HAIDER LUTHFAN

Od thelifeof_rene

6.4M 323K 83K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... Viac

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-51

74.4K 3.7K 1K
Od thelifeof_rene

Haider melangkah masuk ke dalam rumah Tengku Aryan dengan perlahan. Kaki dibawa ke bilik tidur mereka dan disitu kelihatan Annisa sedang berbaring.

Haider hanya berdiri ditepi katil dimana Annisa sedang tidur. Sekarang ni dia tak tahu nak berbuat apa? Teruskan perkahwinannya dengan Annisa atau tinggalkan wanita itu untuk dapatkan semula Xaviera.

Terasa seperti diperhatikan, Annisa membuka matanya dan dilihat Haider sedang berdiri dihadapannya.

"Bila awak balik?" soal Annisa dengan suara seraknya. Haider hanya diam membiarkan soalan itu berlalu.

"Awak masih cari Xaviera ke?" tetap sama. Haider hanya diam dan pandangannya membuatkan Annisa sedikit gerun.

"Biarkan dulu Viera tenangkan diri. Saya yakin Viera tak pergi jauh dan dia masih ada dekat sini." Ujar Annisa dengan berani. Badan yang tadi berbaring kini berdiri menghadap kearah Haider.

"Aku dah sakitkan Xaviera untuk sekian kalinya. Aku rindukan dia dan kenapa disaat kami dah bahagia, kau datang Nisa. Kenapa?"  terkaku Annisa dengan soalan tersebut. Didepannya Haider katakan yang dia rindu Xaviera.

"Saya minta maaf Haider. Kalau awak rindukan Viera, saya ada disini. Saya akan bantu awak dan kita sama-sama lalui semua ni." Kata Annisa lalu dia menggapai jari jemari Haider.

"Kau rasa Xaviera nak maafkan aku ke?" naik muak pula Annisa mendengar nama tersebut asyik keluar dari mulut Haider. Aku dekat sini dah cantik masih lagi fikir pasal bini pertama dia.

"Iya, dia akan maafkan awak." Jawab Annisa sebagai penyejuk hati Haider.

"Sekarang ni awak perlu tidur. Dah berapa hari awak tak tidur nyenyak, kan?" Ajak Annisa lalu dia menarik tangan Haider dekat ke katil mereka namun Haider mengeraskan badannya dan hanya berdiri kaku sahaja.

"Aku tidur di bilik sebelah." Seusai itu dia mendekati almari bajunya dan dibawa sehelai baju keluar bersama-sama menuju ke bilik sebelah.

Annisa sudah tergamam dengan penolakan tersebut. Dia lebih pilih tidur dibilik sebelah daripada tidur disebelah aku. Arghhhhh!!

...

Seusai sahaja dia berada di negeri tersebut Xaviera terus membawa diri menuju ke Shangri La Resort setelah seharian perjalanannya. Tak dapat dinafikan dia merasakan tenang berada di tempat yang digelar negeri bawah bayu. Setelah puas dia mengelilingi resort tersebut, kaki dibawa masuk ke bilik untuk

Pada awalnya dia memang mahu rehatkan diri namun matanya sangat sukar untuk dipejam dan akhirnya dia  termenung di luar balkoni.

Tak lama dia termenung, lamunannya terhenti apabila sakit dikepalanya menyerang secara tiba-tiba. Bukan itu sahaja dia dapat rasakan ada cecair yang keluar dari hidungnya.

"Ya Allah!" ujarnya dengan terkejut. Telapak tangan yang menyentuh hidungnya tadi sudah penuh dengan darah. Tanpa menunggu lama, Xaviera ingin membawa diri masuk kedalam tandas namun langkahnya terhenti apabila sakit di kepala semakin kuat. Walaupun begitu, dia sedaya upaya menahan kesakitan tersebut kerna dia perlu membersihkan dirinya dulu sebelum merehatkan badan.

"Kenapa ni? Kenapa selalu sangat aku sakit kepala dan berdarah?" katanya dihadapan cermin tandas. Kebelakangan ini dia selalu rasa letih, sakit kepala dan sekarang berdarah dihidung.

Setelah bersih daripada kotoran, Xaviera baringkan badannya di katil merehatkan dirinya yang mungkin terlalu tekanan.

"Aku stress je ni," Xaviera cuba memujuk hatinya yang sudah tidak keruan. Sudahlah dia sendiri sahaja di resort ni tanpa ada kenal sesiapa, kang dia jatuh pengsan tiada orang sedar.

...

Awal pagi Haider keluar dari rumah mencari keberadaan isterinya. Tidurnya tidak lena semalaman memikirkan keadaan Xaviera dan tidak tahu kenapa hatinya terasa tidak sedap seperti ada sesuatu yang berlaku kepada Xaviera.

Haider menyusuri jalan raya yang saat ini sangat sunyi. Hanya ada beberapa sahaja kenderaan yang lalu lalang dijalan tersebut.

"Viera, kau dekat mana?" Terjenguk-jenguk kepala Haider mencari kelibat Xaviera namun tiada. Jalan tersebut terlalu sunyi.

Haider menggapai telefonnya lalu didail nombor telefon Xaviera namun masih sama. Xaviera masih mematikan telefonnya.

"Viera, please. Aku merayu sangat dengan kau, tolonglah tunjukkan diri." Rayu Haider.

Lama dia berpusing-pusing di atas jalan raya namun kelibat Xaviera langsung tidak kelihatan sehinggalah dia mengambil keputusan untuk memberhentikan kereta dibahu jalan.

"Viera baliklah. Aku minta maaf." Ujar Haider dengan kepala direhatkan distereng keretanya.

Teringat kembali memori dia bersama Xaviera beberapa hari sebelum dia menjauhkan diri daripada isterinya.

"Janji yang awak akan cintakan saya dan tak akan sesekali sakitkan saya lagi. Saya tak janji tau kalau satu hari nanti awak sakitkan saya, saya akan terus bertahan dengan awak"

Menitis air matanya apabila teringat dengan kata-kata tersebut. Dia sudah memungkiri janjinya kepada Xaviera dan wanita itu pasti sudah tawar hati terhadapnya dan pasti sukar untuk dia mendapatkan maaf dari Xaviera.

"Viera, maafkan aku sayang. Aku sakitkan kau sekali lagi."

Sedang Haider menangis merindukan isterinya, kedengaran jendela keretanya diketuk dari luar.

Tok tok tok

Sempat Haider menhapuskan air matanya sebelum kepala ditegakkan menghadap gerangan yang mengetuk jendelanya.

"Ya, ada yang boleh saya bantu." Ujar Haider yang sudah menurunkan cermin keretanya untuk menegur sapa pakcik tua tersebut.

"Pakcik cuma nak tengok keadaan encik. Takut ada apa-apa yang berlaku dengan encik." Balas pakcik tua tersebut.

"Saya cuma berehat sekejap je pakcik." Kata Haider bersama dengan senyuman.

Pakcik tersebut juga membalas senyuman anak muda tersebut. Dia yakin ada sesuatu yang menganggu lelaki muda ini.

"Kalau Encik tak keberatan, jomlah kita solat subuh berjemaah dekat masjid sana. Tak lama lagi nak masuk waktu." Ajak pakcik tersebut.

Haider dengan senang hati menerima ajakan tersebut. Lebih baik dia duduk bersujud meminta pertolongan dari Allah untuk lembutkan hati Xaviera.

Setelah selesai mendirikan solat subuh, hati yang tadi tidak tenteram kini bertukar menjadi tenang. Degupan jantungnya pun berdegup normal.

"Encik." Tegur pakcik tua tersebut kepada Haider.

Haider menyalam tangan pakcik itu yang sudah berkedut.

"Encik ada masalah ke? Dari tadi pakcik perasan wajah Encik seperti menanggung seribu masalah.

Haider yang mendengar pertanyaan tersebut hanya memberikan senyuman hambar. Nampak sangat muka dia ni ditimpa masalah.

"Biasalah pakcik, masalah rumah tangga."Jawab Haider dengan ringkas.

Tersenyum pakcik itu mendengar jawaba lelaki muda yang berada dihadapannya. Kenapa hari ni dia berjumpa dengan pasangan yang sedang dilanda ujian perkahwinan.

"Salah faham dalam rumah tangga itu perkara biasa. Pakcik yakin semua yang berkahwin pasti akan mengalami hal seperti ini. Jadi kita sebagai kepala keluarga perlu pandai mainkan peranan dalam hal ni. Bincang elok-elok dengan pasangan kerna komunikasi itu penting dalam satu perhubungan." Panjang lebar pakcik tersebut memberi ceramah kepada Haider.

"Macam mana saya nak bincang kalau isteri saya dah tinggalkan saya." Saya sahaja suara Haider membalas.

"Bagi isteri encik masa untuk tenangkan diri. Perempuan ni dia tak lama merajuk. Mereka tak boleh nak kawal emosi mereka sehinggalah emosi tu yang mengawal fikiran perempuan. Biarkan dulu isteri encik bertenang dan percaya dengan pacik isteri encik akan datang kembali kepada encik." Balas pakcik tersebut dengan nada yang tenang.

Kelihatan sedikit lega di wajah Haider apabila pakcik itu kata Xaviera hanya pergi sekejap. Dia berharap sangat apa yang dikatakan oleh pakcik itu betul kerna dia sudah tidak tertanggung rindu terhadap Xaviera.

Setelah lama mereka berdua berbual, Haider meminta diri untuk pergi dari tempat tersebut memandangkan matahari juga sudah semakin naik. Lagipun dia percaya pakcik tersebut juga mesti ada hal lain yang perlu dia lakukan.

...

Xaviera membuka matanya perlahan-lahan apabila badannya kesejukan. Rasanya dia tak hidupkan penghawa dingin tapi sejuknya tu sampai menggigil satu badan.

