HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 83K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-06

82.1K 4.3K 995
By thelifeof_rene

Xaviera sudah menggigil di tempatnya. Dia tak tahu nak lari kemana untuk selamatkan diri melihat kepada Haider yang semakin menggerunkan.

"Kau memang cari nahas dengan aku Viera." Tali pinggang yang terletak elok di atas sofa diambil lalu dia lilit di sekitar tangannya bersedia nak serang Xaviera.

Xaviera kecut perut melihat setiap gerak geri Haider yang sedang melilit tali pinggang di sekitar tangannya. Jangan kata yang Haider nak serang dia guna benda alah tu.

Haider tersenyum sinis melihat Xaviera yang berusaha mencari jalan keluar. Lari lah sejauh mana pun, dia akan pulang semula ke rumah ni dan dia akan jadi tawanannya.

"Kau nak lari mana? Kau dah fitnah aku, sekarang masanya untuk aku balas apa yang kau dah buat dekat aku, Viera." Tambah kecut perut Xaviera mendengar nada Haider yang sudah berubah.

"Aku bagi kau pilihan. Menyerah atau aku sendiri yang tangkap kau. Kalau aku dapat kau, memang habis aku kerjakan." Kaki Haider semakin menghampiri kearahnya.

Xaviera menggelengkan kepalanya. Dua-dua dia tak nak, kerna hujungnya tali pinggang tu pasti akan menyentuh badannya.

"Okey sayang. Nampaknya kau memang sayang sangat dekat aku sampai kau nak aku sendiri yang tangkap kau." Haider meregangkan terlebih dahulu lehernya. Muka itu juga sudah berubah menjadi sangat menakutkan.

Jarak antara mereka semakin dekat. Xaviera cuba nak larikan diri namun Haider lebih pantas bertindak. Dia menolak badan Xaviera lalu bahu Xaviera dicengkam dengan kuat apabila wanita itu masih cuba nak larikan diri.

Tanpa kata, Haider terus melayangkan satu penumbuk tepat mengena di perut Xaviera. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit yang ditinggalkan oleh Haider.

Disebabkan tumbukan tersebut, Xaviera menundukkan hampir keseluruhan badannya dan tangan sempat mencengkam baju Haider melepaskan segala rasa sakit yang dia rasa saat ini.

Haider yang tiada belas kasihan terhadap Xaviera menarik rambut panjang milik isterinya dengan kuat sehingga badan tadi yang tertunduk terpaksa berdiri dengan lurus disebabkan tarikan tersebut.

"Sakit?" soal Haider. Cengkaman di baju Haider semakin kuat kerna sakit di perutnya semakin menjadi-jadi.

"Ini masih sikit Viera. Sakit yang kau tinggalkan dekat aku disebabkan fitnah bodoh tu tak masih terasa dan selagi sakit di hati aku tak hilang, selama tu lah badan kau akan hancur di tangan aku." Satu penumbuk dilayangkan lagi tepat di perut Xaviera.

"Haider sakitttt!" jerit Xaviera dengan kuat. Dia sudah tak mampu nak menahan sakit disebabkan tumbukan tersebut.

Haider langsung tak menghiraukan teriakan tersebut. Dia semakin suka nak buat Xaviera menderita selepas dengar teriakan tersebut.

Tanpa ada rasa belas kasihan, perut Xaviera ditumbuk berulang kali. Bukan sekadar hanya di perut, Haider menumbuk muka Xaviera dengan tangan yang sama iaitu yang berlapik dengan tali pinggangnya.

"H-Hai..der..." suaranya semakin lemah dan kedengaran seperti suara berbisik sahaja memanggil suaminya.

"Kau perangkap orang yang salah Viera." Ujarnya dengan tangan sibuk meleraikan ikatan tali pinggang di tangannya.

Terlerai sahaja tali pinggang itu dia melipat dua lalu badan Xaviera pula menjadi mangsa kekejaman Haider.

