HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 83K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-16

77.3K 4.5K 1.5K
By thelifeof_rene

Ayyan memerhati sahaja Xaviera yang sedang ketawa terbahak-bahak. Dia dah tahu kenapa Xaviera ketawa macam ni. Ini mesti tak percaya dengan kata-katanya.

"Kenapa kau ketawa? Ada yang lucu ke dengan ayat aku?" soalnya dengan datar.

Xaviera yang mendengar perubahan nada suara itu terus menghentikan ketawanya. Bibirnya dikemam, takut dengan perubahan Ayyan. Dah serupa Haider dia nampak.

"Kau tak percaya aku ke?" soalnya lagi. Xaviera menghembus nafas dengan kasar.

"Susah lah nak percaya. Haider tu cinta mati dengan Annisa, celah mana dia suka dekat saya." Xaviera mendongak keatas melihat langit yang sudah bertukar warna.

"Aku kembar dia Viera. Aku kenal dia lebih dari dia kenal dirinya sendiri. Bab cinta Haider memang tak pandai dan aku yakin yang dia keliru dengan perasaannya."

"Apa maksud awak?"

"Kau tak perasan ke reaksi Haider semalam? Dia tak senang duduk sebab dia nampak aku dan kau rapat dan dia tak puas hati cara Haziq pandang kau. Itu semua dah jelas tunjukkan yang dia cemburu." Jelas Ayyan.

"Ha?" Xaviera masih lagi tidak dapat tangkap dengan penjelasan Ayyan.

"Aku nampak Viera pandangan cemburu dia masa kau pandang aku. Dalam kata lain, dia cemburu nampak kau rapat dengan lelaki lain." Ujar Ayyan dengan terang dan jelas. Biar Xaviera faham maksud yang disampaikan.

Xaviera mendiamkan dirinya untuk beberapa saat sebelum kepalanya digelengkan.

"Tak mungkin Ayyan! Tak mungkin dia cemburu." Xaviera masih lagi nafikan apa yang disampaikan oleh Ayyan.

"Terpulang lah apa kau nak fikir. Tapi satu je aku pesan dengan kau, jangan sesekali menyerah atau undurkan diri. Kau masih ada peluang untuk dapatkan Haider."

...

Xaviera memerhati sahaja perangai gedik Annisa yang tertunduk malu apabila dirinya disakat oleh beberapa sepupu Haider.

"Dasar munafik!"

"Kau buat apa dekat sini? Kenapa tak join diorang?"Emyr berdiri disebelah Xaviera dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Kau tengok lah perangai perempuan yang tunjuk baik. Tak malu ke berperangai macam tu," Emyr dan Fathi melihat kearah Annisa. Diorang pun geli juga nampak perangai Annisa yang kelihatan sangat mengada.

"Jom lah kita join diorang. Bagi meriah sikit," ajak Fathi dengan senyuman penuh makna.

Emyr ikut tersenyum. Dia menganggukkan kepala setuju dengan ajakan tersebut.

"Jom Viera,"

Mereka bertiga duduk menyertai Haider dan yang lain. Haider perasan akan kedatangan mereka yang lain dan apabila matanya bertembung dengan mata Xaviera dia melemparkan jelingan.

"Kawan Haider ke?" soal Haziq. Emyr dan Fathi menganggukkan kepala mereka.

"Bukan setakat kawan Haider, Annisa pun kawan kami. Kan Nisa?" Annisa hanya menganggukkan kepalanya. Rasanya dia tak rapat dengan mereka berdua tapi dah Emyr cakap macam tu layankan je lah.

"Itulah, aku sampai tak kenal yang duduk disini Annisa kawan kami atau bukan. Lain sangat perangai dia." Mereka semua terdiam dan masing-masing melihat kearah Annisa.

"Apa maksud awak?" soal Sakinah minta penjelasan. Apa yang lain? Sopan macam ni pun dikata sebegitu.

"Kalau dekat kampus, tak adanya dia nak duduk rapat-rapat macam ni. Ke perangai dekat kampus tak sama dengan perangai di luar?" Annisa tertunduk malu. Dia malu apabila mereka semua melihat kearahnya.

