SAMUDERA

By Hyderviolet

1.4K 228 1

Setelah seratus tahun berlalu, 'Misteri Lautan Darah' di negeri Cahaya masih belum dapat dirungkaikan. Penemu... More

Prolog
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Epilog

Bab 12

38 9 0
By Hyderviolet

"Umairah"

Mia menoleh ke arah Shakir yang separuh berbisik memanggilnya. Raut wajah Shakir seperti ingin memberitahu sesuatu yang penting kepadanya.

"Yang awak ni dah kenapa macam penceroboh je ni?" soalnya

Shakir menarik lengannya masuk ke dalam bilik yang paling hujung dalam rumahnya. Pintu dikunci dengan pantas. Nafas dihembus perlahan. Mia yang terpinga-pinga hanya mengikutkan sahaja langkah Shakir.

"What you get from that place?" soal Shakir

Mendengar sahaja soalan itu meluncur dari mulut Shakir, fahamlah Mia apa yang dipinta Shakir

"Saya rasa tekaan kita sangat tepat. Bukti dah terang-terang sekarang yang banyak benda pelik belaku and guess what, banyak benda yang awak nak tahu saya dah dapat" terang Mia panjang lebar.

Senyuman terukir dibibir Shakir. "That's my girl"

Mia mengeluarkan sebuah fail kuning dari beg sandang berwarna hitam yang dibawa.

"Now look at this," sambil tangan Mia menyelak-nyelak helaian bercetak dan juga helaian yang nampak lusuh dan kekuning-kuningan di dalam fail itu. Kertas-kertas itu bertukar tangan kepada Shakir. Diteliti satu-persatu kandungannya.

"Ni cetakkan sebenar rekod tentang negeri Cahaya dan yang penting sekali rekod tentang negeri Samudera ni sendiri pun ada sekali".

Dahi Shakir berkerut setelah meneliti semua rekod itu satu persatu. Tangannya cuba menyelak dan mencari-cari sesuatu. Mia yang melihat reaksi kekasihnya itu mulai hairan.

"Rekod ni tak lengkap" kata Shakir.

"But i'm sure saya mintak rekod yang lengkap dari Puan Izrin".

"Tak, maksud saya rekod negeri Samudera ini tidak ditulis sejak tahun 1900"

Mia kebingungan. Bukan bidangnnya untuk meneliti di setiap inci maklumat yang di terima seperti dilakukan oleh Shakir yang arif untuk merungkai kes-kes sebegini.

"Tarikh akhir rekod negeri Cahaya adalah pada tahun 1970" kata Shakir lagi.

"I don't get it" kata Mia

"Kedua-dua negeri ni sangat berkait rapat. So, seharusnya rekod ni berakhir dengan tarikh yang sama. Cuba awak tengok tarikh akhir kegiatan kerajaan di negeri Cahaya ni, ia berkisah tentang pendamaian tiga negeri. Pada rekod akhir ini terdapat cop rasmi negeri Samudera, negeri Ukalaz dan negeri Cahaya. Ini bermakna kerajaan ketiga-tiga negeri ini masih lagi bergiat. Jadi sangat mustahil jika dikatakan negeri Samudera tiada rekod pada tahun sebelum negeri-negeri ini berdamai," terang Shakir dengan bersungguh.

"Pada tahun yang sama juga, negeri cahaya ini dengan rasminya menukar nama negeri mereka atas sebab-sebab tertentu" kata Mia pula.

"Saya rasa ada sesuatu yang pewaris negeri Samudera ini rahsiakan"

"Yes, that's it. Rekod yang hilang itu mungkin bertujuan merahsiakan kegiatan negeri Samudera pada tahun itu dan seterusnya" kata Mia.

"Jadi pewaris seterusnya dirahsiakan juga oleh negeri Samudera" sambung Shakir

Mia mula faham dengan konflik yang ada ini.

"So awak nak kata yang rekod tu hilang?" soal Mia

Shakir membelek lagi rekod tahun akhir negeri Samudera ditulis. Terdapat hanya dua helai surat rasmi yang disertakan dengan rekod itu. Salah satu surat itu terkoyak separuh tetapi masih disertakan juga serpihan itu. Dahinya berkerut. Dia memandang tepat ke arah Mia.

"Ada seseorang yang dah curi maklumat yang penting"

Tukkk!! Tuuukkk!! Ttuukkk!!

