FIRASY ✓

By Thekalon

489K 39.1K 3.8K

Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati... More

FIRASY
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44 (flashback)
45 (flashback)
46
47
48
49
50
51
52
53
FIRASY ( Dear diary)
54
55
56
57
58
59
60
61
❤️
✨ Special Chapter ✨

34

6.7K 624 41
By Thekalon

          DINNER yang berlangsung di ballroom itu sungguh meriah sekali. Tepat sahaja pukul 8.30 malam, ballroom itu terus dipenuhi ramai. Hiasan bunga dan chandelier yang tergantung memainkan peranan penting dalam dekorasi tempat.

Charms and elegant.

Tema majlis yang dipilih. Tema yang juga menambah seri setiap orang yang hadir pada malam itu memandangkan kebanyakan mereka mengenakan warna hitam dan gold. Bersesuaian dengan tema.

Jikalau diperhatikan dari setiap orang yang hadir di reunion ini, semuanya nampak seperti berstatus tinggi dan..boleh dikatakan kaya?

Reunion di tempat yang mewah, wajah-wajah mereka pun dilihat seperti bukan calang-calang orang. Ada juga wajah yang sepertinya pernah dilihat di kaca televisyen mahupun majalah.

Jika diperhatikan Firas pula, memang tidak dinafikan Firas pun turut sama berkerjaya. Firas dari keluarga yang berada, cuma perwatakannya sahaja yang merendah diri. Tidak bermegah dengan apa yang dimiliki. Dia pun tak pernah tanya Firas ni sekolah mana.

Entah-entah..private school? Wow.

"Sya." Lembut Firas memanggil namun panggilannya tidak bersahut. Baru tinggal sekejap nak ambil air, takkan dah berada dalam mode berangan kot Asyfa ni.

"Sya sayang..." Sebelah tangannya dilingkarkan pada pinggang Asyfa, sebelah tangan lagi memegang gelas berisi ice chocolate.

Terhinjut sedikit bahu Asyfa, tersentak dengan tindakan tiba-tiba Firas itu.

"Ish, Firas! Tak senonoh. Public ni kan." Asyfa cuba menepis. Tapi makin dia menepis, makin lagi dieratkan Firas. Apalah dia ni, tak malu ke bila ada mata-mata yang tengok. Ke memang perangai dia macam ni dari sekolah lagi?

Pegang-pegang perempuan, peluk-peluk perempuan. Tu yang orang lain asyik pandang-pandang je mereka dari tadi.

"Apa yang tak senonoh? The way I call you, or the way I hug you? Or..both?"

"Both!" Firas tergelak. Terlalu jujur Asyfa ni. Tapi tak apalah, bagus jugak. Dia makin suka orang yang main tarik tali ni.

"Hmm, I don't think so. Sebab both are legal."

"Oh, and you should construct your sentence properly. It's not Firas. Now..it's abang. Kita dah bincang kan?"

"Eei, saya tak suka." Firas tergelak lagi. Hati rapuh tak apa, asalkan bahagia akan menjelma. Step by step.

"Abang suka." Asyfa mencebik. Menyampahlah dia ni.

"Ingat sikit, ni reunion awak. Bukannya honeymoon kita," kata-kata itu membuatkan Firas mengukir senyum.

"Oh—" jeda Firas seketika sebelum kembali menyambung kata-katanya.

"I love the idea. I might consider that. Kita pun tak pergi lagi kan? So, dekat mana Sya nak pergi?"

"Firas!" Firas tergelak. Seronok melihat wajah gabra Asyfa. Bila lah Asyfa akan buat benda yang sama pada dia. Nak jugak dia tengok usaha Asyfa untuknya. Masa tu boleh dia acah-acah jual mahal sikit. Tapi nampak gaya macam lambat lagi untuk ke fasa tu. Tak pun dalam angan-angan je.

Tangannya masih dilingkarkan pada pinggang Asyfa. Langsung tidak dihiraukannya keengganan Asyfa tadi. Dalam pada itu, Asyfa juga ditiliknya lama. Dari tadi lagi matanya tidak lepas memandang iserinya itu yang terlalu cantik dengan dress hitamnya.

Too pretty to be true!

"Sya, nak tahu sesuatu?" bisik Firas perlahan.

"Apa?"

"As angel has fallen, I need to be her guardian. So the devil won't snatch her from what is mine." Asyfa yang dari tadi tidak memandang Firas akhirnya kini tertumpu pada raut wajah suaminya itu.

