HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 83K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-09

78.2K 4K 1.2K
By thelifeof_rene

Kekok pula rasanya duduk bersama dengan keluarga Haider. Daddy okey lagi masih ada senyuman, mummy Haider langsung tak ada senyuman. Mukanya tak kalah dengan muka Haider. Tegang sahaja.

"Viera sihat ke ni? Pucat je daddy nampak?" dari Xaviera masuk ke rumahnya, muka Xaviera kelihatan pucat.

Haider memerhati sahaja wajah isterinya dari tepi. Takkanlah disebabkan make up dia jadi pucat macam ni.

"Yang kau over sangat nak make up macam ni, kenapa?" bisik Haider di telinga isterinya.

Xaviera membelek mukannya berkali-kali. Rasanya dia tak pakai terlalu banyak sehingga boleh bertukar menjadi pucat sebegini. Hanya beberapa tempelan sahaja dia letak di bahagian yang lebam dan itupun tak tebal sangat.

"Biasalah daddy, banyak kerja tak cukup rehat lagi. Viera okey je." Jawab Xaviera bersama dengan senyuman. Walaupun tepi bibirnya masih sakit namun digagahkan juga untuk senyum.

"Biarlah dia nak pucat ke nak mati sekali pun, yang abang nak risau ni kenapa? Ingat, perempuan ni dah malukan kita." Tajam kata-kata Tengku Faiza menyapa telinga Xaviera.

"Apa awak cakap macam tu. Xaviera tu menantu saya dan secara tak langsung dia dah jadi anak saya." Kedengaran suara Tengku Aryan menjadi tegas menegur kata-kata isterinya.

"Kenapa? Anak yang saya lahirkan tak cukup ke untuk awak?" sindir Tengku Faiza kepada suaminya. Anak dah dua pun tak cukup ke?

"Bukan itu maksud saya. Awak kan tahu saya nak sangat ada anak perempuan. Viera dah jadi menantu kita jadi biarlah saya anggap dia macam anak perempuan saya." Balas Tengku Aryan. Tengku Faiza hanya menjeling sahaja suaminya. Tak suka apabila suaminya memihak kepada Xaviera.

"Ini semua disebabkan kau. Kalau Annisa jadi isteri aku tak ada maknanya mummy daddy nak bermasam muka macam ni."

Xaviera sudah naik muak mendengar nama perempuan munafik tu. Annisa! Annisa! Annisa!

"Bagus saya masuk dapur dari duduk dekat sini. Terasa macam panas pula." Dijeling wajah Xaviera sebelum kakinya dibawa menuju ke dapur.

"Viera, jangan ambil hati dengan mummy ya. Biasalah orang tua memang macam tu." Pujuk Tengku Aryan menyedapkan hati menantunya.

Xaviera hanya membalas dengan senyuman sahaja. Tak apalah daddy anak daddy dirumah pun tak kalah macam mummy. Lebih teruk adalah!

"Kenapa daddy tiba-tiba ajak Haider balik ni?" pelik pula dengan daddynya yang tiba-tiba mengajak.

"Haider tak tahu ke?" soal Tengku Aryan balik. Kelihatan Haider menggelengkan kepalanya.

"Ayyan kan nak balik hari ni. On the way dah nak balik rumah." Terkejut Haider dengan berita tersebut. Dia tak tahu pun adiknya nak balik hari ni.

"Siapa?" tanya Xaviera yang kebingungan. Siapa lagi Ayyan ni? Species macam Haider juga ke?

"Sibuk je kau nak tahu." Balas Haider dengan malas.

Xaviera menaikkan bibirnya keatas. Itu pun nak kedekut. Jawab jelah, bukan mati pun jawab soalannya.

Suasana mereka berubah serta merta apabila mendengar suara seseorang sedang memberi salam.

"Assalamualaikum..." ceria sahaja suara itu memberi salam.

Tertoleh kepala mereka semua memandang kearah suara tersebut. Tengku Aryan sudah tersenyum bahagia melihat anaknya yang sudah lama tidak pulang rumah.

Tak berkelip mata Xaviera melihat wajah lelaki yang sedang melangkah masuk. Silih ganti dia melihat wajah Haider dan wajah lelaki itu. Sama! Langsung tak ada beza.

"Daddy, I miss you so much." Dipeluk erat badan tua Tengku Aryan.

"I miss you too Ayyan." Diusap belakang anaknya dengan lembut, melepaskan kerinduan kepada anaknya yang sudah bertahun berada diluar negara.

"Awak tak cakap pun yang awak ada kembar,"

Haider membalas pandangan Xaviera dengan tatapan malas.

"Kenapa? Kau nak perangkap adik aku? Nak buat hidup dia hancur macam mana kau hancurkan hidup aku?" Xaviera mengeluh berat. Bukan itu niatnya.

