HAIDER LUTHFAN

Av thelifeof_rene

6.4M 323K 83.1K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... Mer

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-19

80K 4.6K 991
Av thelifeof_rene

Setelah Haider pergi meninggalkannya, dia hanya termenung kosong. Bodohnya dia sebab masih bertahan dengan perangai Haider.

"Fia, aku penat. Aku sakit." Ini kalau dia cerita dengan wanita itu, mesti dia bakal dimarah lagi. Dah berkali wanita itu meminta dia untuk undurkan diri tapi dia degil, masih nak tunggu Haider.

Matanya terasa sangat berat. Dia nak pejamkan mata sekarang tapi kalau dia terus berada disini, darahnya pasti akan mengotori lagi lantai rumah Haider.

Walaupun kepala dan seluruh badannya terasa sakit, dia gagahkan juga untuk bangun. Perlahan-lahan dia gerakkan badannya tak nak tambahkan lagi kesakitannya.

Xaviera tak nak merengek sakit. Dia tahan dirinya untuk tak keluarkan sebarang rengekan. Bibir bawahnya digigit dengan kuat sebagai tanda dia sedang menahan sakit.

"Kau kuat Viera." Tak ada yang boleh beri dia semangat selain dirinya sendiri.

Dengan pergerakan yang perlahan-lahan dia dapat berdiri. Tangan pantas memegang pemegang tangga sebagai penyokong badannya.

Setelah keadaannya sedikit baik, dia membuka langkah menuju ke biliknya. Sesekali itu, dia terpaksa berhenti seketika apabila kepalanya tiba-tiba rasa sakit.

Sebelum dia bersihkan diri, Xaviera bersihkan terlebih dahulu tempat yang kotor tadi. Saat ini dia rasa nak pengsan sahaja tapi dia tahan. Peluh-peluh dingin juga mula membasahi dahinya. Bibir serta wajahnya sudah bertukar pucat.

Selesai bersihkan kawasan tersebut, dia membawa dirinya masuk ke dalam bilik. Sepanjang perjalanan menuju ke bilik, air matanya tak henti mengalir.

Dia kasihan dengan dirinya sendiri. Tak ada yang peduli dengannya. Tak ada yang tahu dia sedang sakit saat ini.

"Dunia kejam kan, Viera." Katanya dengan senyuman hambar.

"Tak apa Viera, nanti kau rehatlah." Xaviera mengusap lembut kepalanya memberi semangat untuk terus bertahan.

...

Bangun sahaja dia dari tidurnya, kepalanya sudah berdenyut kuat. Sakit di kepalanya membuatkan dia pejam semula matanya.

"Viera, aku lapar!" kedengaran suara seseorang memanggilnya dari luar.

Xaviera tak peduli dengan suara tersebut. Biarlah apa nak jadi, jadilah. Kalau boleh dia nak mati sekarang, tak nak lagi rasa sakit disebabkan perbuatan Haider.

"Woi! Kau jadi isteri jangan pemalas sangat. Ni dah jam lapan, mana sarapan aku?" suara itu semakin dekat dengannya.

Dengan terpaksanya, dia bangun dari tidur. Walaupun kepala serta badannya sakit, dia gagahkan dirinya untuk bangun.

"Sekejap."

Xaviera membuka pintu biliknya. Buka sahaja pintu tersebut, wajah Haider terus menyapa di pandangannya.

Haider memerhati sahaja wajah Xaviera yang sangat pucat. Lidahnya menolak dinding pipi dan mata melihat Xaviera dari atas ke bawah.

"Saya buatkan awak roti bakar je, boleh?" katanya dengan suara yang sudah bertukar serak.

"Hmm," balas Haider kemudian dia terus berlalu menuju ke ruang tamu.

Xaviera juga turut berlalu menuju ke dapur. Haider langsung tak tanya tentangnya.

Setelah lima belas minit Xaviera berada di dapur, dia keluar bersama dengan pinggan yang berisi roti bakar.

"Haider sarapan dah siap."

"Kau bungkus je lah, aku dah lambat ni."

Xaviera tanpa membantah menurut sahaja perintah suaminya. Setelah selesai dia bungkuskan makanan tersebut, dia bergegas keluar mencari Haider.

"Nah, sarapan awak." Dihulurkan beg plastik kearah Haider bersama dengan kerutan menahan kesakitan tapi Xaviera sedaya upaya memaniskan mukanya agar Haider tidak risau dengan keadaannya.

Haider mengambil huluran tersebut dan tanpa kata dia terus masuk kedalam kereta namun pergerakannya terhalang apabila dia rasakan ada sentuhan hangat di lengannya. Walaupun berlapik dengan kemeja namun masih terasa haba yang datang dari Xaviera.

"Hati-hati kerja." Xaviera mengambil tangan Haider lalu dia cium kekura suaminya. Walaupun dia sakit hati dengan Haider tapi tugasnya sebagai seorang isteri wajib dia laksanakan.

Haider diam tak membalas. Selepas Xaviera melepaskan tangannya, dia terus masuk ke dalam kereta dan terus meluncur keluar.

Setelah kereta Haider hilang dipandangannya barulah Xaviera masuk kedalam rumah namun sempat matanya melirik kearah sebuah kereta hitam yang sangat mencurigakan.

"Perasaan aku je kot." Xaviera cuba untuk tidak terlalu memikirkan perihal kereta tersebut.

...

Seharian ini, dia hanya terbaring lemah diatas sofa. Sejak Haider pergi, keadaannya semakin tak baik. Panasnya semakin tinggi, sakit di kepala serta di badannya semakin kuat menyerang dan membuatkan dia tak mampu nak buat apa-apa selain hanya tidur.

"Mama, sakit." Apa yang dia nak hanyalah belaian mamanya namun itu mustahil. Keberadaan mamanya pun dia tak tahu dimana, macam mana nak dapat belaian.

Sementara itu, Haider yang berada di tempat kerja tak senang duduk. Bebelan Ayyan pun dia tak dengar. Hanya ada nama Xaviera yang berada di dalam kepalanya.

"Woi, kau dengar tak ni ni apa aku cakap?" dari tadi dia membebel, langsung tak ada suara Haider kedengaran. Selalunya ada je yang dibalas tapi kali ni dia diam je.

"Kau ni macam mummy lah. Membebel je kerja kau." Tangannya sibuk mengemas meja kerjanya.

"Kau nak pergi mana ni?" soal Ayyan dengan bingung.

"Nak balik."

Dengan cepatnya Haider keluar dari bilik kerjanya. Dia malas nak dengar soalan-soalan Ayyan.

...

Tombol pintu dibuka dan dari muka pintu dia dapat dengar rengekan seseorang. Patutlah dia asyik terfikir tentang Xaviera rupanya isteriny sedang sakit.

"Woi! Bangun." Arahnya dengan kasar.

"Haider, sakit..." perlahan sahaja suaranya kedengaran.

Haider meletakkan telapak tangannya diatas dahi Xaviera. Sentuh sahaja dahi itu, terasa bahang yang membuatkan dia cepat-cepat jauhkan tangannya.

"Kau nak pergi hospital ke?" soalnya dengan datar. Xaviera pantas menggelengkan kepalanya. Hospital bukan boleh buat apa pun.

"Saya nak mama saya," katanya dengan mata masih terpejam.

"Telefonlah mama kau. Ada telefon kan," pelik pula Haider dengan isterinya ni. Apa susah, call je lah.

"Haider, saya nak mama."

Haider mengeluh berat. Dia duduk mencangkung dihadapan Xaviera lalu dengan kekoknya dia menepuk tepi pinggang bininya.

"Tidurlah. Kau mengigau ni." Lembut sahaja suara Haider menyuruh Xaviera untuk lelapkan matanya.