"Apa kau ni Fathi? Mana ada dia duduk rapat, ada jarak lah." Haider melihat kedudukan mereka. Tak rapat, ada jarak diantara mereka berdua.

"Oh, jarak duduk ada tapi jarak pergaulan tak ada. Siap tersenyum-senyum sendiri bila disakat kau dengan dia. Suka lah tu nak dijodohkan dengan Haider?" kali ini Emyr pula yang mengambil alih untuk serang Annisa.

Xaviera yang duduk diantara mereka berdua, tergamam dengan kata-kata Emyr dan Fathi. Savage gila!

"Janganlah ambil serius." Emyr tergelak kecil apabila suasana mereka menjadi kekok dan sedikit tegang.

"Aku cuma hairan je, iyalah sebelum ni aku nampak Annisa malu-malu tapi tak sangka pula dia boleh berubah macam ni. Itu yang aku hairan sikit, ini Annisa yang aku kenal atau Annisa lain." Terang Emyr dengan senyuman.

"Mungkin dia cuma bermuka-muka je kot. Mana tahu dekat kampus dia baik, lembut, pijak semut pun tak mati. Dekat luar dia mengganas sikit. Tak begitu Annisa?" kali ini Xaviera pula yang mengenakan Annisa. Terasa puas pula dia dapat malukan Annisa di hadapan sepupu Haider yang lain.

"Bahaya perempuan jenis macam ni," Haziq ikut serta memalukan Annisa.

"Korang ni kenapa tak puas hati sangat dengan Annisa? Apa masalah korang berempat?" Haider naik berang apabila mereka tak henti menyerang Annisa.

"Bestnya kau Nisa, dapat pembelaan dari Haider." Sengaja Xaviera mengendurkan suaranya nak mantapkan lagi lakonannya.

"Jangan nak kurang ajar Viera. Mentang-mentang banyak orang sokong kau, dah berani nak cakap macam tu depan aku."

Xaviera berdiri kemudian dia mengambil tempat di tengah diantara Haider dan Annisa. Haziq dan yang lain terkejut melihat keakraban Xaviera dan Haider. Jarak antara mereka berdua langsung tak ada siap bersentuh tangan lagi.

"Jangan macam ni sayang. Tak malu ke bela orang lain dihadapan isteri sendiri?" bisik Xaviera.

Fathi dan Emyr yang melihat tindakan Xaviera hanya tersenyum bangga ditambah lagi dengan wajah Annisa yang sedang menahan cemburu melihat kedudukan Xaviera dan Haider yang begitu rapat.

"Saya minta diri dulu," pamit Annisa. Dah lah dia dimalukan dihadapan sepupu Haider yang lain, Xaviera lagi sengaja menunjukkan kemesraan mereka berdua membuatkan dia tak betah nak berlama-lama disini.

"Annisa!" Haider nak kejar pujaan hatinya namun Xaviera tahan.

"Kau memang nak kena lah," Haider yang sudah panas dengan sikap Xaviera menarik tangan isterinya untuk keluar dari keramaian tersebut. Emyr dan Fathi yang melihat pemergiaan pasangan itu sudah tak sedap hati. Macam mana kalau Haider pukul Xaviera?

Haider membawa Xaviera menuju ke dapur memandangkan hanya tempat itu sahaja yang tak ada orang. Haider menolak badan Xaviera sehingga belakang wanita itu bertemu dengan dinding dapur.

"Apa masalah kau ni?" ditekan bahu Xaviera dengan kuat melepaskan marahnya.

"Annisa. Masalah saya Annisa. Tak malu ke duduk rapat dengan suami orang? Mana Annisa yang awak banggakan? Yang pandai jaga jarak dengan lelaki yang bukan mahram? Mana?" soal Xaviera dengan keras.

"Yang kau nak marah sangat ni kenapa? Bukannya dia duduk berdua-duaan dengan aku, ada orang lain kot dekat situ."

"Awak tak malu ke Haider? Dipasangkan dengan perempuan lain sedangkan awak dah ada isteri."