"Kau memang pelacur, kan? Mata tu tak pandai nak lari dari terus pandang dia? Dah jatuh cinta dengan Ayyan." Habis Xaviera diserang bertubi-tubi.

"Awak boleh tak jangan salah faham. Saya cuma nampak senyuman dia je. Kalau dia boleh senyum macam tu, kenapa awak tak boleh?" Xaviera cuba membetulkan keadaan mereka yang sudah salah dengan tanggapan Haider.

"Sebab kau tak layak nak dapat senyuman aku," ditunjal kepala Xaviera dengan kuat dan seperti biasa Xaviera hanya diam tak melawan. Entah kali keberapa dahinya ditunjal, sampai naik pening dia.

Pergaduhan mereka terganggu dengan suara Ayyan.

"Siapa ni? matanya tak lepas dari memandang wajah Xaviera. Cantik!

"Viera, isteri abang kamu." Tengku Aryan mengenalkan Xaviera kepada kembar Haider.

"Ayyan, kembar Haider." Manis sahaja senyuman dibibir Ayyan.

Xaviera hanya membalas dengan senyuman tipis lalu kepalanya cepat-cepat ditundukkan. Takut nanti Haider salah faham lagi.

"Pandai kau pilih isteri, mesti anak-anak kau nanti cantik macam Viera." Puji Ayyan dengan ikhlas.

"Anak? Siapa je nak ada anak dengan pelacur macam ni?" tergamam Ayyan dan Tengku Aryan mendengar panggilan tersebut. Xaviera pula hanya diam menunduk menahan malu.

"Pelacur? Itu isteri kau, kenapa nak panggil macam tu?" Ayyan tak senang dengan gelaran tersebut.

"Dah memang itu kenyataannya. Bukan setakat pelacur, dia sampai rosakkan majlis perkahwinan aku dengan Annisa."

"Apa ni? Siapa Annisa?" Ayyan yang tak tahu apa-apa mula bingung.

"Sepatutnya yang jadi isteri aku Annisa. Tapi entah datang dari mana perempuan ni hancurkan hari kebahagiaan aku dengan fitnah bodoh dia." Terang Haider dengan senyuman sinis. Biar padan muka Xaviera menanggung malu.

"Haider! Benda dah lepas, jangan nak diingat balik. Semuanya dah terjadi, Haider terima je lah." Tengku Aryan juga tak senang dengan cari Haider yang nampak sangat tak matang. Kesian Xaviera menanggung malu.

"Daddy tak akan faham. Dia ni dah musnahkan hidup Haider dan daddy nak Haider terima macam tu je. Memang tak lah!" lawan Haider.

"Kalau kau tak nak, kau lepaskan dia. Aku sedia nak ambil dia jadi isteri aku." Mereka semua memandang Ayyan dengan pandangan tak percaya, lebih-lebih lagi Xaviera.

"Kau nak bekas aku ke?" soal Haider dengan sinis.

"Tak kisah lah bekas kau ke, bekas siapa pun, aku sanggup terima dia." Nada itu serius kedengaran menunjukkan yang Ayyan memang berniat dengan kata-katanya.

"Ayyan!" tegur Tengku Aryan.

Keadaan yang tadinya tegang bertukar menjadi ceria dengan gelak ketawa Ayyan.

"Aku gurau je lah. Takkanlah aku nak rampas kakak ipar aku sendiri."

"Korang jangan bergaduh dekat sini. Daddy nak masuk dapur dulu, pujuk mummy kamu." Tengku Aryan berdiri dari duduknya lalu dengan langkah tuanya dia menuju ke ruang dapur.

Keadaan mereka bertiga sekali lagi menjadi kekok. Xaviera dari tadi hanya menunduk sahaja langsung tak menyampuk perbualan kembar tersebut.

"Come on dude, aku serius. Kalau kau tak nak dengan Viera, aku ada." Tambah tegang keadaan mereka apabila Ayyan sekali lagi membahas perihal tersebut.

Terasa panas tubir matanya disebabkan air matanya. Kenapa dia dilayan seperti ini? Dia dibuat seperti barang, siapa yang nak boleh ambil. Tak nak boleh buang.

"Sayanglah kalau aku lepaskan dia sekarang sebab aku belum puas nak kerjakan dia," ujar Haider dengan selamba.

"Tak sangka pula kau jadi lelaki dayus. Sanggup nak dera isteri sendiri hanya disebabkan perempuan lain." Sindir Ayyan. Dia tenang sahaja duduk di tempatnya.

"Dia sendiri yang buat dirinya jadi macam ni. Kalau dia tak datang hari tu, aku dah hidup bahagia lah dengan Annisa."

"Berhenti panggil nama perempuan tu. Jijik saya dengar!" kali ini dia beranikan diri untuk menyampuk perbualan mereka. Dari tadi nama Annisa tak lekang dari bibir Haider sampai naik panas telinganya dengar mama perempuan munafik tu.

