HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 83.2K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-13

74.2K 4.5K 848
By thelifeof_rene

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Esok adalah majlis Ayyan dan sehari sebelum majlis itu bermula, rumah Tengku Faiza sudah dikunjungi oleh ahli keluarganya. Riuh rumah mereka dengan kehadiran adik beradik dan sanak saudara Tengku Faiza.

"Siapa tu kak? Tak pernah nampak pun." soal Tengku Farhana dengan bingung. Dia tak pernah nampak wanita cantik itu.

"Pembantu rumah," balas Tengku Faiza dengan mata menjeling sekilas kearah Xaviera. Tak tahu malu betul Xaviera ni nak berbual dengan keluarganya. Sengaja lah tu nak bagitahu dia menantu di rumah ni.

"Pembantu? Cantik macam tu jadi pembantu? Tak takut ke nanti dia goda suami dan anak-anak akak," kata Tengku Farhana dengan nada tak percaya.

"Siapa je nak dengan pembantu macam tu."

Tengku Farhana menganggukkan kepalanya. Betul lah, siapa je nak jadikan pembantu sebagai isteri lagi-lagi keluarga mereka.

"Pembantu!" panggil Tengku Farhana dengan suara yang kuat. Mereka yang berada di situ terdiam dan saling melihat antara satu sama lain. Siapa pembantu?

"Kaulah!" Tengku Farhana menunjuk kearah Xaviera yang kelihatan mencari siapa yang digelar pembantu.

Xaviera menunjuk dirinya.

"Ha, kaulah!"

Xaviera berdiri lalu dia menghampiri wanita yang memanggilnya tadi.

"Ya, mak cik ada yang boleh saya bantu?"

"Mak cik kau panggil aku?" besar matanya apabila dia dipanggil mak cik.

"Kau sedar ke diri kau siapa? Kau tu hanya pembantu dan kau sepatutnya panggil aku Tengku bukan mak cik!" katanya dengan suara nyaring. Semua mata tertumpu kearah mereka berdua.

"Pembantu? Saya pembantu?"

"Iyalah. Kau pembantu. Takkan kau nak mengaku menantu kak long aku pula?" Ujarnya dengan sombong.

"Tapi, saya memang..." belum sempat dia nak habiskan ayatnya, Tengku Farhana terus memotong.

"Kak, tengok ni pembantu akak. Melawan!"

"Pembantu aku memang macam ni. Kurang ajar sikit! Biasalah kurang didikan orang tua," terkejut Xaviera apabila Tengku Faiza menyebut orang tuanya.

Tengku Faiza menarik Xaviera menuju ke dapur. Dia lupa nak pesan dengan Xaviera supaya duduk di dapur je dengan Mak Yam.

"Sampai hati mummy cakap saya pembantu."

"Tak payah nak berlakon sedih. Bagi aku kau hanyalah pembantu dalam rumah ni, jadi lepas ni aku nak kau duduk dekat dapur je." Kata Tengku Faiza.

"Ingat! Jangan sesekali kau keluar dari dapur." Pesannya sekali lagi sebelum dia melangkah keluar.

Dalam keluarga Tengku Faiza dan Tengku Aryan, tiada sesiapa yang tahu Xaviera adalah isteri kepada anak lelakinya. Yang mereka tahu majlis perkahwinan Haider dibatalkan atas sebab-sebab tertentu dan perkahwinan antara Haider dan Xaviera disembunyikan dari pengetahuan kedua-dua keluarga tersebut.

Xaviera menganggukkan kepalanya dan bibirnya setia membentuk senyuman.

"Kau kuat Viera." Air mata yang nak keluar cepat-cepat dihapus.

"Tak apalah digelar pembantu, nanti lama-lama mummy mesti anggap aku sebagai menantu dia." Pujuk Xaviera menguatkan hatinya yang saat ini sudah hancur.

Xaviera masuk ke ruang dapur dan dia mula menyibukkan diri dengan membantu Mak Yam pembantu sebenar rumah tersebut. Baru hari ni Xaviera berjumpa dengan Mak Yam memandangkan beberapa hari yang lepas Mak Yam balik kampung melawat keluarga disana.

"Viera tak payahlah tolong Mak Yam. Bau dekat situ." Mak Yam melarang Xaviera untuk menyentuh ikan di singki tersebut.

"Tak apa Mak Yam. Viera tak ada kerja, biarlah Viera tolong Mak Yam." Balasnya dengan lembut.

"Tapi ikan tu bau, nanti Viera tak selesa." Bukan tak nak ditolong tapi takut Xaviera tak biasa dengan bau ikan.

