MEMORIES

By izyyyan

8.4K 1.8K 332

[IN EDITING] Kenangan Itu Akan Kekal Selamanya Dalam Ingatan. -TENGAH KARANG BLURB BARU- ••• PUBLISHED : 14 A... More

00
01
02
03
04
05
06
07
09
10
11
12
13

08

228 112 13
By izyyyan

KNOK KNOK KNOK KNOK KNOK

"Assalamuaikum!"

Puan Zahra bingkas bangun dari duduknya setelah terdengar bunyi ketukan pintu yang disusuli suara seseorang memberi salam. Dia pasti itu suara anak sulungnya kerana dia amat mengenali suara lunak itu.

Pintu segera dibuka selepas tangannya mencapai tombol pintu. Salam dijawab penuh tertib.

"Siapa di sebelah kamu itu, Ira?" Puan Zahra menyoal sebaik sahaja matanya bertembung dengan figura seorang jejaka yang terpacak berdiri di sebelah anaknya itu.

"Panjang ceritanya, ma. Boleh kami masuk dulu?" Izra meminta kebenaran.

Terus terangkat kening Puan Zahra. Tak pernah anaknya ini menjadi se-sopan seperti ini. "Masuklah. Papa ada kat ruang tamu."

Izra terus menapak ke dalam disusuli Rayyan. Namun jejaka itu menghentikan langkah sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Puan Zahra. "Saya Rayyan, auntie. Saya kawan Izra." Rayyan perkenalkan dirinya.

"Oh, Rayyan nama kamu. Jemputlah masuk, Rayyan." Puan Zahra mempelawa Rayyan dan melangkah beriringan bersamanya. Dia agak terkejut dengan tindakan anaknya itu. Boleh pula dia tinggalkan rakannya sendiri.

"Anak papa dah balik!" Encik Huzairi jerit keriangan setelah melihat kemunculan anaknya itu.

"Papa! I miss you!" Izra terus dakap tubuh papanya.

"Tak usah merasa pelik dengan perangai kebudakannya itu, Rayyan." Puan Zahra bersuara kepada Rayyan yang juga turut melihat adegan itu. "Jemput duduk, Rayyan."

Izra lepaskan pelukan setelah mendengar nama Rayyan disebut. Dia terlupa akan kehadiran jejaka itu. "Amboi, senang-senang aje dia peluk suami mama." Puan Zahra menegur sambil berpeluk tubuh.

"Suami mama, papa kita." Izra tersenyum sumbing lalu mengambil tempat di sebelah mamanya. Dia peluk pula lengan mamanya itu.

"Apa angin anak papa datang ke sini? Kebiasaannya hari begini kamu mesti sibuk dengan kerja.. ini kamu bawa kawan kamu pula, ya." Encik Huzairi ukir senyuman buat Rayyan yang sudah mengambil tempat itu.

Rayyan berganjak dari duduknya. Dia pergi ke arah Encik Huzairi dan menyalami kekura tua itu. "Saya Rayyan, uncle. Saya kawan Izra,"beritahunya selepas itu.

Encik Huzairi menepuk lembut belakang tubuh Rayyan. "Jemput duduk, Rayyan."

Rayyan angguk saja dan mengambil tempatnya semula.

"Papa.. mama," Izra panggil kedua orang tuanya dan kesemua pasangan mata tertumpu ke arahnya. Senyuman gadis itu tiba-tiba memudar.

"Ira ada benda nak bincang." Izra lihat raut wajah mereka seakan ternanti-nanti. Dia lepaskan keluhan kecil. Mama pasti kecewa. "Ira mahu putuskan pertunangan Ira dengan Farish."

"Kenapa tiba-tiba ni, sayang? Lagi beberapa bulan kamu akan disatukan."

Tangan Izra mencapai beg tangannya lalu mengambil alat rakaman suara dan sekeping sampul berwarna coklat. "Sebab.." Dia mula bercerita tentang apa yang terjadi dan kemudian alat rakaman itu dimainkan.

"Keputusan Ira muktamad. Ira tak mahu teruskannya," putus Izra sebaik sahaja rakaman itu tamat. Dia letakkan cincin pertunangannya di atas meja.

