HAIDER LUTHFAN

Por thelifeof_rene

6.4M 323K 82.9K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... Más

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-37

68.4K 3.9K 330
Por thelifeof_rene

Terkejut Xaviera dengan bunyi ketukan yang kuat datangnya dari luar rumah. Dia sempat mengerling jam dinding. Dah jam sembilan malam rupanya.

"Sekejap!" dia mengikat terlebih dahulu rambutnya yang terhurai habis. Ini mesti Haider.

Dia membuka pintu rumah bersama dengan senyuman. Nak sambut isteri mesti maniskan muka.

"Puan Xaviera?" terkejut dia apabila bukan suaminya yang berada dihadapannya. Dia dah takut dengan lelaki ini.

"Iya saya.." jawabnya  dengan nada yang bergetar. Wajah lelaki yang bengis dan serius membuatkan dan menggigil kecil.

"Tuan Haider suruh saya bawa Puan ke suatu tempat. Harap Puan dapat beri kerjasama yang baik." Katanya.

Xaviera jadi dua hati sama ada nak ikut atau sebaliknya. Tapi dia ada sebut nama suaminya jadi lelaki ini mesti orang Haider.

Lelaki yang berdiri dihadapannya mengeluarka sesuatu dari poket seluarnya. Xaviera sudah cuak, jangan-jangan itu pistol.

"Hello!" terbit nafas leganya apabila yang keluar dari poket seluar lelaki itu adalah telefon bimbit.

"Puan, suami Puan." Telefon tersebut diberikan kepada Xaviera.

"Viera..." kedengaran suara Haider memanggil namanya membuatkan dia yakin yang lelaki ini memang orang suruhan Haider.

"Ya saya," balasnya dengan perlahan.

Setelah Haider memberitahu Xaviera, akhirnya wanita itu menganggukkan kepala dan meminta agar lelaki itu menunggu dia sementara dia menukar pakaian.

Hanya mengambil masa selama 30 minit, akhirnya kereta yang dipandu oleh lelaki itu sudah selamat sampai.

Terpinga-pinga Xaviera dengan layanan lelaki itu yang melayannya seperti seorang puteri sehingga pintu pun dibuka.

"Kita dekat mana?" soalnya dengan mata meliar memandang rumah agam yang sangat cantik.

Lelaki yang datang bersamanya terus sahaja menarik lengan Xaviera dengan kasar. Mana ada masa nak puji-puji lagi.

"Apa ni?" kerna terkejut dengan perbuatan tersebut, dia meronta meminta untuk dilepaskan.

"Diam! Kalau tak aku pukul kau!" katanya dengan kuat dan keras.

"Lepaslah!" tambah risau dia apabila lelaki ini berubah sikap. Tadi bukan main baik kenapa sekarang garang macam ni.

Pang!!

Tanpa sengaja lelaki itu tertampar pipi Xaviera. Dia juga terkejut dengan tindakannya dan dia baru ingat akan pesanan Haider.

Terasa kebas pipi Xaviera dengan tamparan kuat tersebut. Xaviera tak mampu nak melawan disebabkan takut lelaki itu lebih bertindak ganas dan akhirnya dia hanya mendiamkan diri sahaja.

"Ak..aku minta maaf," ujarnya dengan sedikit cemas.

"Kalau awak nak dimaafkan, lepaskan dulu saya!"

Eric dengan terpaksa menarik sahaja badan Xaviera walaupun wanita itu meronta kuat meminta untuk dilepaskan.

Masuk sahaja dia didalam rumah, Eric membawanya menuju ke suatu tempat yang membuatkan dia merinding.

"Kita dekat mana?" soalnya dengan takut.

"Ruang bawah tanah!" dingin sahaja nada suara Eric.

Xaviera yang mengetahui arah mereka sudah telan liur. Kenapa nak bawa dia pergi bawah tanah?

