FIRASY ✓

By Thekalon

490K 39.1K 3.8K

Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati... More

FIRASY
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44 (flashback)
45 (flashback)
46
47
48
49
50
51
52
53
FIRASY ( Dear diary)
54
56
57
58
59
60
61
❤️
✨ Special Chapter ✨

55

7.6K 604 120
By Thekalon

       'MALAM ni sambut anniversary Lunar Cafe yang ke-10 tahun. I harap you datang.'

Pesanan yang dihantar itu beberapa kali juga dilihat. Namun, masih tiada pesanan balas daripada Firas walaupun acara itu sudah kian bermula. Sudah beberapa jam berlalu sejak dia hantar pesanan tu, tapi tetap tiada balasan lagi.

'I harap you dengan Sya datang.'

Sekali lagi pesanan itu dihantar. Mungkin bila dia hantar pesanan macam tu, Firas akan ubah fikiran untuk datang.

"Cik Luna..dah bersedia?" Senyuman sehabis baik cuba dilakar di wajah apabila gerangan seorang pekerja kafe itu muncul.

"Dah."

Langkah diatur bersama gitar di tangan ke bahagian ruang yang telah dikhaskan untuk persembahan.

"Hai. I'm Luna Nafisa.." Mata masih tercari-cari akan kelibat Firas walaupun dia tahu harapannya itu hanya akan membuatkannya hampa.

"Sometimes, love that didn't work out might seems harder to forget. For him, maybe it's over. But for me, we could have been together."

Intro persembahan itu dimulakan dengan sepatah dua ayat yang menggambarkan kisah lagu yang dinyanyikan.

Petikan gitarnya mula kedengaran menghiasi kafe. Hanya cahaya spotlight pentas yang menerangi kafe, menjadikan Luna sekali gus watak utama pada malam itu.

So when you gonna tell her
That we did that, too?
She thinks it's special
But it's all reused
That was our place, I found it first
I made the jokes you tell to her when she's with you

Do you get déjà vu when she's with you?
Do you get déjà vu? (Ah), hmm
Do you get déjà vu, huh?

Petikan gitar itu diberhentikan untuk seketika. Air matanya yang ingin mengalir pantas dikesat. Kali ini, petikan lagu Happier oleh Olivia Rodrigo pula dimainkan. Lagu itu dinyanyikannya dengan penuh emosi. Lupa sudah mata-mata pelanggan yang memandangnya.

I hope you're happy, but not like how you were with me
I'm selfish, I know, I can't let you go
So find someone great but don't find no one better
I hope you're happy, I wish you all the best, really
Say you love her, baby, just not like you loved me
And think of me fondly when your hands are on her
I hope you're happy, but don't be happier

Luna menunduk menekur lantai. Lagu yang dinyanyikan itu betul-betul mengingatkannya tentang Firas.

Dia terpaksa. 8 tahun lepas dia terpaksa pergi ke luar negara. Dia dikhabarkan bahawa ibunya sakit tenat di sana. Malam itu jugak dia dikhabarkan tentang situasi Firas yang dimasukkan ke hospital kerana kemalangan. Dia berbelah bahagi. Antara Firas dan ibu, dua-dua penting baginya. Kedua-duanya banyak mainkan peranan dalam hidup dia.

Tapi bila dia tinggalkan Firas untuk ibu, itu adalah satu kesilapan. Ibu yang sebenarnya tipu tentang kesihatannya dan juga kuat bersosial di sana, ayah tirinya pula ialah kaki pukul. Hidup di luar negara hanya dipenuhi dengan memori jahilnya kesan daripada persekitarannya di sana.

Kalau boleh dia undurkan masa, dia takkan tipu kawan-kawannya yang dia ke luar negara kerana sambung pengajian muzik. Dia takkan buat endah tak endah tentang Firas yang sakit walhal hati dia dah memberontak kuat untuk bertanya khabar kepada Firas. Dan kalaulah dia balik lebih awal ke Malaysia, mungkin dia ialah orang yang akan disatukan dengan Firas, bukannya Asyfa yang hanya orang asing dalam hidup Firas.

Tapi bukan dia yang salah 100% dalam hal ni. Firas tu..dah janji, tapi kenapa dia yang tak tepati? Atau selama ni hanya dia yang bertepuk sebelah tangan? Atau selama ni Firas hanya bagi dia harapan palsu?

Firas, I perlukan jawapan.