"Haider, sakit!!!" pedih belakangnya disebabkan libasan tersebut. Tak tahu nak ungkap macam mana rasa sakit tersebut.

Haider langsung tak ada rasa belas kasihan dengan apa yang sudah dia buat. Rasa sakit yang dialami oleh isterinya langsung dia tak hiraukan.

Pak!!

Sekali lagi dia melibas belakang Xaviera sehingga kuat raungan isterinya kedengaran.

"Haider, saya minta maaf. Tolong jangan pukul saya lagi. Sakit!" rayunya bersama dengan air mata. Dia sudah terbaring lemah di bawah tak tahan dengan sakit di perut dan di belakangnya.

"Maaf kau dah tak berguna Viera. Maaf kau tak boleh nak undur balik masa dan betulkan semuanya." Katanya dengan kaki menghampiri kearah Xaviera. Xaviera hanya mampu melihat langkah yang semakin dekat dengannya. Dia dah tak mampu nak buat apa-apa. Badannya lemah sangat ketika ini.

"Mesti kau menyesal dah kenal aku, kan? Aku bukanlah baik sangat Viera, lagi-lagi dengan perempuan macam kau ni." Kali ini kakinya naik pijak paha Xaviera.

"Haider, saya minta maaf. Sakit!" rayunya lagi. Badannya sudah dah tak ada tenaga nak melawan tapi kalau dibiarkan, dia pula yang sengsara.

"Ini sebab kau dah pijak maruah aku." Haider semakin kuat pijak paha Xaviera yang membuatkan ruang tamu itu dipenuhi dengan suara jeritan Xaviera.

"Arghhhhh!!!"

Puas hati Haider melihat keadaan Xaviera. Baru perempuan ni tahu dengan siapa dia cari pasal.

Haider duduk mencangkung lalu jari telunjuknya menyentuh rambut yang menutupi hampir keseluruhan wajah isterinya.

"Lain kali jangan nak tunjuk berani. Kau sendiri yang buat badan kau ni menderita, jadi jangan nak salahkan aku. Faham!!" katanya dengan kuat.

Xaviera tak menjawab melainkan hanya bunyi tangisannya sahaja yang kedengaran.

"Aku tak suruh kau menangis bodoh!" bingit telinganya mendengar suara tangisan tersebut.

"Eh! Diamlah. Kau tak payah nak menangis bagai, kau sendiri yang cari mati jadi tak payah nak kotorkan lantai aku dengan air mata murahan kau tu." Ditolak kuat kepala Xaviera. Pening kepalanya dengan tolakan tersebut.

Haider mengeluh berat. Dia duduk diatas perut Xaviera dengan niat nak buat Xaviera semakin menderita. Xaviera hanya mampu diamkan diri sahaja. Bibir bawahnya digigit dengan kuat sehingga terasa ada cecari merah yang keluar disebabkan gigitan tersebut.

"Dari mana je lah kau dapat keyakinan nak buat rancangan bodoh tu? Kau mungkin boleh tipu mummy daddy, tapi aku tak. Terlalu mustahil Viera untuk aku tidur sekatil dengan kau."

"Satu lagi. Kalau aku jumpa siapa dalang disebalik rancangan bodoh ni, aku tak teragak-agak nak bunuh dia. Kau siap sedia je lah Viera."

Keadaan mereka menjadi sunyi. Suara tangisan Xaviera juga sudah tak kedengaran.

"Saya tulus cintakan awak. Tak boleh ke awak balas cinta saya?" soalnya dengan nada yang lemah dan perlahan.

"Apa? Kau tulus cintakan aku?" Haider tak mampu nak tahan ketawanya. Seketika ruangan itu dipenuhi dengan gelak ketawa Haider yang sangat kuat.

"Tak sangka lawak juga kau ni." Haider menarik nafasnya dengan panjang setelah dia ketawa kuat.

"Kau tanya aku tadi, tak boleh ke aku balas cinta kau?" soalan Xaviera diulang.