Senyuman berlesung pipit Firas terukir elok pada pandangannya. Ni la sebab dia cuba untuk tak curi-curi pandang Firas. Sekali pandang, confirm tak lepas. Terlalu manis. Kata-kata Firas pun manis. Sampaikan tak tahu nak fokus kepada yang mana satu.

"So, don't ask me why I won't leave you tonight. Sya nak pergi mana-mana nanti, abang tetap akan ikut." Asyfa terdiam seketika sebelum akhirnya menggeleng laju.

"Eei, gatal je bunyinya. Kalau saya nak pergi tandas macam mana? Takkan awak nak ikut masuk dalam?" Firas kelihatan berfikir. Sesekali gelas yang berisi ice chocolate di tangannya diteguk.

"If I need to do so..then sure I" Bahu Firas ditampar Asyfa perlahan.

"Jangan cakap mengarut!" Firas tergelak.

"Sya yang start dulu. Abang jawab je." Asyfa tersenyum geli hati. Entah kenapa panggilan abang tu tak menjengkelkan sangat bunyinya. Dia tak suka, tapi bagi gegendang telinganya untuk menerima panggilan tersebut masih pada tahap yang okay lah.

Dah tak ada 'aku-kau' bagi Firas sejak lunch tadi. Yang ada hanyalah 'abang-Sya'. Tu pun sesekali tak terbiasa jugak dia dengar perkataan tersebut dari mulut Firas. Firas Hakimi kot!

"Nak air? Ice chocolate ni." Asyfa menggeleng. Memang dia suka ice chocolate, tapi tekaknya sekarang hanya haus air kosong.

"Kopi tak ada? Latte macchiato ke?" Soalan yang berbaur usikan itu membuatkan Firas tergelak. Dah pandai menyakat dia ni!

"Hei, kalau ada, dah lama abang ambil." Suasana kembali diam sebelum Asyfa kembali memecahkan suasana.

"Tak sabar nak tengok awak perform."

"Kenapa? Tak sabar nak dengar suara abang crack ke?" Asyfa tergelak. Apa la dia ni. Langsung tak terlintas dekat fikiran!

"Taklah. Saya excited nak tengok Affan main gitar." Dahi Firas berkerut. Dia kemudiannya tertawa kecil.

"Nanti Affan main keyboard la, bukannya gitar. Sejak bila pulak Affan pandai main gitar. Dahlah, jom ambil tempat. Dekat sana kosong." Asyfa hanya menurut walaupun fikirannya kembali menerawang jauh.

Kali ini dahi dia pula berkerut. Affan tak pandai main gitar? Maknanya dia salah orang ke selama ni?

Ah, lantaklah. Malas dia nak fikir.

•••

          "DAH nak perform ni. Tak nak wish apa-apa ke?" soal Firas dengan nada berbisik memandangkan bukan mereka sahaja berada di meja bulat itu. Beberapa orang rakannya yang lain turut sama serta dengan pasangan masing-masing.

Asyfa memandang Firas lama. Kemudian, senyuman kecil terlakar di bibirnya.

"Good luck. I love" Belum sempat Asyfa menghabiskan kata-katanya, Firas terlebih dahulu memintas.

"Are you confessing to me right now? Like..really? Finally?" soal Firas dengan nada yang agak kuat. Asyfa mencerlungnya tajam. Jarinya dilekapkan ke bibir, menyuruh Firas untuk diam.

"Hei, saya tak habis cakap pun lagi. I love your voice. Bukannya I love you. Jangan perasan sangat!" Pertahan Asyfa dengan nada suara yang diperlahankan. Cebikan Firas membuatkan Asyfa tergelak kecil. Tu lah, siapa suruh mencelah awal sangat!

"Okay lah. I need to go now. Jangan pandang orang lain nanti, pandang abang je. Lagi-lagi Affan, jangan pandang dia. Make sure only laid your eyes on me." Asyfa tersenyum geli hati. Dia hanya mengangguk, bagaikan bersetuju untuk tidak mengingkari kata-kata Firas itu.

Firas mula menapak ke pentas dengan beberapa orang rakannya yang lain. Gitar yang disandang pada tubuhnya membuatkan dia kelihatan agak berkarisma berbanding kebiasaan.

Cool!

