HAIDER LUTHFAN

Por thelifeof_rene

6.4M 323K 82.9K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... Más

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-43

70.6K 3.7K 262
Por thelifeof_rene

Untuk beberapa hari ini hidup mereka aman-aman sahaja sehinggalah mereka dikejutkan dengan video tular dimana Haider selamatkan Annisa semasa program beberapa bulan lepas.

Fokusnya terganggu apabila pintu bilik dibuka dari luar.

"Haider.." panggil Fathi dengan nafas yang berat. Selepas sahaja dia melihat video tersebut, dia terus berlari mencari keberadaan Haider.

"Apa aku nak buat ni Fathi?" tersandar lemah badan Haider dibelakang kerusi. Dia baru berbaik dengan  Xaviera, datang lagi masalah melanda rumah tangga mereka.

"Kau tahu siapa yang sebarkan video tu?" soal Fathi lalu dia mengambil tempat dihadapan kawannya.

"Tak tahu. Aku pun baru nampak video tu tadi." Jawab Haider dengan perlahan. Rambutnya diraup dengan kasar lalu kedua-dua sikunya direhatkan di pahanya dan tangan diletakkan di wajahnya.

"Weii.." sekali lagi pintu bilik tersebut dirempuh kuat dan muncul lah Emyr.

Alhamdulillah keadaan Emyr sudah semakin pulih dan tiada sebarang kecederaan teruk. Semuanya baik-baik sahaja. Fathi hanya membalas pandangan dengan Emyr sebelum mata mereka memandang semula kearah Haider.

"Aku boleh tolong carikan siapa yang sebar video tu." Kata Emyr lalu punggungnya dihenyakkan disebelah Fathi. Komputer riba yang berada dibeg nya dikeluarkan kemudian diletakkan diatas pahanya.

Haider hanya membiarkan Emyr membuat kerjanya kerna dia yakin kawannya boleh membantu mengenalpasti bangsat yang menyebarkan video dia selamatkan Annisa.

Rasanya sudah lama benda itu berlalu dan kenapa baru kali ini dia tersebar. Satu universiti dapat akses video tersebut dan kini ianya menjadi bualan hangat dalam kalangan pelajar.

"Dia dah padam akaun tu dan nama akaun yang akses web universiti kita pun akaun palsu." Geram pula apabila orang yang menyebarkan video tersebut lebih awal bertindak.

"Apa aku nak buat? Aku tak nak Viera tahu hal ni." Satu sahaja yang dia takut isterinya tahu akan hal tersebut. Mesti masalah akan semakin rumit.

....

Menggeletar tangan Annisa apabila melihat videonya bersama dengan Haider. Apa yang membuatkan dia menangis teruk adalah komen-komen yang ditinggalkan.

"Itu bukan perempuan yang selalu ikut usrah ke?"

"Annisa ke ni? Macam tak percaya pula."

"Lah ingatkan baik sangat, hmmm rupanya lebih teruk."

Annisa terus membuang telefonnya jauh dari tangannya. Dia tak sanggup untuk membaca komen-komen tersebut.

Seperti terbayang pelajar lain menggelakkan dirinya dan mengejeknya, Annisa duduk memeluk lututnya dan kepala digelengkan membuang semua bayangan yang bermain di fikirannya.

...

Sepanjang perjalanan, Xaviera hairan memandang para pelajar yang sibuk tunduk melihat telefon bimbit mereka dan sesekali dia mendengar kutukan serta gelengan dari mereka.

Xaviera mengeluarkan telefonnya dan ingin melihat apa yang menjadi perbincangan mereka namun niatnya terhenti apabila telefonnya berdering dan tertera nama Haider.

"Hello.." jawabnya dengan riang. Tahu-tahu je yang dia lagi rindu.

"Kau dekat mana?"

"Saya baru habis kelas. Kenapa?" tak jadi dia nak bermanja dengan suaminya apabila mendengar nada dingin Haider.

