FIRASY ✓

By Thekalon

489K 39.1K 3.8K

Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati... More

FIRASY
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
41
42
43
44 (flashback)
45 (flashback)
46
47
48
49
50
51
52
53
FIRASY ( Dear diary)
54
55
56
57
58
59
60
61
❤️
✨ Special Chapter ✨

40

7K 602 58
By Thekalon

          FIKIRAN Firas mula melayang teringatkan kejadian beberapa hari lalu. Niatnya menerima pelawaan untuk berjumpa dengan si pengirim mesej iaitu Uncle Lan hanya sekadar ingin berbasa-basi dengannya. Mungkin juga Uncle Lan memerlukan pertolongan darinya berkaitan Luna.

Gadis itu memerlukan sokongan dari orang sekelilingnya. Bukan mudah untuk membuang depresi dan anxiety yang menghantui diri selepas kejadian tersebut. Dia yakin walaupun gadis itu mungkin sudah semakin beransur pulih, masih ada kata hati yang akan mengganggu emosinya. Jika dibiarkan begitu sahaja, mungkin nyawa gadis itu akan melayang kerana diri sendiri.

Namun, lain pula yang berlaku apabila dia difitnah habis-habisan oleh orang yang pernah rapat dan dianggap ayah baginya. Pedih. Lagi pedih apabila kata-kata yang terhambur oleh Uncle Lan itu turut menghina orang yang disayanginya.

Kini, fikirannya tertumpu kepada Luna pula. Apa motif gadis itu mempergunakannya? Sekadar membalas dendam kerana hubungan mereka yang tak pernah kesampaian? Ataupun hanya sekadar kepentingan diri sendiri?

Wajahnya disembamkan pada meja. Dia terbatuk-batuk kecil. Entah kenapalah badannya juga turut berasa lemah. Jangankan nak makan, buat kerja pun tak larat.

"Firas!" Baru sahaja ingin memejamkan mata, tersentak Firas apabila dasar mejanya diketuk kuat. Wajahnya perlahan-lahan didongakkan. Lelaki di hadapannya itu dipandang tanpa perasaan.

"Kalau kau nak tanya pasal masalah perabot tu, aku tak cari jalan untuk selesaikan lagi."

"Taklah. Saja je nak jenguk kau. Member kan."

"Kau okay tak okay ni? Nampak lemah semacam je." Firas mengangguk. Wajahnya kembali disembamkan ke meja. Sumpah, bukan setakat tak larat, mood nak layan Affan borak pun dia langsung tak ada.

"Mengantuk." Hanya sepatah kata sahaja yang keluar.

"Mengantuk pergilah balik. Dah lewat ni. Kau ingat sikit, kau tu dah beristeri. Lainlah aku, nak stay semalaman dekat company ni pun tak apa."

Jam di dinding dikerling Affan sekilas. Hampir menginjak pukul 6.30 petang. Selalunya pukul 5 Firas dah balik. Tapi semenjak sehari dua ni, makin menjadi-jadi perangai gila kerjanya. Lagi-lagi bila terlibat untuk manage projek besar. Sebijik perangai seperti sebelum dia kahwin. Nasib tak buat hal nak stay semalam dekat sini je.

"Aku tidur rumah kau malam ni boleh?" soalan Firas itu hanya membawa kepada tunjalan di dahinya. Khas dari Affan.

Mengarut! Isteri dekat rumah tu macam mana nanti?

"Yang kau tak ada kerja nak tidur rumah aku ni apahal?"

"Aku tak laratlah weh nak drive balik rumah," perlahan sahaja suaranya. Jujur, dia memang tak larat. Nasib tak berpinar je biji mata ni. Kepala yang turut terasa berdenyut-denyut itu diurut.

"Kau ni kenapa? Demam ke bro?" Tangannya segera dilekapkan pada dahi Firas. Suhu yang terlalu panas itu membuatkan Affan semakin yakin akan tekaannya itu.

"Kau nak suruh aku call Sya ke.." Gelengan Firas membuatkan Affan terdiam seketika, cuba memikirkan idea lain.

Firas mesti tak nak susahkan Sya. Hmm, arif benar akan perangai Firas yang satu tu. Memang jenis tak suka susahkan sesiapa. Tapi kalau dah sakit macam ni, takkanlah tak nak minta pertolongan orang langsung? Kecil juga hatinya, sedangkan dia dan Firas dah lama bersahabat. Takkanlah pertolongan dia pun Firas tak nak jugak?

"Kalau aku hantar kau?" Firas mendongakkan kepalanya sedikit untuk memandang Affan. Baru sahaja dia ingin menggeleng, cepat sahaja Affan menyuarakan kata putus.

"Ah, aku tak perlu persetujuan kau. Kau balik dengan aku. Titik."

"Keret—"

"Kereta tu tinggal je, macam tak biasa."

•••

          MALAM ini kelihatan suram sahaja tanpa bintang yang menerangi dada langit dek hujan yang tak henti-henti turun. Hujan juga seakan dapat membaca rentak perasaannya. Sayu. Sayu apabila melihat kondisi Firas yang tidak bermaya. Wajahnya juga terlalu pucat.

Wajah Firas yang sedang tidur itu ditenungnya lama. Kata Affan, suaminya itu demam panas. Nak buat apa-apa kerja pun tak larat. Tu yang dia hantar Firas balik.

Sejak sehari dua ni pun Firas kerja kuat sangat, sampai tak sempat nak makan minum. Tidur pun tak. Kalau dia terbangun dari tidur, mesti Firas masih tiada di sebelah. Masanya banyak diluangkan di ruang kerjanya.

"Firas, awak ni..tak berdisiplin langsung," omelnya perlahan. Nak je dia membebel macam-macam, tapi tak tergamak la jugak bila tengok Firas demam macam ni. Lesu je. Bangun pun hanya sekadar untuk solat.

"Awak jangan la workaholic sangat. Sesekali kena jugak rehat. Seronok ke buat saya risau, hmm? Memang sifat awak macam tu ke Firas?"

Rambut Firas yang menutupi dahi itu diselak sedikit.

"Sya..." suara yang agak serak itu menyapa telinganya. Perlahan dan tidak bermaya. Matanya perlahan-lahan celik.

"Dahaga."

"Sekejap. Saya ambilkan air." Firas sekadar mengangguk.

"Awak nak apa-apa lagi tak? Saya ambilkan."

"No. Stay here. I just need you." Asyfa tersenyum nipis. Rambut Firas masih dibelainya lembut.

"Saya tak suka la awak macam ni. Selalu saya ada partner nak ajak borak, ajak gaduh." Firas tidak menjawab sebaliknya wajah Asyfa ditatapnya lama.

"Ke ada sesiapa bagi tekanan dekat awak? Eei, orang tu memang nak kena." Firas masih diam. Tidak ingin memberikan apa-apa jawapan. Walaupun dari tadi Asyfa tak henti-henti bercakap, tapi tak sedikit pun timbul rasa menjengkelkan baginya. Sebab kali ini bebel Asyfa ada lembutnya, ada risaunya. Selalunya dia hentam je.

"Awak tak payahlah pergi kerja esok. Awak tunggu saya balik." Gelengan Firas hanya menerbitkan keluhan kecil dari Asyfa.

"Saya balik awal. Saya janji. Lepas je budak-budak balik, saya terus balik rumah. Serius ni, saya janji tak melencong." Firas masih lagi menggeleng.

"Esok dah janji dengan klien," perlahan Firas menuturkan bicaranya. Dia tahu Asyfa tidak setuju dengan jawapannya, tapi dia masih tetap ingin kekal dengan keputusannya.

"Affan kan ada? Pekerja lain pun ada jugak. Bukan awak seorang je."

"That's my responsibility. Abang tak nak susahkan orang lain."

"Tapi awak tak sihat.." perlahan Asyfa berkata. Masih terasa hati dengan sikap Firas yang terlalu degil itu.

"It's okay. Kejap je."

"Suka hati awaklah." Asyfa mengeluh kecil. Asyik nak buat kuasa veto sendiri je. Tak boleh nak ikut keputusan orang lain.

"Marah abang ke?" Senyuman cuba dipamerkan Firas. Lucu melihat Asyfa yang sudah menunjukkan riak cemberutnya.

"Awak tu degil. Nanti kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Saya tak kisah la awak nak sakit macam mana pun, tapi cuba kisahkan orang sekeliling awak. Awak menyusahkan diaorang je nanti. Cukuplah awak menyusahkan—"

"Abang menyusahkan Sya? Sya rasa macam tu ke?" Pandangan redup Firas membuatkannya berasa serba salah.

"I get it. Sorry," ucap Firas perlahan.

"Tak..Firas, bukan macam tu."

"I feel calm with you..but you hurt me like how others did. I'm so upset."

"Firas..awak ingat saya sampai hati ke nak sakitkan hati awak dalam keadaan awak macam ni? Ya, memang saya nak cakap awak menyusahkan. Sebab awak degil. Awak terlalu fikir pasal orang lain. Tapi awak tak fikir pasal diri awak! Boleh tak..sayang diri awak. Please, at least for once. Be selfish for yourself, untuk kesihatan awak."

"Tapi—"

"Tapi apa?! Eei, stress la saya cakap dengan awak. Awak selalu nak cari excuse."

"Sorry.."

"Eei, nak sorry apa pulak? Awak tak buat salah pun.." suara Asyfa semakin mengendur.

"Sorry for being quite sensitive." Asyfa mengeluh kecil.