"Cik Luna!" Panggilan seseorang menyentakkannya. Pekerja kafe yang berambut tocang itu melambai-lambaikan tangan, menyuruhnya segera turun dari pentas.

Leka tentang khayalan sendiri, menyebabkannya lupa tentang pelanggan yang turut hadir memeriahi kafe.

"Dia tak datang?" Pekerja itu menggeleng.

"Berharap sesuatu yang jelas mustahil tu memang perit, kan?" Luna cuba melakar senyum paksa. Keluhan kecil terbit di bibir. Gitar yang dari tadi berada di pegangan tangan disandarkan pada kerusi.

"I nak keluar."

"Kalau ayah Cik Luna tanya Cik Luna pergi mana, saya nak jawab apa?"

"He won't ask. I'm pretty sure."

•••

          PANDANGAN mata Firas dari tadi kekal jatuh pada Asyfa. Terpaku dirinya untuk seketika. Rambut yang dibiarkan lepas itu membuatkan Asyfa kelihatan berkali ganda cantik, ditambah pula dengan dress baby blue tanpa lengan yang dipakainya. Make up natural pula dicalit pada wajah, dengan lip matte merah yang dioles pada bibir mungilnya.

"What's wrong with you?" Tenang sahaja Firas menyoal.

"Hah?" Soalan yang dilemparkan oleh Firas itu membuatkan Asyfa tercengang. Tak ada angin, tak ada ribut, tak ada petir, tak ada taufan..kenapa Firas tiba-tiba tanya macam tu? Dah la soalan macam nak cari gaduh?!

"What's wrong with you looking so pretty tonight?" Asyfa tergelak. Kurang asam betul Firas ni. Ingat ke nak marah dia ke apa. Nasib puji, dah tak jadi nak mulakan perang.

Tapi malu jugak bila kena puji macam tu..

"Eleh, dia pun macam tu."

"Apa? Abang cantik jugak ke?" Asyfa tergelak lagi. Mengarut la Firas ni. Tapi tak apalah, cantik kan subjektif. Lelaki pun boleh jadi cantik apa. Cantik budi bahasa, cantik tutur kata.

Mereka melangkah beriringan ke halaman rumah yang menempatkan sebuah meja yang sudah dihias cantik oleh Firas.

Adil la. Tugas Firas menghias, tugas dia sediakan makanan.

Mereka mengambil tempat duduk berhadapan antara satu sama lain. Simbahan juntaian fairy lights menjadi penerang malam mereka. Bunga yang disusun elok di dalam balang kaca di tengah-tengah meja menarik perhatian Asyfa.

Dua jenis bunga. Sebatang bunga mawar dikelilingi oleh bunga tulip.

"Floriography?" Asyfa menjuih bibir pada bunga tersebut. Dia tahu pun sebab Reena ada bagitahu haritu.

Floriography. Nama lain untuk language of flowers.

Tulip dan mawar. Simbolik untuk?

"Tulip ni ialah simbolik kepada perfect and deep love. Nak tahu ke kisah disebalik bunga tulip ni?" Laju Asyfa mengangguk. Teruja jugak nak dengar.

Ya lah, selama ni dia yang penuh dengan isi untuk diceritakan dekat anak murid dia. Jadi apa salahnya kalau kali ni Firas pula yang ceritakan pada dia.

"Dulu, ada satu legenda Turki dan Parsi. Tentang cinta antara Farhad dan Shirin. Farhad ni ialah seorang putera. Dia jatuh cinta dengan seorang gadis cantik bernama Shirin. Tapi malang tak berbau, Shirin dibunuh. Jadi Farhad bersedihlah sebab Shirin tu orang yang dia suka kan. Jadi, nak dijadikan cerita, Farhad ni akhirnya putus asa lepastu pilih untuk ikut jejak wanita pujaan dia."

"Lepastu cuba teka apa jadi?" soalan Firas membuatkan Asyfa mengetuk-ngetuk jarinya pada dagu. Cuba memikirkan jawapan untuk soalan spontan Firas itu.

"Er..Firas mati la kan?" Mata Firas terbuntang. Terkejut dengan tebakan Asyfa yang keterlaluan itu.

"Sya! Dalam kisah tu Farhad! Bukan Firas. Firas tu abang Sya. Oh my god. Seriously? Memang nak abang mati awal ke apa?"

Sedar akan kesilapannya itu, tawa Asyfa terletus jua.

"Ala, nama awak dengan dia dah nak dekat sama. Memanglah saya tertukar."