"Kau datang tempat selalu aku lepak. Kau tahu kan?" Xaviera hanya menganggukkan kepalanya  walaupun Haider tidak dapat melihat.

"Satu lagi, jangan sesekali kau buka telefon, chat atau apa-apa lah. Faham!" arah Haider dengan tegas.

"Faham." Balas Xaviera dengan perasaan gugup.

Dengan langkah yang bercampur baur, Xaviera menuju ke tempat Haider. Matanya tak henti melihat di sekelilingnya. Apa yang seronok sangat dengan telefon mereka sehingga semuanya sibuk tunduk dan tak tengok kiri kanan?

Tok

Tok

Tok

Emyr membuka pintu tersebut untuk membenarkan Haider masuk.

"Haider mana?"

Emyr beranjak ke tepi dan disitu Xaviera melihat Haider yang sedang bersandar disofa dengan mata yang tertutup. Nampak macam tak sihat.

"Masuklah.."

Xaviera melangkah masuk kedalam lalu dia mendekati Haider. Xaviera mengambil tempat disisi suaminya dan dia terus sahaja mengurut dahi Haider.

Haider yang terasa dengan sentuhan lembut tersebut membuka matanya dan sakit yang tadinya menyerang dia perlahan-lahan hilang apabila melihat senyuman manis Xaviera.

"Kepala awak sakit ke?" lembut suara itu menyapa gegendang telinga Haider. Haider tak menjawab soalan tersebut. Dia lebih pilih untuk memandang anak mata isterinya.

"Kau dah nampak video yang viral sekarang?" tertoleh kepala Xaviera dengan soalan Fathi. Kepala digelengkan menandakan dia langsung belum tengok.

Dari kelas lagi telefonnya asyik berbunyi namun dia abaikan sahaja. Mungkin sahaja perbualan yang tidak penting jadi dia malas untuk ambil peduli.

"Tengoklah dulu." Kata Emyr pula.

Xaviera terus membuka telefonnya lalu link biru yang diberikan didalam group WhatsApp ditekan dan seketika dia tergamam dengan isi video tersebut.

Ini ke sebab Haider sakit kepala?

Kepala diangkat lalu mata memandang kearah Emyr dan Fathi kemudian kepala ditoleh ke sisi memandang kearah Haider yang juga sedang memandangnya dengan pandangan yang jelas kelihatan sangat serabut.

"Kalau lah aku dengar apa yang kau cakap hari tu. Kalau lah aku tunggu pasukan perubatan untuk bantu Annisa. Benda ni pasti tak akan terjadi." Ujar Haider dengan kecewa.

"Haider, tak ada yang salah pun dengan perbuatan awak. Awak cuma nak selamatkan Annisa bukan awak buat benda tak elok dengan dia." Kata Xaviera.

"Betul kata Viera. Kau perlu pertahankan diri kau dan jelaskan semua tu hanya untuk keselamatan. Aku yakin mesti yang lain akan faham dengan keadaan tersebut. Lagipun kau terdesak. Ini berkaitan dengan nyawa, mana boleh dibawa main." Fathi juga tak lepas memberikan pendapatnya.

"Kau uruskan hal tu, tentang siapa yang sebarkan video ni kau jangan risau. Biar aku yang selesaikan." Kata Emyr memujuk Haider untuk tidak terlalu memikirkan hal tersebut.

Lega sikit hati Haider dengan pujukan yang diberikan oleh kawan-kawannya dan juga isterinya. Kepala yang tadi disandarkan disofa dibawa jatuh ke riba isterinya lalu muka disembamkan diperut Xaviera. Merehatkan dulu kepalanya yang masih lagi pening.

Xaviera membiarkan sahaja Haider tidur dipangkuannya dan dia mengelus rambut Haider lalu badannya disandarkan ke belakang. Tanpa dipinta keluar keluhan dari bibirnya. Satu lagi masalah yang dia risaukan kini sedang datang. Dia yakin mulut pelajar boleh ditutup tapi bagaimana pula reaksi umi dengan abi Annisa.

Itu yang menjadi kerisauannya.

Apalah nasibnya. Satu-satu masalah datang.

...

Tak ada satu kerjanya yang jadi. Dia hanya termenung sahaja memikirkan masalah dan juga nasibnya.

Haide yang perasan akan sikap isterinya mengeluh berat. Dia masuk ke dapur lalu dia peluk isterinya dari belakang.

Sukanya dia dengan haruman vanilla Xaviera. Sangat menenangkan dan buat dia bertambah ketagih untuk menghidu haruman tersebut.

"Kau nak masak apa?" soal Haider dengan matanya menjenguk ke singki melihat apa yang sedang dilakukan oleh Xaviera.

"Awak nak makan ayam masak apa? Saya boleh buatkan." Kata Xaviera dengan senyuman. Lupakan lah dulu masalah tu, yang penting sekarang dia nikmati dulu kebahagiaan di depan matanya.

"Isteri aku dah pandai masak ke?" katanya dan dia sempat mencium pipi Xaviera.

"Saya nampak resepi dekat google lah. Bukan google je, youtube pun saya nampak juga." Balas Xaviera dengan geram. Macam perli je ayat suaminya tu.

"Apa kata kalau kita makan dekat luar. Kau simpan lah dulu kemahiran memasak kau tu." Ajak Haider dengan tangannya menarik badan Xaviera menghadap kearahnya.

Xaviera menyandarkan badannya manakala Haider meletakkan kedua-dua tangannya disisi  Xaviera lalu mereka saling berbalas pandangan.

"Nak makan dekat mana?" soal Xaviera.

"Terserah. Kau nak makan dekat mana?" garu kepala Xaviera dengan soalan tersebut. Susah sangat ni nak jawab.

"Erkkk..." Lama Xaviera memikirkan dimana mereka perlu makan. Masalahnya tempat makan tu banyak jadi susah mahu pilih.

"Nak makan pun fikir lama ke?" penat pula menunggu jawapan keluar dari bibir merah Xaviera.

"Yang awak tanya saya nak makan kat mana tu kenapa? Susah lah saya nak pilih kedai makan."

"Aku ada pilihan nak makan dekat mana. Benda ni kalau kita buat akan dapat pahala." Balas Haider dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Apa?" tanya Xaviera dengan pandangan yang penuh kemusykilan.

"Aku makan kau. Dapat pahala." Terbeliak mata Xaviera dengan jawapan Haider. Patutlah bibir dia tersenyum miang. Pervert punya Haider.

"Saya dah tahu kita makan dekat mana. Saya tukar baju sekejap ya." Cepat-cepat Xaviera keluar dari pelukan suaminya. Gila punya Haider.

Haider yang melihat larian laju Xaviera hanya menggelengkan kepalanya namun hanya sekejap apabila wajah itu kembali kusut. Dia kusut sangat dengan apa yang melanda rumah tangga mereka sekarang. Dia harap Xaviera kuat menghadapi semuanya.







Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Seguir leyendo

También te gustarán

802 62 3
☆°꒰𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟐꒱°☆ 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍 | 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐋𝐀𝐑𝐈𝐂𝐄 Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...
24.6K 3.3K 12
𝖳𝗂𝗉𝗌 𝗎𝗇𝗍𝗎𝗄 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗉𝖾𝗇𝗎𝗅𝗂𝗌 𝖽𝗂 𝖶𝖺𝗍𝗍𝗉𝖺𝖽. 𝙨𝙩𝙖𝙧𝙩 : 2020 𝙚𝙣𝙙 : 𝗌𝗈𝗈𝗇 𝙨𝙩𝙖𝙩𝙪𝙨 : 𝖨'𝗅𝗅 𝗎𝗉𝖽𝖺𝗍𝖾 𝗂𝖿 𝖨 𝗐...
204K 13.2K 53
Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidu...
7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...