FIRASY ✓

By Thekalon

489K 39.1K 3.8K

Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati... More

FIRASY
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44 (flashback)
45 (flashback)
46
47
48
49
50
51
52
53
FIRASY ( Dear diary)
54
55
56
57
58
59
60
61
❤️
✨ Special Chapter ✨

32

7K 567 72
By Thekalon

         "STAY with me always. Like Tom does with Jerry."

"Will you?" Wajah Asyfa jelas kelihatan terpinga-pinga sebelum dia mula berubah riak. Riak menyampah.

"Eei, tak nak saya!" Firas hanya ketawa. Sudah agak dengan apa yang akan dibalasnya. Main tarik tali betul.

Walaupun hatinya seperti disiat-siat sedikit, tapi tak apalah kan. Orang cakap slowly but surely. Hah, gitu. Tak apa, makin Asyfa tak suka, makin dia suka. Makin Asyfa menjauh, makin dia mendekat. Lama-lama melekat. Kan?

"Tak sweet la kau ni. Jawablah 'I will Firas. Not only like Tom does with Jerry, but also when life seems to bring us down like Romeo and Juliet." Asyfa tergelak sakan. Acah-acah Rangga dalam 'Ada Apa Dengan Cinta' ke ni? Tapi tidak dinafikan, kata-kata Firas sedikit sebanyak terkesan di hatinya.

"Okay, giliran kau pulak." Arahan Firas menghentikan lamunannya.

"Hmm, ideal type saya. Tekalah." Firas berdehem. Amboi, soalan dia. Agak sensitif untuk dijawab. Probabiliti untuk patah hati bila tahu nanti mungkin tinggi. Jatuh la ego kalau macam ni. Haih!

"Hint la jugak. Mana adil tadi aku bagi hint," bidas Firas tidak berpuas hati. Asyfa seakan-akan berfikir sebelum mula mengangguk setuju untuk memberikan klu.

"Ada kaitan dengan awak." Senyuman sengaja diukir untuk menduga perasaan Firas. Kalau dia senyum, confirm dia perasan!

Firas terdiam lama. Namun, apabila matanya berlaga dengan mata hazel Asyfa, senyumnya yang dari tadi cuba dikawal terlakar jua. Wajahnya ditekup, pura-pura malu.

Ketawa Asyfa pecah. Perasan lebih Firas ni!

"Cepat la jawab. Malu-malu kucing pulak." Firas menyilangkan tangannya ke dada. Matanya dipejamkan sekejap.

Bayang dirinya cuba dilakarkan di fikiran. Mencari idea yang mungkin menepati jawapan. Jika melihat diri dia sekali imbas, mungkin kekacakan ialah jawapan yang tepat. Ha!

"Hensem," teka Firas dengan konfiden yang melambung tinggi.

Gelengan Asyfa membawa tanda tanya buat dirinya. Aik, pelik ni. Mustahil salah!

Asyfa mengangkat empat jari tanda empat perkataan yang diperlukan.

Firas menjongket sebelah keningnya. Empat perkataan? Jadi mungkin empat kata adjektif.

Jarinya diketuk-ketuk pada dagu. Seakan-akan kembali berfikir. Otaknya cuba diperah sehabis baik.

"Hensem, tinggi, gentle, penyayang. Betul tak?" Asyfa menggeleng lagi. Dia cuba mengawal gelak. Betul-betul perasan la Firas ni. Manusia paling over confident yang dia pernah jumpa. Klu yang diberi cuma ada kaitan dengan Firas je, tapi tak bermakna sesuatu yang positif.

"Salah, salah. Apa la awak ni. Soalan senang kot," usik Asyfa lagi. Sengaja ingin menggertak Firas yang sudah berserah.

"Habistu jawapan dia apa?" Asyfa senyum segaris.

"Jawapannya..." ayatnya dijeda seketika. Nafas dihela sedalam-dalamnya.

"Yang. Pasti. Bukan. Awak."

