𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 |...

Od bearbyboo

1.2K 220 296

" Macam mana kalau tiba - tiba kau jatuh cinta dengan sunbae angkat kau tu ? " Choi Hayoon yang mula hidup be... Více

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁
𝗘𝗣𝟬𝟭| 𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗯𝗮𝗿𝘂
𝗘𝗣𝟬𝟮 | 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵𝗽𝘂𝗻 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴
𝗘𝗣𝟬𝟯 | 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗿𝗶𝗼 𝗸𝗮𝗿𝘁
𝗘𝗣𝟬𝟰 | 𝗺𝗶𝘀𝗶 𝗵𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗽𝗮𝗴𝗶
𝗘𝗣𝟬𝟱 | 𝗳𝗶𝗿𝘀𝘁 𝗱𝗮𝘆, 𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗸𝗮𝗰𝗮𝗸
𝗘𝗣𝟬𝟲 | 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗯𝗮𝗱 𝗺𝗼𝗼𝗱
𝗘𝗣𝟬𝟳 | 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗿𝗶
𝗘𝗣𝟬𝟵 | 𝘀𝗲𝗿𝗶𝗯𝘂 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮
𝗘𝗣𝟭𝟬 | 𝘂𝗻𝗽𝗹𝗮𝗻𝗻𝗲𝗱 𝗺𝗼𝘃𝗶𝗲 𝗻𝗶𝗴𝗵𝘁
𝗘𝗣𝟭𝟭 | 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗣.𝗘
𝗘𝗣𝟭𝟮 | 𝗮𝗸𝘂 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 ?
𝗘𝗣𝟭𝟯 | 𝘀𝗲𝗸𝗲𝗽𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗰𝗸𝗲𝘁 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵
𝗘𝗣𝟭𝟰 | 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 𝗱𝗮𝘁𝗲
𝗘𝗣𝟭𝟱 | 𝗮𝗸𝘂, 𝗱𝗶𝗮, 𝗳𝗲𝗿𝗿𝗶𝘀 𝘄𝗵𝗲𝗲𝗹
𝗘𝗣𝟭𝟲 | 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻
𝗘𝗣𝟭𝟳 | 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮
𝗘𝗣𝟭𝟴 | 𝗿𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗼𝗻𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗮𝗸𝘂
𝗘𝗣𝟭𝟵 | 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻
𝗘𝗣𝟮𝟬 | 𝗸𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗹𝗱𝘂 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮
𝗘𝗣𝟮𝟭 | 𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗱𝗶𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗱𝘂𝗴𝗮
𝗘𝗣𝟮𝟮 | 𝗶𝘁'𝘀 𝗮 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝗰𝗼𝗻𝗳𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻𝘀
𝗘𝗣𝟮𝟯 | 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗿𝗲𝗳𝘂𝗻𝗱
𝗘𝗣𝟮𝟰 | 𝗲𝗸𝘀𝗽𝗲𝗿𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮
𝗘𝗣𝟮𝟱 | 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗶𝗻𝗴𝘆𝘂
𝗘𝗣𝟮𝟲 | 𝗺𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴
𝗘𝗣𝟮𝟳 | 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀𝗸𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴
𝗘𝗣𝟮𝟴 | 𝗱𝗶𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿
𝗘𝗣𝟮𝟵 | 𝗽𝗲𝗺𝗲𝗿𝗴𝗶𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻
𝗘𝗣𝟯𝟬 | 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝘆𝗼𝗼𝗻
𝗻𝗲𝘄 𝗯𝗼𝗼𝗸 !!

𝗘𝗣𝟬𝟴 | 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗿𝗶

44 12 7
Od bearbyboo

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Wajah tenang di sebelahku itu dilirik sepuas hati. Dia meraup wajahnya basah bersama rambut hitam meritik dengan air hujan. Tolonglah jangan menggoda sangat sunbae oii !!!

"Seronok kan hujan - hujan macam ni ?" tegur Jeonghan sunbae membuatkan aku tersedar ke dunia reliti.

"Ah ? Haah ??" Aku sebenarnya tak kisah sangat kalau hujan. Tapi kalau ada guruh, itu yang aku benci. Guruh, kilat-

Bamm !!

"Agh !!" aku menjerit berlari memeluk lengan disebelah. Aih, aku baru mention je kau muncul dah ? Advanced betul kilat dengan guruh zaman jigeum.