"Kenapa? Panas? Kau dengan dia memang tak setanding," dahi Xaviera ditunjal dengan kuat.

"Haider! Siapa ajar kau layan perempuan macam tu?" Ayyan panas hati melihat cara layanan Haider terhadap isterinya. Tunjal dahi, melampau sangat.

Haider berbalas pandang dengan Ayyan. Biar dia tunjuk macam mana rendahnya Xaviera di matanya.

Haider menarik rambut Xaviera dengan kuat dan membuatkan Ayyan semakin tak percaya dengan apa yang dilakukan oleh kembarnya.

"Suka hati aku lah, dia hak aku. Terserah aku nak buat apa dekat dia." Berkerut muka Xaviera menahan sakit disebabkan perbuatan tersebut.

"Haider!" makin kuat suara Ayyan kedengaran melihat kepada raut wajah Xaviera yang sudah berkerut-kerut disebabkan tarikan tersebut.

Senyuman Haider semakin lebar. Dia melepaskan cengkaman di rambut Xaviera kemudian kepala isterinya ditolak dengan kuat sehingga tertolak badan Xaviera ke hadapan. Xaviera menahan malu sahaja dengan perbuatan suaminya.

Dengan langkah tak bersalah, Haider menuju ke ruang dapur. Puas hatinya dapat malukan Xaviera di hadapan orang lain.

"Awak okey ke?" Ayyan tawarkan diri nak tolong Xaviera namun Xaviera hanya membalas dengan senyuman tipis.

"Saya tak apa-apa," rambutnya dikemaskan menggunakan jari jemarinya. Ikutkan hati nak keluar je air matanya namun dia tahan. Tak nak orang lain nampak kesedihannya.

"Saya tak sangka kembar saya macam tu. Saya minta maaf bagi pihak dia." Sungguh dia kesal dengan perlakuan Haider. Haider burukkan nama mereka sekeluarga.

Xaviera menggelengkan sahaja kepalanya.

"Jomlah, mesti makanan dah siap." Ajak Xaviera lalu mereka berdua beriringan menuju ke meja makan.

...

Malu sahaja Xaviera ketika ini apabila Haider sengaja menjatuhkan air mukanya di hadapan keluarganya.

"Haider apa makan gelojoh sangat? Bini kamu tak bagi makan ke?" sinis Tengku Faiza bertanya kepada anaknya. Sebenarnya lebih kepada menyindir Xaviera.

"Tak mummy. Dia bagi Haider makan telur dadar je, itupun masin." Tersedak Xaviera dengan jawapan Haider. Mata terus memandang kearah mummy dan kelihatan mata tersebut tajam memandangnya.

"Dah tahu tak pandai masak, gatal sangat nak kahwin dengan anak aku." Geram sahaja dia dengan Xaviera apabila mengetahui wanita itu hanya menghidangkan telur sahaja kepada anaknya. Patutlah gelojoh sahaja Haider makan, ternyata anaknya tak cukup makan dekat sana.

"Tak reti kan boleh belajar. Awak tu pun masa kita mula-mula kahwin mana reti nak masak. Viera kira okey lagi masin, yang awak hangus, langsung tak boleh makan." Bukan nak bela menantu tapi isterinya pun macam tu dulu. Langsung tak pandai masak.

Xaviera sudah menahan ketawanya. Pandai sangat nak mengata orang, rupanya dia lagi teruk.

"Sindir nampak!" tambah sakit hatinya apabila melihat Xaviera yang cuba mentertawakannya. Nanti kau, lepas ni memang siap aku kerjakan!

"Bukan sindir tapi cuma nak ingatkan. Tak ada yang sempurna di dunia ni." Tenang sahaja Tengku Aryan berkata.

Tengku Faiza menjeling tajam ke arah suami dan anaknya Ayyan. Di rumah ni hanya Haider yang satu kepala dengannya.

"Haider, Viera malam ni tidur sinilah. Esok, cuti kan?" ajak Tengku Aryan. Senang hatinya apabila anaknya berkumpul seperti ini.

Xaviera tak sedap hati. Kalau tinggal sini, terpaksalah dia satu bilik dengan Haider dan terpaksalah dia berhadapan dengan mummy. Kuat ke dia?

"Hmmm," balasnya dengan malas. Dia marah dengan daddy sebab terlalu menangkan Xaviera. Esok hari memang perempuan ni naik kepala.




Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 100K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...
579K 32K 26
2020 | TERBIT 2022 This story might not be the best from me, and I am sorry. "There's rhythm that right for your soul." *** Ini adalah kisah gadis Me...
254K 39K 47
▪︎Nampak mereka bergaduh? Tegurlah kalau berani.▪︎ ▪▪▪ Anda bosan dengan heroin perwatakan lemah lembut? Kenalkan ini Kang Sooyoung seorang gadis ya...
23.3K 2.3K 14
Maaflah, author tak reti nak buat description.. ❗Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya ❗ My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start...