"Aku nak malu kenapa? Kau tu bukan siapa-siapa aku. Kau hanyalah perempuan yang tahu gunakan orang lain untuk kepentingan kau sendiri." Ditolak kepala Xaviera dengan kuat.

"Bukan siapa-siapa? Saya isteri awak. Awak sedar tak ni?" rambut yang menutupi wajahnya diselak dengan kasar.

"Isteri? Isteri atas kertas je lah Viera. Kau jangan nak berangan sangat nak jadi isteri aku." Tergelak sinis Haider apabila perkataan isteri keluar dari mulut Xaviera.

"Awak yakin? Awak tak takut ke satu hari nanti apa yang awak katakan dekat saya ni akan makan diri awak sendiri? Hari ni awak memang tak mengaku saya sebagai isteri awak, tapi awak ada hari esok." Dengan beraninya dia tarik leher baju Haider agar jarak mereka menjadi rapat.

"Tak payah nak berangan sangat lah Viera. Hari yang kau tunggu tu tak akan wujud."

"Jangan yakin sangat sayang. Takut nanti awak yang merayu dan melulut dihadapan saya, minta jangan tinggalkan awak." Xaviera yakin satu hari nanti benda ini akan terjadi. Hari dimana Haider meminta dan merayu agar dia tak pergi jauh tinggalkannya.

Seketika Haider diam tak membalas. Dia renung anak mata Xaviera. Pancaran anak mata Xaviera membuatkan dia tak mampu nak berkata-kata. Dia seperti terpukau dengan pandangan wanita ini.

Annisa yang nak masuk ke dapur terkejut melihat betapa dekatnya jarak antara Haider dan Xaviera. Pandangan Haider terhadap Xaviera membuatkan hati Annisa menjadi sakit. Kemunculannya pun mereka berdua tak perasan. Annisa dengan perasaan geram berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut.

...

Xaviera melihat Annisa yang sedang duduk sendiri di kanopi luar. Tak adalah tu yang nak duduk dengan dia.

"Menyerah je lah Nisa. Haider bukan untuk kau tapi untuk aku." Annisa menjeling sahaja Xaviera yang sudah mengambil tempat di hadapannya.

"Satu lagi,  jangan murah sangat Nisa. Haider tu dah ada isteri dan jangan nak tergedik dengan suami orang."

Annisa membalas pandangan Xaviera.

"Awak nak tahu tak Viera. Dengar cerita, mummy nak satukan saya dengan Haider." Kelihatan wajah itu bangga menceritakan apa yang sudah Tengku Faiza rancangkan.

"Langkah dulu mayat aku kalau kau nak ganti tempat aku." Balas Xaviera dengan dingin.

"Viera, Viera. Awak tak rasa ke sekarang ni awak dah kalah. Awak tahu yang Haider tak akan pilih awak tapi masih nak berjuang dapatkan benda yang terang-terang ada jawapannya." Ucap Annisa dengan lembut. Lembut namun kedengaran seperti mentertawakan usaha Xaviera untuk merebut hati Haider.

"Jangan yakin sangat Nisa. Hati manusia tu boleh berubah. Mungkin kau lupa aku dua puluh empat jam berkepit dengan dia dan sekali sentuhan sahaja aku mampu buatkan dia lupa dengan kau."

Xaviera juga tidak kalah dalam bermain kata-kata dengan Annisa. Kedengaran sahaja nada suara Xaviera yang tenang namun dalam ketenangan suara tersebut penuh dengan amaran untuk Annisa menjauhkan diri dari Haider.

Matanya tak sengaja melihat Haider yang sedang keluar bersama yang lain.

"Sorry Nisa, kita tak boleh nak berbual lama. Biasalah, aku kan dah jadi isteri, aku nak layan dulu suami aku. Kau makanlah, layan diri sendiri. Okey?"

Annisa berdecit geram melihat perangai mengada Xaviera. Dia tahu Xaviera sengaja bermesra dengan Haider dengan niat nak sakitkan hatinya dan Xaviera dah berjaya buat dia cemburu.

Kini, mereka semua duduk dalam satu meja yang sama. Xaviera yang tadi mengambil makanan untuk Haider tiba bersama dengan dua pinggan di tangannya.

"Makanan awak,"

Tengku Faiza pula yang sakit hati melihat Xaviera melayan anaknya. Sepatutnya yang ambil makanan untuk Haider adalah Annisa.

"Nisa..." kebetulan Annisa yang lalu dipanggil dengan nada lembut.

"Ya, mummy."

"Nisa pergi layan Haider. Tengok tak muka Haider macam tak selesa dilayan oleh Viera." Annisa terus
mencari anak mata Haider. Tak nampak pun, yang dia nampak Haider selesa je dengan layanan Xaviera.

"Tak apalah mummy. Haider kan dah ada isteri, biarlah isteri dia yang layan." Sengaja dia merendahkan suaranya supaya Tengku Faiza tahu yang dia sedang cemburu.

Tengku Faiza terus menarik Annisa untuk dia bawa ke tempat Haider. Suasana tadi yang bising disebabkan suara Emyr tiba-tiba menjadi senyap apabila melihat kemunculan Annisa dan Tengku Faiza.

"Kau tak payahlah nak sibuk urus anak aku. Dia tak selesa tu. Haider selesa kalau Nisa yang layan dia."

"Tak apalah mummy. Ini memang kerja Viera sebagai isteri Haider. Selesa tak selesa itu belakang cerita." Xaviera berusaha untuk memaniskan mukanya dihadapan Tengku Faiza walhal dalam hati dah nak menangis.

"Untuk pengetahuan kau, Annisa ni tak lama lagi bakal jadi isteri Haider jadi kau tak payah nak sibuk urus anak aku."

Hilang mood Xaviera dengan kata-kata Tengku Faiza. Jadi betul lah yang mummy nak satukan mereka berdua.

Emyr, Fathi dan Ayyan hanya mampu menggelengkan kepala mereka. Macam manalah si Annisa ni tak naik kepala, rupanya ada orang kuat di belakangnya.

"Saya makan dekat belakanglah dengan Mak Yam," malas lah dia nak berlama-lama disini.

"Eh Viera!" tak jadi langkah Xaviera apabila Emyr memanggilnya.

"Kalau macam tu kau layan lah aku. Kesian aku tak ada siapa-siapa nak ambilkan lauk." Ujar Emyr dengan muka kesiannya.

"Boleh juga. Memandangkan suami sendiri pun lebih rela dilayan oleh perempuan lain, bagus aku layan korang bertiga."

"Nak makan apa?"

"Apa-apa je. Makanan yang tak sedap mesti jadi sedap kalau kau yang hidangkan."

"Haider, aku ambil tau makanan ni." Fathi mengambil pinggan yang berada di hadapan Haider.

"Nisa kau pergilah ambilkan Haider makanan. Kau kan nak jadi bini kedua dia." Kedengaran seperti satu sindiran untuk Annisa.

Annisa dan Xaviera datang bersama lauk yang mereka ambil. Haider hanya melihat sahaja isterinya melayan mereka bertiga. Sakit pula matanya melihat senyuman mereka.

"Sedap gila lauk ni!" puji Emyr.

"Haider aku ambil ni ya," lauk yang berada di hadapan Haider diambil lalu dia masukkan ke dalam mulutnya.

"Kenapa rasanya tak sama? Ini pahit pula." Komen Fathi.

Emyr dan Ayyan turut rasa lauk yang diambil oleh Annisa.

"Mungkin yang ambil lauk ni hati dia busuk, tu makanan ni pun berubah rasa." Kali ini Ayyan bersuara setelah lama dia mendiamkan diri.

Annisa hanya tertunduk malu sahaja menerima sindiran mereka. Dia kalau berhadapan dengan Emyr, Fathi dan Ayyan memang kalahlah jawapannya.


Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 100K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...
48.9K 3K 22
Slow Update Happy reading with meeee !! 🫶🏻💜
2.9M 160K 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau d...
804 62 3
☆°꒰𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟐꒱°☆ 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍 | 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐋𝐀𝐑𝐈𝐂𝐄 Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...