HAIDER LUTHFAN

Par thelifeof_rene

6.4M 323K 83K

[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." L... Plus

HAIDER LUTHFAN
Xaviera-02
Xaviera-03
Xaviera-04
Xaviera-05
Xaviera-06
Xaviera-07
Xaviera-08
Xaviera-09
Xaviera-10
Xaviera-11
Xaviera-12
Xaviera-13
Xaviera-14
Xaviera-15
Xaviera-16
Xaviera-17
Xaviera-18
Xaviera-19
Xaviera-20
Xaviera-21
Xaviera-22
Xaviera-23
Xaviera-24
Xaviera-25
Xaviera-26
Xaviera-27
Xaviera-28
Xaviera-29
Xaviera-30
Xaviera-31
Xaviera-32
Xaviera-33
Xaviera-34
Xaviera-35
Xaviera-36
Xaviera-37
Xaviera-38
Xaviera-39
Xaviera-40
Xaviera-41
Xaviera-42
Xaviera-43
Xaviera-44
Xaviera-45
Xaviera-46
Xaviera-47
Xaviera-48
Xaviera-49
Xaviera-50
Xaviera-51
Xaviera-52
Xaviera-53
Xaviera-54
Xaviera-55
Xaviera-56
Xaviera-57
Xaviera-58
Xaviera-59
Xaviera-60
Xaviera-61
Xaviera-62
Xaviera-63
Xaviera-64
Xaviera-65
Xaviera-66
Xaviera-67
Xaviera-68
Xaviera-69
Xaviera-70
Xaviera-71
Xaviera-72
Xaviera-73
Xaviera-74 (END)
LARAYNE XAVIERA

Xaviera-01

146K 5.6K 906
Par thelifeof_rene


Laju degupan jantung Annisa ketika ini menunggu kedatangan pengantin lelaki. Tidak dia sangka yang melamar dia adalah lelaki yang terkenal di tempat dia belajar.

Flashback

"Annisa, semua pilihan ada di tangan kamu. Sama ada nak pilih pihak yang pertama atau yang kedua." Kata Encik Rizuan.

"Bissmillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah saya yakin dengan pilihan saya, saya memilih lamaran dari pihak pertama." Dengan sekali lafaz Annisa memberi jawapan.

"Alhamdulillah. Jika itu sudah menjadi pilihan kamu, abi dengan umi akan mendoakan perjalanan untuk kamu membina mahligai dipermudahkan." Doa Encik Rizuan bersama dengan senyuman kegembiraan.

"Boleh saya tahu siapa nama calon suami saya?" Tanya Annisa dengan lembut kepada kedua orang tuanya.

"Sekejap lagi mereka datang dan disitu kamu boleh kenal dengan calon suami Nisa." Jawab Puan Ayu bersama dengan senyuman.

Annisa hanya membalas senyuman uminya. Sungguh dia berdebar ketika ini untuk mengetahui siapakah bakal suaminya.

"Assalamualaikum." Kedengaran suara garau seseorang sedang memberi salam dari luar.

Jantung Annisa semakin laju berdegup mendengar suara tersebut.

"Waalaikumsalam." Jawab Encik Rizuan dengan ramah. Dijemput ahli keluarga tersebut untuk masuk ke rumah mereka.

Seketika pandangan mereka bertaut. Tak Annisa sangka lelaki yang melamar dia adalah Haider. Lelaki yang diam-diam buatkan hatinya sentiasa berdegup kencang.

Lama dua keluarga tersebut berbual dan berbincang tentang majlis perkahwinan antara Annisa dan juga Haider dan hanya sesekali mereka berdua menyampuk apabila ditanya.

End of flashback

...

Puan Ayu memegang lembut bahu anaknya. Dari muka pintu dia melihat wajah sugul Annisa seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran anaknya.

"Anak umi dah sedia ke ni?" tanya Puan Ayu dengan lembut. Dia tahu ada yang membuatkan Annisa jadi seperti ini tapi dia tak nak buat anaknya semakin hanyut dengan perasaan itu jadi dia datang untuk tenangkan anaknya.

