HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 82.9K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-20

84.9K 4.3K 647
By thelifeof_rene

Terganggu tidurnya apabila ada hembusan hangat menyentuh kulitnya. Dia juga dapat rasakan ada sesuatu yang aneh menghempap perut kempisnya.
Nak tak nak, dia membuka matanya melihat apa yang berada diatas perutnya.

Telan liur dia melihat ada tangan kekar sedang melilit pinggangnya. Kepala ditoleh ke sisi nak pastikan tangan tersebut adalah milik Haider atau bukan.

"Haider..." perlahan sahaja suaranya memanggil nama lelaki itu. Dia baru teringat yang semalam dia tertidur didalam pelukan Haider.

Haider bergerak sedikit membuatkan Xaviera mengecilkan dirinya.

"Tidur Viera, kau masih demam." Ujarnya dengan suara serak basahnya.

Membulat matanya apabila ada perubahan dalam diri Haider.

"Haider..." Xaviera tak nak berlama dekat sini. Dia takut kalau Haider dah sedar, lelaki itu naik angin. Dia kan jijik dengannya. Tak mungkin Haider nak sentuh dia lama-lama.

Haider menenyeh matanya kemudian mata itu menjadi segar membuatkan Xaviera tambah kecilkan dirinya.

"Kau nak minum? Kepala kau masih sakit? Kau nak pergi klinik?" soalnya bertubi-tubi.

Tambah pelik Xaviera dengan perlakuan Haider. Dia dah nak mati ke sampai Haider berubah seperti ini. Haider meletakkan telapak tangannya diatas dahi Xaviera. Masih panas!

"Kau sejuk ke?" dia perasan badan Xaviera menggigil.

Xaviera menganggukkan kepalanya. Dia memang sejuk tapi bukan sejuk disebabkan aircond melainkan dia sejuk disebabkan perubahan mendadak Haider.

Haider terus berikan bahagian selimutnya kepada Xaviera memberikan kehangatan lagi kepada badan tersebut.

"Tidurlah, pagi lama lagi. Kau pun belum sembuh sepenuhnya." Ujarnya dengan lembut.

Sekali lagi Xaviera hanya menganggukkan kepalanya. Matanya yang kembali berat terus dipejam semula. Nantilah dia fikir apa yang sudah berlaku dengan Haider sampai boleh berubah baik macam ni. Dia nak sambung tidur, hilangkan sakit kepalanya.

Melihat kepada keadaan Xaviera yang sudah terlelap, Haider turut kembali membaringkan badannya. Dia pun mengantuk dah jaga Xaviera yang merengek mencari mamanya.

...

Xaviera membuka perlahan-lahan matanya apabila ada silauan matahari memancar mengena di wajahnya. Terasa ringan sahaja kepalanya tak seperti semalam.

Dia memerhati ruang bilik tersebut. Satu persatu apa yang sudah berlaku bermain di kotak memorinya. Tangannya menekup mulut yang sudah terbuka luas apabila teringat kembali bagaimana layanan Haider terhadapnya.

Dia mencari keberadaan Haider namun bilik itu sunyi sahaja. Tak ada orang lain selain dirinya.

"Dia dah masuk kerja ke?" bibirnya automatik memuncung kehadapan. Kecewa apabila Haider sudah pergi tinggalkannya. Dia masih mahu dibelai oleh Haider.

Perlahan-lahan bibirnya membentuk satu senyuman. Masih terasa sentuhan lembut Haider memujuknya.

"Arghhhhh!!" teruja dia sehingga kakinya dihentak kuat diatas tilam tersebut.

Keterujaan tersebut hilang begitu sahaja apabila pinggangnya mencetuskan rasa sakit. Dia terlampau gembira sehingga dia lupa badannya masih sakit disebabkan hal semalam. Jatuh tangga kot!

Tak nak terlalu fikirkan hal semalam, dia buat keputusan untuk keluar dari bilik Haider. Boleh jadi Haider berubah jadi ganas semula bila dia lihat dirinya masih baring dikatil milik lelaki itu.

Keadaannya masih belum stabil lagi. Masih terasa pening dan sakit di rusuknya tapi sakit itu sudah berkurang sedikit. Tak seperti semalam yang langsung dia tak boleh gerakkan badannya.

Kakinya dibawa ke dapur. Melihat apa yang ada disana. Apa lah yang Haider sarapan, kesian pula dia.

Penutup makanan dibuka, dan disitu ada mangkuk yang berisi bubur. Kelihatan bubur itu masih berasap maksudnya Haider baru selesai memasak makanan tersebut.

