HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.5M 328K 84.6K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-29

78.4K 4.5K 1K
By thelifeof_rene

"Kalau aku tak dapat Haider, kau pun tak akan dapat dia Annisa. Biar kita mati sama-sama!" Annisa sudah cuak apabila dia turut ditarik bersama. Dia tak pandai berenang, macam mana kalau dia mati lemas..

Seperti yang dia jangka, dia tak mampu nak berenang selamatkan diri. Tak tahu kenapa badannya seperti ditolak kuat oleh arus sungai. Rasanya tadi arus sungai tenang sahaja kenapa boleh berubah ganas seperti ini. Dia sudah terkapai-kapai. Sekejap kepalanya timbul dan sekejap kepalanya tenggelam. Aturan nafasnya juga sudah menjadi berat dan pendek.

Xaviera langsung tak selamatkan diri. Dia biarkan sahaja dirinya tenggelam dan dibawa arus sungai. Tak ada gunanya dia selamatkan diri. Semua orang tak inginkan dia ada di atas muka bumi ini.

"Viera, kau gila ke? Kenapa nak bunuh diri? Aku penat-penat dah jaga kau, kau boleh nak tinggalkan aku sendiri!"

Bebelan kakaknya mula menyedarkan dia. Dia dulu pernah nak akhiri hidupnya namun dihalang oleh Luthfia.

"Tolong! Tolong!" kedengaran suara seseorang meminta tolong.

Xaviera yang mendengar suara itu terus timbulkan dirinya dan dia berenang kearah Annisa yang sudah terkapai-kapai melawan arus sungai.

"T-tolong!" Annisa sudah kehabisan tenaga dan dengan perlahan-lahan badannya mula tenggelam namun sempat dipaut oleh Xaviera.

Kedalaman air sungai tersebut boleh dikatakan dalam dan boleh membahayakan nyawa seseorang yang tidak pandai berenang dan untung sahaja Xaviera masih ada hati untuk selamatkan Annisa.

Xaviera memaut pingggang Annisa dan dengan kudrat yang dia ada, dia membawa Annisa keluar daripada sungai tersebut dan berharap ada orang yang melihat mereka.

Aisyah kebetulan yang ingin mencuci mukanya menggunakan air sungai sudah tergamam melihat keadaan dua orang pelajar perempuan yang sedang bertarung menyelamatkan diri mula menjerit meminta tolong dari pelajar yang lain.

"Tolong! Ada orang lemas!" teriak Aisyah dengan kuat dan sepenuh hatinya.

Nasib sahaja jeritan itu mendapat perhatian dari pelajar lain dan mereka bergegas menuju ke tempat Aisyah termasuklah Haider.

Aisyah berdiri di celah-celah batu untuk membantu Xaviera yang sedang kepayahan membawa Annisa ke atas.

Tangannya dihulur kearah Xaviera dan wanita itu membawa badan Annisa meminta agar Aisyah menaikkan terlebih dahulu Annisa keatas dan memberikan bantuan pernafasan memandangkan Annisa sudah tidak sedarkan diri.

"Ya Allah, Annisa...." terkejut dia melihat mangsa lemas itu ternyata Annisa kawannya.

Haider yang mendengar nama tersebut terus berlari kearah kuruman orang ramai. Jelas dia terkejut melihat keadaan Annisa yang sudah basah kuyup dan wajah itu juga sudah bertukar pucat.

Haider terus membuka jaket yang berada dibadannya lalu diletakkan dibadan Annisa menutupi badan wanita itu.

Xaviera yang jelas kepenatan hanya mampu mengeluh berat. Tiada yang peduli dengannya.

Emyr dan Fathi tak menuju ke tempat Annisa melainkan mereka pergi kearah Xaviera yang masih berada di bawah.

"Viera..." panggil Emyr. Xaviera yang tadinya menunduk menghilangkan penatnya mengangkat kepala apabila namanya dipanggil. Bibirnya tersenyum kecil melihat wajah risau Emyr dan Fathi.

Emyr dan Fathi masing-masing menghulurkan tangan kearah Xaviera dan dengan pantasnya Xaviera menyambut huluran tersebut dan dengan bantuan serta kekuatan mereka berdua, Xaviera dapat naik semula keatas.

"Kau okey tak ni?"

Xaviera hanya mengangguk sebagai jawapan. Dia tak okey, badannya sejuk dan kepalanya tiba-tiba pening.

"Annisa, bangun Annisa!" pipi Annisa ditepuk dengan kuat. Nurul nak sedarkan Annisa.

Annis masih seperti tadi. Dia langsung tak bergerak membuatkan mereka yang berada di situ risau.

