HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 83.1K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-17

79.1K 4.4K 1K
By thelifeof_rene

Selesai semua urusan di rumah Tengku Faiza, kelihatan rumah besar itu sudah mula sunyi  memandangkan ramai dari keluarga dari Tengku Faiza dan juga Tengku Aryan sudah pulang ke rumah masing-masih melihat kepada esok ada diantara mereka yang sudah masuk kerja.

"Terima kasih mummy dah buat majlis ni untuk Ayyan." Ucapnya diiringi dengan senyuman tipis.

Tengku Faiza turut membalas senyuman Ayyan. Dia belai rambut anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Lepas ni majlis untuk Haider dengan Viera pula. Ramai yang dah salah sangka dengan status Viera."
Terbit rasa bersalah apabila ramai dari keluarga mereka dan juga tetamu tidak mengenali dan mengetahui bahawa Xaviera adalah salah satu keluarga Tengku Aryan dan membuatkan lagi Tengku Aryan bersalah adalah apabila ramai dari mereka yang menganggap bahawa Annisa lah bakal isteri Haider.

"Tak payahlah abang, sebab saya dah rancang nanti kalau Haider dengan Annisa baru saya nak buat majlis besar-besaran." Balas Tengku Faiza dengan teruja.

"Apa maksud awak? Majlis Haider dengan Annisa?" soal Tengku Aryan dengan kebingungan.

Tengku Faiza menganggukkan kepalanya.

"Saya nak Annisa yang jadi menantu saya. Sejuk hati saya pandang muka berseri Annisa."

"Siapa yang benarkan awak rancang benda ni? Awak tak bincang pun dengan saya. Dengan Haider, Viera." Keras suara Tengku Aryan bertanya kepada isterinya.

"Tak payah nak bincang lah abang. Lagipun Haider cintakan Annisa dan keluarga kita pun dah tahu rancangan saya nak satukan mereka berdua." Tanpa ada rasa takutnya Tengku Faiza membalas soalan suaminya.

"Mummy.." tegur Ayyan atas sikap berani Tengku Faiza. Dia dah takut dengan perubahan daddynya, eh boleh pula mummy balas dengan selamba.

"Saya nak pesan dengan awak. Awak jangan nak atur kehidupan anak-anak saya. Diorang dah besar dan boleh fikir dengan sendiri nak hidup dengan siapa." Tegang sahaja wajah Tengku Aryan saat ini.

"Ingat pesanan saya ni!" ujarnya sebelum dia mengambil keputusan untuk naik ke bilik merehatkan diri.

Tengku Faiza membiarkan suaminya berlalu pergi. Dia tak nak tahu Annisa tetap akan jadi menantunya.

"Haider nak kahwin dengan Annisa, kan?" soal Tengku Faiza apabila bayangan suaminya sudah tak kelihatan. Haider hanya diam di tempat duduknya.

"Mummy. Mummy tak dengar ke apa yang daddy pesan tadi," kata Ayyan dengan tak puas hati.

"Ayyan diam! Ayyan tak tahu apa-apa." Kali ini Tengku Faiza menegur sikap Ayyan yang suka menyibuk hal orang lain.

"Kalau susah sangat Haider nak buat keputusan, Haider jadikan Annisa tu madu Viera." Xaviera hanya diam sahaja memandang jari jemarinya. Mak mertuanya langsung tak fikir perasaannya.

"Viera, kalau Viera nak dapat pahala lebih, buat sesuatu yang boleh menggembirakan hati suami. Tak ada salahnya kalau Haider madukan Viera, Lagipun Haider mampu." Nada Tengku Faiza juga sudah berubah tak seperti sebelumnya.

Kali ini Xaviera tak mampu nak telan apa yang baru sahaja dikatakan. Madu? Dia tak akan sesekali bermadu apalagi dengan Annisa. Dia dah kata, kalau dia tak dapat Haider, Annisa pun tak akan dapat lelaki ini.

"Viera tanya balik lah dengan mummy. Kalau mummy di tempat Viera, mummy sanggup ke hidup bermadu?" Mummy setuju kalau daddy kahwin satu lagi?" soalan dilontarkan semula kepada Tengku Faiza. Dia nak tahu apa jawapan bernas yang keluar dari mulut mak mertuanya.

Tengku Faiza terdiam. Langsung dia tak terfikir jawapan untuk soalan tersebut.

"Kenapa diam? Mummy jawablah. Mummy sanggup ke daddy bawa perempuan lain?" soal Xaviera lagi apabila Tengku Faiza langsung tak bersuara.

"Apa yang baiknya Annisa sampai Viera ni langsung tak dipandang? Viera kurang dimana, cuba mummy dan awak bagitahu saya. Saya kurang dimana?" desak Xaviera kepada mereka berdua. Dia nak jawapan untuk soalannya.

"Kurang ajar punya menantu. Inilah sebab aku tak suka dengan kau. Mulut tu lancang je nak melawan cakap aku."

"Kau nak tahu apa yang buat aku suka dengan Annisa? Kau hadam bagus-bagus jawapan aku ni. Annisa tu lahir dari keluarga yang tekankan untuk sentiasa hormat dengan orang yang lebih tua. Aku baru jumpa dia sehari tapi dia tak pernah nak buat aku naik marah. Kau? Aku nak hadap muka kau pun aku nak muntah." Nyata apa yang dikatakan oleh Tengku Faiza membuatkan air mata Xaviera laju mengalir keluar membasahi pipinya.

Ayyan juga terkejut mendengar ayat pedas mummnya. Ini dah melampau. Cara mummy banding Xaviera dengan Annisa sangatlah berat sebelah.

"Lain kali kalau mak bapa kau tegur, kau dengar. Lupa pula, kau kan tak ada mak bapa. Dua-dua dah tinggalkan kau." Sindir Tengku Faiza lagi.

Haider nak menyampuk tapi Ayyan pula yang terlebih dahulu bersuara.

"Mummy, ini dah melampau. Sampai mak ayah Viera mummy sentuh." Tegur Ayyan dengan nada kecewa.

"Ayyan ni kenapa? Dari Ayyan balik sampailah sekarang, duk bela sangat perempuan ni. Mummy ni mummy Ayyan, sepatutnya Ayyan di pihak mummy."

"Kalau macam ni lah perangai mummy, siapa je nak bela? Mummy terlalu agungkan Annisa yang belum tentu baik dan mummy perlekehkan Viera hanya disebabkan keluarga dia tak lengkap."

"Satu lagi. Apa yang Viera cakap tu betul lah. Mummy rela ke dimadukan? Mummy nak daddy kahwin lain lepastu keluarga kita berpecah. Nak?" Ayyan betul-betul dah tak mampu nak tahan rasa kecewanya terhadap mummy.

Madu! Siapa je yang rela dimadukan.

"Baguslah semua nak bela perempuan ni," Tengku Faiza pun tak betah nak duduk lama-lama disini. Dia berdiri kemudian dengan langkah yang dikuasai rasa marah dia naik menuju ke biliknya.

Ayyan juga pergi dari ruang tersebut. Dia nak tenangkan hatinya yang sudah naik membara.

"Mummy awak dah melampau. Mummy siap sebut mama papa saya, sedangkan saya pun tak nak jadi macam ni." Laju sahaja air matanya keluar.

"Semenjak saya jadi isteri awak dan sejak saya masuk ke rumah ni, air mata saya tak pernah kering."

"Kau yang buat diri kau jadi macam ni. Kalau kau tak hancurkan majlis aku dengan Annisa benda ni tak akan terjadi. Tak akan ada yang tersakiti." Ujar Haider dengan datar. Saat ini rasa marahnya sudah tak ada tetapi diganti dengan rasa kesian.

"Cukup lah dengan Annisa. Apa kurangnya saya Haider? Cuba awak buka mata dan hati awak untuk terima saya. Saya cintakan awak dan saya boleh bahagiakan awak." Rayu Xaviera bersama dengan air mata.

"Saya cintakan awak, Haider." Dengan beraninya dia memeluk badan Haider.

"Hati tak boleh dipaksa Viera." Badan yang memeluknya ditolak dengan lembut. Hal itu menyebabkan tangisan Xaviera menjadi semakin kuat.

"Pergi kemas barang kau. Kita balik malam ni." Arah Haider dengan datar.

Xaviera hanya memandang sepi pemergiaan Haider.

"Aku benci kau Annisa!"

...

Awal pagi Xaviera sudah bertungkus lumus di dapur menyediakan sarapan untuk suaminya. Apa yang berlaku semalam dia tak nak ingat dan tak nak ambil tahu. Sakit memang sakit tapi dia kuatkan diri untuk lupakan hal semalam.

"Kau boleh Viera. Perjuangan mesti diteruskan!" ujarnya dengan penuh semangat. Lagipun semalam dia ada telefon seseorang dan dia ceritakan apa yang sudah berlaku. Semua kekuatan ini pun dia terima dari seseorang itu.

Haider yang baru turun tak jadi melangkah keluar melainkan dia menukar arah langkahnya. Dia terhidu bau masakan menunjukkan seseorang sedang masak di dapur.

"Kau buat apa ni?" soal Haider dengan pelik.

"Saya tengah siapkan sarapan untuk awak. Awak tunggu sekejap tau, dah nak masak ni." Katanya tanpa menoleh ke arah Haider.

"Tak payahlah, aku dah lewat ni." Tolak Haider. Serik lah nak makan masakan masin Xaviera.

"Awak jadi masuk kerja hari ni?" tak silapnya semalam daddy ada suruh Ayyan dan Haider datang masuk kerja hari ni. Kesihatan daddy tak seberapa nak baik jadi dia minta anaknya untuk ganti tempatnya sementara waktu.

"Hmmm.." balas Haider dengan datar.

Xaviera yang perasan pemergiaan Haider cepat-cepat mengisi masakannya ke dalam bekas. Siap sahaja dia mengisi, kakinya dibawa mengejar langkah Haider.

"Haider!" teriaknya dengan sedikit kuat.

Haider berdiri dihadapan pintu kereta. Dia menyilangkan tangannya di dada menanti Xaviera.

"Ni bekal untuk awak. Jangan lupa makan, nanti perut awak sakit." Dengan perlahan dia menepuk perut Haider. Ayyan ada bagitahu dia yang Haider tak boleh skip sarapan, kalau tak dia akan gastrik.

"Macam mana kau tahu?" pelik pula dia dengan perangai Xaviera yang penuh tiba-tiba. Semalam bukan main menangis tapi pagi ni ceria je macam tak ada apa yang berlaku.

"Saya tahulah. Awak kan suami saya." ujarnya dengan senyuman manis dan membuatkan Haider tambah pelik.

Beg kertas yang ada ditangannya dihulurkan kearah Haider. Kelihatan di wajah Haider yang dia ragu-ragu nak ambil mengambil beg tersebut. Xaviera ni mana boleh percaya kalau bab memasak.

"Ambil lah, saya dah rasa masakan saya. Tak ada rasa masin, okey je." Xaviera menyakinkan bahawa masakannya selamat untuk dimakan.

"Siap kau kalau masin!" beg plastik itu diambil dengan kasar. Tanpa kata dia masuk ke dalam keretanya.

Xaviera menepuk dahinya apabila dia lupa nak salam Haider. Dia mengetuk cermin kereta milik Haider. Haider yang berada di dalam kereta berdecit geram. Ganggu betul lah!

"Kau nak apa lagi?" turun sahaja cermin keretanya, dia terus serang Xaviera.

"Nak tangan awak." Pinta Xaviera dengan senyuman manis.

"Kau nak buat apa dengan tangan aku?" makin pelik pula dia dengan perangai Xaviera. Dah nak mati ke?

Xaviera menarik tangan Haider apabila lelaki itu lambat menghulurkan tangannya. Dia cium kekura Haider dan jujur air matanya nak mengalir disaat bibirnya tersentuh dengan kulit Haider.

"Jangan lupa makan," pesan Xaviera dengan senyuman manis. Haider hanya memerhati sahaja senyuman isterinya. Dia terleka sekejap dengan kemanisan senyuman itu.

Xaviera dengan berani mencium pipi Haider apabila melihat Haider yang sedikit terleka. Ini je peluang yang dia ada dan dia tak nak lepaskan kesempatan untuk mencium suaminya.

Haider yang menerima sentuhan itu tambah kejung. Dia tak terkata untuk beberapa saat. Matanya hanya melihat anak mata Xaviera.

"Kerja elok-elok." Pesan Xaviera sebelum dia berlalu masuk nak selamatkan diri dari Haider.

"Damn!" Haider terus menghidupkan enjin keretanya dan tanpa membuang masa keretanya dipandu dengan laju meluncur keluar dari perkarangan rumahnya.

Xaviera yang berada didalam rumah sudah melompat kegembiraan. Tidak sangka dia berani untuk bertindak sedemikian.

"You did it Viera!" diusap rambutnya dengan lembut menunjukkan betapa bangganya dia dengan dirinya sendiri.


Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 98K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...
579K 32K 26
2020 | TERBIT 2022 This story might not be the best from me, and I am sorry. "There's rhythm that right for your soul." *** Ini adalah kisah gadis Me...
24.6K 3.3K 12
π–³π—‚π—‰π—Œ π—Žπ—‡π—π—Žπ—„ π—Œπ–Ύπ—†π—Žπ–Ί π—‰π–Ύπ—‡π—Žπ—…π—‚π—Œ 𝖽𝗂 𝖢𝖺𝗍𝗍𝗉𝖺𝖽. 𝙨𝙩𝙖𝙧𝙩 : 2020 π™šπ™£π™™ : π—Œπ—ˆπ—ˆπ—‡ 𝙨𝙩𝙖𝙩π™ͺ𝙨 : 𝖨'𝗅𝗅 π—Žπ—‰π–½π–Ίπ—π–Ύ 𝗂𝖿 𝖨 𝗐...
7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...