Bubur memang menarik perhatiaannya tapi ada yang lebih tertarik. Ada kertas terletak disebelah mangkuk tersebut.

Xaviera ambil lalu dia baca isi surat tersebut.

"Makan! Jangan mati dulu, aku belum puas nak dera kau."

Xaviera tersenyum sahaja membaca isi surat tersebut.

"Sekurang-kurangnya dia sudi nak masakkan aku," katanya lalu dia mengambil tempat duduk. Bubur yang dimasak oleh Haider dimasukkan ke dalam mulut dan dinikmati dengan hati riang.

Selesai dia makan dan kemas apa yang patut, Xaviera ada terfikir nak bawakan bekal untuk Haider. Ini sebagai tanda terima kasih sudah jaga dia semalaman.

...

Xaviera melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Ini pertama kalinya dia jejakkan kakinya ke tempat kerja Haider. Terasa segan dan kekok apabila mata-mata asing memandang dia atas bawah.

Xaviera jalan sahaja tanpa memandang kiri kanan. Dia nak lari dari menjadi pusat perhatian pekerja Haider. Tanpa dia sedari ada seorang lelaki bertopi yang juga sedang berjalan ke arahnya.

Buk!!

Kaki Xaviera terundur dengan sendiri ke belakang dan terasa dirinya sudah tak stabil tapi ada satu tangan asing yang menarik lengannya sehingga badan mereka berdua bersatu.

Xaviera pantas menolak badan lelaki itu apabila ada bau rokok yang melekat dibadannya. Tak betah dia nak lama-lama dipegang oleh lelaki yang tak dia kenali.

"Thanks!" ucapnya tanpa ada senyuman. Dia tetap berterima kasih dengan lelaki ini kerna sudah menyelamatkannya. Kalau tak badannya pasti dah dibawah.

Lelaki bertopi itu menghantar pemergiaan Xaviera bersama dengan senyuman jahat. Hilang sahaja bayangan Xaviera, mata lelaki itu beralih ke arah seseorang yang sedang berdiri tak jauh dari tempatnya. Mata mereka saling bertembung dan senyuman mereka saling bersambung.

Xaviera menuju ke aras yang menempatkan bilik kerja Haider. Masuk sahaja dia, mata-mata mereka semua terus memusat kearahnya. Dia pula, hanya membalas dengan senyuman kekok.

Xaviera meneruskan langkahnya sehinggalah dia jumpa satu meja yang dekat dengan bilik Haider. Dia tahu itu bilik Haider kerna ada nama suaminya tergantung di luar pintu.

"Haider ada dekat dalam?" soalnya dengan lembut.

"Tak ada. Tuan tengah meeting," balas wanita itu dengan lembut.

"Cik siapa ya dan ada urusan apa dengan Tuan Haider?"

"Saya..." garu kepala dia nak jawab soalan pekerja Haider ni.

"Viera," panggil seseorang dan membuatkan Xaviera menoleh ke belakang. Bernafas lega dia apabila dia melihat Ayyan yang baru keluar dari bilik kerjanya.

"Ayyan.."

Marsya, setiausaha Haider mengerutkan dahinya. Siapa wanita ini sampai Ayyan kenal dengannya?

"Nak jumpa Haider ke?" Xaviera pantas menganggukkan kepalanya.

"Haider tengah meeting. Kau tunggu dalam lah, nanti aku bagitahu dia." Kata Ayyan.

Xaviera menjeling sekejap kearah pekerja Haider. Dia masih kekok dengan pandangan mereka semua. Ayyan juga perasan akan wajah Xaviera yang tak selesa dengan pandangan mereka semua.

"Masuk je, tak ada yang larang pun." Ujar Ayyan.

Xaviera melemparkan senyumannya kearah Ayyan kemudian dia terus mengatur langkah masuk ke bilik suaminya.

Lama juga dia menunggu kedatangan Haider sehingga naik mengantuk dia. Keadaan yang tadinya sunyi kini bising sedikit apabila ada suara seseorang yang sedang berbual dan Xaviera kenal akan suara tersebut. Wajah yang tadinya muram kini bertukar ceria. Haider dah selesai meeting.

Haider masuk tanpa mengetahui apa yang sedang menanti dia didalam biliknya.

"Haider," ceria sahaja suara itu memanggil nama suaminya.

Berkerut dahinya apabila melihat wajah ceria Xaviera.

"Apa kau buat dekat sini?" soalnya dengan pelik.

