HAIDER LUTHFAN

Door thelifeof_rene

6.4M 323K 82.8K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... Meer

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-41

73K 4K 3.2K
Door thelifeof_rene

Sejak kejadian tadi petang, Haider meminta Xaviera untuk rehatkan diri sahaja di bilik memandangkan keadaannya yang tak seberapa baik kerna isterinya tadi ada mengadu pening kepala.

"Rehatlah. Aku turun bawah sekejap." Comforter yang berada dibadan Xaviera dikemaskan terlebih dahulu dan satu ciuman dilabuhkan didahi isterinya.

Xaviera memejamkan matanya menenangkan sakit dikepalanya. Lama dia menahan kesakitan sehinggalah sakit tersebut hilang apabila dia sudah terlena.

Haider turun anak tangga bersama dengan hembusan nafas yang berat. Apa yang boleh dia lakukan untuk kembalikan kepercayaan daddy terhadap Xaviera?

"Pandai Nisa masak kan?"

Haider dapat mendengar suara mummynya sedang berbual dengan seseorang dan dia dengar dengan jelas nama Annisa keluar dari mulut mummya.

"Dah kenapa dia datang sini?" pelik pula apabila Annisa datang ke rumahnya. Ini mesti mummy ajak.

"Haider..." panggil Tengku Faiza apabila anaknya muncul di depan laluan masuk ke dapur.

"Kenapa mummy?" matanya hanya memandang kearah mummynya sahaja kerna dia sudah malas untuk melihat wajah Annisa.

"Ni ada Annisa." Kata Tengku Faiza sambil matanya memandang kearah Annisa yang sedang sibuk mengaul makanan di atas kuali.

"Hmmm," balas Haider tanpa nada.

Dia masih ada mata untuk nampak kehadiran Annisa jadi macam buang masa pula kalau mummynya panggil hanya untuk bagitahu hal tersebut.

"Haider naik dululah. Tetiba pula rindu Viera." Haider meminta diri untuk keluar dari ruangan tersebut.

Nampak muka isteri lagi bagus. Dapat pahala!

Terkejut seketika Annisa dengan sikap Haider yang sudah berbunah, tak seperti sebelumnya.

"Awak tunggu Haider. Lepas ni jangan harap awak akan bahagia dengan Xaviera.

"Nisa, jangan ambil hati tau dengan Haider tu. Entah jampi apa yang Viera bagi dengan anak mummy tu sampai Haider tunduk dengan Xaviera." Geram pula Tengku Faiza dengan sikap Haider.

"Tak apa mummy. Nisa tak ambil hati pun." Balas Annisa dengan nada yang lembut namun dalam hati fuhh cuma dia yang tahu.

...

Xaviera menepis apabila ada sentuhan hangat menyentuh dahinya. Awalnya dia nak terus sambung tidur tetapi sentuhan itu semakin menjalar ke tempat lain. Matanya dibuka dengan perlahan-lahan dan benda pertama yang dia nampak adalah senyuman suaminya.

"Good morning cantik," walaupun senyuman manis menghiasi bibir Haider namun Xaviera tahu suaminya sedang menyindir dengan cara halus.

"Perli nampak." Balasnya dengan suara yang sudah bertukar serak. Dia memejam semula matanya kerna dia memang nak sambung tidur balik.

"Bangunlah, kita turun makan." Ajak Haider apabila melihat mata isterinya terpejam semula.

"Tak nak. Saya tak ada selera nak makan." Tolak Xaviera dengan selimut dinaikkan menutupi lehernya. Sejuk pula.

"Kau dari tadi pagi tak makan. Makanlah walaupun hanya sebutir nasi." Kata Haider dengan jarinya bermain di wajah cantik Xaviera.

"Apa lah bezanya tak makan dengan telan sebutir nasi." Terbuka mata Xaviera dengan lawak yang tak seberapa tu.