"Masuk!" ditolak lembut badan Xaviera untuk melangkah masuk. Kali ini dia ikut sahaja arahan lelaki tersebut.

"Haider?" panggilnya apabila dia rasa lelaki yang berada dihadapannya seperti bayangan suaminya.

Haider memandang dingin isterinya. Xaviera terus sahaja berlari mendapatkan tubuh suaminya. Eric terus sahaja berlalu pergi apabila isteri Haider sudah selamat sampai dengannya.

Haider perasan ada darah ditepi bibi isterinya tapi dia hanya biarkan sahaja.

"Wanna see something interesting?" Xaviera hanya menunjukkan reaksi bingung. Dia tak tahu pula Haider nak bagi dia kejutan.

Ruang yang tadinya gelap kini sudah terang dengan cahaya lampu. Mata yang tadinya terbuka luas terus sahaja ditutup disebabkan cahaya silau.

Xaviera membuka matanya dengan perlahan-lahan dan kelihatan matanya melihat seseorang sedang diikat namun wajah lelaki itu kabur dipandangannya.

"Awak, siapa tu?" soal Xaviera dengan tangan menenyeh matanya agar pandangan kembali segar dan jelas.

Haider diam tak menjawab. Dia nak Xaviera tengok sendiri siapa berada dihadapannya.

Setelah pandangannya kembali sedia kala, matanya membesar melihat lelaki yang diikat itu adalah Emyr. Kelihatan Emyr memberikan satu senyuman lemah kearah Xaviera apabila mata mereka berdua saling bertembung.

"Emyr!" Xaviera terus sahaja berlari menuju ke arah Emyr. Haider hanya membiarkan sahaja.

"Kenapa kau dekat sini? Siapa buat kau macam ni?" soalnya dengan riak yang sangat risau.

"K-ke..na..pa kau datang sini?" berkerut mukanya menahan sakit didadanya.

"Kau tahu kenapa Emyr ada dekat situ dan kau tahu kenapa muka dia teruk macam tu?" soal Haider dengan dingin.

Xaviera memandang Emyr dan dari pandangan Emyr tahulah dia bahawa apa yang dia takutkan sudah diketahui oleh Haider.

"Saya minta maaf..." ujarnya dengan perlahan. Dia langsung tak menoleh ke belakang. Dia takut dengan Haider.

"Kenapa kau nak minta maaf? Apa kau dah buat dekat aku?"

"V..Viera.." panggil Emyr dengan perlahan.

Xaviera mengangkat kepalanya untuk dia bertentang mata dengan Emyr. Kelihatan Emyr menggelengkan kepalanya meminta untuk dia tak berterus terang. Xaviera tersenyum sahaja dan ada air mata yang keluar.

Emyr mengeluh lemah. Xaviera berdiri lalu dia palingkan badannya kebelakang untuk berhadapa dengan Haider.

"Emyr tak salah. Saya tak tahu apa yang dia dah cerita dekat awak sampai dia jadi lebam macam ni. Sebenarnya..."

"Sebenarnya, gambar yang saya sebar dekat keluarga awak itu semua palsu. Saya sendiri yang dah perangkap awak. Saya buat macam tu dengan niat nak batalkan perkahwinan awak dengan Annisa." Terangnya dengan mata hanya memandang ke bawah sahaja. Dia langsung tak berani nak berpandangan dengan Haider.

"Kalau awak nak marah atau nak pukul, saya terima tapi jangan pukul Emyr. Dia langsung tak bersalah dalam hal ni." Sambungnya lagi. Dia dah sedia nak hadap Haider. Apa pun yang Haider buat dekat dia, dia akan terima.

Haider tergelak sinis ditempatnya.

"Tapi Emyr kata ini semua salah dia dan dia sanggup bertanggungjawab untuk semua yang dia dan kau dah buat dekat aku." Ujar Haider dengan datar.

