Syurga Terindah ~jjk

By seonminaa

20.5K 2.2K 1.7K

[COMPLETE] Beautiful cover by @mochii_66 Inspektor JEON JUNGKOOK, seorang pegawai polis yang berasal dari neg... More

SYURGA TERINDAH
ST 1
ST 2
ST 3
ST 4
ST 5
ST 6
ST 7
ST 8
ST 9
ST 10
ST 11
ST 12
ST 13
HELP MEH!
ST 14
ST 15
ST 16
ST 17
ST 18
ST 19
ST 20
ST 21
ST 22
ST 23
ST 24
ST 25
ST 26
ST 27
ST 28
ST 30
ST 31
ST 32
ST 33
FINALE + EPILOG
TRAILER: SYURGA TERINDAH

ST 29

380 36 18
By seonminaa


●●●

"How's your day?"

Tangan Taehyung sibuk membelek baju kemeja di suatu kedai sambil telefon masih lekap di telinga. Mendengar jawapan dari seseorang di hujung telefon, terus dia ketawa kecil.

"Tak, tak okey. Saya rasa kosong kalau awak tak ada dengan saya, Haris," jawab Sofia kedengaran kecewa.

"Awak kena sabar sikit, Sofia. Sekarang ni saya tengah beli baju kemeja. Yela, nak nampak hensem depan parent awak. Nanti saya dah sampai Malaysia kita jumpa, okey."

"Awak pakai apa pun dah hensem, Haris Aryan Kim." Sofia ketawa kecil di hujung talian. Dan itu memang fakta. Taehyung seperti bidadara jatuh dari langit. Mata dan senyuman dia bagai ada aura yang dapat mencairkan hati mana-mana wanita. Siapa sahaja tak mahu?

"I know already."

Taehyung tahan tawa apabila mendengar Sofia berdecit.

"Haris..." panggil Sofia lembut. Taehyung diam menunggu percakapan Sofia.

"I love you."

"I know..."

Hanya senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Tidak mampu ingin membalas kata-kata cinta. Mungkin kerana hati belum bersedia mahu mencari pengganti.

Tiba-tiba terlihat satu sosok tubuh sedang berjalan melepasi pintu kedai. Tubuh sasa itu, macam kenal. Terus Taehyung berjalan keluar dari kedai tanpa sempat mematikan panggilan. Matanya meliar mencari tubuh itu.

Seperti yang disangka, tubuh itu ialah Adam Darwisy. Memang kenal sangat tubuh sasa kawan baiknya itu. Tapi, alangkah terkejutnya apabila terlihat seorang perempuan sedang memeluk pinggangnya. Dan dia yakin, gadis itu bukan Jannah. Kerana Jannah bertudung, tapi gadis itu tidak bertudung.

Sangkaan Taehyung, Jungkook akan menolak gadis itu jauh darinya. Namun sangkaannya meleset apabila Jungkook menarik pinggang gadis itu agar merapatinya. Mereka berdua tersenyum bahagia. Taehyung tekup mulut, terkejut. Jungkook ada perempuan lain?

Dia mengecilkan mata, ingin melihat wajah gadis itu dan membuatkan Taehyung terpaku di tempatnya.

"L... Luna?"

"Haris!"

Taehyung seakan baru tersedar apabila Sofia menjerit namanya dari telefon.

"Are you still there?" soal Sofia. Sudah berkali-kali nama lelaki itu dipanggil, namun tetap tiada sahutan.

Wajah Taehyung bertukar bengis. Matanya tidak lepas dari melihat Jungkook dan Luna yang sedang senyum manis antara satu sama lain. Tajam mata itu memerhati. Penumbuk dikepal erat.

Kau curang dengan Jannah, Adam?

"I'm sorry, Sofia. I have to go now. Ada benda yang saya perlu selesaikan.

●●●

"You masuk dulu. I nak duduk dalam kereta jap." Lembut Jungkook bertutur. Luna mengangguk dan tersenyum manis.

"Okey, sayang."

Luna mula melangkah masuk ke dalam rumah yang dahulu milik Jungkook dan Jannah. Namun kini, rumah itu menjadi miliknya juga.

Masuk sahaja, terlihat Puan Jeon berada tidak jauh darinya dengan berkerusi roda. Tajam mata itu  memandang ke arahnya.

Luna senyum sinis sebelum mendekati wanita tua itu. Dibongkokkan badan agar selaras dengan mata milik eomma. Luna ukir senyum, namun wajah eomma kelihatan marah. Sangat marah. Anak gadis yang selama ini disayangi, namun perasaan sayang berubah menjadi benci.

"Kenapa eomma pandang Luna macam tu? Marah? Sedih?"

Melihat eomma hanya diam, Luna menyambung bicara.

"You should feel happy, eomma. Luna berjaya kahwin dengan Jungkook. Dan ini yang kita berdua impikan selama ni. Why are you being like this?"

Kening eomma bertaut menahan marah. Jika dia tahu niat jahat gadis itu, tidak mungkin dia akan membantu Luna mendapatkan anaknya. Rasa menyesal menyebulungi diri.

Mulut eomma bergetar, cuba mengeluarkan suara.

"K... kau me... mang tak g... guna, Luna."

Luna ketawa sinis. Seakan tidak percaya dengan sindiran eomma. Dulu bukan main beria nak tolong, tapi sekarang dah menyesal?

"Kenapa marah-marah ni, eomma? Nanti muka berkedut tak cantik dah," bicara Luna sarkastik.

"K... kau yang bu... nuh Dato' d... dan Datin, k... kan?"

"Wow! Tak sangka eomma bijak juga. Guess what? Aku juga orang yang bunuh laki kau."

Mata eomma terbutang luas. Dia nyata terkejut. Tak semena-mena air mata deras mengalir di pipi. Mata merah eomma tidak lepas dari memandang Luna yang sedang senyum sinis. Jantung hampir berhenti berdegup. Hatinya menjadi sakit, parah. Dada turun naik mengambil nafas.

Kau... yang bunuh suami aku?

Eomma hanya mampu merintih. Ingin bertindak, namun badan tidak bermaya. Tiada kekuatan ingin bergerak.

"Luna! Kau buat apa dekat eomma?" jerit Jannah membuatkan Luna terus mengangkat kepala. Laju kaki Jannah melangkah mendekati eomma dari dapur. Ditolak bahu gadis itu agar menjauh.

Luna pandang bahunya yang baru ditolak oleh Jannah sebentar tadi. Dia senyum senget sebelum mata bertemu mata tajam milik Jannah.

"Dah berani tolak bahu madu kau sendiri?"

"Aku tak pernah mengaku kau madu aku, Luna. Aku tahu, Adam kahwin dengan kau sebab terpaksa. Aku kenal suami aku. Dia cuma sayangkan aku."

Tiba-tiba Luna ketawa kuat. Perut ditekan-tekan menahan tawa.

"Jannah, kesiannya kau ni. Masih tak boleh terima kenyataan? Ow... so sad. Kalau betul dia masih sayangkan kau, kenapa dia pilih untuk tidur sekatil dengan aku daripada dengan kau? Kenapa Jungkook berlembut dengan aku tapi berkasar dengan kau? Can you explain that?"

Jannah terdiam. Lidah seakan kelu ingin menjawab. Ya, dia mengaku itu semua benar. Tapi dia yakin, Jungkook tak akan sesekali menduakannya. Dan Jungkook sudah berjanji, tidak mungkin lelaki itu mahu mungkiri. Dia yakin, hanya dirinya yang bertakhta di hati Adam Darwisy. Hanya dirinya seorang!

"You know what? Rasa berdua-duaan dalam bilik dengan Jungkook rasa macam heaven! Dia peluk pinggang aku, usap pipi aku. Yang paling bahagia apabila kita orang berci..."

"Enough! Enough, Luna. Adam sayang aku. Dia cuma sayang aku! Kau cuma bala yang nak hancurkan rumah tangga aku! Pergi berambus! Berambus!"

Jannah seperti orang gila. Ditolak-tolak badan Luna agar keluar dari rumah itu. Air mata semakin deras mengalir. Kepala digeleng berkali-kali. Cuba menindakkan kata-kata Luna.