Tiba-tiba pintu bilik diketuk dengan kuat. Kedua mereka tersentak dan dengan pantas mereka menyumbatkan segala rekod itu kedalam beg semula. Shakir membuka perlahan pintu itu. Dia menjengukkan kepalanya sedikit keluar melihat sekeliling. Pelik. Itu sahaja perkataan yang terdetik apabila tiada sesiapa di luar bilik itu.

"Siapa tu?" soal Mia setelah selesai menyumbatkan semua kertas-kertas itu ke dalam beg hitam itu semula.

Shakir merapatkan kembali pintu itu perlahan-lahan. Hatinya mulai rasa tidak sedap. Mia yang melihat reaksi Shakir berasa semakin tidak keruan.

Tukkkk!! Ttukkk!! Ttuukkk!!

Pintu diketuk lagi dan kali ini semakin kuat. Entah perasaannya sahaja atau memang ketukan pintu itu semakin kuat. Dada Shakir berombak pantas kerana terkejut dengan ketukan itu. Dahinya mulai merembeskan peluh nipis.

"Awak, kenapa ni?" soal Mia cemas sambil tangannya mencapai lengan Shakir apabila dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena disitu.

Shakir memandang Mia. Setelah itu matanya terarah pula kepada beg hitam itu.

"Mia did you take something that not yours?" soal Shakir inginkan kepastiaan.

"No, never" jawabnya

Shakir menarik lembut beg dari tangan Mia. Dia menyelongkar kembali segala barang yang terdapat dalam beg hitam itu. Semua rekod-rekod itu dikeluarkan semula,

Tuukkk!!! Tuuukkkk!!!tttuukkk!!!!!!tttuukkk!!!tttuukkkk!!!

Ketukan itu berterusan. Mia mula menunjukkan reaksi cemas.

"Awak" katanya dengan suara terketar-ketar.

"Don't open it" tegas Shakir.

Tangannya masih ligat mencari-cari sesuatu di dalam beg itu. Habis semua barang di dalam beg itu bersepah di atas lantai. Tangannya berhenti bergerak. Riaknya kosong. Tangannya ditarik perlahan dari beg itu bersama sesuatu benda yang aneh.

"Damn it!"

Gerak hatinya tidak pernah salah. Pada mula lagi dia dah dapat meneka perkara ini. Tangannya dengan pantas menyambar telefon bimbitnya di atas almari dan menyentuh skrin telefonnya lalu talian disambungkan.

"Haidi kau kat mana sekarang ni?"

Suasana tiba-tiba menjadi gelap gelita.

"Awak, apa kita nak buat ni?" soal Mia ketakutan masih merangkul erat lengan Shakir.

"Akkuu..ada.. dekat....." Panggilan terputus.

Shakir melihat tefonnya sudah kehabisan bateri. Dia memegang erat lengan Mia supaya Mia tidak ketakutan. Dia menoleh ke atas dan mendapati mentol lampu bilik itu pecah. Langit diluar kelihatan mendung seperti bumi bakal menimpa hujan yang begitu lebat. Shakir memberanikan diri memulas tombol pintu perlahan-lahan. Namun pintu itu seperti terkunci dari luar.

"Aahh shitt!!"

Tangan Mia yang merangkul lengannya mulai dilepaskan perlahan-lahan. Tanpa disedari Mia rebah ke lantai terbaring kaku.

"Mia...Miaa...Umairah..." panggil Shakir sambil menggoncangkan bahu Mia.

***

"Gema suara alunan menari bersama"

"Yang indah fikirannya memiliki dengan mudah"

"Dia pujaan jua derita"

"Samudera teragung tinggi berkuasa"

"Oi, lagu menda kau nyanyi tu?" soal Que.

"Entah lah. Aku pon tak tau" jawab Khairul.

Que bingung lalu menghentikan langkahnya.

"Actually, tu bukan lagu. Aku rasa dia more kepada syair or puisi" kata Khai

"Amenda kau ni?"

"Aku rindu suara tu" kata Khairul perlahan.

Meremang roma Que apabila mendengar kata-kata Khairul. Sudahlah entah syair ke puisi yang dialunkan oleh Khairul sebentar tadi agak menyeramkan nadanya. Kaki kanannya terus melangkah masuk ke dalam masjid apabila sesampainya dihadapan pintu masjid itu diikuti langkah Khairul. Mereka solat magrib berjemaah di situ. Usai dari solat magrib mereka berdua mengambil tempat dibahagian belakang berdekatan ruangan solat wanita. Mata Que melilau ke serata tempat. Lehernya dipanjangkan mencari-cari sesuatu.