Annisa hanya membalas senyuman uminya lalu badan tua itu dipeluk dengan erat. Sunggu saat ini dia tidak tahu untuk berkata apa. Sama ada dia sudah sedia ataupun belum.

"Umi doakan Nisa ya." Kata Annisa dengan nada yang sudah bertukar sebak.

"Umi selalu doakan anak umi." Jawab Puan Ayu dengan tangannya mengusap lembut belakang Annisa memberi kekuatan kepada anaknya.

"Pengantin lelaki dah sampai." Kedengaran suara mak ngah Annisa dari luar memberitahu rombongan pihak lelaki sudah berada diluar.

"Nisa jangan nangis sayang. Hari ni hari bahagia Nisa." Puan Ayu menyeka air mata anaknya. Annisa hanya menganggukkan kepalanya dan memberikan senyuman manis.

"Umi keluar sekejap ya. Nanti umi datang balik." Annisa memandang sepi pemergiaan uminya.

"Maafkan aku Viera." Bukan dia tak tahu kawannya sangat-sangat meminati dan mencintai Haider namun dia tidak sangka lelaki itu melamarnya setelah beberapa kali mereka bertemu.

Masih teringat pertemuan pertama mereka berdua yang membuatkan Annisa tidak tidur malam.

"Haider ini Annisa. Annisa ini Haider." Ramah Xaviera memperkenalkan mereka berdua. Xaviera berkawan rapat dengan Fathi dan Emyr iaitu kawan kepada Haider dan secara tidak langsung juga Haider mengenali Xaviera.

Annisa sudah terpinga-pinga apabila Xaviera memperkenalkan dirinya kepada Haider. Apa kaitan pula dengan dia?

"Dah kenapa?" bisik Annisa di tepi telinga Xaviera.

"Ini lah lelaki yang aku ceritakan tu. Handsome kan." Balas Xaviera dengan perlahan. Ini bukti bahawa lelaki yang dia ceritakan itu wujud. Bukan dia tidak tahu Annisa ini jarang dan tidak ambil tahu pun dengan lelaki-lelaki dekat kampus mereka.

"Jadi?" pelik pula Annisa dengan kawannya ini. Dia fikir Xaviera memanggilnya tadi ada hal yang lebih penting rupanya hanya nak kenalkan dia dengan lelaki yang tak dikenali.

"Aku nak bagi tahu kau,  yang lelaki aku ceritakan tu memang wujud dekat kampus ni. Tak pasal-pasal kau cakap itu hari kan yang cerita aku ni hanya dongeng." Balas Xaviera bersama dengan jelingan tajamnnya.

Tersenyum Annisa mendengar balasan Xaviera. Masih teringat yang dia pernah katakan lelaki yang diceritakan oleh Xaviera itu hanyalah khayalannya kerana dia tidak pernah mendengar nama lelaki tersebut.

"Okey, saya percaya dengan awak." Jawab Annnisa dengan senyuman manis.

Haider yang memerhati Annisa sudah terpana dengan senyuman wanita tersebut namun matanya terus dialihkan ketempat lain apabila wanita itu menoleh kearah mereka.

"Viera, cepatlah. Makanan kita dah siap!" teriak Fathi apabila nombor makanan mereka sudah dipanggil.

"Nisa kau tunggu sini. Aku nak ambil makanan dulu." Kata Xaviera yang sudah bersedia menuju ke kaunter makanan.

" Viera janganlah tinggalkan saya dekat sini." Annisa sudah nak menangis apabila dia ditinggalkan bersendirian dengan lelaki tersebut.

"Bukan korang berdua-duaan. Banyak je orang dekat sini. Sekejap je tau." Balas Xaviera tanpa mempedulikan panggilan dari kawannya.

"Jangan risau, aku tak makan orang." Tergelak kecil Haider melihat muka sedih Annisa. Annisa hanya mendiamkan diri dan kepalanya hanya memandang kebawah. Tengok lantai lagi bagus.

Haider sudah terjatuh hati dengan sikap wanita tersebut. Sebenarnya dah lama dia perhati wanita ini kerna dia selalu dengar cerita dari orang lain tentang Annisa.

