HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 322K 82.6K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-48

72K 3.9K 1.5K
By thelifeof_rene

Haider mengejar langkah Xaviera namun isterinya lebih pantas memboloskan diri ke dalam rumah. Tombol pintu cuba dibuka tapi apakan daya Xaviera sudah menguncinya dari dalam.

"Viera, buka pintu ni sayang. Kita boleh bincang baik-baik kan." Pujuk Haider dengan tangannya kuat mengetuk pintu tersebut. Dia tahu isterinya belum naik atas dan dia yakin Xaviera ada disebalik pintu tersebut.

"Viera, bukalah. Aku sayangkan kau." Kata Haider lagi dan suara itu kedengaran sangat lemah.

Xaviera yang berada didalam sudah terduduk mendengar panggilan dari Haider. Dia sudah tidak kuat dengan semuanya.

Dulu dia masih boleh bertahan.

Dulu dia masih boleh pertahankan cintanya untuk Haider.

Dia sanggup dipukul dan dimaki hanya untuk mendapatkan cinta dari lelaki itu.

Namun...

Semuanya berubah. Haider sendiri yang menjadikan dia begini. Haider sendiri yang buatkan dia sudah tidak mahu pertahankan cintanya.

"Viera, buka pintu ni sayang. Aku rindukan kau." Haider juga sudah terduduk bersandar dibelakang pintu dengan tangannya sesekali mengetuk pintu. Dia sangat rindukan dengan isterinya dan tak sangka ini yang dia dapat setelah beberapa hari mereka berpisah.

"Viera, aku cintakan kau seorang." Lemah sahaja kedengaran suara itu. Walaupun tiada balasan dari Xaviera, dia tahu Xaviera dengar dengan setiap rintihan dan luahannya.

"Viera..." Xaviera yang mendengar namanya dipanggil berkali-kali menggelengkan kepalanya. Kali ini dia tidak akan terpujuk dengan rayuan Haider. Cukuplah dia maafkan Haider dan cukup dia biarkan Haider sakitkan hatinya.

"Viera.." sekali lagi Haider memanggil nama tersebut. Xaviera menekup mulutnya dengan kedua-dua tangannya mengelakkan daripada tangisannya kedengaran. Dia tidak mahu nampak lemah di mata Haider. Dia mahu tunjukkan bahawa dia masih boleh berdiri tanpa ada lelaki itu disisinya.

"Viera..." kali ini dia berdiri lalu dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Cukuplah dia bertahan dengan Haider dan juga keluarganya. Buat apa dia terus berada dihadapan mereka sedangkan kehadirannya langsung tidak dihargai.

"Viera..." Haider masih lagi tidak putus asa memanggil isterinya.

Ayyan datang menghampiri kembarnya dan dia menghulurkan tangan kearah Haider. Dari tadi dia melihat pergaduhan besar pasangan tersebut. Dia kesian dengan Viera dan juga Haider. Dua-dua tersakiti oleh keadaan.

"Kita balik dulu. Biarkan Viera tenangkan diri dia." Pujuk Ayyan kepada Haider.

"Aku nak Viera..."

"Esok kita datang lagi ya." Ujar Ayyan dengan lembut. Termakan dengan pujukan tersebut, Haider menyambut huluran Ayyan dan mereka berdua jalan beriringan balik ke rumah Tengku Aryan.

...

Tengku Faiza membawa Annisa balik ke rumah mereka dan dia setia menunggu kepulangan Haider. Lepas sahaja akad nikah tadi, majlis mereka terus dihentikan disebabkan pengantin lelaki lari rumah. Nasib sahaja yang wajib sudah dibuat, jadi Annisa sah bergelar isteri Haider.

Tengku Aryan yang dari tadi mendiamkan dirinya berdiri dari duduknya. Dia nak naik menuju kebiliknya. Dia pun tidak tahu apa yang sudah berlaku.

"Abang nak pergi mana?" tanya Tengku Faiza apabila melihat suaminya sudah berdiri dari duduknya.

"Saya nak naik, rehatkan diri. Saya rasa keluarga kita dah hancur." Kedengaran nada kecewa keluar dari bibir Tengku Aryan.

Tengku Faiza hanya terdiam mendengar kata-kata suaminya yang penuh makna. Mata dijeling kesisinya kelihatan Annisa sedang menundukkan pandangannya.

"Assalamualaikum..." kedengaran suara Ayyan dari luar.

