HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 322K 82.8K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-47

70.5K 4K 775
By thelifeof_rene

Macam mahu tercabut jantung Xaviera apabila Ayyan membawa kereta dengan sangat laju. Semua kereta yang berada dihadapannya dipotong dan jika ada kereta yang menghalang jalannya, habis bunyi hon memenuhi jalan raya tersebut.

"Ayyan pelan-pelan lah." Kata Xaviera dengan perasaan gugup dan takut. Ayyan langsung tidak mendengar dengan kata-kata Xaviera malahan Ayyan melajukan lagi pemanduannya.

"Ayyan kereta!!" teriak Xaviera apabila kereta dihadapannya berhenti secara tiba-tiba.

Ayyan yang mendengar teriakan Xaviera menoleh kesisinya sebelum kepala memandang semula kehadapan. Oh no!!

Dengan pantas Ayyan menekan brek secara mengejut dan nasib sahaja kereta hadapannya tidak menyentuh belakang kereta tersebut. Ini kalau berlaku pelanggaran memang panjang lah urusan mereka.

Baru dia teringat dengan Xaviera yang sedang duduk disebelah pemandu. Terkejut dia apabila melihat dahi Xaviera yang sudah tersentuh dashboard keretanya.

"Viera, kau okey ke?" matilah kalau Haider nampak dahi Xaviera berdarah.

"Saya tak apa-apa." Balas Xaviera dengan dahi yang berkerut, menahan kesakitan didahinya apabila dia terhantuk akibat pemanduan Ayyan yang tiba-tiba sahaja berhenti.

"Kepala kau berdarah." Kelihatan wajahnya yang cukup cemas melihat cecair merah membasahi dahi licin Xaviera.

"Saya okey. Jomlah jalan, mesti awak urgent kan." Ujar Xaviera dengan senyuman menghiasi bibirnya.

Dia tak salahkan Ayyan. Mungkin lelaki itu ada hal yang penting sampai boleh memandu dengan laju.
Ayyan sudah serba salah dengan kecuaiannya. Dia tak tahu nak buat apa, kalau dia bawa Xaviera ke hospital mereka akan terlambat tapi...

"I'm sorry Viera." Dan akhirnya Ayyan membuat keputusan untuk menuju ke rumah Annisa. Itu lebih penting sekarang.

...

Sementara dirumah Annisa, Emyr dengan Fathi sudah ulang alik dihadapan pagar rumah menunggu kedatangan Ayyan.

"Mana dia orang ni?" keluh Fathi dengan sesekali matanya memandang ke jalan raya.

"Ayyan kata dia dah dekat." Jawab Emyr dengan mata setia memandang ke telefon bimbitnya. Dari tadi mereka berdua saling berhubung untuk memberitahu keberadaannya.

"Itu ke?" kata Fathi dengan mata dikecilkan memandang nombor plat kereta yang sedang menghampiri kearah mereka.

Suasana di dalam rumah pengantin juga sudah bising dengan bisikan daripada para tetamu yang membicarakan tentang akad yang dari tadi belum lagi dilafazkan.

"Lama lagi ke? Beratur lagi pengantin yang perlu saya kahwinkan ni." Kata tok kadi yang dari tadi setia menunggu pengantin lelaki menghulurkan tangannya.

"Sekejap lagi." Ujar Haider dengan kepala ditolehkan kebelakang. Tolonglah Viera!

"Haider jangan buat mummy malu." Bisik Tengku Faiza di tepi Haider.

"Mummy, tolonglah. Kita tunggu Viera dulu..." Haider masih lagi merayu kearah Tengku Faiza yang seakan tidak mengerti dirinya.

Matanya memandang pula kearah Tengku Aryan yang duduk jauh dibelakang. Meminta agar daddy memujuk Tengku Faiza namun Tengku Aryan hanya membalas pandangan Haider dengan pandangan kosong.

"Kita mulakan lah ya." Tok kadi menghulurkan tangan kearah Haider dan lama Haider memandang huluran tersebut.

...

Dari jauh Xaviera sudah tahu arah tujuan mereka adalah kerumah Annisa. Dia kenal dengan jalan tersebut dan matanya kenal dengan kelibat dua lelaki yang sedang menunggu dihadapan pagar rumah Annisa.

"Kita buat apa dekat sini?" tanyanya dengan pelik.

"Nanti kau tahu juga." Balas Ayyan lalu dia keluar dari kereta dan mendekati Emyr serta Fathi.

Xaviera hanya memandang hairan ketiga-tiga lelaki yang berada dihadapannya. Kenapa wajah masing-masing serius sangat?

"Viera..." panggil Fathi apabila wanita itu keluar dari kereta Ayyan.

"Awak pandu laju-laju semata-mata nak bawa saya ke majlis perkahwinan Annisa?" jujur dia terkejut melihat luar rumah Annisa yang sudah berhias cantik. Tak sangka Annisa nak buat majlis.

"Kau masuk dulu. Tengok apa yang berlaku dekat dalam." Balas Ayyan sambil dia meraup rambutnya dengan kasar.

"Tak nak lah saya. Biarlah dia nak kahwin, bukannnya dia perlu minta restu dari saya." Ujar Xaviera dengan kakinya hendak dibawa jauh dari rumah tersebut. Fathi yang berada di sebelah Xaviera mula menahan laluan wanita itu daripada terus pergi jauh.

"Masuklah dulu. Mana tahu kau boleh ubah segala-galanya." Xaviera sudah memandang penuh curiga dengan mereka semua. Kenapa seperti ada maksud tersirat dengan pandangan yang mereka berikan kepadanya?

"Jom!" ajak Ayyan dengan dia mendahului langkah dan diikuti oleh mereka bertiga. Dengan kaki yang berat mereka berempat melangkah masuk kedalam rumah pengantin.

Dari luar mereka dapat mendengar beberapa suara yang berkata 'sah' menandakan Annisa sudah selamat bergelar isteri orang.

Xaviera berdiri di muka pintu memandang sepi belakang pengantin lelaki. Kenapa dia seperti kenal dengan badan pengantin tersebut? Yang lebih membuatkan dia tidak sedap hati, dia melihat Tengku Faiza sedang berbalas pelukan dengan Annisa.

"J-jangan cakap pengantin lelaki tu saya kenal?" Bergetar suara Xaviera bertanya kepada mereka bertiga.

Sepi.

Hening.

Tiada jawapan dari Ayyan, Fathi mahu pun Emyr.

Terlepas tawa kecil Xaviera dengan apa yang sedang dia saksikan. Tak tahu lah apa yang dia rasakan ketika ini.

"Kita lambat..." lemah suara Emyr berkata. Mereka lambat sesaat. Kalau lah tadi mereka terus paksa Xaviera masuk, perkahwinan ini masih boleh dibatalkan.

Kaki yang tadinya kaku terundur kebelakang apabila dia dengan jelas melihat Haider sedang berdiri mendekati kearah Annisa yang duduk diatas pelamin. Ini betul ke? Dia tak mimpi?

"H-Haider.." panggilnya dengan perlahan.

"Viera.." untung sahaja ada Ayyan yang berdiri dibelakang wanita itu sempatlah menahan badan kakak iparnya dari jatuh tersungkur.

"H-Haider..." sekali lagi Xaviera memanggil nama tersebut. Dan sepertinya Haider mendengar panggilan tersebut. Dia menoleh ke arah pintu dan pandangannya dengan pandangan Xaviera saling bertemu.

"Viera..." panggil Haider dengan terkejut. Seusai mata mereka berdua bertembung, barulah Xaviera percaya bahawa yang berada dihadapannya adalah suaminya.

"S-saya nak balik." Xaviera terus berlalu keluar dari tempat tersebut. Dia tak mampu untuk terus berada di rumah Annisa.

Ayyan juga ikut kejar langkah Xaviera.

"Masuklah, aku hantar kau." Ayyan membuka pintu keretanya untuk Xaviera dan dia pantas berlalu menuju ke tempat pemandu apabila wanita itu sudah selamat masuk ke duduk penumpang.

"Viera!" teriak Haider dengan kuat. Kaki mengejar kereta yang sudah keluar meninggalkan perkarangan rumah pengantin.

Tengku Faiza yang melihat larian Haider sudah tak mampu melarangnya. Laju sangat Haider meninggalkan mereka dan sekali lagi terpaksalah dia menahan malu disebabkan perbuatan anaknya.

"Viera, Haider kejar kita. Tak nak berhenti ke?" Kesian pula dia dengan kembarnya yang mengejar dari belakang. Sudahlah hanya berkaki ayam, berlari dia jalan raya yang panas lagi, tak ke cari sakit tu.

Xaviera hanya mendiamkan diri. Dia lihat dengan sendiri, Haider sedang mengejar mereka tapi dia rasa sudah tidak ada gunanya Haider kejar mereka. Benda sudah berlaku.

"Just go!" arah Xaviera dengan keras apabila dia rasakan Ayyan sengaja melambatkan kereta.

"Xaviera!" teriak Haider dengan kuat. Dia sudah tidak mampu untuk mengejar kereta Ayyan yang semakin laju. Kaki dibawa semula masuk ke rumah Annisa lalu dia meminta kunci kereta dari Fathi. Dia perlu jelaskan dengan isterinya.

...

Ayyan berhentikan keretanya dihadapan rumah Haider. Xaviera terus sahaja keluar dari kereta.
Langkahnya kelihatan lemah dan seperti nak rebah, sahaja. Ayyan turun lalu dia berjalan di belakang Xaviera sebagai persediaan sekiranya Xaviera nak jatuh.

"Awak balik lah Ayyan. Mesti awak penat. Terima kasih hantar saya." Ujar Xaviera dengan badannya dihadapkan kearah Ayyan.

"Kau okey ke ni?" dia rasa soalan ini tak patut ditanya tapi dia perlu juga bertanya keadaan wanita itu.

"Sejak saya kenal dengan Haider, saya rasa keadaan saya tak pernah dalam keadaan baik." Balas Xaviera dengan datar.

Risau pula Ayyan melihat wajah kosong Xaviera. Wajah itu terlalu kosong dan jelas Xaviera dalam keadaan yang tersangatlah tidak baik.

"Viera..." kedengaran suara Haider memanggil isterinya.

Xaviera pantas ingin berlalu namun tangannya terasa dengan sentuhan hangat Haider. Sentuhan yang sangat dia rindu tapi dia sedar bahawa sentuhan itu bukan selamanya menjadi miliknya. Kini semua yang dia miliki perlu berkongsi dengan Annisa.

Ayyan perlahan-lahan meninggalkan pasangan isteri tersebut. Biarlah mereka berbincang dari hati ke hati.

"Viera, aku boleh jelaskan." Ujar Haider dengan sebak. Xaviera langsung tidak mahu memandang wajahnya.

"Lepaslah!" Xaviera menjauhkan tangan yang mengenggam pergelangan tangannya dengan kasar.

"Jangan sentuh-sentuh saya." Marah Xaviera dengan mata yang penuh dengan kebencian.

"Viera, aku minta maaf. Biar aku terangkan semuanya." Haider sekali lagi cuba menggapai tangan Xaviera namun wanita itu pantas menjauhkan tangannya dan disembunyikan di belakang badannya.

"Awak nak terangkan apa Haider? Saya belum buta lagi sampai nak dengar penerangan bodoh awak!"dilempar beg tangan kearah dada suaminya melepaskan rasa amarahnya. Haider hanya berdiri kaku menerima lemparan tersebut.

"Aku terpaksa Viera. Aku terpaksa kahwin dengan Annisa." Sayu suara Haider menerangkan situasinya sekarang.

Tergelak Xaviera dengan jawaban Haider. Terpaksa?

"Terpaksa? Tak mungkin awak terpaksa. Bukan ini ke yang awak nak. Kahwin dengan Annisa. Patutlah tak sambut telefon saya rupanya dah rancang nak kahwin senyap-senyap." Katanya dengan sinis.

"Kau salah faham. Aku tak ada niat pun nak kahwin dengan dia."

"Dahlah Haider. Sampai bila-bila pun saya ni hanya pengemis cinta awak. Awak langsung tak hargai perasaan saya." Air matanya laju sahaja mengalir keluar.

Haider mengalihkan matanya ke tempat lain. Dia tak sanggup melihat air mata Xaviera.

"Kenapa awak bagi harapan dekat saya? Saya fikir, saya satu-satunya perempuan yang awak cinta. Saya percaya dengan kata-kata manis awak dan ini balasan awak dengan saya?"

"Tak cukup ke awak dera saya sebelum ni? Saya terima sahaja apa yang awak buat dekat badan saya, saya terima sebab itu memang salah saya. Tapi, kenapa Haider?" dia menumbuk dada Haider melepaskan rasa kecewanya.

"Awak masih tak maafkan saya ke sampai awak buat saya macam ni? Ini sebahagian rancangan awak ke untuk balas apa yang saya dah buat?" soalnya dengan suara yang sudah tersekat-sekat.

"Kau salah Viera, aku tak pernah bohong kau. Aku memang cintakan kau." Jelasnya dengan suara yang juga sudah bertukar. Ada getaran di hujung bicaranya menunjukkan dia senang menahan tangisannya.

"Jadi kenapa awak buat saya macam ni Haider? Kalau awak cintakan saya kenapa awak kahwin dengan Annisa? Kenapa awak tak pertahankan diri awak? Kenapa Haider? Kenapa?!" teriak Xaviera dengan kuat. Dia dah tak mampu nak tahan perasaannya.

Dia kecewa dengan Haider. Kenapa Haider sanggup madukan dia dan kenapa dia tak dibawa bincang terlebih dahulu. Dia ada hak sebagai isteri.

Haider menarik Xaviera untuk masuk ke dalam pelukannya. Xaviera tak menolak, dia biarkan sahaja badannya di dalam pelukan Haider. Ini mungkin pelukan terakhir mereka.

Setelah lama mereka berpelukan, Xaviera menolak badan Haider jauh darinya dan mata memandang kearah Haider yang sedang menangis.

"Balik lah Haider. Tempat awak bukan dekat sini." Ujar Xaviera lalu kaki diundurkan setapak jauh dari Haider.

"Viera." Haider menarik tangan Xaviera dan dengan perlahan-lahan badan yang tadi berdiri tegak kini duduk melutut dihadapan Xaviera.

"Aku minta maaf. Aku cintakan kau seorang dan aku tak nak kehilangan kau. Maafkan aku Viera." Tertunduk lemah Haider melutut dihadapan isterinya.

Xaviera hanya memandang sepi suaminya yang sedang melutut dihadapannya. Sekarang hati dia betul-betul hancur berkecai dengan apa yang sudah Haider lakukan.

Xaviera menarik nafas yang kian memberat serta air mata diseka dengan kasar dan mata dipejam menenangkan dirinya yang masih jelas terkejut.

Seusia dia tenang, Xaviera memegang kedua-dua bahu Haider meminta agar lelaki itu berdiri. Akur dengan permintaan isterinya, dia berdiri menghadap kearah wanita itu.

"Balik lah. Awak pengantin baru dan pengantin tak sepatutnya ada disini. Pengantin lelaki seharusnya disamping pengantin perempuan." Xaviera membersihkan baju putih yang digunakan oleh Haider. Dibersihkan kotoron yang mencacatkan ketampanan lelaki itu.

"Balik lah. Jangan kecewakan mummy lagi. Cukup saya punca mummy kecewa dan jangan sakitkan lagi hati mummy dengan daddy."

"Bahagiakan Annisa. Jangan sakitkan Annisa. Sayang Annisa. Annisa adalah kebahagiaan awak." Walaupun sulit untuk diungkapkan namun dia kuatkan jua dirinya.

"Baliklah Haider. Awak tak perlu risau dengan saya. Hati saya dah cukup terluka dengan semua ni dan biarlah saya tenangkan diri dulu untuk sementara waktu." Ujar Xaviera bersama senyuman yang diukir dengan hati yang sudah hancur berkecai.

Jari runcingnya menyentuh halus pipi Haider lalu dia menyeka air mata yang jatuh di pipi bersih Haider.

Tak kuat melihat air mata tersebut, Xaviera mengundurkan langkahnya sebelum dia membelakangi Haider dan berlalu masuk kedalam rumahnya.

"Viera.." panggil Haider dengan lemah.

Xaviera hanya berdiri statik apabila mendengar namanya dipanggil. Sungguh dia rindu namanya meniti keluar dari bibir Haider.

"Haider, selamat pengantin baru." Ucap Xaviera tanpa memandang ke Haider dan dengan langkah yang tergesa-gesa dia masuk kedalam rumah dan pintu dikunci serta merta tidak membenarkan lelaki itu masuk.



Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

204K 13.1K 53
Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidu...
72.5K 6.2K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
254K 39K 47
▪︎Nampak mereka bergaduh? Tegurlah kalau berani.▪︎ ▪▪▪ Anda bosan dengan heroin perwatakan lemah lembut? Kenalkan ini Kang Sooyoung seorang gadis ya...
2.2M 98K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...