Satu persatu jarinya ditutup bagi mencukupi empat perkataan tersebut.

Firas tayang riak kecewa. Senyumannya langsung menghilang. Tak agak pula itu jawapannya. Mendukacitakan betul!

"Hey, hey. Don't cross the line. I'm upset with that statement," rajuk Firas jelas kedengaran dalam kata-katanya.

Asyfa tergelak. Langsung tiada usaha untuk memujuk suaminya. Seronok pula bila tengok Firas macam tu. Raut wajahnya bercampur baur antara kelat dan masam. Hah, eloklah tu. Seimbang!

"Eei, tak malu. Dah besar pun nak merajuk." Bahu Firas ditujah-tujah dengan jari telunjuknya. Cubaan mengusik Firas masih belum selesai baginya. Entah kenapa rasa kelakar pula bila tengok muka Firas macam tu.

"Ah, malas la layan kau. Okay, cepat. Sekarang turn aku pulak. Fokus eh." Asyfa cuma mengangguk.

"Pastikan soalan senang," pinta Asyfa seraya tersenyum manis pada Firas. Cara nak minta simpati la tu.

"Hmm, tarikh lahir aku. Kalau kau tak ingat aku kecil hati." Asyfa berpura-pura cuba mengingati tarikh lahir Firas. Kepalanya turut diurut perlahan.

"Tak ingat la tu," nadanya jelas berbaur kecewa.

"Gurau je. Saya ingat okay. 24 Ogos 1995." Firas menguntum senyun. Tanda berpuas hati. Nasib betul. Kalau tak memang dia betul-betul kecil hati la! Ya la, tarikh lahir penting kot. Mana tahu Asyfa nak buat surprise untuk dia ke nanti. Senang sikit!

"Ingat sampai bila-bila ya. Please save the date, Asyfa Hanan. I'll wait for the surprise." Asyfa hanya tersenyum. Tidak pula membantah permintaan Firas itu.

Tarikh lahir Firas memang semestinya dia akan kekal ingat memandangkan angka tarikh lahir mereka berdua agak mirip. Jika Firas 24/8, dia pula ialah 28/4.

"Turn kau pulak."

"Lagu kegemaran saya. Hint, penyanyi lagu ni Jason Mraz."

Ting!

Mentol di kepala Firas seakan-akan menyala. Lagu tersebut yang tiba-tiba terlintas di kepala cuba dinyanyikannya ala kadar.

"Well you done done me..." Baru sahaja Firas menyanyikan bait-bait lagu tersebut, Asyfa sudah mengangguk laju. Wah, tak sangka pulak Firas layan jugak lagu macam tu. Biasanya balada je memanjang.

"Ha, yang tu la."

"I'm yours kan," teka Firas seraya tersenyum bangga dengan diri sendiri. Kedengaran agak ujub, takbur, riak. Semua ada! Maklumlah, first try teka dah betul. Tak sampai 5 saat!

"Wow, Firas. Awak tahu lagu tu?"

"Of course. I did sing this song a lot before." Keningnya diangkat-angkat. Penuh bangga terhadap diri sendiri.

"Nyanyilah full. Saya nak dengar." Firas tergelak melihat mata Asyfa yang jelas bersinar-sinar. Biasan matanya kelihatan teruja.

"Betul ni nak dengar?" Asyfa mengangguk. Hai, kalau Firas dah mula nyanyi, confirm cair habis.

"Tak ada gitar la Sya. Tak feel," jawapan Firas itu agak menghampakannya. Wajahnya mengendur sedikit.

"But one day, I'll sing it for you. I promise."

"Betul ni?" Firas mengangguk, cuba meyakinkannya. Rambut Asyfa yang terjuntai di dahi diselitkan di tepi telinga.

"Tapi..." Keluhan Firas menimbulkan tanda tanya buat Asyfa.

"Siapa cakap free?" Pinggang Asyfa tiba-tiba dirangkul lalu ditarik mendekatinya.

