HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 82.9K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-49

74.2K 3.8K 1.3K
By thelifeof_rene

Awal pagi Xaviera sudah berangkat keluar dari rumah. Biarlah kali ini dia pergi dari Haider. Tiba masanya untuk dia fikirkan dirinya yang selama ini langsung tidak dipandang apatah lagi dihargai.

Sebelum pergi, sempat Xaviera meninggalkan surat ucapan selamat tinggal. Lepas ni dia memang tidak mahu ada berhubung dengan lelaki itu. Dia mahu tenangkan diri dan rawat hatinya.

Kaki dibawa keluar lalu kasut disarung. Sengaja dia tidak memakai selipar yang selalu dia gunakan agar Haider berharap yang dia masih tinggal dirumah tersebut.

Xaviera menelefon teksi yang sudah dia tempah dan tidak lama menunggu, akhirnya dia menaiki teksi tersebut dan secara rasminya dia telah pergi jauh meninggalkan Haider.

Sepuluh minit selepas Xaviera meninggalkan rumah tersebut, kereta yang dipandu Haider masuk kedalam perkarangan rumahnya.

Tersenyum seketika dia apabila melihat kereta Xaviera masih terparking disebelah keretanya dan dihadapan pintu masih ada selipar yang selalu isterinya guna.

"Assalamualaikum, Viera.." katanya dari luar rumah.

Kaki menaiki anak tangga menuju ke bilik mereka lalu tombol pintu dibuka dengan muka yang mengharap isterinya masih baring diatas katil.

Namun itu hanyalah harapan yang sia-sia apabila katil tersebut sudah kemas.

"Viera..." Haider mencari di bilik mandi tapi bilik itu kosong dan gelap.

Perasaanya sudah tidak sedap dengan apa yang dia lihat sekarang. Tak mungkin! Tak mungkin!

"Viera!" teriak Haider dan kini suara itu sangat kuat memanggil nama isterinya.

Satu persatu bilik yang berada ditingkat atas dibuka mencari keberadaan isterinya namun masih sama. Kosong!

"Viera.." laju kakinya dibawa menuruni anak tangga dan dibawa masuk ke bilik kecil Xaviera.

Ya Allah!

Terundur langkah Haider kebelakang apabila bilik itu sudah kosong sepertimana keadaan asalnya.

Haider membuka almari baju Xaviera dan jelas hanya tinggal beberapa sahaja helai baju yang tergantung. Begitu juga dengan alat solek Xaviera dimeja kecilnya. Kosong! Meja itu bersih daripada barang-barang Xaviera.

"Viera.."terduduk lemah Haider di birai katil isterinya. Dia lambat. Dia lambat untuk menghalang isterinya dari pergi jauh.

Semakin lebat air mata Haider mengalir apabila dia tercium haruman vanilla yang selalu digunakan oleh isterinya.

"Viera, kenapa kau tinggalkan aku?"

Masih belum terlambat untuk mengejar Xaviera. Dia yakin Xaviera masih berada dibandar dan jarak mereka belum jauh lagi.

Dengan pantas Haider keluar dari bilik Xaviera lalu kaki dibawa menuju ke keretanya namun langkah itu diperlahankan apabila dia melihat ada sekeping kertas yang melekat di cermin bersebelahan dengan pintu masuk. Haider mencabut kertas tersebut dan badannya dibawa duduk disofa ruang tamu.

Dengan perlahan-lahan dia membuka surat tersebut dan dibaca satu persatu isi surat itu.

Assalamualaikum,

Saat awak baca ni saya dah pergi jauh dari awak. Saya minta maaf tak beritahu awak yang saya nak pergi. Saya minta maaf sebab tak minta izin keluar dari awak tapi saya mohon dan merayu dengan awak, izinkan saya pergi.

Saya dah tak boleh untuk teruskan semuanya Haider. Saya dah hancur. Saya dah tak boleh bertahan dengan apa yang awak sudah lakukan.

Jika dulu, saya masih boleh pujuk hati saya untuk tunggu awak, untuk terus berjuang dapatkan cinta awak tapi kali ini saya menyerah. Tiada perempuan yang rela dimadukan.

Ingat pesan dan janji kita Haider. Jangan sakitkan Annisa. Sayang dia sepertimana abi sayang dia. Bahagiakan Annisa kerna saya tahu kebahagiaan awak adalah Annisa.

Minta maaf Haider, selama saya bergelar isteri, saya tak mampu untuk beri awak kebahagiaan yang awak impikan. Saya minta maaf sangat-sangat. Kehadiran saya dalam keluarga awak adalah satu kesilapan yang sangat besar.

Haider halalkan semua makan minum pakaian saya dan semuanya yang pernah saya dapat dari awak. Terima kasih untuk segalanya.

Sekali lagi saya nak ucapkan selamat pengantin baru Haider Luthfan. Semoga berbahagia bersama Shaheen Annisa.

Dari awal Haider membaca isi surat tersebut, air matanya tidak henti keluar. Viera salah. Kebahagiaan dia adalah Xaviera dan bukannya Annisa.

"Viera!" panggilnya dengan kuat. Dia tak sangka sebegini kisah hidup mereka.

Dipukul kepalanya dengan kuat. Disebabkan dia semuanya hancur. Xaviera tinggalkan dia.

"Ayyan.l Meniti nama tersebut dari bibirnya. Ayyan pasti tahu dimana Xaviera.

...

Ayyan, Emyr dan Fathi sibuk membuat sarapan di dapur. Biasalah bujang tiada yang sudi masakkan jadi untuk kelangsungan hidup mahu tidak mahu mereka perlu masak.

"Haider mana? Dari tadi tak nampak batang hidung dia?" soal Emyr.

"Entah! Cari Viera lah tu." Balas Ayyan dengan nada yang sama sekali tidak berminat.

Sedang mereka sibuk mengisi perut, kedengaran suara teriakan seseorang.

"Ayyan!" teriak Haider dengan kuat. Mereka yang kebetulan sedang menjamah makanan sudah tersedak dengan jeritan tersebut.

"Tak boleh kuat lagi ke?" sindir Fathi dengan kepala digelengkan.

"Ayyan.." sekali lagi Haider memangil nama kembarnya.

"Nak apa!?" teriak Ayyan yang tidak kalah kuatnya dengan suara Haider.

"Viera dekat mana?" soal Haider sebaik sahaja dia berdiri dihadapan Ayyan. Berkerut dahi Ayyan dengan persoalan tersebut. Apa kaitan dia dengan Viera?

"Dekat rumah kau lah." Balas Ayyan dengan mata memandang pelik kearah Haider. Kenapa nak tanya dia tentang keberadaan Xaviera?

"Kau jangan nak main-main lah. Mana Viera?" dicengkam erat leher baju Ayyan yang sedang bermain-main dengannya.

"Kau fikir aku ada masa nak main-main ke? Yang suami Viera dekat sini siapa? Aku atau kau?" ditolak kasar badan Haider lalu tangannya membetulkan leher baju yang sudah berkedut.

"Viera mesti ada bagitahu kau dia nak pergi mana. Kau bagitahu aku sekarang, aku merayu dengan kau." Suara yang tadinya tinggi kini sudah berubah menjadi kendur.

"Aku tak tahu dia pergi mana. Viera tak bagi tahu pun." Ujar Ayyan dengan keras. Orang dah cakap tak tahu, maksudnya tak tahulah. Yang nak paksa-paksa ni kenapa?

"Kau jangan tipu aku lah. Mana Viera?" jerkah Haider dengan mengetap rahangnya. Dia tak percaya Ayyan tak tahu dimana Xaviera berada.

Tergelak kecil Ayyan dengan sikap Haider yang seperti orang tidak waras. Lah baru sekarang nak melalak cari bini dia.

"Kalau aku tahu pun aku tak akan beritahu kau. Biar Viera pergi jauh dari kau." Kata Ayyan bersama dengan senyuman sinisnya.

"Kau memang tak guna lah." Rasa seperti dipermainkan Haider melayangkan satu penumbuk dimuka Ayyan yang sedang menayangkan muka sinisnya.

"Weh, dah bertumbuk lah." Fathi menyenggol lengan Emyr yang hanya mendiamkan diri. Kelihatan wajah itu yang langsung tak berniat untuk menghentikan pergaduhan tersebut.

"Biar lah. Aku nak nampak Haider tu menyesal. Siapa suruh buat benda bodoh." Ujar Emyr dengan mata setia memandang kearah kembar tersebut.

"Lawaklah kau ni. Kau nak kejar dia buat apa? Nak jelaskan perkahwinan ni kau buat sebab ikut arahan mummy!" dibersihkan tepi bibirnya yang berdarah akibat tumbukan tersebut.

