HAIDER LUTHFAN

Af thelifeof_rene

6.4M 323K 82.9K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... Mere

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-40

78.8K 4.1K 356
Af thelifeof_rene

Sejak Xaviera pulang dari rumah Tengku Aryan dia lebih banyak mendiamkan diri. Sakit kepalanya memikirkan masalah yang datang silih berganti. Selama ini dia takutkan Haider yang bakal marah kepadannya namun sangkaannya jauh meleset. Rupanya daddy yang marah dia.

Dia memandang langit malam di balkoni bilik Haider. Tenang rasanya menikmati angin malam. Walaupun dingin tetapi dia masih sahaja bertahan disitu.

Dia merehatkan dagunya dikepala lutut lalu mata dipejam untuk menghilangkan rasa pening di kepalanya. Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, dia selalu pening kepala.

Haider yang baru membersihkan dirinya memandang ke luar balkoni dan dia mendekati dimana Xaviera sedang berehat.

"Tak sejuk ke?" tegur Haider dengan mata memandang pakaian yang digunakan isterinya. Xaviera hanya mengenakan pijama satin nipis.

"Sejuk tapi saya suka angin dia." Balas Xaviera tanpa membuka matanya. Angin dia tu sampai membuatkan dia ingin tidur.

Haider mengambil tempat disebelah Xaviera lalu ditarik badan isterinya menyandar di bahunya.

"Daddy dah benci saya sama macam papa benci saya." Xaviera meletakkan telapak tangannya di atas telapak tangan Haider. Terasa sangat sahaja tubuhnya dengan sentuhan Haider.

"Tapi kau masih ada aku." Ujar Haider memujuk hati isterinya.

Xaviera tersenyum sahaja. Dia terpujuk sedikit dengan apa yang dikatakan oleh Haider. Kata-kata Annisa tadi petang bermain di fikirannya. Sekiranya apa yang dikatakan oleh Annisa tadi petang terjadi, bermakna satu lagi permata yang dia miliki akan hilang dan jika permata itu hilang maka hidupnya pasti akan hancur.

...

Esoknya Haider mengajak Xaviera untuk bermalam di rumah Tengku Aryan memandangkan keadaan daddynya yang masih lagi belum sihat sepenuhnya. Walaupun doktor kata keadaan Tengku Aryan sudah stabil namun dia sebagai anak masih lagi ada perasaan risau.

Sebelum masuk ke rumah, Xaviera menarik lengan Haider dan secara langsung mematikan langkah suaminya.

"Kenapa?" kelihatan wajah isterinya risau sahaja.

"Macam mana kalau mummy dengan daddy tak terima saya masuk ke rumah ni?"

"Selagi aku ada, aku tak akan biarkan benda tu berlaku. Kalau mummy dengan daddy tak terima kau maksudnya diorang pun tak terima aku." Ujar Haider.

"Saya takut..." air matanya mengalir begitu sahaja. Dia tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Tengku Aryan.

"Viera, aku kan ada. Aku tak akan biarkan kau lalui semuanya sendiri." Pujuknya dengan nada yang sangat lembut.

Xaviera menganggukkan sahaja kepalanya. Sekurang-kurangnya dia ada Haider.

"Jom!" dia selitkan jarinya di jari jemarinya Xaviera lalu dia bawa isterinya untuk masuk ke dalam rumah.

Mereka saat ini sedang berbual bersama Tengku Faiza. Dari awal perbualan sehinggalah sekarang, Xaviera lebih banyak mendiamkan diri. Dia langsung tak diajak berbual jadi dia hanya dengae sahaja perbualan Haider dan mummy.

"Untung sahaja daddy tak apa-apa masa dia dengar perbualan isteri Haider dengan Emyr. Daddy dengan mummy berterima kasih dengan Annisa sebab dia dah buka mata kami berdua." Dijeling sahaja Xaviera yang duduk disebelah anaknya.

"Mummy dahlah. Haider tak kisah pun semua tu yang mummy dengan daddy nak melebih, kenapa?"

"Melebih? Haider, perempuan ni dah rosakkan majlis kahwin kamu dan lebih teruknya dia dah malukan mummy dengan daddy. Tahu tak orang kata mummy dengan daddy tak pandai nak ajar anak sampai dia terpesong buat benda yang tak baik!" nada suaranya tinggi apabila Haider nak membela orang yang sudah jelas salah.

"Iya, Haider tahu. Tapi benda tu dah berlalu. Haider pun dah terima takdir, dahlah. Tak payah nak besarkan hal ni lagi."

Tergelak kecil Tengku Faiza dengan sikap yang ditunjukkan oleh Haider. Dah pandai membela isteri.

"Dah jatuh cinta ke dengan isteri sampai bela dia macam ni? Kesalahan besar yang dia buat pun Haider pandang sebelah mata je."

"Mummy, please!"