"Kau cari jam kau ke" soal Khai.

"Jam aku memang tinggal kat rumah tadi" jawabnya.

"Dah tu?"

"Mana si Shakir? tadi kata jumpa kat masjid. Ni sehelai rambut dia pon tak muncul"

Barulah Khairul turut sama mencari kelibat rakannya. Tangannya menyeluk saku mengambil telefon pintar lalu membuat panggilan. Dihujung talian hanya terdengar suara wanita yang menyatakan bahawa panggilan tidak dapat disambungkan. Berkali-kali dia cuba untuk menghubungi Shakir tetapi hasilnya tetap sama.

"Beb aku rasa lain la malam ni" kata Que.

Khairul memandang kosong ke arah wajah bujur Que.

"Hem sama jer hodoh muka kau, aku tengok" kata Khairul selamba.

"Eish celaka ni. Aku serius kau buat main-main pulak" marah Que

Khairul hanya terus memandang skrin telefonnya dengan begitu tekun. Seketika itu, angin bertiup kencang membuatkan langsir-langsir masjid itu berkibaran turun naik dengan kuat. Kopiah yang tersarung di kepala Khairul juga terjatuh dari posisinya. Roma jemaah masjid itu berdiri tegak dek angin sejuk yang bertiup sehingga terasa di tulang-tulang mereka. Petir bertentum ligat di langit. Lampu masjid dengan mengejut terpadam membuatkan jemaah masjid beristigfar berkali-kali. Khairul menyarungkan semula kopiahnya di kepala. Kakinya bingkas bediri ke arah pintu kaca masjid itu disusuli oleh Que. Entah mengapa hati khairul berasak teringatkan Shakir.

"Jom kita gerak pergi rumah Shakir" ajak Khairul.

Dengan pantas Que mengeluarkan kunci motor dari saku baju melayunya lalu terus melangkah ke arah motor milik Pak Zadi.

"Hey kamu berdua nak ke mana tu?" soal Pak Zadi sejurus terlihat kelibat Khairul dan Que.

"Kami nak ke rumah Shakir sekejap, ayah" jawab Khairul ringkas.

Que membonceng pantas motor itu terus ke rumah Shakir di hujung kampung itu. Beberapa minit berlalu mereka sampai dihadapan rumah Shakir. Mereka bingkas melangkah ke arah pintu masuk rumahnya lalu mengetuk dan memberi salam. Tiga kali memberi salam tiada sahutan. Mereka mulai hairan.

"Ke mana pula si Shakir ni" getus hati Que.

Khairul cuba melangkah ke arah sisi rumah itu namun dia terdengar suara seseorang yang sedang teresak-esak menangis.

"Bro pintu ni kunci" kata Que

"Pecahkan jer" ujar Khai.

Tombol pintu itu kopak dengan hanya satu tendangan oleh Que. Mereka berdua terus merempuh pintu kayu itu untuk masuk ke dalam. Apabila kaki mereka jejak masuk sahaja ke dalam rumah itu, terlihat pemandangan yang amat tidak menyenangkan. Sekujur tubuh milik Pak Ahmad iaitu bapa kepada Shakir terbaring bersama takungan darah di sekelilingnya.

"Ya Allah" itu sahaja yang terkeluar dari bibir mereka yang melihatnya.

"Que kau tengokkan Pak Ahmad, aku pergi cari Shakir" arah Khai.

Kakinnya melangkah pantas ke serata ruang rumah itu sambil memanggil-manggil Shakir. Dia berlari di beranda rumah papan itu. Setiap ruang dijenguknya.Tiada sahutan dibalas. Langkahnya terhenti apabila terdengar suara esakkan tadi. Suara tangisan itu datang dari bilik milik adik perempuan Shakir. Langsir dikuak oleh Khairul perlahan.

"Ya Allah Jiha kenapa ni? Apa yang terjadi ni?" soal Khairul setelah melihat tubuh Jiha yang terkulai lemah di satu penjuru bilik itu. Khairul pantas memapah tubuh itu lalu dibaringkan di atas katil. Terdapat luka-luka terpalit di seluruh tubuh milik Jiha. Khairul cuba menenangkan gadis itu.

"Jiha apa yang dah berlaku ni? Huru-hara betul rumah ni? Mana Shakir?" soal Khairul kebingungan dengan apa yang telah dilihatnya.