Asyfa terjerit kecil dengan tindakan drastik Firas itu. Hidung mereka yang juga hampir berlaga membuatkan degupan jantungnya menjadi tidak stabil.

"For you..the charge is kinda high," ujar Firas dengan nada menggoda. Senyumnya juga meleret, penuh tersirat dalam kata-katanya.

"So..." Wajah Firas makin mendekat membuatkan mata Asyfa automatik terpejam rapat.

'People fall in love in mysterious ways
Maybe just the touch of a hand'

Baru sahaja bibirnya hampir menyentuh bibir Asyfa, nada dering telefonnya yang berbunyi membantutkan segalanya. Mata Asyfa tercelik luas. Raut wajah Firas yang kelihatan hampa membuatkan dia cuba menahan gelak.

"Aku tak nak angkat," rungutnya perlahan.

"Firas, tak baik. Kalau emergency call macam mana?" ujar Asyfa, dengan niat cuba untuk mengelak.

Firas mengeluh. Rangkulannya pada Asyfa dileraikan lalu dia membetulkan posisi duduknya. Telefonnya yang masih berbunyi meminta diangkat diseluk dari poket seluar.

Asyfa tersenyum geli hati. Padan muka! Gatal lagi!

Dahi Firas berkerut apabila nama pemanggil dibaca.

Affan Shah. Hai, kalau tak penting memang siaplah Affan ni!

Malas-malas ikon hijau itu diseret jua.

"Kenapa Fan?"

"Weh, filem apa yang kau ada recommend dekat aku haritu?" Firas mengetap bibirnya.

"No, Fan. Jangan cakap kau call aku sebab tu je?!" Asyfa tergelak. Jelas didengarinya satu persatu jawapan Affan tadi.

"Iyalah. Kalau aku whatsapp, memang kau tak balas kan?"

Tutt-

Panggilan tersebut dimatikan Firas sengaja. Pandangannya kini beralih semula kepada Asyfa.

Lantas Asyfa pura-pura menguap.

"Firas, awak tidurlah. Tak mengantuk ke?"

"Sya..." Firas mencebik. Rambutnya diselak ke belakang. Keluhan kecil turut dilepaskan. Spoil la Affan ni!

"Kau dah mengantuk ke?" Asyfa mengangguk. Dia menggeliat kecil.

"Okaylah kalau macam tu. Good night, pretty. Sleep well," rajuknya masih tersia tetapi senyuman tetap jua diukir kepada Asyfa. Lantas Firas terus merebahkan tubuhnya di katil.

Sejurus selepas itu, lampu bilik mula ditutup apabila memastikan Asyfa sudah berbaring di sebelahnya. Baru sahaja matanya perlahan-lahan dikatup rapat, pipinya terasa seperti dikucup lembut.

"Good night too, Firas. Jangan lupa janji awak."

Firas terkedu. Perlahan-lahan, bibirnya mengukir senyuman tanpa sedar.

•••

         SAYUP-sayup suara seseorang menerjah di telinga Firas. Terlalu rapat. Firas menggeliat kecil namun matanya masih terpejam rapat. Kini, pipi kirinya pula terasa seperti dielus. Hai, adakah cinta dia akhirnya dah berbalas?

"Abang, bangunlah..." Firas masih diam. Lena dibuai perasaan.

"Abang, dah lewat ni."

"Sekarang pukul berapa?" Firas masih enggan bangun daripada pembaringannya. Matahari yang terpancar terus melalui gelangsar kaca itu dapat dirasai.

"8.30 pagi."

"Awal lagi Sya..."

"Woi! Sya apanya kalau suara jantan macam aku ni!" Mata Firas tercelik luas. Wajahnya hampa apabila melihat raut wajah Affan disebelahnya. Patutlah tangan macam kasar semacam!

Bantal dihayunkan mengena wajah rakannya itu.

"Spoil la kau ni! Aku ingat Sya." Keluhan kecil Firas membuatkan tawa Affan meledak. Seronok dapat mempermainkan Firas. Tengah mabuk kan. Mabuk cinta.