"Ayyan.." panggil Tengku Faiza apabila anaknya lalu dihadapan tempat dimana dia sedang duduk. Ayyan hanya memandang sepi kearah Tengku Faiza. Jelas wajah itu sangat kecewa.

"Mummy happy?"soalnya dengan datar.

"Soalan apa Ayyan tanya ni. Mummy happy lah sebab Annisa dah jadi menantu mummy." Jawab Tengku Faiza tanpa ada rasa bersalah.

Tersenyum hambar Ayyan mendengar jawapan mummynya. Dia betul-betul kecewa dengan mummnya.

"Happy diatas kesengsaraan Haider. Ayyan tak sangka mummy yang Ayyan sayang, yang Ayyan sanjung sanggup buat anak dia menderita." Ujar Ayyan dengan nada kecewa.

"Haider.." panggil Tengku Faiza apabila anaknya lagi satu melangkah kearah mereka.

"Apa mummy dah buat? Mummy kata, Viera dalam perjalanan pulang tapi sebenarnya mummy langsung tak bagitahu dia, kan?" tegang sahaja wajah Haider memandang Tengku Faiza.

"Kenapa semuanya cakap pasal Viera ni? Apa baik sangat perempuan tu sampai semua nak salahkan mummy?" naik geram dia apabila semuanya nak bahas pasal Viera.

"Haider sepatutnya berterima kasih dengan mummy sebab mummy dah pilihkan seorang isteri yang baik, solehah dan yang paling penting boleh bahagiakan Haider." Balas Tengku Faiza dengan badan berdiri menghadap kembar tersebut.

Tergelak sinis Ayyan mendengar pujian mummynya terhadap Annisa. Tak kisah lah Annisa tu baik ke tapi sekarang dia sudah masuk kedalam keluarga mereka dan telah hancurkan kebahagiaan mereka semua.

Haider meraup rambutnya dengan kasar. Songkok yang tadi berada diatas kepalanya kini sudah hilang entah kemana. Keadaan Haider ketika ini jelas nampak serabut dan tidak teratur. Sama dengan fikirannya yang sangat serabut.

"Terima kasih mummy." Balas Haider bersama dengan senyuman manis.

Tengku Faiza yang mendengar ucapan itu turut membalas senyuman anaknya. Begitu juga Annisa yang memandang kearah Haider.

Haider dah terima aku ke?

"Terima kasih sudah hancurkan Haider." Sambung Haider dengan senyumannya berubah menjadi dingin.

Seusai berkata, Haider menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Dia lemah sangat saat ini. Yang dia mahu hanya Xaviera namun wanita itu sudah tidak sudi memandangnya.

"Terima kasih mummy dah hilangkan seri rumah ni. Semoga mummy bahagia dengan Annisa." Kata Ayyan sebelum dia pergi meninggalkan mereka berdua.

"Mummy..." panggil Annisa dengan nada sedih.

"Nisa jangan risau tau. Haider tu sekejap je marah. Mummy yakin dia sayangkan Annisa sebab Annisa cinta pertama dia." Pujuk Tengku Faiza.

...

Malamnya, Tengku Faiza senang dapat meluangkan masa dengan Annisa. Annisa pandai masak, pandai bergurau dan pandai ambil hatinya. Tak macam Xaviera yang hanya tahu berkepit dengan Haider.

"Haider makan ke masakan Nisa ni mummy?"

"Mestilah dia makan, ini kan air tangan Nisa. Rugi dia kalau tolak masakan Annisa." Terpujuk Annisa dengan kata-kata Tengku Faiza.

Ayyan dan Haider turun bersama dan langkah mereka sempat ditangkap oleh mata Tengku Faiza. Dia keluar dari ruang dapur nak memanggil anaknya untuk makan malam bersama.

"Haider, Ayyan jom makan. Banyak lauk Nisa masak. Ada makan kegemaran Haider, Ayyan pun ada juga. Jangan risau." Panggil Tengku Faiza dengan muka tak bersalah. Tengku Faiza masih boleh tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Mummy makan lah. Ayyan kenyang." Ujar Ayyan dengan datar dan dia terus sahaja berlalu keluar dari rumahnya.

Tengku Faiza hanya memandang sepi pemergiaan Ayyan yang semakin jauh. Mata memandang kearah Haider yang sedang menunjukkan riak kosong.

"Haider, jom! Isteri kamu dah penat-penat masak. Sini makan." Ajak Tengku Faiza dengan segaris senyuman.