"Dari sebutir nanti jadilah segenggam nasi. Jomlah! Aku lapar ni."

"Tapi saya tak lapar." Xaviera juga berkeras dengan pendiriannya.

"Viera, dekat luar sana masih banyak tau yang tak makan. Kau, rezeki ada depan mata pun masih sanggup nak tolak." Xaviera meraup mukanya dengan kasar apabila Haider sudah melibatkan orang susah yang tak dapat makan seperti mereka.

"Okey! Saya cuci muka dulu." Kata Xaviera dengan mata tajam menjeling kearah Haider.

"Cepat, cepat!" Haider menarik tangan Xaviera yang membuatkan tubuhnya terus sahaja duduk menegak. Selimut yang berada diatas badannya dicampak ke tepi dengan kasar.

"Ganasnya..."

Setelah Xaviera bersiap, mereka berdua turun tangga dengan pertengkaran mulut menemani kedua-dua pasangan tersebut. Benda kecil pun nak dibesarkan.

Usai kaki mereka masuk ke dalam ruangan makan, terhenti langkah Xaviera melihat Annisa yang sedang sibuk menyediakan makanan di meja makan.

Patutlah nak sangat makan rupanya ada bekas kekasih.

Mata menjeling kearah Haider yang sedang berdiri disebelahnya namun wajah itu kelihatan seperti dia tak suka akan kehadiran Annisa.

"Ada bekas rupanya. Patutlah semangat sangat nak turun makan." Gumamnya dengan perlahan tapi dapat menarik perhatian Haider.

"Kau cemburu ke?"

Xaviera membuat muka meluat lalu dia pergi meninggalkan Haider yang masih tersengih.

"Haider, apa berdiri dekat situ. Sini makan. Annisa masak lauk banyak ni." Panggil Tengku Faiza yang melihat anaknya hanya berdiri tegak sahaja.

"Sini, Haider duduk tepi Annisa." Ajak Tengku Faiza dengan tangan sudah menarik kerusi supaya Haider mudah untuk duduk.

Xaviera hanya memandang sahaja Annisa dan Tengku Faiza silih berganti. Dia terus sahaja duduk di kerusi kosong.

"Tak apalah mummy. Haider lebih selesa duduk dekat Viera." Dia mengambil tempat duduk disebelah isterinya.

"Nak makan apa?"

Terkebil-kebil Xaviera dengan perlakuan Haider. Mata memandang kehadapan dan jelas dua ahli sihir tersebut memandangnya dengan pandangan yang sangat tak puas hati.

Annisa mengalihkan pandangannya kearah lain apabila Haider sengaja menyakitkan hatinya dengan memberikan layanan yang baik kepada Xaviera.

"Awak ni kenapa?" bisik Xaviera dengan mata memandang kearah Tengku Faiza yang sedang menayangkan riak tidak puas hati.

"Kenapa apa?"

"Jomlah Nisa kita makan." Ajak Tengku Faiza apabila hatinya rasa sakit melihat kemesraan pasangan isteri tersebut.

"Haider, Nisa ada masakkan makanan kesukaan Haider. Makanlah." Ditolak mangkuk yang berisi asam pedas kearah Haider.

Kelihatan wajah teruja Annisa menunggu agar lelaki itu mencuba masakannya dan tidak sabar mendengar pujian dari Haider.

"Taklah mummy. Haider macam tak teringin pula nak makan tu." Tolak Haider dengan baik.

Naik geram pula Annisa dengan perangai Haider ni. Kalau dulu bukan main dia puji sekarang tengok muka pun dah tak nak.

Kebetulan Ayyan yang baru balik dari pejabat masuk ke dapur dengan muka teruja melihat pelbagai jenis makanan.

Sudahlah dia lapar, makanan lagi beratur di meja makan. Alhamdulillah kenyang malam ni.