"Lelaki tu... Dia bunuh a..yaaahhh..Jiha taa..kkuutt.." Jiha cuba menjawab sambil menahan sebak.

"Jiha panggil aloo...ongg tt..aa pi dia ..tak datanngg."

Khairul bingkas bangun melangkah keluar dari bilik.

"Que tengokkan Jiha dalam bilik tu" arah Khairul lagi.

"Khai, Pak Ahmad" belum sempat Que menghabiskan kata-katanya. Khairul sudah memintas.

"Aku tahu. Aku pergi tengok bilik hujung kejap."

"Hati-hati bro" kata Que.

Khairul turun tangga yang membawanya ke bilik yang paling hujung dalam rumah itu. Sesampai dimuka pintu terdengar suara Shakir yang memanggil nama Mia perlahan.

Pantas tangan Khairul memulas tombol pintu itu lalu pintu kayu itu terbuka.

"Shakir, kenapa ni? soal Khai apabila melihat Mia yang terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.

"Bro...Aku..aku tak tau apa jadi ni" kata Shakir dalam intonasi yang sangat cemas.

"Mak aku mana?" soal Shakir lalu bingkas dari duduknya ingin keluar dari bilik itu.

"Ayah kau dah takde Shak" kata Khairul sambil menarik lengan Shakir.

Langkah Shakir terhenti. Dia menoleh ke arah Khairul dengan muka kosong.

"Ayah kau... dah tak ada. Mak kau hilang. Apa yang terjadi sebenarnya ni?"

Air mata milik Shakir berjujuran mengalir. Dia melangkah terus ke ruang hadapan. Dia cuba menggagahkan kakinya berjalan dalam kegelapan malam tanpa lampu di dalam rumah itu. Shakir terus berlutut lemah dihadapan jasad ayahnya yang tidak lagi bernyawa. Khairul memapah keluar tubuh Mia bawanya terus ke ruang tamu rumah itu. Que keluar dari bilik Jiha.

"Jiha luka teruk ni" ujar Que.

Lima belas minit berlalu. Rumah kayu merah hati itu telah dipenuhi oleh orang kampung dan anggota polis.

"Bersabarlah Shakir" itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Que kepada rakannya yang sedang termenung jauh sambil duduk di buaian di halaman rumahnya. Shakir mencapai telefon bimbitnya membuat satu panggilan.

"Haidi, boleh tak aku minta kau datang Samudera bawa Nur sekali" kata Shakir dengan nada tenang.

Panggilan senyap tanpa jawapan daripada Haidi.

"Jangan lupa gelang hitam tu sekali" sambung Shakir.

"Aku jemput kau kat lapangan malam esok" ujar Shakir lagi.

"Em" jawab Haidi ringkas sebelum panggilan dimatikan.

***

Mereka berkumpul diruang lobi Hospital besar Samudera. Jam menunjukkan pukul 11.14 malam. Masing-masing hanya mendiamkan diri, binggung dengan kejadian yang sangat mengejutkan ini. Kelihatan Tok Mahdi dan dua orang anak muridnya baru sahaja tiba di Hospital. Langkahnya terus ke arah Shakir yang masih duduk mendiamkan diri. Tok mahdi hanya menepuk lembut bahu Shakir untuk memberinya semangat. Lelaki tua itu mengambil tempat di sebelah Shakir. Seketika itu Shakir menoleh ke arahnya.

"Tok, maafkan saya. Saya tak kuat untuk teruskan lagi" ujar Shakir sambil berlinangan air mata.

Khairul dan Que yang duduk berhadapan dengannya hanya memandang pelik.

"Kita dah tak da masa panjang Tok" sambung Shakir.

"Cuba kamu cerita dari mula" kata Tok Mahdi

"Jiha yang nampak semuanya, dia cerita dekat saya dalam ambulance tadi" ujar Shakir dan memulakan ceritanya.

Pintu diketuk dengan kuat tanpa salam dari luar.

"Jiha, pergi bukak pintu tu. Abang engkau agaknya tu," kata isteri Pak Ahmad.

Jiha melangkah malas keluar dari biliknya berjalan terus di hadapan pintu rumah lalu membukanya. Tiba-tiba lehernya dicekik kuat oleh seorang lelaki berbadan tegap dan tinggi memandang terus ke matanya dengan wajah yang begitu bengis. Muka Jiha mulai kebiruan kerana manahan sakit apabila kakinya sudah tidak jejak ke lantai diangkat oleh lelaki berkumis itu.