Haider hanya membiarkan ajakan tersebut berlalu begitu sahaja. Mummynya masih ada masa untuk makan sedangkan dia dengan Xaviera dalam keadaan tersakiti. Haider pergi tanpa mengeluarkan sebarang kata. Dia tidak tahu kenapa mummynya boleh kejam dengan anak sendiri.

Annisa yang melihat pemergiaan Haider sudah menyumpah didalam hati. Apa bagus sangat dengan Xaviera sampai kembar tersebut melayan dia dengan dingin?

"Nisa, kita makan berdua jelah ya. Nanti Haider tu lama-lama pasti akan sayang dengan Annisa." Annisa yang mendengar pujukan tersebut hanya membalas dengan senyuman yang dibuat-buat.

Dia tidak boleh berdiam diri. Dia perlu ambil balik hati Haider dan jadikan lelaki itu lupa dengan Viera.

...

Tenang sahaja Ayyan memandu ketika ini dengan Haider setia termenung keluar jendela. Haider ajak Ayyan untuk ke rumahnya namun apabila mereka singgah tadi, rumah itu sudah gelap. Mungkin Xaviera sudah tidur.

"Kita nak pergi mana?" soal Ayyan dengan sesekali matanya memandang kearah Haider.

"Mana-manalah. Yang penting bukan rumah mummy." Balas Haider lalu dia memejamkan matanya. Terasa rindunya terhadap Xaviera semakin menggunung.

Ayyan menelefon Emyr dan Fathi mengajak mereka untuk lepak sekali di rumah  Haider yang lagi satu. Elok lah tidur dekat sana daripada tidur rumah mummy.

"Haider, kenapa kau buat semua ni? Kenapa kau bodoh kahwin dengan Annisa?" soal Ayyan. Dia dari tadi menahan diri untuk bertanya tentang perkahwinan ini.

"M-mummy yang suruh aku. Mummy kata mungkin ini permintaan terakhir mummy. Aku tak nak kehilangan mummy."

"Okey, aku faham kau tak nak hampakan mummy. Kau tak nak menyesal dikemudian hari kalau sesuatu berlaku terhadap mummy."

"Masalahnya kenapa tak bincang dulu dengan Viera? Kau tahu tak dua hari kami dekat kampung Mak Yam, dia asyik fikirkan kau je. Tak senang dia nak duduk apatah lagi makan semata-mata fikirkan kau."

"Tapi kau ada fikirkan Viera? Aku serius tak faham dengan kau Haider. Aku fikir kau lebih matang dari aku, tapi kenapa aku nampak sebaliknya. Kau makin tambah bodoh!"

Geram betul dia dengan Haider. Rasanya baru hari tu dia bangga ada kembar macam Haider, eh tup tup kembar dia buat perangai lagi.

Haider hanya diam mendengar bebelan Ayyan. Apa yang Ayyan cakap semua betul. Tapi dia ditipu hidup-hidup oleh Tengku Faiza.

"Ayyan, aku rindu Viera." Rintih Haider dengan lemah.

Ayyan hanya menjeling sekilas kearah Haider yang sedang bersandar dengan kepalanya ditutupi oleh hoodie.

Itulah dulu masa Viera ada didepan mata langsung tak dihargai. Sudah dibagi peluang dihancurkan macam tu je. Sekarang Viera dah tawar hati barulah nak kata rindu, nak kata sayang. Semuanya dah tak berguna.

Aku membebel panjang-panjang pun bukan juga masuk di telinga Haider. Makin dibebel makin dibuatnya. Haihhhhh!!!




Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 100K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...
7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
24.5K 3.3K 12
𝖳𝗂𝗉𝗌 𝗎𝗇𝗍𝗎𝗄 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗉𝖾𝗇𝗎𝗅𝗂𝗌 𝖽𝗂 𝖶𝖺𝗍𝗍𝗉𝖺𝖽. 𝙨𝙩𝙖𝙧𝙩 : 2020 𝙚𝙣𝙙 : 𝗌𝗈𝗈𝗇 𝙨𝙩𝙖𝙩𝙪𝙨 : 𝖨'𝗅𝗅 𝗎𝗉𝖽𝖺𝗍𝖾 𝗂𝖿 𝖨 𝗐...
794 87 6
☆°꒰𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟐꒱°☆ 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍 | 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐋𝐀𝐑𝐈𝐂𝐄 Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...