Xaviera menggigit bibir bawahnya. Disebabkan dia nyawa Emyr dalam bahaya. Disebabkan dia Emyr dipukul teruk.

"Jangan bunuh Emyr. Emyr kawan baik awak. Susah senang awak dengan dia." Katanya bersama dengan air mata.

"Awak bunuh lah saya. Saya dah tak ada sesiapa dekat dunia ni. Pemergiaan saya tak beri apa-apa pun." Ujarnya dengan senyuman hambar.

"As you wish.." katanya dengan tangan mengacukan pistol tepat kearah isterinya.

Telan liur Xaviera dengan apa yang dia lihat. Bila masa pula pistol tu ada dekat Haider?

"Viera!!" teriak Emyr dengan kuat.

Bang!!

Seiring dengan bunyi tembakan tersebut, terasa badannya ditolak yang membuatkan dia jatuh terbaring ke bawah.

Terasa badannya sakit sangat kerna sudah ditolak kuat. Teringat akan jeritan tadi membuatkan Xaviera bangun dari jatuhnya.

Dia mencari keberadaan Emyr kerna lelaki itu tak berada dikerusinya. Matanya perlahan-lahan melihat kehadapan dan bila dia melihat sekujur tubuh yang dah terbaring membuatkan dia terus mendapatkan Emyr.

"Emyr!" menggeletar tangannya dengan keadaan Emyr yang sudah berlumuran darah. Haider hanya memandang sepi sahaja wajah Emyr.

"Kenapa?" itu persoalannya. Kenapa Emyr tolak dia dan biarkan dirinya menjadi mangsa Haider. Tangannya naik menyentuh dilengan Emyr yang sudah mengalirkan banyak darah.

"Aku tak apa-apa.." ujarnya dengan perlahan.

Nasib sahaja lengannya yang kena. Kalau dekat dada tadi, memang mati dia.

Haider langsung tak ada rasa bersalah. Dia memandang kosong kearah mereka berdua. Dia tak menghampiri Emyr melainkan dia terus sahaja keluar dari ruangan tersebut.

"Haider tak marah kau. Pergilah pujuk dia.." arah Emyr apabila dia perasan yang Haider sudah keluar dari ruang ini.

"A..ku minta maaf.." air matanya mengalir deras.

"Aku tak apa-apa."

...

Haider keluar dari rumah dengan raut wajah yang tegang. Ada seorang lagi yang sudah buat dia naik marah.

Keluar sahaja dia dari rumahnya, dia mencari Eric. Daripada puluhan anak buahnya yang berdiri di luar, hanya satu sahaja yang menarik perhatiannya.

Eric yang tak sengaja memandang mata Haider sudah berpeluh. Dia tahu Haider sedang mencari dia disebabkan hal tadi.

Tanpa segan silu, Haider melepaskan satu tembakan tepat ke kaki kanan Eric. Eric hanya membiarkan sahaja. Dia langsung tak bergerak, hanya berdiri tegak sahaja dan membiarkan sahaja sakit itu menjalar di seluruh tubuhnya.

"Siapa beri kebenaran untuk kau sentuh muka bini aku, ha?" teriaknya dihadapan Eric.

Eric hanya diam sahaja. Salahnya kerna sudah menampar isteri Haider. Dia hanya berdiri tegak sahaja apabila Haider sudah berdiri dihadapannya.

Pangg!!

Kali ini pipinya pula yang menjadi sasaran Haider tapi Eric hanya beriak biasa sahaja. Langsung dia tak tunjukkan rasa sakitnya dihadapan Haider.

Xaviera mendapatkan suaminya. Dia lihat tadi lelaki yang bawa dia ke sini kena tembak dan kena tampar oleh Haider.

"Haider.." panggilnya dari belakang. Haider tak menoleh melainkan dia terus sahaja melangkah menuju ke keretanya.

"Awak tak apa-apa?" soalnya dengan risau.

"Saya okey Puan. Hal tadi, saya minta maaf.." ujarnya dengan kesal.