"Firas, awak faham kan maksud saya? Awak tahu kan saya tak suka awak macam ni? Saya tak sukalah awak demam macam ni. Gaduh dengan saya pun lemah. Tak cool, Firas. Tak cool."

"Firas, saya bukan nak hasut awak. Tapi awak stay la dekat rumah esok. Nanti makin lama awak demam, makin lemah awak jadinya. Asyik nak bersedih je, cakap sikit pun sensitif. Saya tak suka. Nak marah awak pun saya tak tergamak." Firas masih lagi diam.

"Nanti saya bagitahu Affan. Awak janganlah risau. Affan pun mesti faham." Firas masih tidak menunjukkan sebarang reaksi. Masih jua diam seperti tadi.

"Firas..."

"Ya?"

Tangan Firas dicapai lalu digenggamnya kemas. Senyuman nipis dipamerkan.

"Awak memang tak risau, saya yang risau. Please..be selfish for once? Okay?"

•••

          NOTIFIKASI whatsapp itu dikerlingnya sekilas. Kepalanya yang masih terasa berdenyut-denyut itu membantutkan segala perbuatan yang ingin dilakukannya. Tak larat, tertekan, tak ada mood. Semua dalam satu. Jaranglah keadaan mentalnya tidak stabil macam ni.

Telefonnya yang dari tadi berdering hanya dibiarkan. Tapi tidak lama apabila telefon itu berterus-terusan berbunyi sehingga mengganggunya.

Nama pemanggil dibaca.

Akim?

"Hello Akim.." suaranya yang masih serak itu tetap dikawal supaya kedengaran biasa di telinga pemanggil.

"Along.." nada suara Akim kedengaran agak risau.

"Along ada dekat mana? Along tengah kerja ke?"

"Tak, Akim. Dekat rumah."

"Along, Akim rasa along kena datang rumah jugak la sekarang."

"Kenapa Akim?" Kali ini suara Firas sudah lemah.

Sebelah tangannya memegang kepala yang dari tadi mencucuk-cucuk sakit, bagaikan enggan memberi kerjasama. Kalau diikutkan, memang dia malas untuk menjawab panggilan tu, tapi hairan juga bila Akim yang menelefonnya. Mesti ada benda penting.

"Uncle Lan dengan Luna..diaorang datang rumah lepastu— " Belum sempat Akim meneruskan kata-katanya, Firas terlebih dahulu mematikan panggilan tersebut.

Firas masih terbatuk-batuk. Matanya yang sudah ingin terlelap digagahkan jua untuk dicelikkan. Begitu juga dengan tubuhnya yang sudah tidak stabil. Terasa terhuyung-hayang bagaikan di awangan, namun digagahkan jua untuk berdiri. Kunci kereta di atas meja solek segera dicapai sebelum mula mengorak langkah keluar bilik.

"Awak nak pergi mana ni? Saya baru balik awak dah nak keluar?"

"Rumah ibu abah," balas Firas bersahaja.

"Firas, awak tak sihat. Awak nak pergi sana kenapa? Tak, bukan saya tak bagi awak jumpa ibu dengan abah. Tapi kenapa macam tiba-tiba?" Firas diam tidak membalas. Ragu-ragu untuk memberitahu Asyfa akan situasi yang berlaku di rumahnya.

"Okay, awak nak pergi boleh. Biar saya ikut. Saya drive." Firas menggeleng. Cuba menghalang Asyfa dari mengikutnya.

"Tak payah. Sya tak payah ikut. Lagipun abang boleh drive sendiri."

"Firas! Awak ni kenapa? Dalam keadaan macam ni nak drive sendiri?! Tak sayang nyawa ke?!"

"I don't want to hurt you.." ujar Firas perlahan bersama keluhan kecil yang terbit di bibir.

"Awak takkan sakitkan hati saya semata-mata sebab saya tolong drive je! Ish! Bak sini kunci!"

•••

          TANGAN Asyfa kemas memegang lengan Firas sejurus mereka sampai. Tujuan Firas ingin ke sini juga tidak diketahuinya. Bukannya dia tidak tanya, tapi kalau berkali-kali soalannya itu tidak berjawab, malas la pula dia ingin mendesak.

"Along! Eh, Kak Asya.." Asyfa mengukir senyum nipis. Hairan dengan riak wajah mata-mata yang memandangnya. Ada yang marah, ada yang gelisah.

Matanya juga turut tertancap pada batang tubuh seorang wanita yang amat dikenalinya dan seorang lelaki separuh abad yang tidak dikenalinya.

Luna dan..mungkin ayahnya?

Tapi kenapa datang sini jugak? Ada perbincangan apa ni?

"Ha, kau tanyalah anak kau tu! Apa yang dia dah buat dekat anak aku?!" suara itu masih dapat dikenali Firas. Namun fokusnya sudah semakin hilang. Hanya bayangan beberapa orang manusia sahaja yang kelihatan di ruang tamu melalui pandangan mata kasarnya. Tidak jelas, tapi masih dapat ditekanya.