Xaviera membuka matanya dan kelihatan mata itu kuyu sahaja.

"Haider, saya nak mama saya." Pintanya lagi.

"Kau janganlah nak mengada. Aku mana kenal mama kau." Dia sudah cuba berlembut dengan Xaviera tapi bininya ni pula mencabar kesabarannya. Kang tak pasal-pasal dia sepak Xaviera.

Xaviera mengemam bibirnya. Dia nak nangis apabila Haider sedikit tinggikan suara kepadanya. Haider menggaru kepalanya. Serabut betul dia dengan Xaviera ni.

"Kau tidur dulu, mana tahu kau jumpa mama kau dalam mimpi." Ujar Haider dengan penuh sabar.

Xaviera terus memejamkan matanya. Tak apalah kalau tak jumpa di alam realiti. Dalam mimpi pun dia dah bersyukur.

Tangan Haider menepuk lembut sisi pinggang Xaviera mendodoikan wanita itu. Setelah lama Haider mendodoi Xaviera, kelihatan wajah wanita itu sudah bertukar tenang dan polos seperti bayi yang sedang tidur.

Haider memandang wajah polos Xaviera. Dia terlalu leka dengan kecantikan wanita yang berada dihadapannya sehingga dia tak nak mengalihkan matanya ke tempat lain.

"Kau cantik Viera." Tanpa dia sedar pujian itu keluar dari mulutnya.

"Astaghfirullah..."

Haider meraup mukanya dengan kasar dan dia cepat-cepat berdiri nak lari dari Xaviera.

"Jangan tinggalkan saya," Xaviera sempat menarik jari telunjuk Haider.

Terbit pula rasa kasihan dengan nasib Xaviera yang inginkan kasih sayang dari seorang ibu. Masalahnya sekarang mama Viera pun dia tidak kenal macam mana nak bawa pergi sini.

"Haishh. Terpaksalah kalau macam ni." Haider meletakkan tangannya di belakang Xaviera lalu satu tangan lagi diletakkan di celah lutut wanita tersebut dan dibawa menuju ke bilik tidurnya. Hari ini dibiarkan isterinya tidur didalam biliknya. Tak apalah, lagipun dia penyebab Xaviera demam teruk.

...

Xaviera membuka matanya apabila dia rasa sudah terlalu lama dia tidur. Lagipun ada sedikit pelik dengan tilamnya. Terasa empuk sangat sedangkan tilam sebenarnya tak lah empuk seperti ini.

Dia memerhati sahaja bilik dimana dia sedang berada. Dia yakin ini bukan biliknya.

"Bangun pun. Aku ingat kau dah mati," kedengaran suara seseorang yang membuatkan Xaviera menoleh ke pemilik suara tersebut.

"Nak sangat saya mati?" soalnya dengan jelingan tajam.

Haider tak membalas. Dia masuk bersama dengan talam ditangannya.

"Saya dalam bilik awak ke?" dengan pipi merahnya dia bertanya kepada Haider. Haider sembunyi senyum melihat pipi Xaviera. Ini mesti disebabkan demam yang dia alami. Dia rasa muka isterinya saat ini comel.

"Boleh tak jangan tanya soalan yang terang-terang dah ada jawapan." Malas sahaja suaranya membalas.

Xaviera menaikkan bibirnya keatas. Boleh je kan balas baik-baik. Xaviera memandang badannya nak pastikan bajunya masih tersarung atau sebaliknya. Dia tak percaya Haider walaupun lelaki itu suaminya.

"Aku tak bernafsu lah dengan kau," ujar Haider dengan datar.

Haider meletakkan talam yang berada ditangannya diatas paha Xaviera dengan kasar.

"Makan tu," ujarnya dengan datar.

Xaviera melihat sahaja bubur yang berada dihadapannya. Tanpa dipinta air matanya perlahan-lahan bertakung.