"Kau ni lawak dan bodoh. Tak ada orang yang boleh kalahkan kebodohan kau ni. Macam ni lah, kau dah rosakkan kebahagiaan orang lain untuk kepentingan kau sendiri dan aku rasa kau tak layak nak tanya soalan macam tu. Siapa je yang nak balas cinta kau?"

"Sampai mati pun aku tak akan balas cinta kau sebabnya, wanita yang aku sayang dan cinta hanyalah Shaheen Annisa. Ingat tu!" ditampar pipi Xaviera dengan niat nak sedarkan kedudukan wanita itu. Berangan nak dibalas cinta tulusnya, puih!

Haider berlalu pergi meninggalkan dia yang sedang berada dalam kesakitan. Badannya sakit begitu juga dengan hatinya. Kata-kata Haider sangat menyakitkan.

Sampai bila dia perlu bertahan? Perlukah dia tunggu sehingga Haider dapat menerimanya? Atau berundur demi kebahagiaan Haider?

Mata dipejam dengan erat. Sakit kepalanya memikirkan tentang nasibnya. Dia fikir berkahwin dengan Haider dia dapat kasih sayang namun tiada yang berubah. Papa dengan Haider dua-dua musnahkan hidupnya.

...

Semalaman Xaviera langsung tak beranjak dari tempat dia dipukul. Dia ada cuba nak berdiri namun sakit dibadannya membataskan pergerakannya dan akhirnya dia tertidur disini.

Haider melihat Xaviera sedang nyenyak tidur mula menghampiri badan itu.

"Woi! Bangun." Dibangunkan Xaviera menggunakan kakinya. Ditendang kaki Xaviera  dengan kuat.

Xaviera yang terasa ada sentuhan dikakinya membuka matanya namun hanya sekejap apabila kepalanya terasa sangat pening.

"Kau dah kenapa tidur sini? Sengaja supaya kalau ada tetamu datang, nak tunjuk yang kau ni kena dera oleh suami sendiri." Awal pagi lagi dah buat moodnya rosak.

"S-sa-ya.. tak bo..leh..bangun.." perlahan sahaja suara itu keluar dari bibir keringnya.

Haider menjulingkan matanya.

"Tak payah nak bagi alasan. Kau bangun sekarang sebelum aku yang bangunkan kau." Arahnya dengan tegas.

Xaviera hanya mampu menangis mendengar arahan tersebut. Mahu tidak mahu dia perlu bangun sendiri sebelum suaminya yang bangunkan dia. Takut pula kalau Haider yang bangunkan sakit tersebut makin bertambah.

"Sakit sikit dah menangis."

"Cepatlah. Yang lembap sangat kenapa?" Haider menarik lengan Xaviera dengan kasar setelah matanya panas melihat pergerakan Xaviera yang tersangatlah lembap.

"Haider sakit!!" teriak Xaviera dengan kuat. Punyalah dia main susah berdiri, lelaki itu senang-senang je tarik dia macam ni.

"Lemah." Kata Haider sebelum dia menuju ke dapur.

Xaviera hanya mampu merenung belakang Haider dengan tajam. Kaki dibawa perlahan-lahan menuju kebiliknya. Sesekali dia akan mendesis kesakitan apabila perutnya berdenyut. Mungkin disebabkan banyak pergerakan.

Even if my name isn't etched in your heart, I still chose you.

Continue Reading

You'll Also Like

385K 36.9K 30
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir...
7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
2.4M 241K 69
US Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just...
893 38 1
"𝓜𝔂 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓯𝓸𝓻 𝔂𝓸𝓾 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓫𝓮 𝓷𝓮𝓿𝓮𝓻-𝓮𝓷𝓭𝓲𝓷𝓰. 𝓐𝓷𝓭 𝓘 𝓼𝔀𝓮𝓪𝓻 𝔂𝓸𝓾 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓫𝓮 𝓶𝓲𝓷𝓮 𝓯𝓸𝓻 𝓽𝓱𝓮 𝓻𝓮𝓼𝓽 𝓸𝓯 𝓶...