HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 82.9K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-45

69.8K 3.6K 316
By thelifeof_rene

Bangun sahaja dari tidurnya, Xaviera terus mencari kelibat Haider. Tak tahulah kemana suaminya pergi, celik mata sahaja hanya dia berseorangan diatas katil. Xaviera turun ke bawah mencari kelibat Haider namun bayang-bayangnya memang tidak kelihatan.

Tangan menyelak langsir untuk melihat sama ada kereta Haider masih terparking namun hanya keretanya sahaja yang ada. Kereta Haider sudah hilang entah kemana.

"Awak pergi mana?" keluhnya. Ditelefon juga Haider tidak angkat.

Malas mahu fikir, Xaviera naik lalu membersihkan dirinya sebelum dia berangkat keluar. Mungkin Haider sudah berada dikampus.

Xaviera yang melihat langkah Emyr mula mengejar lelaki tersebut. Setelah jarak mereka dekat, Xaviera memanggil lelaki tersebut.

"Emyr!" teriak Xaviera dengan kuat.

"Yes." Balas Emyr dengan tangan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Ada nampak Haider tak?" soal Xaviera dengan nafas termengah-mengah. Penat dia mengejar langkah Emyr, laju sangat lah dia berjalan.

"Tak ada. Bukan dia serumah dengan kau ke kenapa tanya aku?" hairan pula dia dengan Xaviera ni. Takkan tak jumpa dekat rumah.

"Dia awal pagi dah keluar. Aku tak tahu dia pergi mana." Balas Xaviera dengan wajah risau.

"Alah, rilekslah. Dia tu lelaki pandailah jaga diri dan aku yakin dia tak pergi mana pun. Ada je dekat kau tu." Pujuk Emyr apabila melihat wajah Xaviera yang sudah bertukar mendung.

Sementara itu Haider membawa dirinya ke tepi pantai menenangkan otaknya yang semakin serabut. Dia tidak sanggup melihat wajah Xaviera. Semakin bertambah rasa bersalahnya terhadap Xaviera.

"Arghhhhhh!" teriak Haider dengan kuat. Melepaskan semua beban yang berada didalam fikirannya.

Dia tidak mahu menduakan Xaviera tapi dalam masa yang sama keluarga Annisa sudah meminta untuk dia ambil tanggungjawab atas apa yang sudah berlaku.

"Apa aku perlu buat?" diraup mukanya dengan kasar. Dia buntu. Sangat-sangat buntu.

...

Selepas kelas Xaviera habis, dia terus membawa diri menuju ke rumah Tengku Aryan memandangkan dia tahu ketika ini daddy dengan mummy Haider tak ada dirumah.

"Assalamualaikum.." salam diberi dengan nada yang dimaksimumkan. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.

Untung sahaja ketika itu Mak Yam sedang mengemas di ruang tamu jadi suara Xaviera dapat dikenalpasti dengan mudah.

"Waalaikumsalam." Terbit senyuman di bibir Mak Yam melihat wajah Xaviera.

"Mak Yam.." Xaviera memeluk erat tubuh wanita tua itu melepaskan rindunya. Lama tak jumpa, rindu jadinya. Mak Yam juga membalas pelukan tersebut, melepaskan rindunya kepada Xaviera.

"Jom masuk sayang," Mak Yam menarik tangan Xaviera masuk ke dalam rumah tersebut.

"Mummy dengan daddy ada tak?"

"Tak ada. Tengku Aryan masuk pejabat, Tengku Faiza pula keluar."

"Viera datang sendiri je ke? Haider mana?"

"Itu sebab Viera datang sini. Viera nak cari Haider, mana tahu dia ada singgah dekat sini." Balas Xaviera dengan mata yang penuh pengharapan. Tolonglah cakap yang Haider ada dekat sini.

"Tak ada rasanya Viera. Awal pagi Mak Yam bangun, tak ada pula Mak Yam terserempak dengan Haider. Kereta dia pun Mak Yam tak nampak." Jelas Mak Yam dengan penuh yakin. Dari dia bangun memang dia tak nampak pun Haider masuk ke dalam rumah ni.