"Baiklah kalau begitu. Mama juga setuju.. mama tak sangka Farish macam ni," ujar Puan Zahra, tidak rela mempunyai menantu yang mempunyai sifat seperti itu.

"Mama.. Ira minta maaf kalau apa yang terjadi ni buat mama kecewa. Ira tak mahu mama putus kawan dengan auntie Humai disebabkan Ira dan Farish tak jadi kahwin."

"Apa kamu fikir mama kamu ini seumuran adik kamu, Izrel itu?" Respon Puan Zahra sempat menyebut nama anak bungsunya yang tidak ada kena mengena.

"Esok papa akan berjumpa dengan keluarga Farish," balas Encik Huzairi setelah itu dan mengalihkan pandangan Izra ke arahnya. "Ira kena ikut sekali ke?" Izra menyoal.

"Ikut kamu lah."

"Ira tak nak."

Encik Huzairi mengangguk kecil. Dia sudah menjangka itulah jawapan anak gadisnya.

"Uncle.. auntie," Rayyan tiba-tiba bersuara dan secara tidak langsung menukar fokus mereka ke arahnya. "Saya pun ada benda nak beritahu kepada uncle dan auntie," bicara Rayyan sopan. Dia kerling pula Izra di seberang sana. Gadis itu sudah menayang isyarat untuk dia berdiam diri. Mungkin dia sudah tahu apa yang hendak Rayyan sampaikan.

Sudahnya, Rayyan abaikan saja isyarat itu walaupun Izra sudah melarangnya untuk bercerita dan sebenarnya gadis itu juga tak suruh dia masuk ke rumah ini kerana tak mahu keluarganya tertanya-tanya akan kehadirannya di situ tetapi Rayyan tak peduli semua itu dan terus sahaja mengikut tindak tanduk fikirannya.

"Apa kamu nak sampaikan, Rayyan?"

"Sebenarnya tadi.." Rayyan mula bercerita tentang hal yang berlaku tengah hari tadi.
Dia boleh nampak dan nilai sendiri riak wajah kedua orang tua Izra.

"Jadi untuk tu... uncle, auntie. Saya nak minta izin untuk bawa Izra tinggal bersama saya. Saya tak tinggal sendirian.. saya boleh ajak kakak saya untuk temankan Izra." Rayyan meminta kebenaran daripada orang tua Izra setelah dia selesai bercerita. Dia tak tahu sama ada tindakan ini baik padahnya tetapi dia pasti yang kediamannya itu cukup selamat.

Sepanjang perjalanan, idea inilah yang keluar daripada kotak fikirannya dan yang paling cepat untuk diuruskan. Sekali lagi dia kerling Izra di hujung sana. Jelas sekali raut wajahnya bertukar serta-merta. Gadis itu tergamam sebentar. Mungkin tidak menjangka dia akan berfikir sejauh ini.

"Aku tak setuju," bantah Izra terus, walau apa pun alasannya, dia tak akan setuju.

"Uncle tahu niat kamu ini baik tapi uncle rasa tak manis jika kamu buat macam itu. Kalaulah kakak kamu pulang lewat atau tiada di sana disebabkan beberapa faktor lainnya. Adakah anak uncle ini akan dibiarkan bersama lelaki yang bukan mahramnya?" Encik Huzairi menyoal kemudiannya. Dia rasa tak senang hati untuk biarkan anaknya tinggal di situ. "Maafkan uncle sebelumnya.. uncle tak izinkan," sambungnya.

"Saya buat semua ni atas kemahuan saya sendiri, tiada sesiapa pun yang memaksa saya, uncle. Saya boleh perhatikan dia dari jauh tapi saya risau kalau saya tak sempat nak selamatkan dia. Saya cuma mahu dia selamat, uncle. Dia tanggungjawab saya selama penjenayah itu masih belum ditangkap," ujar  Rayyan bersungguh. Dia tak boleh lupakan keadaan Izra semasa dia menyelamatkan gadis itu. Sungguh, tangisannya itu sesuatu yang membuatkan Rayyan tak senang. Dia rasa.. tak keruan.

Dia tak mahu lihat Izra hadapi keadaan seperti itu lagi.