Tengku Faiza terus berdiri dan keluar menuju ke halaman rumahnya untuk menyejukkan hati yang sudah panas. Tengok bunga lagi bagus.

Pemergiaan Tengku Faiza dihantar dengan pandangan sepi.

"Awak pergilah pujuk mummy. Jangan disebabkan saya, mummy merajuk." Kata Xaviera dengan lembut. Dia rasa bersalah sangat sudah buat hubungan Haider dengan mummnya dingin seperti ini.

"Kau tunggu sini." Xaviera menganggukkan kepalanya dan dia menghantar pemergiaan suaminya dengan keluhan.

Xaviera menyandarkan badannya dan kedengaran keluhan berat. Sebab dia keluarga ni bergaduh.

"Viera..." panggil Mak Yam yang baru sahaja keluar dari dapur dengan tangan membawa dulang berisi secawan kopi.

"Mak Yam." Ceria sahaja suaranya mendengar suara Mak Yam.

"Rindunya Viera dengan Mak Yam." Dipeluk badan wanita tua itu melepaskan rasa rindunya.

Mak Yam tersenyum gembira. Dia pun rindu dengan anaknya yang satu ini. Makin cantik je dia nampak Xaviera.

"Mak Yam ada buat air dekat dapur. Pergilah minum, tenangkan diri dulu."

"Nanti je lah Viera minum."

"Ni, untuk daddy ke?" cawan yang berada dihadapannya dipandang.

"Hmm, Tengku minta katanya nak minum kopi."

"Biar Viera je yang bawa naik. Kesian Mak
Yam nanti lenguh. Tangga tu kan tinggi." Xaviera mengambil talam yang berada ditangan Mak Yam.

"Betul ke ni?" sebenarnya dia pun malas nak naik tangga. Semput jadinya.

"Iya,"

"Terima kasih Viera." Ucap Mak Yam dengan ikhlas.

"Sama-sama." Balas Xaviera lalu kakinya mula menaiki anak tangga menuju ke bilik Tengku Aryan.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Tengku Aryan, Xaviera terlebih dahulu menarik nafas menenangkan jantungnya yang laju berdegup.

Setelah itu, tangan mengetuk pintu dan kedengaran sahutan Tengku Aryan yang membenarkan untuk Mak Yam masuk.

"Daddy, ni minuman daddy." Kata Xaviera dengan kaki mendekati Tengku Aryan. Lelaki berusia itu sedang berdiri di hadapan pintu sliding doornya. Mungkin menikmati pemandangan luar.

"Mana Mak Yam? Kenapa kamu yang hantar?" dingin sahaja suara Tengku Aryan menyapa gegendang telinganya.

"Viera yang nak hantar minuman ni untuk daddy."Balasnya dengan gugup. Aura dingin Tengku Aryan sama dengan Haider.

"Lain kali tak payah susahkan diri. Aku bayar  Mak Yam untuk uruskan semua hal dirumah ni." Tiada sudah gelaran daddy keluar dari mulut Tengku Aryan.

"Tak menyusahkan pun daddy. Viera ikhlas buat semua ni." Xaviera beranikan diri mendekati tubuh badan Tengku Aryan dan senyuman juga tidak hilang dari bibirnyan walaupun Tengku Aryan memandangnya dengan dingin.

"Daddy minumlah. Mak Yam kata daddy teringin nak minum air ni." Xaviera menghulurkan cawan tersebut kearah Tengku Aryan.

Tengku Aryan menepis huluran cawan tersebut.

Prangg

Terjatuh cawan tersebut kebawah dan akibatnya tangan Xaviera terkena dengan air kopi yang masih panas mendidih. Tiada kata yang keluar dari mulutnya walaupun ketika ini dia nak teriak keluarkan rasa sakitnya.

Xaviera tersenyum sebelum dia duduk mencangkung untuk bersihkan serpihan-serpihan kaca yang berada diatas lantai. Pedih ditangannya sama sekali tidak dihiraukan.

"Auchhh..." desisnya dengan perlahan. Serpihan kecil itu menusuk di jarinya.

Xaviera hanya melanjutkan kerja pembersihannya dan setelah dia yakin lantai itu bersih dari kaca, dia berdiri lalu badannya menghadap Tengku Aryan.

"Viera ambil kan daddy minuman yang baru."Senyuman cuba diukir semanis yang mungkin namun Tengku Aryan hanya memandang Xaviera dengan dingin.

...

Haider yang kebetulan sedang memujuk Tengku Faiza mendongak ke balkoni  apabila dia dengar bunyi kaca jatuh yang mana bunyi itu datang dari bilik Tengku Aryan.

"Haider naik dulu." Laju kakinya berlari menuju ke bilik Tengku Aryan. Takut jika ada berlaku apa-apa dengan daddynya.

Tengku Faiza juga mengekori langkah anaknya dari belakang. Jantung jangan cakap, sudah berdegup dengan sangat kencang memikirkan keadaan suaminya.