"Mana ada sama. Yang hampir sama tu Akim. Firhad Hakim dan Farhad. Firas dan Farhad jauh sangat beza tu. Bilangan konsonan pun dah membezakan." Asyfa tersenyum geli hati. Lantaklah Firas nak kemukakan bantahan apa pun, dah dia tersilap sebut. Nak buat macam mana kan? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak nama..

"Maaflah Firas. Okay, awak sambunglah. Betul tak tekaan saya yang Farhad mati?" Firas mengecilkan matanya sebelum dia akhirnya mula mengangguk. Cuba untuk lupakan kesilapan yang tak disengajakan isterinya itu.

"Putera Farhad lompat dari tebing. Dan..tulip merah ni mulalah tumbuh dekat tanah darah dia tumpah. Sebab tu lah simbolik bunga tulip ni ialah cinta yang sempurna." Asyfa terangguk-angguk mendengar cerita Firas walaupun Firas masih tidak menghabiskan bicaranya lagi.

"That's what I want our love to be," luah Firas jujur.

"Oh, ibaratkan macam you jump I jump la ni. Awak nak our love story macam tu ke?" soal Asyfa sambil menongkat dagunya. Firas turut sama berbuat demikian. Senyuman manis terukir di wajah.

"No, not you jump I jump. But more to..nothing can separate us." Asyfa tersenyum. Untuk sejenak, mereka membiarkan sunyi menghuni suasana sambil anak mata bertatapan antara satu sama lain.

Akhirnya, kedua-duanya sama-sama tergelak geli hati.

"Saya nak tahu simbolik mawar pulak."

"Yang tu abang akan bagitahu nanti. Okay?" Asyfa hanya mengangguk. Perut dia pun dah mula berdendangan ni. Eloklah kalau diaorang makan dulu. Suapan demi suapan, diselangi pula dengan celoteh cerita dan gelak tawa masing-masing.

Kalau boleh dipilih hari paling bahagia sejak dia kahwin dengan Firas, dia akan pilih hari ni. Hari di mana momen baru mereka dicipta.

"Saya nak tanya awak sesuatu boleh?" Selesai sahaja sesi makan, satu soalan yang kerap bermain di mindanya terus ingin diajukan.

"Go ahead. You can ask me anything tonight."

"Saya perasan kan, dekat bahagian bawah setiap ilustrasi diari tu akan ada satu baris lagu. Dan bila saya cuba ingat balik, lagu-lagu tu ialah lagu yang sama ada dalam playlist telefon awak. Mind to explain? Cuma kebetulan je ke?"

Firas diam sejenak. Kek red velvet yang menjadi santapan terakhirnya malam ini disuap ke mulut.

"Bukan kebetulan. Memang disengajakan." Tisu dikesat pada mulut. Jus epal diteguk terlebih dahulu sebelum kembali menyambung bicaranya.

"Nama playlist tu FIRASY kan?" Asyfa perlahan-lahan mengangguk.

"Sweetie, FIRASY ialah singkatan kepada Firas dan Asyfa. Me and you. Bila lagu tu mengingatkan abang pada Sya, then I will automatically add it to our playlist."

"But, another thing is..FIRASY actually has two meanings."

Dahi Asyfa berkerut sedikit. Okay, kalau maksud pertama ialah Firas dan Asyfa, maksud kedua pula apa?

"Bagitahu lah saya Firas. Kenapa awak asyik berahsia ni.." Firas tergelak. Comel pulak pujuk rayu Asyfa tu. Tapi ingat berkesan ke untuk dia?

Of course lah berkesan!

"Okay, guess it first."

"Er, Firas dan Y?" Tebakan Asyfa membuatkan Firas tergelak. Kepala dianggukkan sahaja.

"Betul jugak tu. Dah hampir betul."

"Kenapa Y Firas? Nama asal awak sepatutnya ada huruf Y ke?" Firas tergelak lagi. Comel la Sya ni, sumpah comel. Hai, nasib dah jadi hak milik dia.

"The second one..I put y behind my name..because you're always one of the main reason why in my life. The reason why I'm happy, the reason why I love my life, and the reason why I'm grateful to be born. All because of you." Asyfa terkedu. Tidak sangka pula itu ialah jawapan kepada persoalannya selama ini.

"Tapi Sya, bukan playlist tu je dinamakan FIRASY. Nama diari tu pun FIRASY jugak. Apa-apa yang berkaitan dengan kita berdua, akan dinamakan sebagai FIRASY. Sebab..abang tak nak kita separate. Dalam hidup abang, kena selalu ada Sya. Dan dalam hidup Sya, Sya kena selalu ingat abang."

