HAIDER LUTHFAN

By thelifeof_rene

6.4M 323K 83K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... More

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-01
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-04

86.5K 4.4K 513
By thelifeof_rene


Tidak lena tidur Xaviera apabila dia terpaksa bersempit dengan barang-barang yang tak digunakan oleh Haider. Sudahlah barang dia banyak, terpaksa Xaviera kecilkan dirinya. Ini pun dia dah di depan pintu, kalau Haider buka dengan mendadak memang hancur lah badannya.

Sedang dia baring di tempatnya, teringat pula apa yang dikatakan oleh Haider tadi petang dan membuatkan terletusnya gelak kecil Xaviera yang kedengaran sangat hambar.

"Haider bilik saya dekat mana?" tanya Xaviera seusai dia memasukkan kesemua barang yang dibeli ke dalam peti ais.

Haider yang sedang duduk santai di ruang tamu hanya memandang sekilas kearah wanita tersebut sebelum matanya memandang semula ke arah telefonnya.

"Dekat bilik stor lah." Jawab Haider dengan malas.

" Awak, bilik tu sempit. Mana lah saya muat." Balas Xaviera dengan lemah. Dia dah nampak macam mana bilik kecil itu dipenuhi dengan barang-barang tak terpakai. Kalau dimasukkan barang-barangnya mana lah dia nak cari oksigen untuk terus bernafas.

Tadi pun dia duduk di sudut bilik itu sahaja, memang bilik ini tak sesuai untuk orang tidur. Ini baru dirinya belum lagi dia bawa barang-barang dekat rumah sewanya.

"Dah memang bilik tu je yang layak untuk kau duduk, terima jelah. Tak payah nak banyak songeh." Ujar Haider dengan datar.

"Kenapa awak tak buang je barang tu? Barang dekat bilik tu semuanya tak berguna, kan?" pelik lah dengan sikap segelintir orang yang suka kumpul barang tak terpakai.

Haider memandang wajah Xaviera dengan lama.

"Awalnya aku memang nak buang tapi benda tu macam berguna pula sekarang."

"Kau nak tahu kenapa sampai sekarang aku tak buang barang-barang tu?" soal Haider dengan kaki mendekati Xaviera.

Kini mereka berdua saling berhadapan. Haider dengan muka sinisnya manakala Xaviera dengan muka takutnya. Sudahlah jarak mereka dekat, boleh saja tangan Haider hinggap di salah satu anggota badannya.

"Supaya kau tak kesunyian. Aku nak kau rasa macam mana jadi benda yang tak berguna di mata seseorang." Perlahan sahaja suara Haider namun sangat menusuk dan meninggalkan kesan di hati Xaviera.

"Sampai hati awak nak samakan saya dengan barang yang tak berguna." Mata Xaviera sudah merah menahan air mata yang nak keluar. Hari ni entah berapa kali dia menangis disebabkan perbuatan Haider.

"Dah memang sama. Kau dengan barang tu dua-dua tak bernilai di mata aku." Dengan kasarnya dahi Xaviera ditunjal kuat.

Air mata sudah tak mampu disimpan. Hinanya dia di mata Haider, suaminya sendiri.

"Tak payah nak menangis Viera. Kau yang mulakan permainan ni, aku cuma rancakkan je." Geli pula dia melihat air mata palsu wanita tersebut.

"Awak memang langsung tak ada perasaan dekat saya ke Haider?" soal Xaviera bersama dengan air mata.

Haider gelak besar dengan soalan bodoh yang diutarakan. Kalau dia bagi soalan bodoh, biar jawapan yang diberikan kedengaran bodoh. Biar padan muka!

"Sampai bila-bila pun hanya Annisa je yang ada dihati aku dan hanya Annisa sahaja yang layak dapat cinta aku. Kau? Boleh pergi mampuslah Viera." Balas Haider dengan senyuman sinis.

"Tak payah nak sebut nama perempuan pengkhianat tu? Jijik saya dengar nama dia."

"Kenapa? Kenapa aku tak boleh sebut nama Annisa. Kau cemburu?" soal Haider dengan sinis. Puas dia melihat muka Xaviera yang sedang menahan marah.

"Kau memang patut cemburu dengan Annisa.
Kenapa? Sebab Annisa tu terlalu baik dan terlalu sempurna jika nak dibandingkan dengan kau." Ditunjuk atas bawah cara pemakaian Xaviera yang belum sempurna dalam menutup aurat.

"Kalau bukan sebab rancangan bodoh kau tu, aku dah bahagia lah dengan Annisa. Aku dah gelak ketawa dengan dia!" jerit Haider didepan wajah Xaviera. Panas hatinya apabila ingat kembali apa yang Xaviera sudah buat. Kalau bukan sebab perempuan sundal ni, dia dah bahagia dengan Annisa.

Xaviera yang mendengar jeritan tersebut hanya memejamkan matanya dan menahan sakit dihati apabila dibandingkan dengan perempuan lain.

"Kau ingat sini Viera. Aku akan pastikan kau tak akan merasa nikmatnya kebahagiaan menjadi isteri aku dan aku akan pastikan rancangan bodoh kau ni akan memakan diri kau sendiri di masa akan datang!" sekali lagi dahinya ditunjal dan membuatkan tubuh Xaviera terundur ke belakang.

"Apa salah saya? Annisa yang ambil awak dari saya. Annisa yang rampas awak dari saya." Luah Xaviera bersama dengan air mata.

Dia masih boleh terima jika Haider menderanya tapi dia tidak sesekali terima jika dia dibandingkan dengan Annisa.

Sakit! Sakit sangat dibandingkan dengan perempuan lain.

...

Keesokan paginya, Xaviera awal-awal sudah sediakan sarapan untuk suaminya. Tak tahulah kalau sedap tapi semua resipi dia dah ikut seperti dalam youtube.

"Ya Allah, semoga masakan ini sedap dan dapat melembutkan hati suami ku." Doa Xaviera sebelum dia menghidangkan makanan di meja makan.

Laju jantung Xaviera berdegup ketika ini apabila telinganya mendengar tapak kaki seseorang. Langkah itu semakin lama semakin dekat tempat dia sedang berdiri.

"Kalau tak sedap ni, apa lagi dia nak buat dekat aku? Dah lah hari ni aku ada kelas."

"Apa yang kau baca-baca tu? Kau nak bomoh-bomoh kan aku?" terhinjut bahu Xaviera apabila mendengar suara Haider. Kepala diangkat melihat sosok suaminya dan dilihat cara pemakaian lelaki tersebut. Kemas!

"Awak ada kelas ke?"

"Hmm," hanya deheman yang dibalas sebelum Haider mengambil tempat duduk. Ditenung makanan yang ada di hadapannya.

"Boleh tak hantar saya pergi rumah sewa saya?"Takut-takut Xaviera meminta tolong dari Haider.

"Kau fikir aku driver kau." Balas Haider dengan dingin.

"Jalan kita kan sehaluan." Terdongak kepala Haider merenung wajah Xaviera dengan pandangan yang tajam.

"Apa kau cakap?" tanya Haider dengan datar. Xaviera hanya menggigit bibirnya apabila dia sudah terlanjur berkata.

"Jalan kita kan sehaluan. Kalau saya nak tunggu grab, takut lambat nak masuk kelas." Kata Xaviera dengan mata setia memandang lantai. Tidak sanggup dia membalas pandangan Haider.

Lama Haider mendiamkan diri dengan mata memandang Xaviera dari atas ke bawah. Xaviera yang terasa dipandang hanya mengecilkan dirinya.

"Aku bagi kau masa dua minit untuk bersiap. Lambat tinggal."

Dua minit? Terkebil-kebil Xaviera dengan masa yang diberikan. Dia sudahlah belum mandi, adoilah lelaki ni.

"Cepatlah! Yang kau termenung dekat situ kenapa?" Teriak Haider dengan kuat. Berlari pecut Xaviera masuk ke dalam biliknya mengambil apa yang patut. Nanti lambat kena bebel lagi.