"Tak guna!" sekali lagi Haider mahu menyerang Ayyan namun kali ini Ayyan pantas mengelak dari serangan itu dan dia membalas tumbukan yang dia dapat tadi.

Bukk!

"Kau yang tak guna. Lelaki dayus!"

"Masa Viera ada didepan mata bukan main kau pukul dia. Viera tu punyalah sayang dekat kau sampai dia sanggup bertahan, dia relakan badannha kena pukul, tadah telinga dengan cacian kau tapi dia masih maafkan kau."

"Tapi apa kau balas dengan kebaikan dia? Kau hancurkan peluang yang dia bagi dengan perkahwinan bodoh ni!" marah Ayyan dihadapan Haider.

"Dan sekarang tengoklah siapa yang terhegeh-hegeh cari Viera." Kelihatan senyuman mengejek di bibir merah Ayyan.

"Kau tak payah nak bagi ceramah dekat aku. Aku tak nak dengar!" balas Haider lalu dia menolak kasar badan Ayyan sebelum dia pergi.

"Haider kau nak pergi mana!?" teriak Fathi dengan kuat.

"Tak nak kejar ke?" risau pula Fathi dengan keadaan Haider.

"Biarlah dia cari Viera sendiri. Biar dia tahu macam mana perempuan tawar hati. Dia cari sampai lubang cacing pun, aku yakin yang dia tak akan jumpa Viera." Balas Emyr dengan riak biasa. Tiada langsung rasa risau apalagi kasihan terhadap Haider.

"Aku teman kan Haider." Tak sanggup Fathi membiarkan Haider bersendirian mencari Xaviera. Biarlah dia pergi temankan lelaki tersebut.

...

Sepanjang Fathi mengekori langkah Haider, lelaki itu seperti orang yang hilang waras. Bayangkan ditengah-tengah orang sedang lalu lalang dia boleh teriak panggil nama Xaviera.

"Haider, Viera tak ada dekat sini." Fathi menyambar lengan lelaki itu menghalang agar Haider tidak melakukan sesuatu di luar kawalan.

"Tepilah!" ditolak badan Fathi dengan kasar sehingga terdorong kawannya ke belakang.

"Viera." Haider menarik lengan seorang wanita berambut panjang sama seperti rambut isterinya.

"Apa ni pegang-pegang orang?" marah wanita itu. Siapa tak terkejut tiba-tiba lelaki tidak dikenali menarik lengannya.

"Maaf cik." Terpaksalah Fathi yang meminta maaf atas apa yang dilakukan oleh Haider.

"Viera!" panggil Haider dengan kuat. Orang yang lalu lalang dijalan tersebut sudah memandang hairan kearah Haider. Ada juga diantara mereka yang melarikan diri apabila Haider tiba-tiba mendekati mereka.

"Haider, Viera tak ada dekat sini lah. Kau jangan buat malu." Marah Fathi dengan tangannya menarik lengan lelaki itu jauh dari tempat mereka sekarang.

"Lepaslah. Aku nak cari isteri aku!"

"Viera..." sekali lagi Haider menarik seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri seperti isterinya.

"Hei!" kerna terkejut dengan sentuhan tersebut, wanita yang dipegang oleh Haider menampar pipi lelaki tersebut.

"Tak malu ke pegang-pegang perempuan!" teriak wanita itu.

"Kenapa ni sayang?" datang pula seorang lelaki memeluk bahu wanita yang menampar Haider tadi.

"Abang, ni ada lelaki yang sentuh-sentuh saya." Jawab wanita tersebut.

"Awak siapa nak sentuh-sentuh isteri saya?" tanya lelaki itu dengan suara yang keras.

"Encik maafkan kawan saya. Dia tak berniat nak sentuh isteri encik." Fathi menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda minta maaf kepada pasangan tersebut.

Haider hanya mendiamkan dirinya dan pandangan itu menunjukkan yang dia sangat perlukan Xaviera ketika ini.

"Fathi, mana Viera?"

Tidak sanggup Fathi melihat keadaan Haider yang seperti hilang arah. Belum beberapa jam Viera pergi Haider sudah berperangai seperti ini. Macam mana pula hari seterusnya?

"Kita balik dulu ya. Aku yakin Viera tak pergi jauh. Dia ada dekat sini je Haider." Pujuk Fathi dengan lembut.