Xaviera hanya menggelengkan kepalanya dan diberikan satu senyuman kearah Eric yang sedang menahan kesakitan.

"Saya tak apa-apa. Saya minta maaf bagi pihak Haider." Eric hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Melihat keadaan Eric tak apa-apa membuatkan Xaviera meninggalkan lelaki itu dan terus sahaja mengejar langkah suaminya.

"Haider!" panggilnya dengan kuat.

"Haider!" sekali lagi dia memanggil namun Haider langsung tak menoleh.

Xaviera berlari untuk kejar langkah suaminya yang semakin menjauh. Entah macam mana dia tersadung sehingga membuatkan tubuhnya terjatuh ke bawah.

"Auchh.." desisnya. Tapak tangan serta lututnya tercalar kerna terkena batu-batu tajam.

Haider menoleh ke belakang apabila dia terdengar suara isterinya yang sedang menahan sakit. Kakinya terus sahaja dibawa ke arah Xaviera.

Melihat kaki panjang yang berdiri dihadapannya membuatkan kepalanya terdongak keatas.

"Sakit.." rengeknya bersama dengan takungan air mata yang sudah mula penuh.

Haider terus sahaja mengangkat isterinya. Sepanjang mereka menuju ke kereta Haider, lelaki itu langsung tak bersuara. Apalagi raut wajahnya kosong sahaja yang menjadikan Xaviera tak dapat nak baca reaksi Haider.

Tanpa sedar Xaviera mengeluh perlahan. Dia letakkan kepalanya di bahu Haider memikirkan apa yang bakal berlaku dengan perhubungan mereka.

...

Mereka sudah sampai di perkarangan rumah. Haider keluar dari kereta dan dihempas pintu keretanya dengan kuat. Dia langsung tak bercakap dengan isterinya sepanjang mereka berada didalam kereta.

Xaviera melihat sahaja pemergiaan suaminya. Dia buka pintu kereta untuk ikut masuk kerna nak berlama-lama dalam kereta pun tak ada gunanya juga. Baru dua langkah, terasa badannya sudah diawangan.

"H-Haider..." panggilnya dengan takut-takut.

"Hmm.." balasnya dengan datar.

Xaviera menggelengkan kepalanya dan dia biarkan sahaja suaminya angkat dia.

Masuk sahaja di dalam bilik, badannya terus diletakkan di atas katil dan tanpa kata Haider ingin berlalu namun pantas ditahan oleh Xaviera.

Haider duduk dibirai katil dan berhadapan dengan Xaviera. Muka itu jelas kelihatan takut.

"Saya tahu permintaan maaf saya tak setanding dengan apa yang saya dah buat. Kalau awak nak marah nak pukul, saya terima. Jangan diam macam ni," dia tak suka dengan Haider yang lebih memilih untuk berdiam diri.

Haider hanya diam sahaja ditempatnya.

"Pukul lah saya..." katanya.

Haider terus sahaja mengangkat tangannya dan melihat akan perbuatan itu membuatkan Xaviera terus memejam erat matanya.







Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Seguir leyendo

También te gustarán

2.4M 241K 69
US Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just...
8.3K 103 13
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...
802 62 3
☆°꒰𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟐꒱°☆ 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍 | 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐋𝐀𝐑𝐈𝐂𝐄 Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...
893 38 1
"𝓜𝔂 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓯𝓸𝓻 𝔂𝓸𝓾 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓫𝓮 𝓷𝓮𝓿𝓮𝓻-𝓮𝓷𝓭𝓲𝓷𝓰. 𝓐𝓷𝓭 𝓘 𝓼𝔀𝓮𝓪𝓻 𝔂𝓸𝓾 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓫𝓮 𝓶𝓲𝓷𝓮 𝓯𝓸𝓻 𝓽𝓱𝓮 𝓻𝓮𝓼𝓽 𝓸𝓯 𝓶...