"Mana barang aku?!!" soal lelaki itu dengan suara yang sangat kasar dan tegas. Mata Jiha sudah kemereh-merahan. Nafasnya tersekat. Isteri Pak Ahmad terdengar suara garau itu lalu bingkas dari tempat duduknya terus ke arah pintu rumah.

"Ya Allah." ucapnya.

"Lepaskan anak aku!!" jeritnya sambil mencapai parang yang berada tidak jauh darinya lalu dilibas ke arah lelaki sasa itu.

Parang itu terkena pada wajah lelaki itu lalu mengalirlah darah yang membuak-buak dari wajahnya. Lelaki itu mencampakkan tubuh Jiha seehingga terpelanting ke tingkap rumah. Kca-kaca berderaian melukai tubuhnya. Jiha terbatuk-batuk lemah.

"Jiha lari!" arah ibunya.

Jiha melangkah berlari kerana terlalu cemas dia tidak dapat berfikir tempat yang selamat untuk dia melarikan diri. Dia tiba di bilik yang paling hujung. Dia cuba membuka pintu itu namun terkunci rapat. Dia menggigil melangkah masuk ke dalam biliknya mencari telefon bimbit. Tiba-tiba suara jeritan dari ibunya kedengaran memenuhi ruang. Telefon yang dipegang Jiha terlepas dari tangannya.

Dia keluar semula dari biliknya lalu terlihat tubuh sasa lelaki itu betul-betul dihadapannya. Satu tamparan hinggap dimuka kecil itu. Tubuh Jiha jatuh tersungkur ke lantai. Seketika itu, Pak Ahmad datang dari belakang tubuh lelaki itu dengan menikam belakangnya menggunakan parang. Lelaki sasa itu memaling ke arah Pak Ahmad lalu mencampaknya ke penjuru rumah. Pak Ahmad terkulai lemah. Lelaki sasa itu melangkah perlahan ke arah Pak Ahmad lalu mencengkam leher Pak Ahmad dan dihentakkan berkali-kali ke dinding.

"Bagi balik kepunyaanku!!!" marah lelaki itu.

Parang yang tadinya terpacak di belakang tubuh lelaki itu diambilnya semula lalu menikam berkali-kali tubuh Pak Ahmad.

Jiha yang melihat kejadian itu terus menekup mulutnya lalu menyorok dibawah katil sambil berjujuran air mata. Seketika itu azan magrib berkumandang, suasana mula menjadi sunyi sepi. Hanya terdengar esakkan halus dari Jiha. Beberapa minit kemudian lampu terpadam tiba-tiba.

Shakir hanya tertunduk apabila menghabiskan ceritanya.

Tok Mahdi mengusap lembut bahu Shakir.

"Sabarlah anak muda"

"Saya yang bawa barang itu ke kampung ni" kata Shakir sudah tidak mahu berselindung lagi.

"Shakir" hanya itu sahaja yang terucap dari bibir Tok Mahdi.

Shakir menghulurkan seutas gelang hitam kepada Tok Mahdi.

"Tok tolong simpankan benda ni" rayu Shakir sambil menangis teresak-esak.

Que dan Khairul bangun dari duduk mereka terus ke arah Shakir cuba menenangkan rakannya itu.

"Tok bukan tak boleh simpankannya..."

"Tok tolong lah.. Tolonggg lahh saya.. saya tak nak Jiha ula yang akan jadi mangsa selepas ini" pintas Shakir.

Tok Mahdi mencapai gelang hitam itu lalu membeleknya. Dia kemudian menoleh ke arah Khairul dan Que. Nafas ditarik panjang.

"Kamu berdua bersiap. Jam 1 pagi kita gerak pulang" ujar Tok Mahdi

Que dan Khairul memandang pelik dan hanya mengangguk perlahan.

Continue Reading

You'll Also Like

25.8K 1.5K 46
Kehidupan lima orang gadis remaja yang serba sempurna tiba tiba sahaja dilanda kucar kacir akibat kedatangan satu virus yang dipanggil "RABIES". Mere...
7.5K 468 65
♥️#2nd book of Royal series♥️ *Kalau tak keberatan sila lah baca book 1 dulu..tapi kalau tak nak..tak apa.* Steve,James,Max,Michael,Joseph dan Alex S...
22.8K 860 68
Cinta itu tak semestinya mudah untuk didapati dan dimiliki .. Begitulah kisah cinta Cassandra apabila dia dihalang oleh Elisha yg selalu dengki akan...
8.7K 896 105
Berlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepe...