FIRASY ✓

Von Thekalon

489K 39.1K 3.8K

Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati... Mehr

FIRASY
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44 (flashback)
45 (flashback)
46
47
48
49
50
51
52
53
FIRASY ( Dear diary)
55
56
57
58
59
60
61
❤️
✨ Special Chapter ✨

54

7K 600 89
Von Thekalon

"THAT'S you Asyfa Hanan. You're actually my first and will always be my last."

Asyfa terdiam. Lama.

Baru sahaja air mata terasa ingin mengalir di pipi, pantas sahaja Firas menekup bantal ke mukanya. Kuat Firas menggelakkan Asyfa yang sudah terjerit kecil.

"Firas!!! Apa awak ni?!" Firas masih menggelakkan Asyfa. Lesung pipit di pipi Firas juga jelas kelihatan. Manis sungguh. Ni kalau nak marah memang kena fikir dua tiga kali dulu ni.

"Sya, just shh. Simpan air mata tu untuk malam esok."

Sempat juga Firas mengenyitkan mata padanya. Tapi Asyfa macam biasalah..memang auto loading. Tak faham langsung dengan kenyitan Firas tu.

"Kenapa? Malam esok kenapa? Awak nak bunuh diri ke apa?"

"Damn. You want me to die that easily? My diary influenced you that much huh, sweetie?" Hidung Asyfa dicuit.

Asyfa hanya ketawa. Langsung tidak dihiraukan anak mata Firas yang tajam memanahnya dengan wajah cemberut itu.

"Tu bukan diari awak lagi dah. Tu dah jadi diari saya. Jadi saya nak simpan, boleh?" Firas menggeleng laju. Wajahnya perlahan-lahan didekatkan pada wajah Asyfa. Bukan itu sahaja, kedua-dua belah tangannya juga turut dikunci pada pergelangan tangan Asyfa.

Asyfa terkedu untuk seketika. Hilang terus tawanya. Terkebil-kebil matanya merenung Firas yang semakin mendekatkan dirinya itu.

"Even though it's not my diary anymore, it's not gonna be fully yours too. So, I stick with my decision..it's gonna be officially ours. Sebab dalam tu ada memori kita berdua. That's why I wrote it prettily, pretty."

Tenang dan menggoda sahaja suara itu menyapa pendengarannya.

Asyfa menelan liur. Gabra jugak dibuatnya. Dahlah suara setenang air laut, dalam nada separuh berbisik pulak tu. Tubuh dia automatik mengeras kalau macam ni gayanya!

"Er, awak jauh sikit boleh? Saya nak cakap sesuatu ni..tapi nanti merencik air liur saya dekat muka awak nanti." Asyfa cuba mencari seribu satu alasan. Dan alasan ini mungkin yang paling kukuh!

Firas memincingkan matanya sedikit sebelum mula tergelak. Tahu akan niat sebenar Asyfa, tapi permintaan Asyfa masih diturutkan tanpa berdalih. Wajahnya dijauhkan sedikit dari wajah Asyfa. Rambutnya yang sesekali terjatuh itu dikuak kembali keatas.

Perasan Asyfa masih ralit memerhatikannya, keningnya dijongketkan.

"Ya? Kenapa?" Asyfa menggeleng laju. Sempat juga dia memuji ciptaan Allah yang satu itu sebelum dia berdehem perlahan. Cuba kembali fokus kepada apa yang ingin dilontarkan dari tadi.

"Er, saya terfikir la Firas. Macam mana eh kalau awak takkan jumpa saya dah? Lepastu awak tulis macam ni? Awak tak terfikir ke betapa sakitnya hati isteri awak nanti kalau dia baca diari yang awak tulis khas untuk perempuan lain?"

Firas kelihatan berfikir.

"But you're my wife." Selamba dia memberikan jawapan.

"Saya cakap 'kalau' awak tak jumpa saya kan."

Perkataan 'kalau' itu ditekankan. Haih, susah jugak kalau bercakap dengan orang realistik macam Firas ni.

"I don't care. The word 'kalau' will never be in my dictionary. If you're mine, then you're mine. No other women should be involved in our relationship."

"Tapi-"

"Shh. Just shh." Firas melekapkan jari telunjuknya pada bibir Asyfa. Menyuruhnya supaya tidak lagi mengemukakan apa-apa huraian.

"Dah la banyak cakap. Merapu pulak tu. Sekarang abang dah mengantuk ni. Nak tidur. So can you please keep the question for tomorrow? Remember, esok kan candle light dinner kita."

Asyfa mencebik. Ceh, tak habis-habis dengan candle light dinner. Kalau tak jadi macam mana?

"Eei, ya lah. Pergilah tidur. Good night."

"Good night je tak cukup. I need a hug too."

"Eei, mengadanya..." Sempat Asyfa mengutuk dengan wajah menyampah yang dipamerkan buat-buat itu. Namun tak lama apabila wajahnya dihiasi pula dengam senyuman manis.

"Tapi saya tak cakap pun salah. Come here," kata-kata Asyfa membuatkan Firas agak terkelu. Riak wajahnya jelas terkejut.

"Er, really? I mean..I can go there? Into your hug?"

"Lah, yang awak pulak segan dengan saya ni kenapa? Tadi okay je menangis dekat baju saya. Tengok ni, dah basah. Tak malu." Firas tergelak kecil. Jari telunjuknya dilekapkan di bibir. Menghalang Asyfa untuk menghuraikan lagi keadaannya tadi.

"Janganlah ingatkan." Asyfa turut sama tergelak.

"Habistu janganlah segan."

"Tak segan pun. Cuma..." Belakang tengkuknya diusap sambil cuba menyusun ayat yang sesuai. Telinga Firas yang sudah memerah membuatkan dia akhirnya menjadi mangsa gelakan Asyfa untuk kesekian kalinya.

Pelik pula bila tengok Firas macam ni. Tak pernah-pernah malu, tup-tup bila balik dari Johor jadi macam ni. Ke sebab dah lama diaorang tak jumpa? Tapi taklah lama sangat. Bukannya sebulan atau setahun ke apa...

Hampir seminggu je!

Melihat tubuh Firas yang masih kaku di posisi asal, Asyfa segera merapati Firas. Tubuh Firas dibawa ke pelukannya lalu belakang badan suaminya itu ditepuk-tepuk lembut.

Firas berdehem perlahan untuk menghilangkan kejanggalan yang tiba-tiba terbit. Tadi okay je, tapi entah kenapa dia tiba-tiba malu pulak dengan isteri sendiri.

"As expected." Firas bersuara perlahan.

"Apa?"

"Feeling safe and comfort in your hug. But I need a pat on my head too." Asyfa hanya senyum. Tangan mula naik menepuk-nepuk perlahan kepala Firas.

"Awak ni clingy jugak kan sebenarnya?" Soalan Asyfa itu sengaja dibiarkan Firas tanpa jawapan. Dia pun tak boleh nak mengiakan soalan tu, tapi tak boleh menafikan jugak. Dia pun confuse.

"Dahlah clingy. Cengeng pulak tu."

Firas masih diam. Malas untuk membidas memandangkan matanya juga seperti perlahan-lahan sudah mula layu. Dia dah cakap kan dia belum rehat sejak balik dari Johor. Penat.

"Sensitif. Kuat merajuk."

Firas yang masih diam membuatkan dahi Asyfa berkerut. Lah, kenapa Firas tak bidas eh kali ni? Kebal sangat ke hati dia sekarang? Ke dah tak ada perasaan sakit hati?

"Hati tisu."

Diam.

"Keras kepala."

Masih diam.

"Gatal."

Berterusan diam.

"Gedik."

Firas diam lagi. Hanya suara Asyfa dengan deruan perlahan pendigin hawa sahaja bersilih ganti kedengaran. Aik?

"Firas, jangan cakap awak dah tidur?"

Apabila suara Firas sudah tidak kedengaran, Asyfa mengukir senyum nipis. Sah, memang Firas dah tertidur ni!

"Firas, kalau lama-lama macam ni, kejung jugak badan saya nanti. Awak bangun kejap boleh? Tidur elok-elok."

Tubuh Firas cuba dileraikan dari pelukan. Firas kelihatan mamai. Matanya seketika terpejam, seketika terbuka. Lalu perlahan-lahan Firas menghenyakkan tubuhnya di atas katil. Langsung tidak menghiraukan Asyfa yang sudah tersenyum geli hati memandangnya.

Asyfa menutup lampu terlebih dahulu sebelum dia mula mengambil tempat berbaring di sebelah Firas. Wajah Firas ditatapnya lama.

"Someone that protects, but also need to be protected. Someone that appeared to be tough, but actually a softie. Someone that seems to be fierce, but actually just a cutie. You're one of a kind Firas Hakimi. I'm glad that you're mine..so I can see this side of you more."

"Sleep well, good night and sweet dreams. Sorry for everything. Saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak."

•••

FIRAS menuruni tangga menuju ke dapur. Rambutnya diraup ke belakang. Serabut betul bila dah terbangun lewat ni. Auto jadi tak ada mood. Nak bangun pun jadi malas, nak makan pun jadi tak bermaya, nak borak pun confirm jadi macam nak cari gaduh. Tapi tak lah lewat sangat, dalam pukul 9 jugak.

Er, agak lewat lah untuk orang yang berkeluarga dan bekerjaya macam dia ni.

"Awal along bangun..kitaorang dah nak balik pulak dah ni." Teguran Akim hanya membawa kepada jelingan tajam Firas padanya. Kek cawan yang berada di tangan Akim dirampasnya lalu dibawa ke mulut.

"Ala along! Nak ambil sendiri la!"

"Lah, memang along tengah ambil sendiri jugak ni. Ambil dekat tangan kau." Seraya itu rambut Akim sengaja dikusutkannya. Mata masih tercari-cari kelibat Asyfa yang langsung tidak kelihatan.

"Mana orang lain?"

"Cakap je la cari Kak Asya," gumam Akim perlahan. Rambutnya yang sudah serabai disebabkan Firas dikemaskan sedikit.

"Kak Asya dekat dapur."

"Oh, buat apa?" Akim menjegilkan matanya. Aduh, soalan IQ rendah macam tu pun dia kena jawab jugak ke?

"Berus gigi, tak pun berkebun."

Pap!

Bahu Akim dipukul Firas agak kuat. Akim mengaduh kecil. Nasiblah tu abang sulung yang banyak berjasa dengan dia! Kalau tak, memang dah lama dia balas.

"Jangan mengarut Firhad Hakim."

"Habistu tanya soalan tak logik! Kalau dekat dapur confirm lah tengah masak!" Akim merengek kecil sebelum berlalu meninggalkan Firas yang sudah galak mentertawakannya.

Adik dia ni memang tak pernah tak sensitif! Entah macam mana lah orang macam ni ialah orang yang sama suka buat masalah dekat sekolah dulu. Hai Akim, Akim..

Langkah diatur segera ke dapur. Perlahan-lahan dia mendekati Asyfa yang kelihatan ralit menyiapkan sesuatu.

"Hah! Buat apa tu?" Bahu Asyfa ditepuk, sengaja ingin mengejutkan isterinya itu.

Terhinjut bahu Asyfa dibuatnya. Dia menjeling Firas tajam.

"Eei, awak ni kan.."

Mata Firas kembali menghala ke setiap sudut dapur. Mana yang lain? Abah? Ibu?

"Sya, mana orang lain?"

"Kemas barang dekat atas. Diaorang dah nak balik dah, awak tu yang baru bangun."

"Pembetulan. Bukan baru bangun, tapi baru mandi." Asyfa hanya menggeleng. Layankan je lah si Firas ni.

"Wanginya bau..." Terhenti seketika kerja Asyfa meletakkan krim di atas kek cawan itu. Matanya dihalakan pada Firas yang kekal berdiri di sebelahnya.

"Thank you. Awak nak rasa ke?" Kek cawan dicapai lalu disua pada Firas. Gelengan Firas membuatkan dahi Asyfa berkerut. Wajah Firas dipandang tak berkelip. Tidak faham dengan maksud pandangan Firas itu.

"No, not the cupcake. I mean..your fragrance. Wangi." Sebelah tangannya melingkari pinggang Asyfa lalu dilekapkan telapak tangannya pada kabinet. Menjadi halangan untuk Asyfa meloloskan dirinya.

Gulp!

Alamak. Macam mana Firas boleh berubah dua mood ni. Malam semalam lain, hari ni lain pulak.

"Since there's only the two of us dekat dapur..I think-" Asyfa menelan liur. Biasanya kalau Firas guna ayat ni, bermakna dia nak menggatal.

Baru sahaja ingin mengusik Asyfa, telefon yang tiba-tiba berdering mematikan hasratnya. Firas mengetap bibir. Ya Allah, tak boleh ke untuk sekali je tak ada orang ganggu dia dengan Sya?!

Melihat sahaja nombor pemanggil yang tertera, ikon merah segera diseret. Nombor yang dia tak kenal, tapi dah boleh agak siapa. Hah, kalau sorang ni lagilah. Tak boleh ke tak ganggu terus dia dengan Sya? Apa yang setia sangat perempuan tu? Move on je lah terus, orang dah berkeluarga kot!

Dia tu lawa, petik je lah jari. Confirm ramai beratur.

"Kenapa awak tak jawab je?" soal Asyfa tenang. Bermula dari semalam, memang dia dah niat tak nak fikir ragu-ragu lagi tentang Firas.

"Sebab.." ayat itu dijeda seketika.

"Once I'm into you, others will remain invalid. Faham?"

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

176K 12.8K 70
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
1.4M 45.7K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
1.3M 37K 61
4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak diha...
766K 25.4K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...