HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 322K 82.8K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-25

80.7K 4.3K 290
By thelifeof_rene

Usai Xaviera menari bersama Mak Yam di dapur, dia membantu Mak Yam untuk menghidangkan sarapan pagi. Kelihatan Ayyan dan Haider sedang berbual dimeja makan namun Haider tak fokus dengan adiknya melainkan dia hanya memandang sahaja Xaviera yang sibuk meletakkan bekas makanan di meja makan.

"Ayyan, Tengku mana?" soal Mak Yam.

"Sekejap lagi turun lah tu." Jawab Ayyan bersama dengan senyuman.

"Iyalah. Korang tunggu mummy daddy baru makan." Pesan Mak Yam dan disambut anggukan dari mereka berdua.

"Viera, jom kita makan dekat belakang."Ajak Mak Yam kepada Xaviera. Xaviera mengangukkan kepalanya dan dirangkul lengan Mak Yam.

Haider yang melihat pemergiaan Xaviera terus menarik tangan wanita itu sehingga badan Xaviera terdorong kearah Haider.

"Kau nak pergi mana?" soal Haider dengan datar.

"Nak makan dekat belakang lah." Balas Xaviera dengan pelik.

"Kenapa nak makan dekat belakang. Makan dekat sinilah." Ditarik badan Xaviera dengan kuat memaksa Xaviera untuk duduk disebelahnya.

Mak Yam dan Ayyan saling berbalas senyum. Mereka tahu Haider ni ego.

"Viera makan dekat sinilah ya. Mak Yam pergi belakang dulu."

"Mak Yam jangan tinggal Viera..." terasa nak menangis dia apabila dipaksa makan bersama Haider.

"Jangan nak mengada Viera.." datar sahaja suaranya menegur Xaviera. Xaviera menaikkan bibirnya dengan perangai pelik yang ditunjukkan Haider. Nak buat-buat peduli lah tu.

"Apa?" Haider tahu isterinya tu sedang mengutuk dia didalam hati. Muka Xaviera menjelaskan semuanya.

"Nak tunjuk peduli, konon. Awak lupa ke, awak tu jijik nak duduk semeja dengan saya. Saya ni kan kotor dan..." Xaviera dekatkan bibirnya ke telinga Haider.

"Awak sudi ke makan dengan pelacur?" bisik Xaviera.

Haider membalas pandangan sinis Xaviera.

"Aku tak nak bergaduh depan rezeki, jangan nak cari pasal dengan aku," Haider menolak dahi Xaviera menjauhkan jarak mereka berdua.

"Dasar lelaki tak guna!" selamba sahaja dia berkata sedemikian. Ayyan yang mendengar cukup tercengang dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Xaviera.

"Siapa yang tak guna?" Tengku Faiza mencelah perbualan mereka bertiga.

Xaviera terus mengemam bibirnya apabila soalan itu dilontarkan oleh Tengku Faiza. Aduh, mak mertuanya tahu ke siapa yang dimaksudkan.

"Mummy lambat lah, Ayyan dah lapar." Sengaja Ayyan buat suara manja nak larikan topik mereka sekali gus selamatkan Xaviera.

"Anak mummy lapar ke?" Ayyan menganggukkan kepalanya.

"Jom makan!" ajak Tengku Faiza dengan senyuman lebar.

Xaviera sempat memberi senyuman tipis kepada Ayyan. Nasib lah Ayyan ni cepat bertindak tak macam suaminya yang bengap.

Dia menoleh kearah Haider dan bila mata mereka bertembung, Xaviera memberikan jelingan tajam kepada suaminya.

...

Lepas mereka sarapan, seperti biasa Xaviera akan duduk bersama Mak Yam. Tiada tempat yang lebih nyaman selain di bilik Mak Yam.

Xaviera kelihatan sepertinya tak sihat. Mata itu layu sahaja dan sesekali dia ada dengar batuk kecil yang keluar dari mulut Xaviera.

"Viera tak sihat ke?" risau Mak Yam melihat keadaan Xaviera.

Xaviera menggelengkan kepalanya kemudian bibir pucatnya membentuk senyuman.

"Viera pening sikit je,"

Mak Yam yang tak puas hati dengan jawapan Xaviera, meletakkan telapak tangannya didahi Xaviera. Panas!

"Viera demam ni," semakin terbias kerisauan di wajah Mak Yam.