"Tak apa Mak Yam, Viera okey je."

"Kalau macam tu Viera cuci ikan ni, biar Mak Yam siang ikan."

Xaviera menganggukkan kepalanya lalu dia tukar tempat dengan Mak Yam.

...

Dari tengah hari sehinggalah ke petang Xaviera hanya berada di dapur membantu Mak Yam. Dia langsung tak keluar dari ruang tersebut kerna dia sudah selesa bersama dengan Mak Yam. Terasa dirinya disayang.

"Viera dahlah tu. Sini, duduk dengan Mak Yam." Dari tadi hanya dia sahaja yang buat kerja. Mak Yam diminta duduk untuk rehatkan diri sahaja.

"Tak apalah Mak Yam, dah nak habis kerja Viera ni."

"Biar Mak Yam je yang bersihkan tu. Viera pergilah naik, rehatkan diri."

Air mata Xaviera bergenang mendengar suara Mak Yam. Dia teringat suara mamanya yang suka membebel.

"Mak Yam, Viera naik dulu." Pamitnya apabila dia rasa empangan air matanya dah nak pecah. Dia tak nak Mak Yam lihat dia menangis.

Mak Yam yang melihat pemergiaan Xaviera bingung. Dia perasan perubahan Xaviera tapi dia tak ada hak pula nak tanya lebih.

Xaviera langsung tak peduli dengan pandangan keluarga mummy memandangkan dia dengan beraninya naik ke tingkat atas.

Masuk sahaja ke dalam bilik Haider, pintu bilik ditutup dengan rapat. Dia terduduk dan ditemani dengan esakan kecilnya. Dia rindukan mamanya. Bebelan Mak Yam tadi buatkan dia nak lari dapatkan mamanya.

Makin dia ingat mamanya membuatkan esakannya menjadi kuat. Haider yang kebetulan berada di balkoni biliknya terkejut apabila ada bunyi tangisan menampar gegendang telinganya. Dengan segera dia melihat siapa yang berani buat bising di biliknya.

"Mama, Viera rindu.." luahnya membuatkan Haider tak jadi untuk memarahi Xaviera.

"Kenapa semua orang tak sayang Viera? Apa salah Viera?" sakit sangat apabila memikirkan bahawa dirinya tak disayang oleh orang yang dia sayang. Mama, papa dan juga Haider.

Haider yang mendengar rintihan Xaviera hanya memandang kosong.

"Viera tak layak bahagia ke? Viera nak sangat mama papa peluk Viera sekarang. Viera tak kuat." Jujur dia tak kuat untuk hadap semuanya ni. Bunyi tangisannya menjadi semakin kuat. Dilepaskan semuanya dalam tangisan tersebut.

Setelah puas dia menangis, dia membawa diri masuk ke bilik mandi. Bau ikan masih melekat di badannya, takut kalau Haider masuk nanti tambah jijik dia dengan bau badannya.

"Tak sangka hidup kau teruk macam ni." Ujar Haider dengan mata setia memandang langkah Xaviera.

Xaviera keluar dengan tangan sibuk mengeringkan rambutnya. Xaviera langsung tak menyedari kehadiran Haider yang sedang duduk memerhati setiap gerak gerinya.

"Ehem..." terpaksalah Haider membuat bunyi sedarkan Xaviera yang dia ada dibilik ini.

Terhenti terus pergerakannya apabila mata mereka bertembung.

"Hai..der.." kedengaran nada itu bergetar memanggil namanya.

"Kau okey ke?" kekok sahaja dia mengeluarkan soalan tersebut. Dia nak cakap benda lain tapi terkeluar benda lain pula.

Tubir matanya terasa panas. Walaupun cara Haider tak ikhlas tapi soalan itu membuatkan air matanya nak keluar.

"Mata kau bengkak kenapa?" sekali lagi soalan tak terjangka keluar dari mulutnya.

Bibir Xaviera membentuk senyuman namun matanya mengalirkan air mata. Dia sedih dan dalam masa yang sama dia gembira.

"Kenapa kau menangis?" soal Haider dengan pelik. Rasanya soalannya tadi tak ada pun yang boleh mengundang rasa sedih.

Xaviera menggelengkan kepalanya. Dengan beraninya dia mendekati Haider lalu tanpa berfikir panjang tubuh lelaki itu dipeluknya dengan erat.

Haider langsung tak bergerak. Badannya menjadi keras dan dia tak tahu nak buat apa. Dia mahu menolak tapi apabila mendengar tangisan Xaviera yang semakin kuat, niat itu dia buang jauh-jauh.