"Sekejap lagi pasukan penyelamat datang," kata Aisyah. Dia sudah telefon pasukan penyelamat dan kata mereka, mereka akan sampai dalam lima minit.

"Tak sempat..." Nurul sudah menangis melihat keadaan kawannya.

"Tak guna!" Haider maju nak selamatkan Annisa. Dia pun berfikiran yang sama dengan Nurul. Mana sempat nak tunggu pasukan penyelamat. Boleh mati anak orang kalau macam ni.

Xaviera yang perasan akan pergerakan Haider, cepat-cepat berdiri dari duduknya lalu dia tarik tangan Haider melarang lelaki untuk tak bertindak seperti apa yang difikirkan.

"Kita tunggu pasukan penyelamat." Kata Xaviera namun Haider degil. Tanpa belas kasihan dia tolak badan isterinya dan membuatkan Xaviera terundur kebelakang.

Haider maju untuk mengambil alih selamatkan Annisa. Dada wanita itu ditekan seperti mana dia belajar namun Annisa langsung tak memberi sebarang reaksi.

Tak berhasil dengan cara itu, Haider tanpa berfikir panjang memberi bantuan pernafasan kepada Annisa membuatkan mereka yang lain terkejut.

Xaviera yang melihat perbuatan Haider hanya mampu memejam matanya. Dia kecewa kerna Haider langsung tak dengar larangannya. Lepas ni, perbuatan Haider pasti menjadi bualan pelajar lain dan mungkin akan membawa masalah besar.

Selepas beberapa minit Haider berusaha selamatkan Annisa, kedengaran batuk kecil datang dari arah Annisa. Nurul menolak lembut badan Haider lalu dia meletakkan kepala Annisa di pahanya.

"Annisa..." sekali lagi air mata Nurul menitis keluar. Kali ini air mata kesyukuran. Kawannya dah sedar berkat bantuan Haider.

Terduduk lega Haider apabila melihat Annisa yang sudah kembali sedar. Pasukan perubatan yang baru sahaja tiba terus membawa Annisa ke tempat yang lebih selesa untuk memeriksa keadaan wanita itu dan para pelajar juga sudah mulai bersurai.

Setelah keadaan menjadi sepi, Haider memandang kearah Xaviera dan dia terus menghamburkan kemarahnnya kepada wanita itu."Apa kau dah buat ni Viera? Apa aku nak cakap dengan abi Annisa?"

"Haider, aku rasa bukan masanya untuk kau marah Viera." Fathi cuba menghalang Haider untuk tidak memarahi Xaviera namun badannya yang tidak seberapa nak berotot terdorong akibat tolakan Haider.

"Bukan urusan korang berdua." Ditarik tangan Xaviera dengan kasar lalu dibawa Xaviera pergi ke tempat yang sesuai.

Xaviera yang sudah tidak berdaya untuk melawan hanya merelakan tangannya ditarik oleh tangan kekar tersebut.

"Aku tak rasa ini sebab Xaviera." Kata Emyr yang hanya memandang sepi pemergiaan Haider dan Xaviera.

...

Haider membawa Xaviera masuk ke biliknya memandangkan hanya bilik itu sahaja yang sesuai untuk mereka berdua berbincang.

"Apa masalah kau Viera?" ditolak kuat badan Xaviera dengan masuk ke dalam bilik tersebut.

"Apa aku nak cakap dengan abi Annisa kalau dia tahu anaknya hampir mati lemas? dan yang lebih teruknya Annisa hampir mati disebabkan kau." Ditolak kepala Xaviera dengan kuat melepaskan rasa geramnya yang ditahan dari tadi.

Tergelak kecil Xaviera dengan tuduhan tersebut. Sakit dikepalanya langsung dia tak hirau walhal nak je dia pengsan saat ini namun dia kuatkan dirinya.

"Saya salah? Kalau awak nak tahu yang jadi mangsa dalam hal ni adalah saya!" teriaknya dihadapan Haider.

"Awak nak tahu siapa yang tolak siapa? Awak nak tahu apa yang Annisa cakap dekat saya? Tak! Sebab dimata awak Annisa adalah perempuan yang terbaik yang tak pernah lakukan kesalahan!" balas Xaviera dengan nada yang kuat.

"Saya penat lah nak hidup macam ni. Mungkin betul apa yang Annisa kata, kalau saya mati mesti dia dah jadi isteri awak dan awak pasti akan hidup bahagia dengan dia." Ditolak badan Haider dengan kuat sebelum Xaviera berlalu pergi dari bilik tersebut.