"Saya bawakan awak makanan," balasnya dengan kaki mendekati kearah Haider. Tanpa ada rasa takut, dia memeluk lengan sasa Haider.

"K-kau dah sihat ke?" ada sedikit getaran nada suara Haider apabila jarak mereka dekat seperti ini.

Xaviera dengan beraninya mengambil telapak tangan Haider lalu dia letakkan didahinya. Biar Haider sendiri tahu dia dah sihat atau belum.

Tambah hilang nafas dia melihat anak mata Xaviera yang kian membulat memandang kearahnya. Kerna tak tahan dengan pandangan Xaviera, dia menolak lembut bahu isterinya dan membuatkan pelukan dilengannya terlerai.

Xaviera mencebikkan bibirnya. Haider yang sudah berlalu pergi, dikejar dengan perasaan geram.

"Kau balik jelah. Datang sini menyemak je," kata Haider dengan datar.

"Lepas makan, saya balik lah." Dengan kasarnya dia duduk dihadapan Haider.

"Cepatlah! Lama-lama pandang muka kau, boleh muntah aku." Nak je dia cubit mulut Haider ni. Cakap main lepas.

Mangkuk tingkat yang dia bawa tadi dikeluarkan lalu dia letak satu persatu di atas meja kerja Haider. Haider pula sibuk ketepikan semua kertas-kertas kerjanya tak nak terkena kotoran makanan tersebut.

Buka sahaja penutup mangkuk tingkat tersebut, haruman makanan Xaviera memenuhi ruang tersebut. Kecut liur Haider dengan bau itu.

"Nah, makanlah." Katanya selepas sahaja dia meletakkan lauk yang dia masak tadi diatas mangkuk yang berisi nasi. Sudu juga turut diberikan kepada Haider.

"Kau tak makan ke?" soalnya dengan tangan sibuk menyinsing lengan kemejanya keatas siku.

Perbuatan Haider membuatkan dia hilang fokus. Ini yang buatkan dia tambah gila dengan Haider. Kalau macam ni, tak jadilah dia nak menyerah.

"Gatal!" dijentik dahi Xaviera dengan kuat.

Mengadu kesakitan Xaviera disebabkan jentikan tersebut. Tangannya menggosok kuat tempat dia dijentik tadi.

Haider tanpa pedulikan keadaan Xaviera, mula merasa makanan yang dimasak oleh isterinya. Kali ni dia akui makanan Xaviera lebih sedap dari sebelumnya.

"Sedap tak?" kelihatan berselera sahaja Haider makan masakannya.

"Hmm, bolehlah." Katanya dengan datar.

Xaviera menaikkan bibirnya keatas. Kalau sedap cakap je lah sedap.

Xaviera memerhati sahaja Haider yang sedang makan. Tangannya diletakkan didagu dan dia nikmati pemandangan indah dihadapannya. Makan pun boleh hensem.

"Semalam, awak peluk saya ke?" soalan itu meluncur keluar begitu sahaja. Masih terasa hangatnya sentuhan Haider.

Terbatuk kecil Haider dengan soalan tak terjangka itu. Xaviera terus mengeluarkan botol air yang dia bawa dari rumah lalu diberikan kepada Haider.

Botol yang tadinya penuh kini tinggal separuh. Wajah Haider juga sudah kembali seperti biasa, tak merah seperti tadi.

"Kau tahu macam mana jijiknya aku dengan kau. Kau fikir aku nak peluk kau?" katanya selepas batuk tadi menghilang.

Wajah yang tadinya ceria serta merta bertukar mendung.

"Saya mimpi ke?" boleh jadi dia mimpi sebab tak mungkin Haider nak peluk dia.

"Kau mimpi je lah ya. Alam mimpi tu lebih indah dari realiti," ujarnya dengan senyuman sinis.

Xaviera mengeluh dalam diam. Benci betul Haider dengannya.


Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

2.9M 160K 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau d...
204K 13.2K 53
Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidu...
2.4M 241K 69
US Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just...
24.6K 3.3K 12
𝖳𝗂𝗉𝗌 𝗎𝗇𝗍𝗎𝗄 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗉𝖾𝗇𝗎𝗅𝗂𝗌 𝖽𝗂 𝖶𝖺𝗍𝗍𝗉𝖺𝖽. 𝙨𝙩𝙖𝙧𝙩 : 2020 𝙚𝙣𝙙 : 𝗌𝗈𝗈𝗇 𝙨𝙩𝙖𝙩𝙪𝙨 : 𝖨'𝗅𝗅 𝗎𝗉𝖽𝖺𝗍𝖾 𝗂𝖿 𝖨 𝗐...