HAIDER LUTHFAN

thelifeof_rene द्वारा

6.4M 323K 82.9K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... अधिक

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-54

68.3K 3.7K 732
thelifeof_rene द्वारा

Setelah bersiap, Haider turun ke bawah untuk menyertai keluarganya bersarapan. Hari ni dia terpaksa terbang ke Sabah atas urusan kerja. Awalnya Tengku Aryan yang sepatutnya kesana tapi disebabkan Tengku Faiza risau kesihatan suaminya maka Haider lah yang menggantikan tempat Tengku Aryan.

Dari bawah, Annisa dapat melihat kaki panjang Haider sedang menuruni anak tangga. Tak sabarnya nak honeymoon dengan Haider.

"Awak, sini kita sarapan dulu." Ajak Annisa bersama dengan senyuman manis. Haider hanya memandang sekilas ke arah wajah tersebut sebelum dia mengambil tempat duduk disebelah Tengku Aryan.

"Nisa cantik-cantik ni nak pergi mana?" hairan Tengku Aryan melihat penampilan Annisa dan yang menambahkan kepelikan dia melihat luggage pink di luar ruang makan.

"Lupa mummy nak bagitahu Haider yang Annisa pun ikut pergi Sabah. Boleh sekali honeymoon." Jawab Tengku Faiza bagi pihak Annisa.

Tersedak Haider mendengar bahawa Annisa turut ikut serta. Mummy tak bagi tahu dia pun.

"Apa mummy ni? Suka buat sesuatu tanpa bincang dengan Haider." Ujar Haider dengan nada tertahan. Dia sedaya upaya tak tinggikan suara dengan Tengku Faiza.

"Kalau mummy bagitahu Haider, mesti Haider tak nak bawa Nisa kan? Jadi bagus mummy buat senyap-senyap. Lagipun apalah salahnya bawa Nisa jalan-jalan."

Haider yang tak tahan dengan sikap Tengku Faiza berdiri dari duduknya dan tangan erat digenggam menahan rasa amarahnya. Nasib ada daddy, kalau tak ada tak tahu apa nak jadi dengan Tengku Faiza dan Annisa. Haider terus berlalu menuju ke keretanya, malas hendak berlama-lama di ruangan tersebut.

"Jom Nisa!" Tengku Faiza yang melihat pemergiaan Haider terus menarik tangan Annisa mengejar langkah anak lelakinya. Dia tak nak tahu yang penting mereka berdua ada masa bersama. Mana tahu Haider jatuh cinta sekali lagi dengan Annisa.

...

Sudah seminggu, dia pergi dari kehidupan Haider. Bukan dia pergi mencari ketenangan malahan dia membuatkan tahap kesihatannya semakin merosot.

Sudah beberapa hari ini badannya panas dan menggigil kuat. Bukan itu sahaja badan  terasa sangat lemah dan dia tidak berdaya untuk berjalan seperti dulu. Dan akhirnya setelah beberapa hari bertahan, hari ini dia tumpas dan nekad untuk pergi ke hospital.

Dalam hati Xaviera sudah berdebar-debar untuk berjumpa dengan doktor. Bagaimana kalau dia disahkan mengandung? Adakah Haider akan terima dan bagaimana nasib anaknya nanti?

Setelah lama menunggu namanya dipanggil, kini tiba masa giliran Xaviera. Kaki dibawa masuk kedalam bilik yang ditunjukkan oleh jururawat bertugas.

"Ada apa yang saya boleh tolong?" soal Doktor Bella dengan senyuman manisnya. Dan Xaviera pun menceritakan dengan hal yang dia alami selama beberapa bulan ini.

Nak dekat dua jam dia berada di bilik tersebut, Xaviera melangkah keluar dari bilik Doktor Bella dengan pandangan kosong. Sangat kosong seperti kehidupannya.

Air mata yang ditahan dari tadi satu persatu jatuh ke pipinya. Tak tahu bagaimana perasaannya ketika ini. Sangat sukar untuk dikatakan. Dia tidak mahu mengeluh kerana dia yakin setiap apa yang dilalui oleh seseorang itu pasti ada hikmahnya.

"Kau kuat Viera." Air mata yang membasahi pipinya diseka lalu kaki dibawa keluar dari tempat tersebut.

Terhenti langkah Xaviera seketika apabila dia mendengar laungan azan. Hiba hatinya mendengar suara yang sangat mendayu. Sebelum pulang Xaviera mengambil keputusan untuk singgah terlebih dahulu di masjid yang tidak jauh dari tempat dia sedang berada.