"Annisa, kau pernah dengar tak dengan kata-kata ni?" Annisa mengerutkan dahinya sebelum kepala digelengkan.

"Bertemu dengan mu adalah takdir, jika kita tidak berjodoh itu juga takdir." Kata Haider bersama dengan senyuman. Annisa yang mendengar hanya tersenyum kecil.

"Jodoh itu seperti Alif lam mim, ayat pertama surah Al-baqarah yang artinya Hanya Allah yang tahu." Balas Annisa tanpa memandang kearah lelaki tersebut.

Haider nak balas kata-kata Annisa namun terhenti niatnya apabila mendengar suara Fathi dan yang lain semakin dekat dengan mereka.

"Korang dari tadi diam je ke?" soal Fathi dengan riak tidak percaya. Like seriously!

"Lebih baik diam daripada berkata-kata kerna sudah menjadi kewajipan untuk lelaki dan perempuan menundukkan pandangan mereka dan tidak berbicara jika tiada kepentingan." Balas Haider dengan selamba.

Fathi yang mendengar jawapan Haider sudah memegang dadannya. Sakit mendengar jawapan tersebut.

"Kau tembak kata-kata apa lagi dengan Fathi kali ni?" soal Emyr yang baru tiba. Sudah menjadi kebiasaan mereka berdua untuk terasa dengan kata-kata Haider kerana setiap butir bicara yang keluar tersangatlah menusuk.

"Kalau tiada apa-apa saya nak pergi dulu. Bagi tahu dengan Xaviera, maaf tak dapat makan bersama dengan dia." Ujar Annisa meminta izin untuk meninggalkan tempat tersebut.

"Baiklah." Jawab Emyr. Annisa dengan segera berlalu dan pergi jauh dari lelaki yang bernama Haider. Tanpa dia sedari bibirnya tersenyum apabila mengingat semula kata-kata lelaki itu.

End of flashback

...

Kini masa yang dinanti sudah tiba. Annisa dengan diiringi oleh uminya menuju ke pelamin untuk mendengar ijab kabul yang akan diucapkan oleh Haider.

"Semua dah sedia?" tanya Encik Rizuan kepada pihak lelaki terutamanya Haider. Kelihatan mereka menganggukkan kepala. Encik Rizuan menjabat tangan Haider dengan erat.

"Haider Luthfan bin Aryan.."

"Aku nikahkan kau dengan anakku Shaheen Annisa binti Rizuan dengan mas kahwin tiga ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya.." belum sempat Haider nak lengkapkan ayatnya, kedengaran suara teriakan seseorang.

"Stop!"

Kepala mereka semua memandang kearah suara tersebut. Seketika anak mata Annisa dan wanita itu bertembung dan membuatkan Annisa menggeletar seluruh badan.

Haider, Fathi dan Emyr yang berada disitu juga sudah terkejut melihat kehadiran Xaviera. Mereka tak beritahu apalagi jemput wanita ini datang ke majlis perkahwinan Haider.

"Saya tak setuju dengan perkahwinan ini. Saya nak perkahwinan ni dibatalkan!" kata Xaviera dan membuatkan semua isi rumah itu bingung.

"Apa kau buat ni? Kau siapa nak halang perkahwinan aku?" pelik Haider dengan kemunculan wanita yang tak diundang. Dahlah tak diundang buat hal lagi.

"Apa saya dah buat? Sepatutnya soalan tu saya yang tanya awak. Apa awak dah buat dekat saya?" balas Xaviera tanpa ada rasa takut.

Tengku Faiza serta Tengku Aryan selaku ibu bapa Haider sudah tak sedap hati dengan kehadiran wanita asing ini.

"Apa ni? Siapa perempuan ni dan apa yang Haider dah buat dekat dia?" suara Tengku Aryan sudah berubah dan keadaan juga menjadi lebih tegang disebabkan suara tersebut.

"Haider tak buat apa-apa pun dengan dia. Dia dengan Haider kawan je daddy." Jawab Haider dengan bersungguh-sungguh.

"Senang kan awak cakap macam tu depan parents awak. Awak nak saya ceritakan apa yang awak dah buat dekat saya." Ujar Xaviera dengan kening dinaikkan keatas.