"Mana Haider pergi Mak Yam?" Xaviera menyandarkan badannya dibelakang sofa. Lemah sahaja muka Viera ketika ini.

"Korang bergaduh lagi ke?" bukan niat mahu masuk campur tapi tengok keadaan Xaviera ni macam bergaduh besar je.

"Tak. Semalam kami baik je sampailah Haider balik dari jumpa daddy, perangai dia terus berubah. Mak Yam tahu tak apa yang Haider bincang dengan daddy?"

"Jumpa? Rasanya tak ada anak beranak tu berjumpa. Yang Mak Yam tahu, Tengku keluar dengan Tengku Faiza tapi tak tahu keluar pergi mana." Makin hairan pula dia dengan masalah Viera ni.

"Apa ni Mak Yam? Semalam Haider kata dia nak jumpa daddy lepas balik dari jumpa daddy, Haider menangis dan lepas tu pagi-pagi buta dia tinggalkan Viera. Pening kepala Viera." Diurut kepalanya yang tiba-tiba berdenyut dengan kuat.

"Insha-Allah tak ada perkara buruk yang berlaku. Mungkin bergaduh biasa je anak beranak tu. Viera jangan fikir yang bukan-bukan tau." Kata mak yam dengan lembut seakan memujuk hati Xaviera.

Xaviera hanya menganggukkan kepalannya dan senyuman diberikan kepada Mak Yam namun dia terpaksa menutup matanya memandangkan saat ini sakit di kepalanya menyengat dengan sangat kuat.

"Viera tak sihat ke? Kenapa muka ni pucat sangat?" dipegang dahi Xaviera namun tidak juga panas tapi muka wanita itu sangat pucat.

"Viera okey, sakit kepala je ni." Xaviera mengambil tangan yang berada didahinya lalu digenggam dengan erat. Walaupun bibir itu pucat namun dia masih mampu memberikan senyuman.

"Assalamualaikum..." laung suara garau seseorang dari luar. Kedengaran seperti suara Haider.

"Mak Yam, Haider." Muka yang tadinya muram kini seratus peratus berubah menjadi ceria.

"Viera tolong bukakan pintu untuk Haider ya. Mak Yam nak masak dulu." Bukan tidak mahu melayan anak majikannya tapi lebih baik kalau isteri sendiri yang melayan suami sendiri.

"Awak.." bergegas Xaviera menuju ke muka pintu untuk membukakan pintu tersebut buat suaminya.

"Aku Ayyanlah.." terkejut Ayyan dengan senyuman kegembiraan di wajah kakak iparnya. Sah, Viera salah orang.

Bibir yang tadinya tersenyum gembira perlahan-lahan menghilang dari bibir pucat Xaviera dan wajahnya juga sudah kembali muram.

"Haider mana?" soal Ayyan dengan kakinya mula melangkah masuk. Mahu merehatkan dulu badannya yang tersangatlah letih dengan kerja yang berlambak.

"Saya tak tahu Haider pergi mana." Balas Xaviera yang setia mengekori langkah Ayyan menuju ke sofa.

"Dia buang tebiat ke?" tergelak kecik Ayyan dengan perangai kebudak-budakkan Haider yang hilang entah kemana.

"Ayyan saya serius. Awak tahu tak Haider pergi mana?" dia sampai sakit kepala fikir dimana keberadaan Haider, Ayyan boleh gelak macam ni.

"Aku..." Terhenti seketika perbicaraan Ayyan apabila mendengar bunyi pinggan jatuh yang datang dari arah dapur.

"Mak Yam." Serentak Xaviera dan Ayyan memanggil nama Mak Yam lalu mereka bergegas masuk ke dapur untuk melihat keadaan wanita tua itu.

"Ya Allah, Mak Yam kenapa?" Xaviera terus mendekati Mak Yam yang sedang tersandar lemah dibelakang kabinet dapur.

"Pak Man." Laju air matanya mengalir membasahi pipinya.

"Kenapa dengan Pak Man?" soal Ayyan yang sedang melutut dihadapan wanita tua itu. Kaca yang berada di hadapan Mak Yam dibawa ke tepi tak nak ada sesiapa yang cedera.

"Suami Mak Yam masuk hospital. Kata jiran sebelah rumah, Pak Man jatuh tangga." Erat tangan Mak Yam menggengam tangan Xaviera. Kelihatan juga badan itu menggigil mungkin terkejut dengan berita tersebut.

"Mak Yam siap, biar Ayyan hantar balik." Kata Ayyan dengan lembut, cuba menenangkan Mak Yam. Dengan bantuan Xaviera, Mak Yam masuk ke biliknya untuk kemas apa yang patut.

"Awak, saya ikut." Ujar Xaviera seusai dia menghantar Mak Yam.

"Tapi..." risau pula dia mahu bawa isteri orang tanpa kebenaran dari sang suami.

"Sekejap lagi saya bagitahu dia. Kesian Mak Yam, dia perlukan saya." Dia tidak sanggup biarkan Mak Yam pergi tanpa ditemani. Mesti Mak Yan masih terkejut dengan apa yang baru dia dengar. Lama Ayyan berdiam diri memikirkan sama ada hendak membawa Xaviera pergi atau tak.

"Kau tolong mana yang patut, aku naik bersiap dulu. Jangan lupa telefon Haider." Pesan Ayyan sebelum dia berlari naik menuju ke biliknya. Akhirnya dia setuju untuk membawa Xaviera, alang-alang tu boleh lah dia temankan Mak Yam di kereta.

Xaviera terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan nombor Haider didail. Lama dia menunggu namun lelaki itu tidak menjawab panggilannya. Kenapa dia rasakan Haider seperti ingin larikan diri daripada dia.

Tidak dapat telefon Haider, Xaviera menghantar pesanan kepada Haider memberitahu bahawa dia akan balik kampung bersama dengan mak yam dan Ayyan. Kelihatan chatnya double tick, mungkin Haider sibuk sampai tak sempat nak baca.

Haider yang masih lagi dalam dunia dan keserabutannya memandang sepi telefon yang dari tadi berdering meminta untuk diangkat.

Dia tahu Xaviera yang menelefonnya namun dia belum bersedia mendengar suara lunak itu menyapa gegendang telinganya. Dia tidak kuat.

Ting

Haider membuka pesanan yang dihantar dari Xaviera.

My Love❤️

Awak. Awak dekat mana? Balik lah. Saya rindu awak.

Awak, saya nak minta izin ikut Mak Yam balik kampung. Suami Mak Yam jatuh tangga dan saya nak temankan Mak Yam. Awak jangan risau tau, saya pergi dengan Ayyan. Kalau awak baca ni, saya harap sangat awak balas dan izinkan saya pergi. Balas tau! Sayangg awak. Muahh❤️❤️❤️

Haider menekan keyboard telefonnya membalas pesanan yang dihantar oleh Xaviera. Selepas itu dia terus mematikan mobile datanya lalu kembali termenung.

Ting

Pergilah. Aku izinkan kau. Hati-hati dekat sana. Love you too❤️❤️❤️❤️

Tersenyum riang Xaviera dengan balasan suaminya. Suka dia apabila emoji love yang dibalas lebih daripada apa yang dia bagi.

Lama Haider menenangkan hatinya yang sedang bergelora sehingga telinganya sekali lagi mendengar deringan telefon tapi kali ini bukan dari Xaviera tetapi dari Tengku Faiza.

"Assalamualaikum Haider." Kedengaran suara Tengku Faiza disebalik panggilan tersebut.

"Waalaikumsalam. Mummy nak apa?" datar sahaja suaranya menjawab salam Tengku Faiza.

"Haider dekat mana? Balik dulu. Ada benda yang nak dibincang." Pinta mummnya.

"Nanti Haider balik." Balas Haider datar.

Kedengaran keluhan berat dari bibirnya. Tambah pening kepalanya apabila Tengku Faiza sudah masuk campur. Walaupun dia keras dan degil namun dia belum pernah lagi menolak permintaan wanita itu kerna tak nak kecewakan mummynya.


Even if my name isn't etched in your heart,
I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

72.6K 6.3K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
2.4M 100K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...
384K 36.9K 30
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir...
7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...