Haider yang sudah tidak tahu untuk berfikir hanya mengikut arahan Fathi. Sekarang fikirannya betul-betul kosong.

...

Awalnya Fathi nak bawa Haider balik ke rumah tempat dimana mereka bermalam semalam, namun lelaki itu memintanya untuk bawa dia balik ke rumah Tengku Faiza.

Dari luar, Haider teriak memanggil mummy dan juga Annisa. Kebetulan mereka berdua yang sedang berbual di ruang tamu sudah kejung perut mendengar suara tersebut.

"Mummy, Haider..." Annisa sudah gugup dengan suara itu.

"Nisa jangan takut. Mummy ada." Tengku Faiza cuba tenangkan Annisa namun dia sendiri juga sudah berdoa yang Haider tak akan apa-apakan mereka.

"Mummy!" teriak Haider dengan suara yang lebih kuat. Tengku Faiza memberanikan dirinya mendekati pintu rumah mereka.

"Apa Haider ni teriak-teriak macam ni? Tak malu ke?" tegur Tengku Faiza.

"Mana Viera?" soal Haider dengan muka yang sudah berubah bengis. Ini mesti mummynya yang suruh Xaviera pergi jauh darinya. Xaviera tak mungkin pergi tinggalkan dia.

"Mana lah mummy tahu. Elok lah kalau dia dah pergi jauh, sekurang-kurangnya dia tahu yang dia tu tak layak ada dalam keluarga kita."

Haider yang mendengar jawapan Tengku Faiza sudah mengetap rahangnya. Haider mencengkam rahang Tengku Faiza namun cengkaman tersebut tak lah terlalu kuat. Hanya sekadar melepaskan geramnya kepada orang tua tersebut.

"Selama ni Haider hormati mummy dan Haider sangat sayang dengan mummy. Tapi kenapa mummy buat Haider macam ni?"

"Haider, apa awak nak buat dengan mummy?" Annisa sudah cuak melihat tindakan Haider yang cuba menyakiti Tengku Faiza.

"Kau diam perempuan!"

"Lepaslah! Ini mummy awak. Awak sanggup nak sakitkan mummy hanya disebabkan seorang perempuan."

Haider melepaskan cengkamannya di rahang Tengku Faiza lalu dia mendekati Annisa yang sedang berdiri disebelah Tengku Faiza.

"Disebabkan kau, aku kehilangan Viera. Disebakan kau, rumah tangga aku hancur!" teriak Haider dengan kuat. Tangannya mencengkam sanggul rambut Annisa yang ditutupi dengan tudungnya.

"Haider sakit!" terdongak kepala Annisa dengan cengkaman tersebut.

"Haider, apa Haider nak buat dengan Annisa?" Tengku Faiza sudah terkejut dengan perbuatan anaknya.

"Disebabkan kau, aku hilang semuanya. Apa salah Viera? Kenapa kau dengan mummy musnahkan rumah tangga kami?!" suara Haider sudah naik meninggi.

"H-Haider, sakit.." laju air mata Annisa keluar membasahi pipinya.

"Haider nak jadi lelaki dayus ke? Mummy tak pernah ajar anak lelaki mummy sakitkan perempuan. Lepaskan rambut Annisa!" Tengku Faiza betul-betul terkejut dengan apa yang sudah Haider lakukan kepada mereka berdua. Disebabkan perempuan tak tahu diri tu, mereka menjadi mangsa Haider.

"Kalau bukan mummy yang lahirkan Haider, dah lama Haider buang mummy dengan Annisa jauh dari pandangan Haider." Ujar Haider sebelum dia menolak tubuh Annisa dengan kuat sehingga terjatuh Annisa diatas lantai. Tak dipedulikan dengan keadaan Annisa yang sedang dalam kesakitan, kaki dibawa keluar menuju ke kereta dimana Fathi sedang menunggunya.

"Annisa!" teriak Tengku Faiza dengan kuat. Terkejut dia dengan apa yang sudah Haider lakukan kepada mereka berdua.

"Mummy, sakit." Rengek Annisa dengan tangan memegang punggungnya.





Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

204K 13.1K 53
Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidu...
801 62 3
☆°꒰𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟐꒱°☆ 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍 | 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐋𝐀𝐑𝐈𝐂𝐄 Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...
2.4M 100K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...
2.9M 160K 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau d...