"Hai and assamualaikum." Baru sahaja suara Firas kedengaran di mikrofon, tepukan kuat menghiasi dewan tersebut bersama sorakan yang tidak putus.

Firas hanya tersenyum, malu jugak apabila mendapat sorakan macam tu. Affan la ni. Disuruh bercakap tak nak. Dah la dia tu president. Katanya sakit tekak, tapi macam la dia tak kenal Affan tu macam mana. Penuh tipu helah!

Dari jauh, Asyfa dilihatnya turut tersenyum. Ha, mesti baru tahu betapa popularnya suami dia ni dekat sekolah dulu. Baguslah Asyfa tahu, baru terdetik persaingan sikit dalam hati dia nanti.

"As a part of student council, we will be performing a song that keeps on reminding us of our memories in Aster High. So, here we go. History by One Direction!"

Lagu itu dimulakan dengan alunan petikan gitar yang dihiasi dengan suara Firas.

"You gotta help me, I'm losin' my mind
Keep gettin' the feeling you wanna leave this all behind
Thought we were goin' strong, I thought we were holdin' on
Aren't we?
No, they don't teach you this in school
Now my heart's breakin' and I don't know what to do
Thought we were goin' strong, thought we were holdin' on
Aren't we?"

Korus lagu itu kemudiannya dinyanyikan beramai-ramai.

"You and me got a whole lot of history (oh)
We could be the greatest team that the world has ever seen
You and me got a whole lot of history (oh)
So don't let it go, we can make some more
We can live forever."

Masuk sahaja rangkap seterusnya lagu itu, giliran nyanyian adalah Luna.

"All of the rumors, all"

Baru sahaja memulakan nyanyian, mikrofon yang tiba-tiba mengeluarkan bunyi nyaring itu membuatkan Luna segera menekup telinganya. Bunyi riuh orang ramai di dewan juga menghentikan segalanya. Alunan muzik turut sama terhenti. Semua mata kini terarah padanya termasuklah Firas.

"Luna, are you okay?" soal Firas perlahan. Terkejut apabila melihat wajah Luna yang mula berubah pucat. Bagaikan sesuatu perkara yang tidak kena bermain di fikirannya.

"Take a deep breath. Don't be so nervous. If you're ready, then tell me. Kita boleh mula balik." Luna memandang Firas lama. Suara Firas itu sedikit sebanyak menenangkannya. Nasihat Firas itu cuba diikutnya.

Nafas ditarik dalam perlahan-perlahan. Setelah dirasakan dirinya kembali okay, dia mengangguk. Bersetuju untuk memulakan kembali persembahan tersebut.

"Er..sorry for the inconvenience. We will start again."

•••

          "SYA..." Teguran Firas dibalas dengan senyuman hambar. Entahlah, rasa macam berkecil hati tengok cara layanan Firas pada Luna tadi. Walaupun kedudukan tempat duduknya dengan pentas agak jauh, tapi dia masih dapat melihat dengan jelas situasi Firas yang seakan-akan cuba menenangkan gadis itu.

Kalau dekat atas pentas pun macam tu, macam manalah semasa latihan? Mesti lebih akrab.

Asyfa terdiam lama. Fikirannya menerawang jauh. Firas disebelahnya juga langsung tidak diajak berborak.

"Sya, nak escape?" soalan Firas membuatkan dahi Asyfa berkerut. Seriuslah escape majlis?

"Hah? Awak nak pergi mana?"

"According to the pamphlet, lepas ni ada fireworks. Tapi, you need to know that dekat sini tak jelas sangat. I know a better place that suits to watch fireworks." Asyfa mengecilkan matanya.

"Hmm? Boleh percaya ke?" Firas mengangguk.

"Nak ikut tak?" Firas menjongketkan keningnya.

Asyfa terdiam lama, cuba memikirkan baik buruk cadangan Firas itu.

"Satu..dua.." Asyfa masih lagi diam.

"Affan tak ada sekarang ni untuk temankan Sya kalau abang tak ada. So how?" Asyfa masih tidak memberikan kata putus.

"Okay, kalau tak nak tak apa..."

"Er, okay saya ikut!" Firas tersenyum.

"Jom." Tangan yang dihulur Firas ragu-ragu untuk dicapai tapi diturutkan jua akhirnya. Langkah mereka diorak keluar dari ballroom tersebut untuk ke satu tempat yang Asyfa pun belum pasti di mana.