"Lepas Viera dah tidur, okey lah ni. Mak Yam janganlah risau." Ujar Xaviera dengan nada suara yang sedikit serak.

"Mak Yam panggil Haider dulu. Suruh dia hantar Viera pergi klinik," Mak Yam sudah berdiri dari duduknya nak memanggil Haider.

"Mak Yam, Viera okey. Viera tak nak susahkan Haider." Xaviera menahan lengan Mak Yam melarang daripada Mak Yam memanggil Haider.

Mak Yam mengambil semula tempat duduknya. Dia membantu Xaviera untuk baring di katil kecilnya.

"Viera rehat dulu. Mak Yam pergi cari panadol dekat luar," arah Mak Yam sambil tangannya mengusap lembut rambut Xaviera.

"Mak Yam keluar dulu ya. Viera tunggu sekejap."

Xaviera menganggukkan kepalanya. Dia menghantar pemergiaan Mak Yam dengan mata yang semakin berat. Tak sempat dia nak telan panadol, dia dah terlelap.

...

Tak ada seorang pun yang tahu dia sakit saat ini. Hanya Mak Yam sahaja yang tahu memandangkan dia pun dah bagitahu Mak Yam supaya tak khabarkan hal ni kepada Haider. Selepas mereka makan malam, Xaviera tak dapat nak tolong Mak Yam. Dia betul-betul dah tak larat.

Naik sahaja dia, badannya terus dihempas kasar diatas tilam. Kepalanya betul-betul sakit. Baru sahaja dia nak pejam mata, dia terdengar gelak tawa yang sepertinya datang dari luar.

Dia yang penasaran nak tahu, melangkah menuju ke balkoni bilik Haider. Dari atas dia melihat keluarga Haider sedang meluangkan masa bersama di halaman belakang rumah mereka.

Bibirnya menguntum senyuman melihat keakraban keluarga itu. Kelihatan Haider dan Ayyan yang masing-masing menyakat Tengku Faizah dan sesekali juga Tengku Aryan turut ikut menyakat isterinya. Alhamdulillah keadaan Tengku Aryan juga sudah semakin baik dan sudah boleh bergelak ketawa.

Xaviera ikut gembira melihat mereka semua. Kenapalah keluarganya tak macam ni? Dia tak pernah duduk semeja dengan mama papanya.

Melihat wajah gembira Tengku Faiza membuatkan dia teringat dengan mamanya. Dia masuk semula mengambil telefonnya lalu nombor mamanya dicari. Berharap mamanya masih menggunakan nombor ini.

"Please, ma. Kali ni angkat call Viera." Rayunya sambil dia menggigit hujung ibu jarinya menghilangkan debarannya.

"Hello, siapa ni?" soal seseorang sebaik sahaja panggilan mereka bersambung.

Xaviera menekup mulutnya. Terkejut apabila panggilannya disambut.

"Hello ma, ini Viera. Anak mama.."

"Kenapa call? Aku sibuk," nada suara itu bertukar serta merta.

"Mama sihat? Viera demam ma.." air matanya tak mampu ditahan. Dia terlalu gembira mendengar suara mamanya. Suara yang sangat dia rindu.

"Kalau sakit pergi hospital lah, yang kau telefon aku, kenapa?" kedengaran dengusan kasar di corong tefonnya.

"Viera nak mama..."

"Dahlah! Kau ni buang masa aku je." Panggilan tersebut terus dimatikan.

"Ma, mama!" panggilnya namun itu hanyalah sia-sia sahaja.

Xaviera mendail nombor orang lain pula. Tangannya sedikit menggeletar, terkejut dengan tindakan mamanya mungkin.

"Hello!" kedengaran nada serak seseorang, sepertinya baru bangun tidur.

"Aku ganggu kau ke?" soal Xaviera dengan serba salah.

"Taklah! Aku terlelap sekejap je. Kau okey ke ni?" nada itu bertukar cemas. Nada sebak Xaviera kedengaran dengan jelas.

"Haider buat apa lagi dengan kau?" soalnya lagi apabila Xaviera tak menjawab soalannya tadi.

"Tak, ini bukan pasal Haider." Kakaknya memang tahu yang Haider layan dia tak baik. Hanya sampai situ sahaja dia cerita. Hal tentang pukul dia sembunyikan sebab takut kakaknya mengamuk nanti.

"Tadi aku telefon mama, aku bagitahu yang aku demam.." cerita Xaviera dengan nada yang ditahan tak nak esakannya terlepas.