"Yang kau tenung bubur tu kenapa? Makanlah!" panas betul Haider melihat gaya Xaviera yang pelik-pelik. Mencabar kesabarannya betul.

Terasa seperti air matanya nak keluar, dia pantas menyeka. Sudu yang berada diatas talam tersebut diambil lalu kemudian dia ambil bubur yang sudah dimasak oleh Haider masuk kedalam mulutnya.

Dia tak mampu nak tahan sebak. Rasa bubur Haider sama seperti bubur mamanya membuatkan tangisannya pecah.

"Adoi! Bubur je kot, yang nak drama sangat ni, kenapa?" garu kepala Haider melihat Xaviera yang tiba-tiba menangis.

Xaviera diam tak membalas. Dia menghabiskan bubur tersebut bersama dengan air matanya. Perasaannya bercampur baur ketika ini dan hanya mampu diluahkan melalui air mata.

"Sedap ke?" soal Haider. Dia melihat mangkuk tersebut sudah licin. Tak ada sisa pun yang tertinggal.

Bunyi tangisannya menjadi semakin kuat.

"Kau dah kenapa? Takkan kau menangis sebab bubur aku?"

"Saya rindu mama saya,"

"Kau telefon je lah mama kau."

Xaviera menggelengkan kepalanya membuatkan Haider mengerutkan dahinya.

"Mama saya dah tukar nombor dan saya tak tahu nombor baru mama saya. Saya nak jumpa mama. Saya rindu mama."

"Kau tak rapat dengan mama kau ke sampai mak kau tukar nombor pun kau tak tahu," katanya dengan pelik.

Xaviera memandang sekejap wajah Haider kemudian dia tersenyum hambar.

"Saya tak macam awak. Sejak kecil saya tak pernah dapat kasih sayang dari ibu bapa saya. Saya tak rapat dengan mama papa saya. Saya fikir lepas saya dah kahwin saya dapat kasih sayang dari seorang ibu tapi..." bibir pucatnya kembali membentuk senyuman.

"Jahat sangat ke saya sampai saya tak dapat kasih sayang dari orang yang sayang?" anak matanya memandang anak mata Haider. Dia nak dengar jawapan dari lelaki itu.

"Saya sayang awak. Saya sayang orang tua saya. Tapi awak semua langsung tak sayang saya." Haider tersentap dengan ayat Xaviera. Tak tahu kenapa apa yang dikatakan oleh isterinya membuatkan ada serba salah muncul dalam dirinya.

"I wish I could be like Annisa. Semua orang sayang dengan Annisa." Dia cemburu dengan Annisa.

"Tak boleh ke awak sayang saya? Saya nak sangat dipeluk saat saya dalam keadaan macam ni. Saya tak kuat Haider. Saya perlukan seseorang untuk terus kuat."

Haider menarik lembut tangan Xaviera membawa wanita itu untuk masuk ke dalam pelukannya. Untuk pertama kalinya dia dapat rasa pelukan hangat dari Haider, lelaki yang dia cinta.

Haider biarkan sahaja air mata Xaviera mengotori bajunya. Dia juga dapat rasakan cengkaman di belakang bajunya semakin kuat.

Timbul rasa serba salah atas apa yang dia dah buat dekat Xaviera lagi-lagi hal semalam. Dia dah tolak isterinya dengan kejam dan wanita ini masih mampu berdiri dengan sendirinya. Betapa kuatnya wanita yang bernama Xaviera.



Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Fortsett å les

You'll Also Like

2.4M 241K 69
US Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just...
48.9K 3K 22
Slow Update Happy reading with meeee !! 🫶🏻💜
23.3K 2.3K 14
Maaflah, author tak reti nak buat description.. ❗Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya ❗ My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start...
27.4K 3.1K 12
Nak menulis tapi tak tahu? Anda berada di tempat yang betul! Tekan je read dan baca. Jangan lupa tinggalkan comment dan vote. 👠 Beautiful cover by...