Viera masih lagi menguntumkan senyuman manis kearah Tengku Aryan. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik tersebut namun langkahnya terhenti dihadapan pintu bilik.

"Suruh Mak Yam bawakan aku air. Aku tak nak nampak muka kau." Menitis air matanya apabila mendengar ayat terakhir Tengku Aryan.

"Baik.." Xaviera keluar dari bilik bersama dengan air mata kecewa.

Haider yang berada di anak tangga terakhir melihat Xaviera baru sahaja keluar dari bilik daddy.

"Viera.." Xaviera terus mengangkat mukanya apabila namanya diseru. Dia tak mampu nak tahan air mata melihat suaminya.

"Apa lagi kau dah buat dengan suami aku? Kau memang ada niat nak bunuh suami aku ke?" ditolak badan Haider yang menghalang jalannya dan laju sahaja kakinya menuju ke arah Xaviera.

"Viera hantarkan air ni tapi tangan Viera licin dan buatkan cawan ni jatuh."

"Kau betul-betul buat hidup aku tak aman lah!"

"Tepi!" ditolak kuat badan Xaviera yang menghalang laluannya. Nasib sahaja Xaviera dapat seimbangkan badannya kalau tak memang jatuh dia dengan kaca-kaca ni.

Kesian Haider melihat cara layanan mummy dengan daddy terhadap Xaviera. Haider melangkah mendekati isterinya dan cawan yang berada di tangan Xaviera diambil.

"Saya tak apa-apa." Kata Xaviera bersama dengan senyuman.

Haider tahu isterinya tak okey. Walaupun bibir dia tersenyum namun matanya tidak berhenti mengalirkan air mata.

"You not okay!" Haider menyeka air mata yang membasahi pipi Xaviera. Xaviera pun tak perasan dengan air mata yang jatuh. Dia tak nak menangis tapi benda tu sukar untuk dia tahan dan akhirnya dia menangis teresak-esak dihadapan suaminya.

Haider membawa badan isterinya masuk kedalam pelukannya. Dia tenangkan Xaviera sedaya upaya yang sudah teresak menangis dipelukannya.

"Dah, kita masuk bilik aku rawat luka kau."

...

Dari awal Haider merawat luka di tangan Xaviera, wajah itu hanya termenung kosong dengan air mata pun tidak berhenti mengalir.

"Dahlah. Jangan menangis." Ujar Haider dengan lembut. Dia tak suka melihat air mata Xaviera.

"Ha? Mana ada saya nangis?"

Haider menyeka air mata yang berada di pipinya. Xaviera hanya membiarkan tangan kasar itu menyentuh pipinya. Terasa hangat dengan sentuhan tersebut.

Dia pun tak tahu kenapa air matanya boleh mengalir dengan sendiri sedangkan dia sudah menahan dengan sekuat hatinya.

"Kau kuat. Kita sama-sama pujuk mummy dengan daddy ya. Aku tahu daddy tu marah sekejap je." Pujuk Haider dengan pandangan yang redup.

Tersenyum manis Xaviera dengan pujukan tersebut. Dia takut dia tidak sempat untuk mendapatkan semula hati Tengku Aryan.

Xaviera memeluk erat badan Haider dengan kepala disandarkan dengan selesa di dada bidang tersebut. Suka dia mendengar degupan jantung Haider yang beririma. Sama seperti degupan jantungnya.

"Terima kasih sebab awak pilih untuk disamping saya. Saya tak tahu macam mana nasib saya kalau awak pun marah dengan apa yang dah saya lakukan." Dia bersyukur sangat Haider tak marah dengannya. Bayangkan kalau Haider juga bersikap seperti daddy, dia tidak tahu harus bergantung dengan siapa lagi.

"Aku dah janji dengan diri aku, yang aku tak akan sesekali sakitkan kau lagi." Dicium kepala Xaviera dengan lembut. Haruman rambut Xaviera sangat menenangkan.

Terpujuk juga Xaviera dengan apa yang dikatakan oleh Haider. Dia percaya Haider tak akan sakitkan dia lagi.

"I love you Haider Luthfan." Lama Xaviera ingin mengungkapkan kata tersebut dan hari ini bibirnya seakan ringan untuk mengatakan perasaan cintanya terhadap lelaki itu.

"I love you too Larayne Xaviera." Balas Haider dan kedengaran sangat ikhlas dan tulus.

Tersenyum lebar Xaviera mendengar balasan tersebut. Itu sudah cukup untuk mengubati hatinya yang sudah hancur berkecai.





Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

2.9M 160K 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau d...
209K 16.4K 42
selamat datang ke penerbangan wany airlines ♡ + saya wanymadu, ketua juruterbang bagi penerbangan merentasi dunia alam persekolahan yang penuh drama ...
2.4M 100K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...
8K 102 13
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...