"Ingat tak apa yang abang pernah bagitahu masa hujan haritu? Masa abang terlambat ambil Sya dekat tadika?" Asyfa cuba memproses kembali mindanya.

"Rain is not only drops of water. It’s the love of the sky for earth. They never meet each other but sends love this way."

Lambat-lambat, dia mula mengangguk.

"Dan Sya ingat tak apa jawapan Sya masa tu?" Asyfa mengangguk lagi.

"Saya cakap..saya setuju. Tapi saya tak setuju jugak. Apa maksud awak langit berbalas kasih dengan bumi melalui hujan? Ya, hujan memang bagi ketenangan. Tapi dari sudut lain pulak, simbolik hujan ialah kesedihan," ulang Asyfa satu persatu, sebiji seperti patah kata yang pernah diberitahunya kepada Firas tika itu.

"So, dah dapat jawapan?" Asyfa menggeleng.

"Saya dah cari jawapan tu. Tapi saya tetap tak faham."

"Sya, the only thing that you didn't do yet..is to relate the sentences to real life." Dahi Asyfa berkerut. Masih tidak faham dan hanya menunggu jawapan seterusnya dari Firas.

"Langit memang berbalas kasih dengan bumi melalui hujan. Simbolik hujan, macam apa yang Sya cakap..satu ialah ketenangan dan satu lagi ialah kesedihan.  Dan kasih sayang bukan hanya memberi ketenangan, tetapi juga kesedihan. Ketenangan terjadi bila mana kita mendoakannya, dan kesedihan pula terjadi bila kita tahu kita tak akan boleh nak gapai dia."

"Saya..tak faham." Firas tergelak.

"Sya, masa kita belum kenal, abang selalu perasan kewujudan Sya. Tapi masa tu Sya tak kenal abang. But you know what, I felt so attached to you. As if..I was hoping to meet you again. And the only thing that I could do was to pray for you, pray for your health, pray for your safety..dan abang rasa ketenangan tu. Walaupun sebenarnya abang tahu abang memang tak ada harapan..abang tak boleh nak gapai Sya. Sebab rasa macam mustahil. Kan? Don't you think so?"

Asyfa terkedu.

"That's why I correlate it with rain, which  is not only drops of water. It’s the love of the sky for earth. They never meet each other but sends love this way. Like how I send my love for you."

Asyfa cuba mengawal riak terharu. Dia hanya tersenyum, walhal hati dah jadi sebak tiba-tiba.

Namun, selama mana sekali pun dia cuba untuk kawal, akhirnya air mata perlahan mengalir jua. Pantas disekanya dengan hujung jari. Terbit kembali rasa serba-salah selama ni bila tuduh Firas macam-macam, marah Firas macam-macam. Rasa kesal. Layak ke dia untuk orang yang macam Firas?

"Lah, kenapa tiba-tiba nangis?" Asyfa mengetap bibir. Dia menggeleng perlahan.

"Cengeng la dia ni. Perangai sekarang dengan dulu sama je." Firas hanya tergelak melihat muka cemberut Asyfa.

"Abang ingat lagi bila abang terpaksa pindah tadika. Masa kita ambil gambar, Sya still nangis. Sampai dah tak tahu nak pujuk macam mana." Asyfa tergelak. Air mata yang masih bersisa dikesat. Oh, dia pun ingat momen tu.

"I love that photo."

"Kalau suka kenapa koyakkan?" Firas menelan liur. Pahit semacam je liur dia tiba-tiba bila dengar soalan terlalu jujur Asyfa tu.

"Siapa suruh orang tu tuduh abang macam-macam. Jadi abang pun automatik fikir macam-macam. Abang ingat Sya tak suka bila dapat tahu abang minat Sya dah lama. Sebab tu abang sedih tau semalam. Serius sedih," terang Firas jujur.

"Oh, maksud awak, awak ingat saya marah-marah dekat awak sebab awak tipu saya? Sebab awak tak bagitahu yang sebenarnya awak dah lama kenal saya? Macam tu ke?" Anggukan Firas membuatkan Asyfa tersenyum.

"Ingatkan saya je jenis overthinking, awak pun sama jugak eh." Asyfa tergelak.

"Serap personaliti Sya la ni."

"Eei, tak baik!" Kedua-duanya serentak gelak.

"Sya, nak tahu simbolik bunga mawar tak?" Asyfa mengangguk laju. Dari tadi lagi dia tertanya-tanya. Nasib baik Firas tunaikan janji dia nak bagitahu.

"Perasan tak, mawar dalam balang kaca tu tak berduri?" Asyfa menghalakan anak mata kembali pada mawar di dalam balang kaca tersebut. Ya, baru dia perasan.

"Thornless red rose means love at the first sight. So, apa yang abang nak bagitahu ialah..you're my love at the first sight, and also my first love."

"Sebelum ni, I couldn't confirm it actually. Sebab kalau suka pun, macam mustahil akan jumpa balik. I met you when I was form 4, so lepas daripada tu kita dah tak jumpa. So, in between those time, abang macam ada hati dekat Luna la..sebab I thought that my feelings for you were not realistic." Asyfa terangguk-angguk mendengar. Tumpuan masih diberikan sepenuhnya pada Firas.

"But then abang kemalangan masa umur 18 tahun. Macam yang abang dah pernah cerita dulu, Luna sikit pun tak ambil endah pasal abang. Tak mintak lebih pun, sekurang-kurangnya tanyalah khabar. Abang faham je kalau dia ke luar negara sebab nak sambung belajar. Tapi bila dah macam tu, abang jadi tawar hati."

"But I met you Sya. Again. Lepas beberapa tahun dah tak jumpa. Kita satu universiti. Memang universiti tu besar, tapi abang selalu bertembung dengan Sya. Then that was when I agreed with the phrase that said 'Real feelings don't just go away'."

"So, kesimpulannya, before I have 'temporary' feelings for Luna, I met you first. You're also my childhood friend. Jadi, that's why you're my first sight love and my first love. Jelas?" Asyfa tersenyum. Dia perlahan mengangguk.

"Berbalik semula kepada simbolik thornless red rose ni. Abang cuma letak a single red rose, which automatically means..." ayatnya dijeda seketika.

"I love you."

Firas bangun daripada labuhan. Sejurus itu, seutas rantai terus dipakaikan pada leher Asyfa.

"Ingat tak bila abang cakap abang pergi Love & Co sebab nak belikan sesuatu untuk ibu? Sebenarnya, abang belikan untuk Sya. As a sign to officially propose you." Asyfa kaku seketika. Lamar apa pulak ni?

Firas tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Kedua-dua tangan Asyfa diraih.

Asyfa turut bangkit dari labuhan. Kini, dia berdiri setentang dengan Firas. Hanya hati sahaja yang memainkan peranan berbicara untuk seketika.

"Asyfa Hanan binti Hazwan, you're actually my first and will always be my last. No need others to interrupt our relationship. If you agree to accept me as an important part of your life, let's build our relationship further. With the key of communication and trust."

"Will you?" Lama Asyfa menatap wajah Firas, mencari keyakinan untuk turut sama menyuarakan isi hati. Akhirnya, dia perlahan-lahan mengangguk membalas.

"Saya..setuju," ujar Asyfa perlahan. Senyumannya mula terlakar di wajah. Kakinya dijengketkan sedikit lalu dahi Firas dikucup lembut.

Tergamam Firas untuk seketika.

"Firas..."

"..or should I call you..abang?" Wajah Firas cuba dihayati Asyfa lama. Nak tergelak pun ada tengok muka Firas macam tak percaya je. Ya lah, tu pun permintaan Firas jugak kan selama ni.

"Abang sounds great if it comes from you." Asyfa tergelak kecil. Tangan dilingkarkan di leher Firas.

"Selalunya ada je orang yang akan kacau kita kan? Tapi nasib baik malam ni abang buat tindakan bijak untuk matikan telefon."

"Saya pun." Mereka berdua tergelak. Geli hati jugak sebenarnya. Ya lah, asal nak berbibit cinta mulalah ada pengganggu yang masa tu jugak nak call. Macam tak ada masa lain.

"So abang.." leret Asyfa memanggil.

Senyuman berlesung pipit Firas terukir.

"Yes sweetie?"

"Let's move one step forward. Sebab malam ni..you're mine, and I'm officially yours."

Continue Reading

You'll Also Like

4.1M 247K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
2.8M 149K 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung r...
1.9M 45.4K 62
# 1 out of 4.1k omg !!!!!! #26 out of 863 auchhh? (6/7/18) -Tamat- " Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku . Kenapa mesti kau hadir dan musnahkan...
61.9K 2.6K 65
Helena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Merek...