"Kau telefon dia kenapa? Dia dah buang kita Viera." Jelas nada Luthfia bertukar kecewa. Dah berkali dia pesan jangan hubungi mama diorang kerna hujungnya mereka yang akan sakit hati.

"Aku rindu mama Fia. Aku nak mama jaga aku. Aku demam," luah Xaviera.

"Jadi apa mak kau kata?" soal Luthfia dengan datar.

"Mama cakap dia sibuk," tergelak Luthfia mendengar jawapan adiknya.

"Janganlah ketawa.." esakannya mula kedengaran. Dia serius macam ni boleh pula Luthfia gelakkan dia.

"Kau nak aku balik sana ke? Aku jaga kau," katanya dan kali ini nada itu bertukar serius.

Xaviera menggelengkan kepalanya walaupun Luthfia tak nampak. "Tak payahlah, aku demam sikit je."

"Kau dah makan ubat ke?"

"Dah.."

"Pergilah tidur. Kalau demam kau tak kebah, bagitahu aku," katanya lagi.

Selesai mereka berbual, panggilan dimatikan serta merta. Skrin telefonnya direnung sahaja. Hidupnya kembali sunyi. Rindu pula dia dengan Luthfia.

Haider yang sudah mengantuk terlebih dahulu naik ke bilik. Dia risaukan Xaviera kerna dia perasan wajah isterinya pucat sahaja sepanjang mereka makan malam tadi.

Masuk sahaja dia dibilik, kelihatan Xaviera yang sedang tertunduk memandang telefonnya.

"Kau call siapa?" soalnya dengan datar. Xaviera terus mengangkat kepalanya lalu mata mereka bertembung untuk seketika.

"Kenapa kau menangis?" ada sisa air mata membuatkan dia semakin pelik.

"Haider..." dia memang sudah tak mampu nak tahan rasa sedihnya. Melihat wajah Haider membuatkan air matanya kembali mengalir.

"Kenapa?"

"Tadi saya call mama, mama..." tak sempat dia nak habiskan ayatnya, dia sudah tumbang.

"Viera..." laju dia mendapatkan tubuh isterinya. Ditepuk lembut pipi Xaviera dan dilihat mata isterinya terbuka sedikit. Dia juga rasakan badan Xaviera yang berbahang panas.

"Kenapa kau tak bagitahu aku, kau demam." Katanya dengan keras.

"Haider..."

Haider membetulkan kedudukan tidur isterinya. Dibaringkan tubuh itu dengan cara yang selesa.

"Haider, soal gambar tu..." dalam sakitnya dia masih nak jelaskan tentang gambar tersebut.

"Dahlah Viera, aku tak nak ingat benda tu."

"Awak dengar dulu penjelasan saya. Saya tak kenal apalagi berhubung dengan lelaki tu. Apa yang saya ingat, lelaki tu tolong saya sebab saya nak jatuh masa saya datang tempat kerja awak." Terangnya.

Haider diam melihat wajah isterinya. Kelihatan wajah itu bersungguh-sungguh menjelaskan apa yang sudah berlaku.

"Tak apalah, kau tidur dulu. Kau demam ni." Katanya dengan datar.

Xaviera mengeluh lemah. Macam manalah dia nak yakinkan Haider tentang gambar tersebut.








Even if my name is not etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
204K 13.1K 53
Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidu...
24.6K 3.3K 12
π–³π—‚π—‰π—Œ π—Žπ—‡π—π—Žπ—„ π—Œπ–Ύπ—†π—Žπ–Ί π—‰π–Ύπ—‡π—Žπ—…π—‚π—Œ 𝖽𝗂 𝖢𝖺𝗍𝗍𝗉𝖺𝖽. 𝙨𝙩𝙖𝙧𝙩 : 2020 π™šπ™£π™™ : π—Œπ—ˆπ—ˆπ—‡ 𝙨𝙩𝙖𝙩π™ͺ𝙨 : 𝖨'𝗅𝗅 π—Žπ—‰π–½π–Ίπ—π–Ύ 𝗂𝖿 𝖨 𝗐...
801 62 3
β˜†Β°κ’°ππŽπŽπŠ πŸκ’±Β°β˜† π€π˜π‘π„π’ π‹π”π‚π‚πˆπ„π | π€π”π‘π„π‹πˆπ€ π‚π‹π€π‘πˆπ‚π„ Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...