Anak mataku terbuka selepas terasa ada tangan yang mengusap rambut lembut.

"Awak takut guruh ya ?" Jeonghan sunbae menegur.

Aku menjauhkan diri sambil ketawa kekok. "Si-sikit" jawabku malu - malu. Tak pasal - pasal peluk anak teruna orang. Aduh, kau ni Hayoon.

Lelaki itu mendongak ke langit. "Awak tahu tak guruh sebenarnya ni sebenarnya tindak balas selepas kilat ?"

Kami bertentang mata seketika. Aduh, ni semua salah si Jeonhwa ah ni. Janji nak balik dengan aku, sekali abang dia yang balik dengan aku. Kang jatuh cinta jadi kakak ipar kang menangis kau.

Untung ah ada abang hensem cenggini. Ey, aku ngap kang. Jadi horanghae pulak nanti.

"Maksudnya ?"

Dia tersenyum hangat. Jarinya memegang jariku menunding ke langit yang mencurah - curah menurunkan air hujan.

"Guruh berlaku selepas kilat muncul. Maksudnya guruh ni tak adalah bahaya mana. Yang patut kita hati - hati cuma kilat. Sebab kilat yang mampu membunuh dan bukan guruh"

Barulah aku mengangguk. Melihatkan aku yang semakin tenang, dia melepaskan tanganku perlahan.

"Hayoon" panggil seseorang lemah dari tepi. Kami berdua berpaling.

"Mingyu ?"

"Su-sunbae ?"

Lelaki itu basah bajunya terkena tempias hujan tetapi dia tidak terasa kisah tentang itu. Anak matanya hanya memandang Hayoon tanpa berkelip.

"Kau buat apa dekat sini ?" soal Jeonghan ramah.

"Saja, jalan - jalan" jawabnya pendek.

"Jalan - jalan sambil bawak payung extra ?" soalnya lagi.

Mingyu mengangkat payung yang dipegangnya. Sepatutnya payung itu dia mahu berikan pada 'kawan' Hayoon tapi tak sangka kawan lelaki pula yang ada.

"Erm"

Jeonghan diam. Jarang Mingyu tak melayannya.

"Oh, kalau macam tu boleh awak bagi sunbae dengan Hayoon pinjam payung tu. Kitorang pun dah lama berdiri dekat pondok bas ni. Hujan lebat pulak tu"

Mingyu tidak membalas. Tangan kedua - duanya menggenggam erat batang payung. Rasa seperti mahu baling saja payung itu ke tanah lalu berlari pulang.

"Sunbae ambillah payung ni. Biar saya yang hantar Hayoon. Lagipun kami duduk dalam satu perumahan yang sama" dia masih tidak mengalihkan pandangannya daripada Hayoon.

Aku membisu. Dia marahkan aku ke ?

Jeonghan sunbae bersetuju untuk tinggalkan kami berdua. Aku berat memandang lelaki itu pergi. Janganlah tinggalkan aku dengan dia ni !! Sunbaee !! Raungku di dalam hati.

Tiba - tiba tanganku digenggam. Aku memandang Mingyu dengan seribu satu soalan namun wajahnya membeku tanpa perasaan.

"Jom" ucapnya dingin. Aku menarik tanganku semula tetapi dia pantas menggenggam kembali.

"Kau takut guruh kan ? Jom. Aku ada dekat sebelah kau. Jangan risau" katanya namun kali ini dengan wajah prihatin.

Pegangan tangannya terasa hangat jelas menenangkan. Aku berjalan beriringan mengikut jejak langkah lelaki itu.

Tepias hujan yang menyentuh bahu membuatkan rasa sejuk mencengkam kulit. Dia menarik aku mendekat dengannya.

Anak matanya redup menunjukkan dia benar - benarkan risaukan aku.

Kalau hujan ini mahu berhenti, tolonglah tangguh sebentar.

+×+

Kakiku kaku di situ. Pintu bilik di depan mata dipandang takut - takut. Patut ke aku ketuk ? Tak pun tunggu esok pagi je ?

Ish, tapi aku tak nak pergi sekolah dengan dia esok !

Tak pasal - pasal semua orang tahu yang aku kenal dia.