"Nikahi anak uncle ini, Rayyan. Jika benar-benar kamu ingin menjaganya." Cabar Encik Huzairi pula. Mahu sangat kan jaga anaknya. Namun begitu, dia tak buta untuk melihat sendiri keikhlasan daripada sepasang mata itu. Jejaka itu berkata jujur. Dia memuji dalam diam kesungguhan anak muda ini namun, dia masih tak senang dengan tindakannya.

Dia juga risaukan anaknya.

Sangat risau.

Jejaka ini juga sama dengannya, sehinggakan berani menyatakan niat seperti ini.

"Papa! Rayyan sudah bertunang. Janganlah macam ni." Izra lantas bersuara kembali. Dia tak mahu jadi orang ketiga dalam hubungan orang lain. "Rayyan. Lupakanlah niat kau tu. Aku tak setuju pun."

"Uncle tak tahu pula kamu sudah bertunang, Rayyan."

"Saya.. sanggup nikahinya." Tautan matanya bersatu dengan sepasang mata Encik Huzairi. Menzahirkan satu rasa yang dia sendiri tak tahu nak difinisikan sebagai apa tetapi mulutnya ini seakan-akan bisa berkata sendiri.

"Rayyan! Kau gila. Jangan hancurkan hati tunang kau disebabkan kau nak menjaga aku! Aku tak perlukan semua ini, Rayyan. Sudahlah. Hentikan semuanya." Izra sudah tidak senang duduk

Tolonglah, dia tak mahu. Biarpun hatinya ini masih terpaut dengan jejaka itu, dia tetap tak akan bersetuju.

Sebab.. dia tak mahu lukakan hati sesiapa.

Cukuplah dia seorang, cukup.

Jangan tambahkan lagi beban jiwanya. Dia tak mampu nak tampung beribu atau bejuta bebanan sekalipun.

"Jadi, kamu sanggup khianati tunang kamu dengan cara menikahi anak uncle ini? Adakah kamu sudah berfikir tentang hal ini sedalamnya?" Encik Huzairi sengaja menyoal dengan soalan seperti ini. Senekad manakah jejaka ini sanggup 'bertanggungjawab' demi anaknya?

Rayyan membisu.

"Rayyan, berfikirlah dengan akal. Auntie risau, kamu yang akan menyesal dengan tindakan kamu." Puan Zahra kemudiannya turut bersuara.

•—•—•

Gelora hatinya tak senang sejak balik dari rumah keluarga Izra tadi. Dia biarkan Izra di sana bersama ahli keluarganya walaupun hakikatnya dia tak sanggup. Dia tak tahu kenapa dia tak boleh lepaskan gadis itu. Dia tak tahu kenapa dia nak sahaja gadis itu ada di hadapannya. Apa yang gadis itu buat dengannya sampai dia jadi macam ni sekali?

Patutkah dia curangi cintanya dengan tunangnya itu? Patutkah dia nikahi Izra semata-mata untuk lindungi gadis itu? Dan, mampukah dia memujuk gadis itu?

"Kenapa nak sangat jaga dia, Rayyan? Cukuplah Ray perhati dari jauh. Kenapa perlu sampai tinggal serumah? Apa yang Ray fikir dengan cara itu dapat hentikan penjenayah itu daripada teruskan niatnya?" Suara Ayra naik memetir. Dia tak memahami apa yang sedang adiknya ini fikir.

Dia tak menafikan rumah ini selamat untuk didiami tapi kesemua di sini lelaki walaupun mereka jarang berada di rumah. Izra itu perempuan. Biarpun Rayyan menyuruhnya menemani gadis itu, dia tetap merasakan ianya bukan satu keputusan yang baik.

"Kediaman ini cukup selamat untuk dia dan mungkin Ray akan upah mengawal untuk menjaga di luar pintu. Memang tindakan ini tidak akan dapat menghentikan niat penjenayah tu tapi setidaknya, Ray boleh jamin yang Izra selamat. Ray tak perlu risau."

"Keluarganya boleh buat benda yang sama. Tak usahlah Ray terlalu bimbang akan keselamatannya. Cukuplah sekadar itu sahaja, tak perlu tinggal serumah atau bernikah. Ingatlah tunang kau tu, Rayyan." Ayra sebenarnya sudah mati akal untuk memujuk adiknya menghentikan niatnya yang satu ini. Jika Rayyan meneruskan niatnya ini, bukankah secara tidak langsung dia bersetuju untuk menikahi Izra?