"Banyaknya makanan. Mummy mimpi apa masak banyak macam ni?" Ayyan yang belum lagi sedar tentang kehadiran Annisa memuji makanan tersebut. Tak sabar nak makan.

"Bukan mummy yang masak tapi Annisa." Berubah terus wajah teruja Ayyan ke riak dingin apabila mendengar nama tersebut.

"Oh! Dah tak ada gas ke dekat rumah sampai nak masak dekat sini?" Soal Ayyan tanpa nada.

Terbatuk kecil Xaviera dengan pertanyaan lelaki tersebut. Hahahahah iyalah tu kot, rumah Annisa dah habis gas sampai dia datang jauh masak dekat rumah mummy.

"Apa kata macam tu." Tegur Tengku Faiza dengan nada yang lembut tapi ada tegasnya juga.

Ayyan terus mengambil tempat di sebelah Xaviera dan sempat dia memberikan satu senyuman apabila matanya bertembung dengan mata kakak iparnya.

"Mak Yam..." panggil Ayyan.

Tergesa-gesa Mak Yam keluar dari ruang masak apabila namanya diseru.

"Nak apa Ayyan?" tanya Mak Yam dengan satu tangan memegang sudip. Tersengih Ayyan melihat keadaan Mak Yam yang sangatlah comel.

"Mak Yam ada masak tak untuk Ayyan? Ayyan tak lalu lah nak makan makanan yang ada di meja ni. Ayyan nak makan juga masakan Mak Yam." Katanya dan sempat dia menjeling ke arah Annisa.

Haider yang melihat perangai kembarnya hanya tersenyum nipis. Dia baru sahaja nak cakap tapi Ayyan dah terlebih dahulu ambil langkah.

Mak Yam memandang ke arah Tengku Faiza dan Annisa sebelum matanya kembali memandang kearah Ayyan.

"Mak Yam ada masak telur sambal. Nak ke?"

"Nak!" serentak Haider dan Ayyan menjawab soalan Mak Yam sebelum mereka berdua tergelak sama.

"Iyalah. Sekejap ya, Mak Yam keluarkan dari kuali dulu." Geleng kepala dia dengan kelakuan comel kembar tersebut. Itulah Haider, kalau Ayyan nak dia pun nak benda yang sama juga. Dah namanya kembar.

Tak lama selepas itu, Mak Yam keluar dengan tangan membawa pinggan yang berisi telur sambal.

"Jemput makan," ujar Mak Yam bersama dengan senyuman. Suka dia kalau masakannya dimakan oleh kembar tersebut.

"Ini baru namanya lauk kegemaran Ayyan."

Annisa dan Tengku Faiza terasa seperti orang asing didalam rumah tersebut. Haider dan Ayyan langsung tidak mengajak mereka berdua berbual dan makanan yang dimasak oleh Annisa langsung tidak disentuh.

"Nisa, jom makan." Ajak Tengku Faiza kepada Annisa. Annisa hanya menganggukkan kepalanya dan senyuman manis cuba diukirkan walaupun hatinya tidak ingin untuk tersenyum.

"Awak nak putih telur tak? Saya tak makan putih telur lah." Xaviera mengasingkan putih telur dan diletak ditepi pinggannya. Hanya kuning telur sahaja diambil.

"Kau tak suka putih telur ke?" Xaviera menganggukkan kepalanya.

"Lah, aku tak suka kuning telur." Haider mengambil putih telur dipinggan Xaviera lalu kuning telur diberikan kepada isterinya. Tersenyum suka Xaviera dengan pertukaran tersebut.

Sendu Ayyan  melihat kebahagiaan pasangan suami isteri. Kalau dulu dia yang dapat kuning telur tapi sekarang Xaviera sudah mengambil tempatnya.

Mummy nak kahwin!!

...

Setelah siap mengemas didapur, Xaviera membawa diri menyertai suaminya yang sedang duduk berbual dengan Ayyan. Disitu juga ada Annisa dan Tengku Faiza.

"Dah siap ke?" soal Haider seusai sahaja Xaviera melabuhkan punggungnya disebelah Haider.

Xaviera hanya mengangukkan kepalanya dan satu senyuman diberikan kepada suaminya.

"Kalau dekat kampus, Annisa selalu jumpa Haider ke?" sengaja Tengku Faiza mengambil alih perbicaraan mereka.

"Tak lah selalu. Kalau dulu je lah Haider selalu cari saya tapi belakangan ni Haider dah lupakan saya." Katanya dengan nada sedih.

"Dah kenapa nak cari kau? Bini dia dah terlebih cantik untuk nak pandang perempuan lain." Sampuk Ayyan dengan sinis dan sarkastik.

Tertunduk malu Annisa dengan balasan Ayyan. Dia lupa kembar Haider juga wujud disini.

"Ayyan!" tegur Tengku Faiza dengan keras.

Ayyan hanya menayangkan wajah selambanya dan langsung tidak gentar dengan teguran tersebut. Mummynya ni perlu jumpa ustaz untuk rawat sikit hati dan fikiran dia supaya mata dia terbuka untuk melihat mana yang baik dan mana yang jahat.

"Nisa jangan dengar cakap Ayyan ya. Malam ni Nisa tidur sini lah. Lagipun dah malam sangat ni."

"Mana boleh. Mummy tak takut ke nanti Annisa tu tidur berjalan, lepastu dia masuk bilik daddy. Merana lah mummy kalau Annisa jadi madu mummy." Kedengaran seperti Ayyan berlawak tapi ada betul juga dengan apa yang dia katakan.

"Mulut kembar awak ni boleh tahan pedas juga kan." Bisik Xaviera. Dia mahu ketawa namun ditahan sebaik mungkin untuk menjaga hati tetamu.

Haider hanya tersenyum melihat pertengkaran kecil antara Ayyan dan Tengku Faiza. Ayyan kalau dia benci selamanya dia akan benci. Mahu nampak muka orang tu pun dia tak nak.

"Apa cakap macam tu Ayyan?" Tengku Faiza sudah menggelengkan kepalanya dengan sikap Ayyan. Tapi ada betul juga, nanti Annisa tiba-tiba mengigau lepas tu tidur dibiliknya. Tak ke naya diaorang bermadu.

"Kalau masuk bilik daddy tak apa juga, nanti Annisa masuk bilik Ayyan. Tak nak lah Ayyan kahwin dengan Annisa." Sambung Ayyan lagi.

Pfftt.

Kali ni Xaviera langsung tidak dapat menahan tawanya namun pantas dia mengemamkan bibirnya apabila Tengku Faiza memandangnya dengan pandangan yang tajam.

"Kalau macam tu, Haider tolong hantarkan Nisa lah. Kesian pula anak dara balik naik grab malam-malam begini." Dan akhirnya Tengku Faiza memutuskan untuk menghantar Annisa balik. Takut pula dengan kata-kata Ayyan.

"Eh tak payah. Pak Man kan ada, nanti Ayyan suruh Pak Man hantar." Kali ini bersama dengan senyuman dibuat-buat Ayyan pamerkan kearah Annisa. Annisa sudah naik geram dengan perangai Ayyan. Tunggu pembalasan aku.

Setelah mereka bertiga menuju ke luar rumah, tinggal lah Haider dan Xaviera di ruang tamu tersebut.

"Jomlah naik. Muka kau pucat sangat." Dari tadi Haider memerhati wajah isterinya yang kelihatan sangat pucat. Di periksa dahinya tapi tak juga panas. Mungkin Xaviera terlalu banyak fikir.

"Nak dukung." Tidak tahu kenapa badannya kebelakangan ini selalu lelah dan dia cepat penat.




Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
384K 36.8K 30
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir...
204K 13.1K 53
Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidu...
72.4K 6.2K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...