Tapi Choi Hayoon, kau tetap kena ucap terima kasih sebab dia sanggup redah hujan carik kau dengan Jeonghan sunbae.

Tanganku diangkat mahu mengetuk pintu. Bagai dapat meneka aku di depan pintu, kayu itu dikuak dari dalam. Mingyu dengan tuala yang masih di atas kepalanya memandangku kosong.

"Ada apa ?"

"Er- aunty panggil makan ?" ayatku berubah seraya lidah menjadi kelu tadi. Dia mengangguk malas.

Pintu ditutup kembali namun entah apa yang menepuk kepalaku ini, aku tahan pintu itu dengan kaki. Dia memandang aku kembali. Keningnya diangkat.

"Sa- saya- terima kasih"

Aduh ! Hayoon !! Asal kau gagap sia ! Nanti dia ingat kau suka dia pulak. Serious sikit Hayoon. Serious !

"Erm" jawabnya. Pintu mahu ditutup tetapi sekali aku menghalang. Kali ini dia seperti sudah bosan melayan aku.

"Macam mana awak tahu saya takut guruh ?"

Aku tak pernah bercerita pada sesiapa tentang kelemahan aku sendiri melainkan terpaksa atau tanpa sengaja. Wajah lelaki itu tegang menjeling sinis.

"Kau fikirlah sendiri" dia menutup pintu.

Angin hempasan menampar pipi membuatkan aku mengundur dua tapak ke belakang. Amboi, main kasar nampak. Mentang - mentang ni rumah kau nak main hempas - hempas pintu pulak.

Bibirku melepaskan decitan kecil. Apa maksud ayat dia ? Fikir sendiri ? Agh ! Pusing kepala aku. Buat choreography zumba pun senang lagi daripada yang ni.

Tiba - tiba sesuatu mengetuk pintu hatiku. Teringat kembali cerita Aunty Kim yang aku terlalu rapat dengan Mingyu sejak kecil.

Mungkin waktu itu ?

Ataupun dia nampak aku peluk Jeonghan sunbae tadi ? Erm, mesti waktu tu !! Aku agak dah !

Kakiku melangkah pergi sambil membebel sendirian. Persoalan tadi masih bermain - main difikiran. Kalau dia ingat aku takutkan guruh sejak kecil, mesti dia ingat pada janji itu bukan ?

+×+

Third person pov,

"Hayoon !! Hayoon !!"

Bunyi kilat sambar - menyambar menenggelamkan suara panggilan itu. Seluruh isi rumah kini sedang mencari anak kecil yang berlari sejak kilat menyambar kali pertama tadi.

Tuan Choi dan Puan Choi gelisah mencari anak mereka di halaman rumah. Tuan Kim dan Puan Kim yang kebetulan ada disitu juga ikut mencari.

Hujan yang lebat menyukarkan pencarian mereka kerana kabur di luar halaman.

Mingyu terus berjalan mencari. Langkahnya terhenti selepas pandangannya jatuh ke sepasang kaki kerdil di bawah pondok hujung halaman rumah.

"Hayoon !!" panggil Mingyu sambil berlari.

Tepat dia sampai ke sana, Hayoon menarik tubuh kanak - kanak lelaki itu ke dalam pelukan.

"Hayoon takut ! Hayoon takut kilat !!" anak kerdil itu meraung.

Tubuh kecilnya diusap lembut. Mingyu membalas pelukan itu walaupun mereka kini terduduk di atas tanah kotor.

"Dah, dah jangan nangis. Mingyu ada sebelah awak. Jangan risau" ucapnya.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

follow harimau jadian

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

19.6K 5K 45
Kalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020
10.1K 542 16
[ RE-EDITTING ] Dia, lelaki terhebat, sempurna, dan istimewa. Cover : @cobwithu start : 19022023 end : 02082023 status : completed (dalam fasa editi...
12.5K 1.1K 21
Ego? Jangan bawa bincang perkataan tersebut dalam urusan mereka. This is work, please be a professional worker as you can! start published; 0412201...
23.8K 3.7K 18
❝Bagi saya tempoh selama 3 bulan, dan selepas itu saya akan pergi❞ // COMPLETE ☾︎ ft. 리노 'strayhanjisung ☽︎