Haider meraup rambutnya dengan kasar. Bingung dengan apa yang sudah berlaku. Tak mungkin Annisa sanggup buat diri mereka berdua dalam keadaan bahaya dan kalau pun Xaviera yang menjadi sebab mereka berdua hampir lemas tapi kenapa Xaviera menolong Annisa?

Xaviera yang berada di luar bilik sudah menghamburkan tangisannya. Ditekup mulutnya dengan kedua-dua tangannya agar bunyi tangisan tidak kedengaran.

Tiada yang peduli tentang dirinya. Yang menjadi mangsa adalah dia tapi yang mendapat perhatian adalah Annisa.

Xaviera membawa dirinya ke tempat yang sunyi jauh dari keriuhan para pelajar. Untung sahaja program mereka ini berkonsepkan santai tidak terlalu ikut protokol.

Xaviera terkenang dengan satu kejadian yang sama seperti apa yang berlaku tadi. Dimana papanya menuduh bahawa dia sudah mengambil duit saudara tirinya.

...

Dato Xander setia menunggu ketibaan Xaviera dengan perasaan marah. Tadi Nayra ada memberitahunya bahawa duit tabungannya hilang dan kebetulan Xaviera ketika ini sedang membeli belah. Siapa lagi pelakunya kalau bukan Xaviera.

"Assalamualaikum." Laung Xaviera dengan gembira. Ditangannya penuh dengan beg plastik dan membuatkan api kemarahan Dato Xander semakin membuak-buak.

"Papa, Viera ada suprise untuk papa." Kata Viera dengan kaki mendekati papanya.

Hari ini adalah hari jadi papanya dan dengan senang hati dia menggunakan duit simpanannya untuk membelikan hadiah kepada papanya.

"Nah! Ini hadiah ulang tahun papa." Dihulurkan satu beg plastik kearah Dato Xander.

Dato Xander hanya memandang dingin huluran tersebut dengan matanya tajam mencerun kearah Xaviera yang sedang tersenyum manis.

"Duit siapa Viera belikan hadiah ni?" Tanya Dato Xander dengan dingin.

"Duit Viera lah pa. Sebulan tahu tak Viera tak makan dekat sekolah sebab Viera nak belikan hadiah untuk papa." Balas Xaviera dengan bangga.

"Viera fikir papa percaya. Ini mesti Viera curi duit Nayra kan?" Ditepis hadiah yang diberikan oleh Xaviera jauh dari pandangannya.

Tergamam Xaviera dengan apa yang dilakukan oleh papanya. Hadiah yang dia beli dengan duitnya sendiri langsung tidak bernilai dimata papanya.

"Viera curi duit anak papa? Siapa yang cakap? Nayra?" Kuat suara Xaviera melenting dihadapan papanya.

"Terang-terang Viera yang curi duit dia. Viera mana pandai nak simpan duit dan dengan bangganya Viera pakai duit Nayra untuk belikan papa hadiah." Marah Dato Xander.

"Wow! Papa percaya bulat-bulat apa yang Nayra cakap. Okey! Viera memang boros, Viera cuma tahu habiskan duit papa je tapi kali ni papa tahu tak macam mana strugglenya Viera ikat perut semata-mata nak kumpul duit belikan papa hadiah dan ini apa yang Viera dapat." Ucap Xaviera dengan senyuman sinisnya dan tanpa menunggu balasan dari Dato Xander, Xaviera berlari keluar dari rumah tersebut dengan perasaan kecewa.

Sejak papanya ada anak tiri, rumah tersebut sudah tidak menjadi tenang untuk dia duduk. Hari-hari dia lihat papanya melayan saudara tirinya dengan penuh kasih sayang sedangkan dia seperti tidak bernyawa dirumah tersebut. Kini rumah yang dulu adalah syurga baginya sudah berubah menjadi tempat yang paling dia hendak elakkan.

...

Tergelak Xaviera dengan nasib yang menimpa dirinya. Rupanya dia wujud adalah semata-mata untuk dipersalahkan walaupun kenyataannya dia tidak bersalah.

Papa dengan Haider sama sahaja. Dua-dua lebih percayakan orang lain berbanding dirinya sebagai anak dan juga isteri.



Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

6.2M 176K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...
25K 1.3K 11
HIGHEST RANKING: #1 in secretagent (11/2/2021) #1 in suspense (11/2/2021) #2 in novelfiksyen (11/2/2021) #3 in action-thriller (12/2/2021) ••• NOVEL...
5M 243K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
580K 32K 26
2020 | TERBIT 2022 This story might not be the best from me, and I am sorry. "There's rhythm that right for your soul." *** Ini adalah kisah gadis Me...