Dia bangun lalu kepala disandarkan seketika di kepala katil apabila sekali lagi sakit dikepalanya menyerang dengan kuat. Kaki, tangan serta anggota yang lain juga seperti tiada tenaga untuk berjalan.

Lama Xaviera menenangkan dirinya sehinggalah sakit dikepalanya hilang dengan perlahan-lahan. Xaviera berdiri lalu kaki dibawa menuju ke bilik mandi dan dia terpaksa memegang dinding sepanjang perjalanannya kerana badannya saat ini terasa seperti tidak dapat berdiri dengan tegak.

Selesai membersihkan diri Xaviera menghamparkan sejadah dan didirikan solat subuh seperti biasa namun kali ini hanya dia sendiri tanpa diimamkan oleh suaminya. Habis menunaikan solat subuh, Xaviera menadahkan tangannya dan dia mula berdoa kepada Allah yang satu. Tiada tempat lain yang dia boleh meluah kecuali kepada PenciptaNya.

"Ya Allah, aku tidak meminta lebih kepadaMu, aku hanya minta jadikan aku orang yang sabar, ikhlas dan kuat dalam menghadapi cubaan apa pun yang datang terhadap diriku." Setelah mengaminkan doanya, Xaviera membaringkan badannya diatas sejadah dan tanpa dipinta air matanya mengalir teringat akan Haider.

Sebelum ini, selepas sahaja mereka solat subuh bersama Haider pasti akan letakkan kepalanya di pangkuan Xaviera namun bermula detik ini dia sudah tidak dapat kenikmatan tersebut. Semua impiannya musnah sekelip mata.

"Saya rindukan awak Haider. Saya tak mampu nak berjauhan dengan awak tapi hati saya sudah cukup hancur dengan semuanya." Ujarnya bersama dengan air mata yang semakin lebat.

...

Haider menapak masuk kedalam rumah dengan tangan mengurut lehernya. Badan dihempaskan dengan kuat di sofa lalu kepala direhatkan mengeluarkan semua penatnya.

"Awak dari mana?" kedengaran suara lunak seseorang menyapa ditelinga Haider. Haider tidak menjawab soalan tersebut. Dia malas untuk bertekak dengan Annisa. Annisa yang melihat soalannya diabaikan menaikkan bibirnya ke atas.

"Awak perlu fikirkan kesihatan awak juga Haider. Kalau awak paksa diri macam ni, nanti awak jatuh sakit dan lepas tu awak dah tak boleh nak cari Viera." Annisa mengurut kepala suaminya dengan lembut namun pantas Haider menjauhkan jari jemari tersebut daripada terus menyentuh kulitnya.

"Nisa, kau tahu tak dimana tempat yang Viera selalu pergi? Kau kan kawan baik dia." Soal Haider dengan datar dan mata memandang kearah wanita itu dengan pandangan kosong.

Annisa didalam hati sudah menahan sabar dengan sikap Haider yang langsung tidak memikirkan perasaannya. Dia menguntum satu senyuman yang paling manis kearah Haider walaupun wajah lelaki itu hanya memberikan pandangan kosong.

"Saya tak tahulah awak. Viera jarang nak cerita hal macam tu." Balas Annisa dengan lembut. Walaupun dia tahu dimana tempat yang Xaviera selalu kunjungi memang tak lah nak dia bagitahu Haider. Buang masa dia je.

"Kan saya dah cakap dengan awak. Biarkan dulu Viera tenangkan diri. Nanti kalau dia perlukan awak, pandailah tu dia cari jalan pulang." Sambung Annisa lagi dengan senyuman namun dalam hati dia sudah mengutuk Haider dan juga Xaviera.

Memang Haider ni tak fikirkan perasaan dia ke? Dari semalam lagi asyik nama Xaviera je keluar dari bibir dia. Ni aku depan mata tak pula nak dipandang. Harap lah Xaviera tu pergi jauh, tak payah balik sini lagi bagus.

Haider hanya mendiamkan diri. Patutkah dia biarkan Viera tenangkan diri? Tapi dia rindukan dengan isterinya. Tak betah duduk lama bersama dengan Annisa, Haider pergi meninggalkan wanita itu yang masih tersenyum manis.

Ingat dia senyum begitu boleh cair ke? Puihhh!!




Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

2.4M 100K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...
204K 13.2K 53
Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidu...
803 62 3
☆°꒰𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟐꒱°☆ 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍 | 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐋𝐀𝐑𝐈𝐂𝐄 Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...
24.6K 3.3K 12
𝖳𝗂𝗉𝗌 𝗎𝗇𝗍𝗎𝗄 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗉𝖾𝗇𝗎𝗅𝗂𝗌 𝖽𝗂 𝖶𝖺𝗍𝗍𝗉𝖺𝖽. 𝙨𝙩𝙖𝙧𝙩 : 2020 𝙚𝙣𝙙 : 𝗌𝗈𝗈𝗇 𝙨𝙩𝙖𝙩𝙪𝙨 : 𝖨'𝗅𝗅 𝗎𝗉𝖽𝖺𝗍𝖾 𝗂𝖿 𝖨 𝗐...