Dia hanya membuntuti langkah Firas sehinggalah akhirnya mereka tiba di satu laluan yang sangat cantik. Seakan-akan magical, laluan itu dilalui Asyfa dengan penuh keterujaan. Laluan itu dipenuhi dengan bunga di sekeliling pagar. Fairy lights juga berjuntaian, mencantikkan lagi pemandangan.

"Kenapa saya tak tahu pun ada tempat ni?" soalan Asyfa membuatkan Firas tergelak.

"Sya tak tahu ke?"

"Apa?" soal Asyfa lagi, naif.

"Orang cemburu memang akan tertutup hijab dia untuk nampak tempat cantik macam ni."

"Saya tak cemburu pun okay!"

"Siapa cakap Sya cemburu? Abang tak mention Sya pun." Asyfa mencebik. Suka memutarbelitkan ayat la dia ni. Tak suka betul!

Mereka berhenti di hujung laluan tersebut. Jam di tangan sesekali dikerling untuk menunggu masa berlangsungnya pertunjukan bunga api yang dijadualkan itu.

"Tapi kan, er..tadi..kenapa Luna macam tu?" Firas tersenyum. Kalau tak cemburu kenapa tanya soalan macam tu kan? Takkan ambil berat pasal Luna kot?

"I don't know. Mungkin berdebar je kot." Asyfa terdiam seketika sebelum kembali menyoal.

"Lepastu awak pujuk lah dia?" Kali ini Firas pula terdiam seketika. Cuba memikirkan jawapan yang sesuai.

"Masa persembahan tu ya. Tapi Sya, tadi tu cuma tindakan refleks. Kalau Affan jadi macam Luna tadi pun abang akan buat benda yang sama jugak." Asyfa tertawa kecil.

"Eei, awak memang ada niat nak madukan saya sebab Affan ke?"

"Kalau dia perempuan, apa salahnya."

"Firas!" Mereka serentak gelak.

"Kiranya dah jelas la kan? Abang takut Sya salah faham." Asyfa mengangguk perlahan.

Firas tergelak seraya mengusap kepala Asyfa.

"Tapi saya tanya je Firas. Saya tak cem—"

"Ya Sya, ya. Abang tahu Sya tak cemburu. Sya cuma tertanya-tanya je kan? Macam tu?" Asyfa mengangguk laju. Mengiakan kata-kata Firas.

"Cute." Perlahan sahaja suara Firas, tapi masih dapat didengari Asyfa kerana hanya mereka berdua berada di situ. Wajahnya yang sudah berona merah masih cuba dikawal. 

Suasana menjadi kembali diam. Jam di tangan kembali dikerlingnya.

"Dalam 5 saat lagi," ujar Firas. Serentak itu, wajah mereka didongakkan ke langit. Tangan yang masih memaut jemari Asyfa itu makin dieratkan.

"Lima.."

"Empat.."

"Tiga.."

"Dua.."

"Satu.."

Bbum!

Pertunjukan bunga api itu akhirnya bermula. Firas mencuri pandang Asyfa di sebelahnya yang bagaikan terpukau dengan pertunjukan bunga api itu. Senyuman manis terukir di bibirnya tanpa sedar.

"I love you. Really. And I mean it." Ikhlas Firas menuturkan bicaranya.

Asyfa menoleh memandang Firas. Dengar macam Firas cakap sesuatu. Tapi suara Firas itu terlalu perlahan jika dibandingkan dengan bunyi bunga api.

"Firas, saya tak dengar. Apa awak cakap?" nada suaranya dikuatkan sedikit agar dapat didengari Firas.

"I said..."

"The fireworks look beautiful," nada suara Firas juga dikuatkan sedikit. Asyfa tersenyum seraya mengangguk. Sangat setuju dengan kata-kata Firas.

"Kan? Cantik sangat!" Firas hanya tersenyum.

***

Saya mampu double update je untuk harini tau 🤍 Kepada yang nak balik asrama tu, esok saya try update dua atau tiga bab lagi okay? Since TTD pun saya tak update update lagi 😂😭 Minggu ni pun minggu test so busy sikit. Sorry ye! And thank you for your understanding! ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

470K 19.4K 55
Naura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan...
177K 12.8K 70
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
978K 45.7K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara
566K 23.4K 67
[Previously known as Hello Miss Novelist] "Kenapa saya Faiq?" "In the first time I see you, saya tahu, you're my destiny" Hanya pertemuan kali pert...