Luahan Xaviera tadi terngiang-ngiang di telinganya. "Viera tak layak nak bahagia ke?"

"Saya tak okey Haider. Saya rindu mama papa saya."

Haider hanya diam sahaja. Dia membiarkan badannya dipeluk oleh Xaviera. Entah kenapa dia tak marah malahan timbul perasaan selesa apabila haruman Xaviera masuk ke hidungnya.

Terasa lama dia memeluk badan Haider, perlahan-lahan Xaviera menjauhkan dirinya. Dia memang tenang dapat luahkan perasaannya di dalam dakapan Haider tapi dia takut Haider tak selesa dengannya.

"Maaf.." Xaviera menunduk sahaja. Takut nak bertentang mata dengan Haider setelah keterlanjurannya memeluk Haider.

Tuala kecil yang berada di tangan Xaviera diambil lalu dia bersihkan sisa air mata isterinya. Kini, Xaviera pula yang terkejut dengan perbuatan Haider.

"Kalau muka kau dah bersih, baru kau turun." Ujarnya dengan datar.

Tanpa kata Haider berlalu pergi meninggalkan Xaviera sendiri. Sebenarnya dia nak larikan diri setelah apa yang dia buat. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh berkelakuan sedemikian.

...

Turun sahaja dia dari bilik, ruang tamu sudah dipenuhi dengan saudara mara Haider. Kelihatan Haider dan Ayyan juga sedang berbual dengan sepupu yang lain membuatkan Xaviera segan nak duduk dengan mereka.

"Jadi, aku nak pergi mana ni?" soalnya dengan bingung.

Xaviera memandang ke tempat lain nak cari dimana dia boleh duduk. Namun tak ada tempat yang sesuai untuknya. Mata terus memandang ke dapur mencari Mak Yam. Kelihatan Mak Yam sedang menghidangkan makanan di meja makan. Kaki terus dibawa menuju ke dapur.

"Mak Yam," Xaviera memeluk bahu Mak Yam dari belakang dan membuatkan bahunya terhinjut, terkejut dengan sentuhan itu.

"Viera, terkejut Mak Yam." Xaviera tersengih dengan comel.

"Ada yang Viera boleh bantu ke?"

"Viera tolong ambilkan nasi dekat belakang, Mak
Yam nak panggil Tengku." Arah Mak Yam dengan senyuman. Xaviera menganggukkan kepalanya dan dengan pantas dia mengambil nasi untuk dihidangkan.

Ruang yang tadinya kosong, perlahan-lahan mula dipenuhi dengan keluarga Tengku Aryan dan juga Tengku Faiza.

"Ini ke pembantu yang kau maksudkan tadi?" kedengaran suara seseorang membuatkan semua mata tertumpu kearahnya.

Xaviera hanya melemparkan senyuman sahaja apabila dirinya menjadi perhatian mereka semua.

"Hmm, dia anak Mak Yam." Nyata apa yang dikatakan oleh Tengku Faiza membuatkan Haider, Ayyan dan Tengku Aryan memandang antara satu sama lain.

"Cantiknya pembantu mummy!" puji Haziq dengan mata tak lari dari terus memandang Xaviera.

"Ehem..." panas pula Haider apabila Haziq lebih-lebih pandang isterinya.

"Dah makan. Haziq baca doa," arah Tengku Aryan. Mereka semua terus menadah tangan dan topik tadi berlalu begitu sahaja.

Xaviera cepat-cepat menarik Mak Yam untuk masuk ke bahagian belakang.

"Viera kenapa tak makan sekali dengan diorang." soalnya seusai mereka berada jauh dari keluarga tersebut.

"Viera mana layak nak makan dekat sana. Lagipun Viera kan anak Mak Yam, jadi Viera kenalah temankan Mak Yam makan." Katanya dengan senyuman manis.

Tersenyum gembira Mak Yam apabila Xaviera menggelar dirinya sebagai anak. Dapatlah Mak Yam lepaskan kerinduan dengan anaknya yang jauh darinya.





Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

807 62 3
β˜†Β°κ’°ππŽπŽπŠ πŸκ’±Β°β˜† π€π˜π‘π„π’ π‹π”π‚π‚πˆπ„π | π€π”π‘π„π‹πˆπ€ π‚π‹π€π‘πˆπ‚π„ Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...
73.1K 6.3K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
204K 13.2K 53
Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidu...
254K 39K 47
β–ͺ︎Nampak mereka bergaduh? Tegurlah kalau berani.β–ͺ︎ β–ͺβ–ͺβ–ͺ Anda bosan dengan heroin perwatakan lemah lembut? Kenalkan ini Kang Sooyoung seorang gadis ya...