"Viera, apa awak dah buat ni. Tolong Viera, jangan macam ni." Annisa sudah merayu kepada kawannya meminta agar wanita itu tidak merosakkan majlis perkahwinannya.

"Kau memang kawan tak guna. Sanggup kau tikam aku dari belakang." Wajahnya menunjukkan betapa kecewanya dia dengan Annisa.

Tak dia sangka kawan yang selama ini dia percaya buat dia begini. Kalau kau tikam aku, aku pun boleh buat yang lebih kejam lagi.

"Sudah! Sudah!" kata Encik Rizuan menghentikan pergaduhan tersebut. Terpaksa mereka menghentikan dulu acara ini untuk menjelaskan apa yang sudah berlaku.

...

Para tetamu yang tadi memeriahkan rumah Encik Rizuan sudah beransur pulang setelah diminta oleh tuan rumah sendiri.

"Haider terangkan dengan kami apa yang dah berlaku." Tengku Aryan mencerun tajam memandang wajah anaknya. Haider kalau tak buat masalah memang tak sah. Cubalah jadi macam anaknya yang lagi satu, senang je nak dijaga.

"Daddy, Haider nak explain apa? Haider tak ada buat salah pun dengan perempuan ni." Ditunjuk Xaviera dengan perasaan benci.

"Awak yakin tak buat apa-apa dekat saya? Awak nak saya ceritakan apa yang awak dah buat dibelakang mummy daddy awak?" soalan itu betul-betul sudah mencabar hati lelaki yang bernama Haider Luthfan.

"Apa masalah kau ni?"

"Masalah saya, awak dan perempuan tak guna ni!" balas Xaviera. Tiada sudah panggilan nama untuk Annisa.

"Jaga mulut kamu! Jangan sesekali panggil anak saya perempuan tak guna." Marah Puan Ayu kepada Xaviera.

"Makcik kalau makcik nak tahu, anak makcik ni khianat saya, tahu tak? Dia dah tahu saya suka dengan Haider yang dia terima lamaran Haider, kenapa?"

"Kenapa Annisa? Kenapa kau sanggup buat aku macam ni?" suara itu menjadi sebak mengingatkan kembali perbuatan khianat Annisa.

"Saya minta maaf. Saya tak tahu lamaran yang saya pilih adalah dari pihak Haider." Jawab Annisa dengan air mata. Namun Xaviera langsung tidak terkesan dengan air mata palsu tersebut.

"Sudah!" Tengku Aryan tak nak dengar pergaduhan ini, yang dia nak tahu adalah apa yang Haider sudah buat di belakang mereka.

"Apa yang Haider dah buat dekat awak? Cuba bagitahu kami."

"Haider dah tidur dengan saya." Tenang sahaja suara itu menceritakan apa yang Haider sudah lakukan terhadapanya.

Mereka yang mendengar pengakuan tersebut terkejut sampai tak ada suara yang terkeluar.

"Kau jangan nak buat cerita lah Viera." Haider sudah mengenggam erat tangannya. Ikutkan hati memang dia nak tumbuk muka Xaviera ni.

Xaviera mengeluarkan sampul berwarna coklat lalu beberapa keping yang berada didalamnya dikeluarkan dan diletakkan diatas meja.

Mengucap panjang Tengku Aryan melihat isi gambar tersebut. Dalam gambar itu mereka berdua sedang berpeluk dan nampak dari mata kasar betapa rapatnya hubungan mereka berdua seakan mereka sudah kenal lama.

Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

893 38 1
"𝓜𝔂 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓯𝓸𝓻 𝔂𝓸𝓾 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓫𝓮 𝓷𝓮𝓿𝓮𝓻-𝓮𝓷𝓭𝓲𝓷𝓰. 𝓐𝓷𝓭 𝓘 𝓼𝔀𝓮𝓪𝓻 𝔂𝓸𝓾 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓫𝓮 𝓶𝓲𝓷𝓮 𝓯𝓸𝓻 𝓽𝓱𝓮 𝓻𝓮𝓼𝓽 𝓸𝓯 𝓶...
385K 36.9K 30
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir...
7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
72.7K 6.3K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...