haider dengan kasar. Tapi ada Haider kisah dengan perlakuan comel isterinya.

Dirangkul pinggang Xaviera lalu badan kecil itu diletakkan ditempat tadi dan kedua-dua tangan Xaviera diambil kemudian diletakkan diatas kepala wanita itu.

"Apa ni? Lepaslah..." Xaviera sudah meronta-ronta minta dilepaskan. Haider yang sudah tidak tahan dengan perangai Xaviera melabuhkan bibirnya di bibir delima isterinya. Baru tahu erti diam!

Terkejut Xaviera dengan ciuman tersebut. Nasib hanya sekejap kalau lama memang tak tidur malam lah dia.

"Baru tahu nak diam." Kata Haider dengan dingin. Xaviera hanya menayangkan wajah tidak puas hatinya. Kalau bukan Haider ni suaminya memang dah lama dia hempuk.

"Sejak bila kau pakai tudung?" sebenarnya dari tadi dia hendak bertanya perihal tersebut tetapi melayan ragam Xaviera membuatkan soalannya tergendala.

"Sejak awak duakan saya."

"Kau cantik Viera." Puji Haider dengan ikhlas. Walaupun isterinya sindir dia tapi dia langsung tak ambil hati.

"Cantik macam ni pun diduakan." Jawab Xaviera dengan selamba.

"Bilik kau tingkat 5, kan ?" soal Haider lalu dia menjauhkan dirinya dari Xaviera dan dia mengambil tempat disebelah isterinya. Mulut isterinya ni makin lama macam makin pedas je.

"Excuse me! Bilik awak tu dengan Annisa. Pergilah tidur dengan dia." Bengang pula dia dengan perangai tak malu Haider ni.

"Sekarang giliran kau lagi lah. Takkan hari-hari dengan Annisa." Balas Haider dengan senyuman manis.

Xaviera menaikkan bibirnya meluat dengan perangai lelaki itu. Dia masih boleh senyum-senyum macam tu selepas apa yang dah jadi.

Sampai di tingkat bilik Xaviera, dia terus melangkah keluar dengan cepat meninggalkan Haider sendirian di dalam lif. Kaki dibawa menuju kebiliknya tanpa menoleh ke belakang. Lantaklah dengan Haider.

Xaviera mengambil kunci biliknya lalu dibuka dan tanpa menunggu lama dia terus memboloskan dirinya kedalam bilik tersebut.

Belum sempat Xaviera hendak menutup pintu biliknya, pintu tersebut ditolak dengan kasar dari luar sehingga terundur Xaviera kebelakang.

"Laju sangat lah kau jalan Viera." Termegah-megah Haider mengejar langakah isterinya.

"Awak buat apa dekat sini? Keluarlah." Dihalau Haider dengan kasar. Malaslah dengan lelaki sorang ni.

Haider tidak pedulikan dengan wajah bengang Xaviera. Kakinya melangkah masuk kedalam bilik Xaviera.

"Cantik juga bilik kau ni." Tanpa ada rasa malu, Haider menghempaskan badannya di atas tilam empuk Xaviera.

Habis kesabaran Xaviera melayan perangai mengada Haider ni. Malas hendak bertengkar mulut, Xaviera membawa diri masuk kedalam bilik mandi membersihkan dirinya. Dibiarkan sahaja Haider berguling-guling diatas katilnya.

Setelah menukar pakaian dan membersihkan muka, Xaviera keluar lalu melangkah mendekati katilnya. Seharian dia tak rehatkan badan terasa lenguh pula.

"Tepi! Saya nak tidur." Halau Xaviera dengan keras.

Tanpa kata dia terus berdiri dan kaki dibawa masuk kedalam bilik mandi. Gilirannya lagi untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri baru dia teringat semua pakaiannya ada dibilik Annisa. Nak pakai baju apa macam ni?

Haider keluar dari bilik mandi dan dia mendekati almari baju Xaviera. Manalah tahu ada baju besar isterinya yang boleh dipakai. Diselak satu persatu sehinggalah dia tersenyum melihat hoodie yang selalu dia pakai. Patutlah dia tak jumpa hoodie ni dirumah rupanya Xaviera bawa lari bersama. Kenapa comel sangat isteri dia ni?

Hoodie tersebut disarungkan ke badannya dan dia menuju ke katil. Badan dihempaskan dengan kuat sehingga tertoleh kepala Xaviera kesisinya.

"Awak tidur bawah lah."

"Tak kesian ke dengan aku? Seharian aku belum rehatkan badan." Sayu sahaja suara itu meminta kesian dari Xaviera.

"Kesian?" tergelak Xaviera dengan permintaan Haider.

"Masa awak suruh saya tidur dekat lantai dulu, ada awak kesian dekat saya? Ada awak fikir keselesaan saya? Tak ada kan? Jadi kenapa saya nak kesian kan awak?" balas Xaviera dengan sinis. Terkelu Haider dengan balasan Xaviera. Tak sangka Xaviera ungkit hal tersebut.

Xaviera mengalihkan matanya ke tempat lain apabila melihat wajah muram Haider. Dia tak ada niat nak ungkit semua tu tapi dia terpaksa supaya hatinya tidak jatuh kepada Haider.

Haider terus mengubah riak wajahnya dan dia cuba mengusir jauh perasaannya ketika ini. Haider menayangkan senyuman dan membuat seolah-olah tiada yang berlaku.

Bantal yang berada ditengah dibuang jauh kebawa lalu pinggang Xaviera ditarik dekat dengan badannya.

"Apa ni? Lepaslah..." Xaviera menolak tangan kekar yang melilit dipinggangnya namun pelukan tersebut terasa semakin erat.

"Tidur Viera." Kata Haider dengan nada yang sudah mengantuk. Xaviera terus membelakangkan badannya. Tidak mahu dia terlalu dekat dengan Haider.

"Berdosa tau tidur membelakangi suami." Tegur Haider dengan lembut. Xaviera yang mendengar teguran tersebut menggigit bibir bawahnya. Berdosanya dia dengan suami sendiri.

Dengan perlahan-lahan posisi tidurnya diubah dengan cara tidur melentang. Mata cuba dipejam dengan erat tidak mahu melihat Haider.

"Selamat malam Viera." Ucap Haider lalu diberikan satu ciuman didahi isterinya. Xaviera berusaha menahan dirinya agar tidak mengalirkan air matanya. Selama enam bulan dia tidur sendiri, dan selama itu juga dia rindukan pelukan hangat Haider.

Haider mengeratkan lagi pelukannya dipinggang Xaviera. Baru hari ini dia dapat tidur dengan tenang ditambah lagi dengan haruman vanilla yang sangat dia rindukan.

"Selamat malam Haider." Balasnya didalam hati.

...

Selesai pasangan tersebut solat subuh berjemaah, Haider menyertai Xaviera yang sedang menikmati pemandangan pagi diluar balkoni. Dia baru memeriksa telefonnya, penuh dengan panggilan dari Annisa namun ada dia kisah. Dia nak nikmati masa berdua dengan Xaviera.

"Patutlah kau selesa dekat sini, rupanya tempat ni penuh dengan ketenangan." Kata Haider seusai dia berdiri disebelah isterinya.

Lama mereka berdua menikmati pemandangan tersebut sehinggalah kedengaran suara garau Haider.

"The sunrise is beautiful isn't it?"

Tanpa diminta air mata Xaviera jatuh mengalir. Kenapa air matanya senang sangat keluar. Dia nampak sangat lemah dihadapan Haider.

Xaviera cukup faham dengan apa yang disampaikan oleh Haider. Tapi dia tak selamanya akan disamping Haider dan satu hari nanti dia akan pergi meninggalkan Haider.

"Kenapa kau nangis?" terkejut Haider apabila melihat air mata Xaviera jatuh membasahi pipinya.

Semakin kuat esakan Xaviera sehinga terhinjut-hinjut bahunya. Haider terus menarik Xaviera masuk kedalam pelukannya. Diusap belakang badan Xaviera yang ditutupi dengan telekung putihnya.

"There's no need to try to be tough. It's fine to cry, it's not a sign of weakness." Pujuk Haider dengan lembut. Mesti isterinya selama ini menangis sendiri tanpa ditenangkan oleh sesiapa.

Lama Xaviera melepaskan tangisannya didada Haider sehinggalah dia sendiri yang menjauhkan dirinya daripada lelaki itu.

Dia benci dengan dirinya. Dia tak nak menangis tapi air mata ni gedik sangat nak keluar.



Even if my name isn't etched in your heart,
I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

24.6K 3.3K 12
π–³π—‚π—‰π—Œ π—Žπ—‡π—π—Žπ—„ π—Œπ–Ύπ—†π—Žπ–Ί π—‰π–Ύπ—‡π—Žπ—…π—‚π—Œ 𝖽𝗂 𝖢𝖺𝗍𝗍𝗉𝖺𝖽. 𝙨𝙩𝙖𝙧𝙩 : 2020 π™šπ™£π™™ : π—Œπ—ˆπ—ˆπ—‡ 𝙨𝙩𝙖𝙩π™ͺ𝙨 : 𝖨'𝗅𝗅 π—Žπ—‰π–½π–Ίπ—π–Ύ 𝗂𝖿 𝖨 𝗐...
384K 36.9K 30
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir...
27.4K 3.1K 12
Nak menulis tapi tak tahu? Anda berada di tempat yang betul! Tekan je read dan baca. Jangan lupa tinggalkan comment dan vote. πŸ‘  Beautiful cover by...
23.3K 2.3K 14
Maaflah, author tak reti nak buat description.. ❗Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya ❗ My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start...