"Uncle Lan jangan nak tuduh along suka-suka hati eh! Luna tu entah betul ke tak?! Setakat keluar dari mulut, saya pun boleh tipu kalau macam tu!" Sudah tiada panggilan hormat yang meluncur di bibir Akim buat Luna.

"Kalau saya cakap Luna raba saya, Uncle Lan percaya tak?! Tak, kan? Sebab tak ada bukti! Semua terpacul dari mulut je. Tapi hanya sebab dia anak Uncle Lan, Uncle Lan percayalah! Sayang sangat orang yang tak sayang harga diri macam ni! Orang yang sanggup fitnah orang lain untuk kebaikan sendiri! What a shame! Disgusting."

Sungguh dia juga tertekan dengan tuduhan yang terlampau tak berasas dari mulut Uncle Lan dan Luna. Kalau tuduhan tu dilemparkan kepada playboy sepertinya adalah logiknya juga. Tapi ni along kot! Jangan main-main, along dah lah kesayangan dia!

"Akim! Diam!"

"Nak diam apanya ibu! Ibu percaya ke yang along rogol Luna?!" Asyfa mengerling Firas di sebelah. Suaminya itu sudah menjadi semakin lemah. Tangan yang tadi memaut lengannya itu juga semakin terlucut dari pegangan.

Patutlah Firas tak nak dia datang sini jugak..

"Sya..." panggil Firas sayu. Asyfa tersenyum nipis seraya menggelengkan kepalanya berulang kali.

"Jangan risau. Saya tetap percaya awak," bisik Asyfa perlahan. Cuba menenangkan Firas.

Kalau Firas sihat, tak mungkin dia berdiam diri macam ni. Ni bukan diri dia.

"Luna..sekali lagi aunty tanya, betul ke Luna tak tipu? Betul ke anak aunty yang buat Luna macam tu?" Luna terdiam lama. Dikerlingnya Firas sekilas sebelum mula kembali menekur lantai, memikirkan baik dan buruk yang bakal diterimanya.

"Y..ya, aunty. Ke..kenapa Luna nak tipu." Tergagap-gagap Luna bersuara.

Akim tayang riak panas. Manakala Asyfa pula sudah mendengus. Geram dengan tohmahan dan permainan Luna yang entah apa-apa itu. Dahlah dalam keadaan Firas tak sihat!

Ingin sahaja dia ingin memulakan sesi perdebatan dan sumpah seranah buat gadis tersebut, tetapi fikirannya masih waras. Dia masih memikirkan tentang trauma gadis itu atas apa yang menimpanya.

Tapi Luna seakan-akan mencabar emosinya. Ambil kesempatan dalam kesempitan! Dia ingat semudah tu ke Firas akan kahwin dengan dia?! Salah oranglah!

"Luna..." suara Firas akhirnya kedengaran. Semua mata kini mula tertumpu padanya.

"You deserve to be happy. So do I. But you just wanna put the blame on me, aren't you? As if..in your eyes..I never deserve happiness right?" Firas terbatuk-batuk kecil. Matanya sudah melilau, cuba mencari si gadis itu memandangkan keadaan matanya sudah perlahan-lahan menjadi kabur.

"You only think about your mental health. What about mine? Is my mental health never be important to you? I'm mentally exhausted and you just" Firas memegang kepalanya yang terasa memberat, sebelum dunianya perlahan-lahan mula menjadi gelap dan..

Buk!

Tubuh Firas yang hampir terjelopok jatuh sempat ditahan Asyfa dan Akim.

"Firas!"

"Along!"

Serentak mereka menjerit. Begitu juga ibu yang bergegas mula mendapatkan Firas. Luna dan ayahnya pula sudah kaku. Namun mereka statik, masih kekal di tempat yang sama.

Asyfa mengetap bibir seraya menggenggam erat penumbuknya.

"Don't you ever cross your line, Luna! Stop making up things! Firas got nothing to do with you! He's my husband and he will never be yours! Remember!" Matanya tajam mencerlung memandang Luna yang sudah kelihatan cemas. Dah tahu salah, baru nak gabra!

"For goodness' sake! If anything happen to Firas, you're the one that should to be blamed! I mean it!"

***

⚠️ Reminder!

Stay safe and take care of your mental health! ❤ Just because we're suffering, don't try to make other people suffer too. Don't be like Luna.

And tahniah for those yang dapat result SPM harini. Idk if ada ke tak, but if you're one of them, congrats. And please pat yourself, always remind that you always did great 🫂❤️

Continue Reading

You'll Also Like

978K 45.7K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara
316K 15.1K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...
916K 30.9K 71
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga b...
2.1M 97.9K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...