Namun begitu, bagaimana pula dengan Naila, si tunang jejaka itu?

"Tapi.. Ray rasa ralat."

"Kenapa jadi begini ni, Rayyan?"

"Ada satu rasa aneh yang sedang mencengkam jiwa Ray sekarang ni, akak. Rasa ni buat Ray takut kalau ada apa-apa benda buruk terjadi kepada Izra. Ray takut kalau dia hilang daripada pandangan mata Ray. Mungkin memang benar katanya itu.. Ray sudah gila. Kenapa fikiran Ray masih diasak dengannya?"

Ayra hela nafasnya dalam. Apa sudah jadi dengan sang hati jejaka di hadapannya ini? Berbolak balik sudahkah perasaan itu? "Jadi.. Ray nak nikahinya atas alasan untuk menjaganya?"

Senyap.

"Dia ada keluarga. Mereka boleh uruskan. Apa yang Ray nak usahakan untuknya, semua itu keluarga dia sendiri boleh buat." Menyedari kebisuan Rayyan itu, Ayra sudah faham apa yang jejaka ini perlukan.

Dia cuma perlukan masa untuk menenteramkan hatinya yang sedang terumbang ambing tika ini.

"Akak balik dulu.. akak anggap perbincangan ini selesai," kata Ayra sebelum dia beransur pergi.

Sepi selepas itu.

Rayyan buntu.

Perlukah dia penuhi kehendak hatinya ini?

"Really? Ke kau sedang selamatkan karier kau?"

Apa yang sedang merasukinya?

"uncle tahu niat kamu ini baik tapi uncle rasa tak manis jika kamu buat macam itu. Kalaulah kakak kamu pulang lewat atau tiada di sana disebabkan beberapa faktor lainnya. Adakah anak uncle ini akan dibiarkan bersama lelaki yang bukan mahramnya?"

Sampaikan otaknya tak mampu mencernakan apa yang sebenarnya berbuku di jiwa dan batinnya.

"Nikahi anak uncle ini, Rayyan. Jika benar-benar kamu ingin menjaganya."

Perlukah dia?

Perlukah?

"Rayyan, berfikirlah dengan akal. Auntie risau, kamu yang akan menyesal dengan tindakan kamu."

"Rayyan." Satu suara garau menyingah halwa telinganya. Dia tahu siapa pemilik suara itu.

"Kenapa dengan aku ini, Irfan?"

"Kau betul-betul mahu menjaga dia, Rayyan?"

"Ya."

"Kenapa?"

"Sebab.. rasa tanggungjawab."

"Itu sahaja?"

"Lepas aku selamatkan dia.. aku tak mahu dia hadapi situasi yang sama bahkan lebih teruk daripada kejadian itu."

"Alasan kau ini lebih konyol berbanding Hanif itu." Irfan ketawa di hujung ayatnya sebelum dia kembali berbicara. "Kalau aku tak silap, kau pernah suka Izra, kan dulu? sebelum kau jatuh kasih dengan tunang kau sekarang ini. Kalau dia bukan Izra, adakah kau sanggup buat semua ni?"

Bukannya dia tidak tahu akan kisah sahabatnya ini.

Kedua-duanya memendam rasa hingga salah satunya mempunyai pilihan hati dan satu lagi terus memendam dan tersakiti.

"Adakah perasaan itu, berputik kembali setelah bertahun lamanya?" Irfan menyoal lagi.

"Tak. Tak mungkin. Itu kisah lama, Irfan. Lagipun selepas itu, aku dah dengan Naila."

"Kau couple dengan dia cuma main-main pada awalnya dan aku tak sangka kau berdua bertunang dan aku anggap kau mula serius dengan hubungan korang tetapi bila Izra muncul kembali, kenapa kau jadi begini? Macam perasaan itu sudah mula goyah."






•—TBC—•

Continue Reading

You'll Also Like

198K 6.5K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...
2.3M 27.4K 11
(Terbit| Complete) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022
484K 18.8K 81
Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah pemergian o...
40.5K 788 17
Nurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul...