𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 |...

נכתב על ידי bearbyboo

1.2K 220 296

" Macam mana kalau tiba - tiba kau jatuh cinta dengan sunbae angkat kau tu ? " Choi Hayoon yang mula hidup be... עוד

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁
𝗘𝗣𝟬𝟭| 𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗯𝗮𝗿𝘂
𝗘𝗣𝟬𝟮 | 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵𝗽𝘂𝗻 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴
𝗘𝗣𝟬𝟯 | 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗿𝗶𝗼 𝗸𝗮𝗿𝘁
𝗘𝗣𝟬𝟰 | 𝗺𝗶𝘀𝗶 𝗵𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗽𝗮𝗴𝗶
𝗘𝗣𝟬𝟱 | 𝗳𝗶𝗿𝘀𝘁 𝗱𝗮𝘆, 𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗸𝗮𝗰𝗮𝗸
𝗘𝗣𝟬𝟲 | 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗯𝗮𝗱 𝗺𝗼𝗼𝗱
𝗘𝗣𝟬𝟳 | 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗿𝗶
𝗘𝗣𝟬𝟴 | 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗿𝗶
𝗘𝗣𝟬𝟵 | 𝘀𝗲𝗿𝗶𝗯𝘂 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮
𝗘𝗣𝟭𝟭 | 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗣.𝗘
𝗘𝗣𝟭𝟮 | 𝗮𝗸𝘂 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 ?
𝗘𝗣𝟭𝟯 | 𝘀𝗲𝗸𝗲𝗽𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗰𝗸𝗲𝘁 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵
𝗘𝗣𝟭𝟰 | 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 𝗱𝗮𝘁𝗲
𝗘𝗣𝟭𝟱 | 𝗮𝗸𝘂, 𝗱𝗶𝗮, 𝗳𝗲𝗿𝗿𝗶𝘀 𝘄𝗵𝗲𝗲𝗹
𝗘𝗣𝟭𝟲 | 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻
𝗘𝗣𝟭𝟳 | 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮
𝗘𝗣𝟭𝟴 | 𝗿𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗼𝗻𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗮𝗸𝘂
𝗘𝗣𝟭𝟵 | 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻
𝗘𝗣𝟮𝟬 | 𝗸𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗹𝗱𝘂 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮
𝗘𝗣𝟮𝟭 | 𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗱𝗶𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗱𝘂𝗴𝗮
𝗘𝗣𝟮𝟮 | 𝗶𝘁'𝘀 𝗮 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝗰𝗼𝗻𝗳𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻𝘀
𝗘𝗣𝟮𝟯 | 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗿𝗲𝗳𝘂𝗻𝗱
𝗘𝗣𝟮𝟰 | 𝗲𝗸𝘀𝗽𝗲𝗿𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮
𝗘𝗣𝟮𝟱 | 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗶𝗻𝗴𝘆𝘂
𝗘𝗣𝟮𝟲 | 𝗺𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴
𝗘𝗣𝟮𝟳 | 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀𝗸𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴
𝗘𝗣𝟮𝟴 | 𝗱𝗶𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿
𝗘𝗣𝟮𝟵 | 𝗽𝗲𝗺𝗲𝗿𝗴𝗶𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻
𝗘𝗣𝟯𝟬 | 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝘆𝗼𝗼𝗻
𝗻𝗲𝘄 𝗯𝗼𝗼𝗸 !!

𝗘𝗣𝟭𝟬 | 𝘂𝗻𝗽𝗹𝗮𝗻𝗻𝗲𝗱 𝗺𝗼𝘃𝗶𝗲 𝗻𝗶𝗴𝗵𝘁

48 13 5
נכתב על ידי bearbyboo

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

"Aunty pergi tak lama. Seminggu je. Kamu jangan sedih tau !" pujuk Puan Kim.

Aku mengangguk dengan senyuman menenangkannya. "Iya, aunty. Ni dah nak masuk kali ke sepuluh aunty cakap. Don't worry, Hayoon okay"

Tuan Kim dan Mingyu di belakang berpaling melihat drama sinetron antara Puan Kim dan aku. Tuan Kim bercekak pinggang.

"Alah, kita pergi seminggu je. Lagipun Mingyu ada nak jaga Hayoon ni. Yang kamu risau sangat kenapa ?" bebelnya.

Wanita tua itu menjeling suaminya. Tangan kanan diangkat mengacah mahu mencubit.

"Awak tu memang tak ada perasaan. Mingyu tak apalah kita dah biasa tinggalkan dia. Ini Hayoon ni. Macam mana dia nak survive ? " Mingyu mengangkat kening. Dari kisah Hayoon nak kaitkan dengan dia pulak.

Dia menggeleng sambil ketawa kecil. Tubuh Puan Kim ditarik untuk berdiri sebelahnya. Kepala wanita tersebut ditarik ke dalam pelukan.

Susah betul nak suruh wanita ini bercuti. Percutian yang dirancangnya dan Tuan Kim selama beberapa minggu.

"Iya, eomma. Jangan risau. Mingyu akan jaga anak kesayangan eomma ni" ejeknya.

Sebuah cubitan melekat di pinggang. Mingyu mengaduh lalu menunduk.

"Bukan anak kesayanganlah. Menantu" bisik Puan Kim perlahan. Mingyu mengangkat kening.

Hanya mereka berdua anak-beranak saja yang mendengar.

Tuan Kim menarik isterinya pergi. Mereka melambai dari tingkap kereta dengan senyuman. Hayoon dan Mingyu melambai semula hingga kereta yang dipandu Wonwoo itu hilang dari pandangan mata.

Keadaan sunyi semula selepas mereka berdua sahaja yang tinggal di situ. Hayoon bergegas masuk meninggalkan lelaki di sebelahnya berseorangan.

Tak sanggup nak berdiri lama - lama di situ. Kekok gila.

+×+

Butang remote tv ditekan. Malam ini Movie Night !!

Bibirku tersenyum - senyum memikirkan saat Puan Kim memberi keizinan untuk dia lakukan apa sahaja di dalam rumah ini. Jadi, malam ini dia merancang untuk menonton movie di ruang tamu.

"Kau buat apa tu ?" aku tersentak memegang dada. Muncul macam The Nun dalam cerita The Conjuring.

"Tengok movie" jawabku malas.

Mingyu mengangguk tetapi masih berdiri di situ. Berdiri berpeluk tubuh di sebelah sofa. Aku mengerling beberapa kali.

Alah, pergilah naik bilik ke apa ! Aku nak tengok movie ni sensorang !! Ish !!

"Er- kau nak tengok sekali ? Cerita hantu ?" pelawaku teragak - agak. Nanti tak diajak dikataoan kurang ajar pula dengan tuan rumah.

Please say no. Please say no !!

Dia mengangguk lagi.

Agh !! Bilik kau kan ada tv. Pergilah tengok sorang - sorang dekat sana. Bukan selalu pun aku tengok tv dekat sini.

Aku meraung geram di dalam hati. Tak nampak ke muka aku tengah tak rela ni ??

"Kau nak popcorns ?" soalnya sambil meletakkan telefon di atas meja. Aku memandang lelaki itu pergi berjalan ke dapur.

"Nak !" jawabku teruja.

Fuiyyoh, popcorns ! Bukan biasa - biasa rumah orang kaya ni. Mingyu ketawa lalu berpaling. Senyumanku kendur. Kenapa ? Aku ada salah cakap ke ?

"Kenapa ?" dia menggeleng. "Nothing. Cuma aku rasa kau comel sangat" ucapnya selamba lalu menghilangkan diri di balik dinding dapur.

Aku terdiam. Ayat pickupline apakah itu ?

Ting !

Aku menunduk. Telefon bimbit milik Mingyu bercahaya menunjukkan ada mesej yang baru masuk terpapar di skrin telefon.

Hoshi Anak Harimau
Woi pakcik ! Cakap nak lepak dekat
PC Bang ? Kau kat mana sekarang ?

Seungkwan tunggu sampai nak
terberanak kau tahu tak ?

"Dah mula dah ke ?" tegur Mingyu dari belakang.

Aku menjerit terkejut. "Kau ni ! Datang bagi signal ah !! Nak tercabut jantung aku !"

Mingyu ketawa. Tanpa dijemput, dia duduk di sofa. Mangkuk besar berisi popcorns diletakkan atas meja.

"Nak tengok cerita hantu, tapi aku tegur pun takut" ejeknya.

Badannya dihempas bersebelahan denganku.

"Yang kau duduk sini kenapa ? Banyak lagi kan tempat lain ?" aku menghalau. Dia menunding ke arah mangkuk popcorns tadi.

"Jauh nak ambik" bibirnya memuncung. Aku mendecit benci.

Mahu bersandar namun bahu kami yang bersentuhan membuatkan aku mengesot ke tepi. Tersedar seperti aku mejauhkan diri, Mingyu menarik aku mendekatinya kembali.

"Duduk sini jelah. Kau nak pergi mana ?"

Aku menjeling. "Weyh" dia berpaling.

"Kau takut kan sebenarnya ?" soalku menyakat.

Patutlah nak tengok sekali. Takut duduk dalam bilik sorang - soranglah tu. Harap muka je garang. Tapi penakut.

Dia mengangkat kening. Wajahnya menunduk hingga hidungnya bersentuhan denganku.

"Kalau aku takut, kau nak teman aku tidur malam ni ?" soalnya menggoda.

Aku menggeleng pantas lalu menepis wajahnya. Jarak kami sengaja dijauhkan kerana rasa berdebar yang menyerang secara tiba - tiba.

Mingyu ketawa kecil. Senyumannya hilang selepas telefon bimbitnya berdering. Dia hanya mengintai nama pemanggil lalu menekan butang merah.

Kepalaku menjenguk. "Kenapa tak angkat ?" soalku.

"Hoshi. Dia nak tanya pasal homework. Malaslah. Nanti aku mesejlah dia" ucapnya sambil bersandar ke sofa. Telefon tadi sudah dimatikan.

Aku mengangguk walaupun tahu yang lelaki itu sedang menipu. Tapi, kenapa dia hendak menipu ?

+×+

Jam di dinding menunjukkan waktu 11 malam. Movie yang dipasang masih belum tamat. Aku mengerling ke arah Hayoon di sebelah.

Gadis itu sedang nyenyak tidur bersandar ke bahuku.

Perlahan - lahan, kepalanya dibawa ke dada lalu aku mencempungnya naik. Nafasku bagai terhenti sewaktu dia mengeliat kecil tetapi masih tak terjaga.

Keluhan lega dilepaskan.

Sampai saja ke pintu bilik, tombol pintu dipulas dengan berhati - hati. Takut dia terjaga pula. Nanti tak pasal - pasal kena cop ambil kesempatan waktu dia tidur.

Tubuhnya didaratkan di atas katil lalu selimut putih diangkat menutupi badan hingga ke dada.

Hayoon mengeluh lega selesa dengan katil sendiri yang empuk tak terkira. Aku tersenyum kecil.

Peluang itu aku ambil untuk duduk merenung wajahnya lama. Dari mata, hidung ke mulut. Semuanya sudah berubah. Hayoon si kerdil dulu kini menjadi cantik dan comel.

"Ah, bulu mata dia tebal" bisikku seorang diri.

Tangan ini gatal mahu melunjur menyentuh matanya.

Hayoon mengeliat lagi. Namun kali ini tanganku dipegangnya. Aku menahan nafas. Sekuat mana aku cuba untuk menarik, sekuat itu juga dia memegang tanganku.

"Nak pergi mana ?" gumamnya manja.

"Balik bilik aku" jawabku ragu - ragu. Dia masih tidur atau sudah tersedar ?

Bibir mungilnya tersenyum. Aku merenung sekali lagi. Mustahil. Mata Hayoon masih terkatup rapat.

"Good night" ucap gadis itu lalu melepaskan tanganku.

Dia masih tidur.

Aku ketawa dalam senyap. Rambutnya diusap kemudian diselitkan di belakang telinga.

"Good night, love"

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

sebab ni ff mingyu an.. tu yg banyak gambar
mingyu tu. takkan gambar dk kowt ᶘ ͡°ᴥ͡°ᶅ

המשך קריאה

You'll Also Like

4.2K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...
27.3K 773 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
77.9K 397 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
15.4K 2.3K 32
𝐚 𝒍𝐞𝐞 𝒅𝐨𝐤𝐲𝐞𝐨𝐦 𝐟𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 . jumpa balik ex - crush zaman sekolah , ingat best ke ? . ━━━ ⌗ completed.