"Ingat semudah tu ke hah Sya nak panggil kau macam tu?" Firas mencebik. Manalah tahu lepas kejadian semalam Asyfa dah berubah ke. Manalah tahu kan. Hai, bila teringat momen semalam rasa macam nak putarkan balik je masa.

Tak sangka betul!

Momen yang tiba-tiba menjelma di fikiran membuatkan Firas tersengih tanpa sedar.

Affan di sebelahnya sudah menggeleng-gelengkan kepala. Makin mabuk dan akan berterusan mabuk kawan baik dia ni. Dari tadi tersengih-sengih sorang diri. Dahlah dengan rambut serabainya. Ish, kalau Sya tengok confirm dah cabut lari!

"Hek eleh dia ni. Sempat lagi. Bangunlah Firas woi! Dah lewat ni!" Firas berdecit. Sumpah spoil mood Affan ni.

Telinganya digaru-garu. Dahlah perit macam mak-mak.

"Kau macam mana eh boleh menyelinap masuk dalam bilik aku?" Soalan tersebut dari tadi lagi ingin ditanyakan kepada Affan, tapi entah kenapa baru sahaja terluah.

"Aku cable kuat kot. Lagi nak mempersoalkan aku?" bidas Affan pula.

Firas hanya mengangguk, mengiakan sahaja kata-kata Affan. Layankan selagi boleh.

"Sya mana?"

"Dalam bilik aku."

"Hah?!" Kepala Firas ditunjal Affan. Apa benda la Firas ni, logik lah sikit. Takkan isteri orang tiba-tiba ada dalam bilik dia kot. Cari nahas ke apa!

Hai, macam mana lah dia boleh jadi managing director kalau manage otak sendiri pun kurang. Ni semua sebab dah tangkap cintan la ni!

"Bodoh la kau ni. Orang kalau dah dilamun cinta memang macam ni ke? Takkan lah Sya dalam bilik aku pulak."

"Habistu Sya mana?"

"Keluar dengan Reena." Firas menghela nafas lega. Risau pulak jika Asyfa keluar berseorangan. Takut terserempak dengan Danish. Eh, tapi tunang Dareena kan Danish? Jadi probabiliti untuk mereka berjumpa sangat tinggi.

"Mamat Danish tu ada jugak ke?"

"Tadi tak ada." Firas terdiam lama. Bagai memikirkan sesuatu. Matanya tiba-tiba dikecilkan memandang Affan.

"Kejap. Yang kau bersungguh kejutkan aku ni kenapa?" soal Firas lagi. Masih tidak puas hati dengan kehadiran Affan di dalam biliknya ini.

Kalau orang lain ternampak mereka berdua macam ni, tak ke ada yang akan timbulkan gossip mereka gay? Dahlah dia dan Affan memang sejenis selalu melekat dari dulu lagi.

"Nak ajak praktis. Malam ni kita kena perform."

"Hah? Seriuslah!"

"Seriuslah ni. Tapi bukan kita berdua je." Firas menjongketkan keningnya. Jangan cakap yang...

Affan menarik nafasnya dalam.

"Ada Luna." Keluhan berat dilepaskan Firas. Tubuhnya dihenyakkan kembali pada katil empuk itu.

Damn! That's worse.

***

So, since awak semua tak serabut saya update tiap hari, I'll keep on updating this story macam biasa. But if saya busy sangat sangat je saya akan update just satu bab untuk dua atau tiga hari :) Btw, TTD kalau sempat saya update malam ni, kalau tak sempat saya update esok okayy 😔 Thank you! And have a nice day!

Continue Reading

You'll Also Like

977K 45.7K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara
566K 23.4K 67
[Previously known as Hello Miss Novelist] "Kenapa saya Faiq?" "In the first time I see you, saya tahu, you're my destiny" Hanya pertemuan kali pert...
766K 25.4K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...
890K 4K 9
Fahri Ilham | Hana Atiya Start : 10th Sept 2022 End : 10th March 2023