Sepanjang dia solat, Xaviera terasa sangat tenang. Hilang semua masalah yang membebani fikirannya tadi.

Selesai solat, Xaviera tidak terus keluar dari masjid tersebut melainkan dia hanya duduk termenung. Masih terngiang-ngiang penerangan doktor Bella tadi. Dia tidak tahu harus gembira atau sebaliknya? Bukan ini ke dia mahu?

Haider yang kebetulan baru sahaja mendarat terus menuju ke masjid berdekatan memandangkan waktu Zohor pun sudah masuk.

Seusai mengerjakan solat, Haider duduk termenung di tangga masjid menikmati suasana yang jarang sangat dia rasa. Sedang dia berehat, dia didekati oleh seorang pakcik tua.

"Kenapa termenung?" tegur pakcik tersebut. Dia juga turut melabuhkan punggungnya disebelah Haider.

"Tak adalah, saja nak nikmati suasana." Jawab Haider dengan ramah.

"Dari semenanjung kah ni?" kelihatan Haider menganggukkan kepalanya membalas pertanyaan pakcik tersebut.

"Berapa lama disini?" suka pula dia tu berbual dengan orang dari semenanjung. Selalunya dia hanya berbual dengan penduduk kampung sahaja tak sangka pula hari ni berkesempatan jumpa orang semenanjung

"Sehari dua hari je pakcik. Saya datang sebab urusan kerja je."

"Lama-lama lah disini."

"Kalau ada masa saya datang sini lagi. Tenang je rasa duduk dekat sini."

"Iyalah. Ni pakcik balik dulu." Pakcik tersebut menghulurkan tangannya dan dengan senang hati Haider menyambut huluran tersebut.

Xaviera yang kebetulan melangkah keluar terhenti seketika langkahnya apabila dia dapat melihat sosok seseorang yang sangat dia kenali.

Patutlah dia rasa tenang tadi rupanya suami yang dia rindu ada di masjid yang sama dengannya. Tersungging senyuman manis dibibir Xaviera.

"Saya rindu awak." Tidak tertanggung air mata Xaviera melihat senyuman Haider yang sedang berbual dengan seorang pakcik tua.

Dalam satu hari ni pelbagai emosi yang dia dapat. Gembira, sedih, teruja, semuanya ada.

Xaviera terasa hendak berlari memeluk badan Haider namun niatnya terkubur apabila melihat seorang wanita yang sedang mendekati lelaki itu.

"A-Annisa." Panggil Xaviera dengan terkejut. Annisa menghampiri Haider lalu dia memeluk lengan sasa Haider dengan erat. Walaupun Haider tak membalas perbuatan itu namun entah kenapa hatinya sakit.

Tak tahulah apa yang Annisa katakan kepada Haider sehingga membuatkan lelaki itu membetulkan awning tudung Annisa. Haider tak senyum dan nampak macam terpaksa namun senyuman Annisa membuatkan dia tambah sakit hati.

"Astaghfirullah.." ucap Xaviera lalu dia menghapuskan air matanya. Dia tak boleh cemburu. Annisa juga isteri kepada Haider.

Terlintas di fikirannya kalau dia pergi mesti Haider dah tak sunyi. Annisa boleh menggantikan tempatnya dan dia yakin Haider akan bahagia bersama dengan Annisa. Tersenyum pahit dia dengan kisah hidupnya. Air mata yang membasahi pipinya diseka dengan ibu jarinya. Kaki juga dibawa menjauhi pergi dari pasangan tersebut.

...

Xaviera tiba di biliknya dengan perasaan yang tidak tahu bagaimana hendak dikatakan. Dia gembira melihat Haider tapi dalam masa yang sama dia rasakan dirinya tak layak untuk terus bersamping disisi lelaki itu.

Xaviera mengambil telefon yang disimpan diatas meja soleknya. Lama sudah dia tidak membuka telefon tersebut.

Setelah telefonnya berfungsi seperti semula, tidak henti pesanan masuk bertubi-tubi dan semuanya adalah daripada Haider.

Tangan ligat membuka pesanan Haider dan dibaca satu persatu apa yang ditulis oleh suaminya. Seperti diari dimana Haider menceritakan semua yang berlaku dalam kehidupannya.

"Saya pun rindu awak Haider." Ujar Xaviera bersama dengan tangisan yang semakin lama semakin menjadi bunyinya.

Dia bersyukur dapat solat bersama dengan Haider, dan dapat melihat wajah Haider walaupun hanya sekejap.

...

Haider termenung diluar balkoni biliknya. Tak tahu kenapa dia terasa dekat sangat dengan masjid tadi. Seperti ada tarikan yang membawanya untuk kesana.

Sudah sebulan Xaviera pergi meninggalkannya namun sampai kini khabar wanita itu memang langsung tidak diketahui. Xaviera seperti hilang ditelan bumi.

"Kau tak rindu aku ke Viera?" keluhnya. Dalam hati dia tidak pernah lupa akan nama tersebut.

"Aku nak sangat peluk kau Viera. Aku rindu haruman bau kau. Banyak sangat cerita aku nak kongsi dengan kau tapi kau jauh. Jauh sangat sampai aku tak boleh nak cari kau."

Haider mengambil telefon di poket seluarnya lalu aplikasi WhatsApp dibuka. Dia mahu meluah dengan Xaviera apa yang sudah berlaku hari ini.

Seketika tangan Haider terhenti melihat pesanannya sudah dibaca oleh isterinya. Haider seperti hendak berteriak melihat pesanannya dilihat dan juga dibaca.

Haider terus menekan nombor telefon Xaviera dan tidak lama selepas itu panggilannya bersambung dengan Xaviera.

"Assalamualaikum Viera." Sebak suara Haider memberi salam. Lama dia menunggu jawapan dari isterinya namun wanita itu tidak membalas. Dia yakin Xaviera masih perlukan masa dan dia tidak akan memaksa wanita itu.

"Viera, aku rindu kau. Kau tak rindu aku ke?" Xaviera yang berada disebalik panggilan sudah menekup mulutnya tidak mahu tangisannya kedengaran.

"Viera, balik sayang. Aku rindu kau, aku tak boleh nak berpisah lama dengan kau. Sakit Viera. Sakit sangat." Semampu yang boleh Haider menahan air matanya untuk tidak keluar.

Xaviera hanya menganggukkan kepalanya. Dia pun terlalu rindukan Haider. Dia pun sudah cukup terseksa berjauh lama dengan Haider.

"Viera, kau sihat? Aku dah beberapa kali demam. Demam rindukan kau. Aku harap kau tak demam, sebab aku tak ada disebelah kau nak melayan perangai merapu kau tu." Tergelak kecil Haider apabila teringat kembali bagaimana kelakuan Xaviera kalau demam.

"Viera, aku dekat Sabah sekarang. Tenang je rasanya berada disini. Nanti kita honeymoon dekat sini, kita berdua je."

Laju air mata Xaviera merembes keluar. Mereka berdua berada di tempat yang sama. Kenapa begini kisah cinta mereka? Kenapa sulit sangat untuk dia berbahagia bersama Haider?

"Viera aku tetap tunggu kau. Walaupun kau masih perlukan masa tapi aku disini akan sentiasa ingat dan doakan kau sayang." Suara yang tadinya teruja kini bertukar sayu.

"Tidurlah Viera. Dah lewat ni, jaga diri. I love you Viera." Ucap Haider dengan sebak. Dia tidak mahu putuskan panggilan ini tapi hari sudah terlalu lewat. Mesti isterinya perlukan rehat.

Xaviera terus mematikan panggilan tersebut. Tidak sanggup untuk dia mendengar suara sayu Haider. Tangisan yang tadinya ditahan, perlahan-lahan mula berlagu di bilik yang sepi.

"I love you too Haider." Balas Xaviera dengan teresak-esak.

Annisa yang kebetulan mendengar perbualan Haider dengan Xaviera sudah tak senang duduk. Haider dah boleh hubungi Viera, macam mana nanti kalau Viera tiba-tiba muncul. Tak boleh jadi ni. Dia perlu buat sesuatu agar Haider dan Xaviera tak bertemu.

"I love you konon! Dulu bukan main cakap hanya nama Annisa yang ada dihatinya. Mulut lelaki memang tak boleh pakai lah." Marah Annisa dengan perlahan. Dia perlu ambil langkah yang cepat supaya Haider tak tinggalkan dia.

Even if my name isn't etched in your heart,
I still choose you.

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

204K 13.1K 53
Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidu...
801 62 3
☆°꒰𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟐꒱°☆ 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍 | 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐋𝐀𝐑𝐈𝐂𝐄 Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...
2.9M 160K 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau d...
2.4M 100K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...