...

Kosong  bilik tersebut apabila semua barang-barang Xaviera diangkut semua masuk ke dalam luggagenya.

"Viera." Kedengaran suara seseorang memanggilnya di muka pintu.

Xaviera yang kenal akan suara tersebut hanya mengabaikan dan berpura-pura sibuk mengemas begnya.

"Viera, awak nak pindah ke?" tanya Annisa dengan lembut.

"Of courselah. Aku kan dah kahwin, aku perlulah ikut kemana suami aku bawa aku pergi." Sengaja ditekankan perkataan kahwin untuk menyakitkan hati Annisa.

"Viera, kenapa awak buat saya macam ni?" air mata sudah mula bergenang. Dia perlu tahu kenapa kawannya sanggup hancurkan perkahwinannya.

"Kau tanya aku kenapa?" tergelak kecil Xaviera dengan persoalan tersebut.

Xaviera berdiri lalu kaki dibawa melangkah kearah Annisa.

"Kau tahu kan Nisa macam mana aku cintakan Haider? Kau tahu kan setiap malam lelaki yang aku cerita dekat kau adalah Haider?" matanya tajam mencerun memandang wajah Annisa yang sudah dipenuhi dengan air mata.

"Kau tahu semua tu tapi kenapa kau pilih lamaran Haider? Kenapa Nisa!?" teriak Xaviera dengan kuat.

"Saya tak tahu lamaran tu dari Haider." Jawab Annisa bersama dengan esakannya.

"Alasan. Kau boleh je kan, tanya siapa nama lelaki yang lamar kau." Xaviera menyilangkan tangannya di dada lalu mata memandang Annisa atas bawah.

"Kau jujur dengan aku, kau memang sukakan Haider kan? Selama ni kau simpan perasaan dekat dia, kan?" soal Xaviera dengan mata tak lepas dari terus memandang Annisa. Makin benci pula dia nampak muka Annisa ni.

Lama Annisa mendiamkan diri mengumpul kekuatan untuk menjawab soalan Xaviera.

"Ya, saya suka dengan Haider. Itu sebab saya pilih lamaran yang datang ke rumah saya dan saya tak tahu itu adalah dari pihak Haider." Akhirnya Annisa meluahkan perasaanya yang dia sembunyikan dari Xaviera.

Terundur kaki Xaviera kebelakang mendengar pengakuan dari Annisa. Dia sengaja bertanya tentang hal tersebut dan tidak sangka jawaban itu yang keluar dari mulut Annisa.

"Aku tak sangka Nisa. Selama ni kau cintakan lelaki yang aku suka dan selama ni korang berdua..." tak  sanggup Xaviera melengkapkan ayatnya. Sakit sangat hatinya ketika ini.

"Saya minta maaf Viera. Saya tak tahu bila perasaan suka tu muncul. Dan untuk elakkan perasaan itu terus berkembang saya putuskan untuk berkahwin." Jelas Annisa dengan nada rendah.

"Berkahwin dengan Haider." Tersenyum sinis Xaviera dengan kepolosan wanita tersebut.

"Munafik punya perempuan!" dengan perasaan yang geram Xaviera menyerang Annisa. Ditarik tudung yang dikenakan di kepala Annisa dengan kasar dan berlakulah pergelutan antara mereka berdua.

"Aku benci kau Nisa! Selamanya aku benci dengan muka polos yang kau tunjukkan depan aku!" tak tahan untuk terus berada di situ, Xaviera melangkah pergi. Tanpa Annisa tahu, air matanya keluar disebabkan dia kecewa dengan perbuatan Annisa kawan baiknya.

Annisa yang sudah tidak berdaya terduduk lemah di tepi katil Xaviera. Air mata tidak henti mengalir melihat hubungan mereka retak disebabkan seorang lelaki.

Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continue Reading

You'll Also Like

243K 10.6K 24
'When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power...
23.3K 2.3K 14
Maaflah, author tak reti nak buat description.. ❗Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya ❗ My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start...
72.8K 6.3K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
8.7K 105 15
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...