Adam tak akan buat macam tu belakang aku. Ini semua tipu! Hati Jannah menjerit. Dia ingin menjerit semahunya. Masih mahu menafikan.

"Jannah! Kau buat apa ni?"

Jungkook yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah terkejut apabila melihat Jannah yang terus-menerus menolak Luna hingga setapak demi setapak dia ke belakang. Pantas Jungkook mendekati.

Jannah ditolak kasar sehingga tubuh itu spontan berundur beberapa tapak. Bahu Luna dipeluk erat oleh Jungkook. Terus tangan Luna melingkari pinggangnya dan memeluk badan sasa itu. Dalam diam dia senyum senget.

Jannah masih berdiri kaku di tempatnya. Melihat tangan Jungkook yang menyentuh bahu gadis lain, membuatkan dia ingin jatuh rebah. Tidak berdaya mahu berdiri tegak.

"Are you okay?" soal Jungkook lembut pada isteri yang berada di dalam dakapannya kini. Luna mencebik sebelum menganggukkan kepala.

"I'm okay..." Suara sedih sengaja dibuat-buat. Sempat dia melihat Jannah melalui ekor matanya. Sekali lagi, dia senyum sinis. Hatinya kini melonjak puas. Akhirnya, apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan.

Air mata Jannah mengalir lesu. Bibir bergetar hebat apabila mata memandang insan yang dicintai separuh mati sedang berpelukan dengan wanita lain. Di hadapan matanya sendiri.

"Kenapa, Adam? Kenapa awak sanggup menduakan saya? Ke mana janji awak dulu untuk terus setia? Ke mana?" luah Jannah sambil bibir teresak kuat.

"Adam, awak jahat."

Tidak mampu berlama di situ lagi. Jannah terus berlari masuk ke dalam bilik. Melepaskan segala tangisan yang selama ini ditahan.

Jungkook hanya diam tak berkutik. Kepala ditunduk. Dia mengeluh berat sebelum melihat Luna yang masih memeluknya erat.

"Pergi masuk bilik you," ucap Jungkook berbentuk arahan. Luna mendongak memandang suaminya. Dia kembali menggedik.

"Now? Ala... I nak peluk you lama lagi."

"I kata pergi masuk bilik you. Tak faham bahasa ke?" Suara Jungkook menjadi dingin.

Luna meleraikan pelukan apabila melihat wajah Jungkook yang tegas. Kecut perut jadinya. Sempat dia menghentak kaki tanda protes sebelum masuk ke dalam bilik.

Mata Jungkook beralih ke arah eomma yang masih berwajah sedih. Dia mula mendekati lalu mencangkung di hadapan ibunya. Mata eomma yang merah akibat menangis itu dipandang dengan penuh kasih.

"Eomma, why are you crying? What's wrong?" Suara Jungkook kembali lembut. Dibelai lembut tangan kedut si ibu.

"Ke... napa Kook sang... gup b... buat Jannah ma... cam ni?" Eomma cuba membuka mulut walaupun masih sukar ingin berbicara.

Sekali lagi Jungkook mengeluh berat. Dia diam seketika sebelum memandang tepat ke arah mata ibunya. Melihat dari mata Jungkook, seperti lelaki itu sedang merancang sesuatu tanpa pengetahuan sesiapa. Walaupun rancangan itu pasti akan menyakitkan dirinya sendiri.

"I have my own reasons, eomma."

"Kook..."

Baru sahaja eomma ingin berbicara, telefon pintar milik Jungkook tiba-tiba berdering. Jungkook memberi syarat tangan agar tunggu sebentar lalu telefon dilekapkan pada telinga.

"Datang dekat tempat biasa. Aku nak jumpa kau sekarang," ucap Taehyung di hujung talian. Suaranya dingin. Seperti sedang menahan amarah.

Namun, Taehyung pantas mematikan panggilan sebelum sempat Jungkook membuka mulut. Dahinya berkerut melihat skrin telefon yang sudah gelap.

Bimbang jika hal penting, jadi Jungkook pantas menyalam eomma dan berjalan keluar dari rumah. Enjin kereta dihidupkan dan memandu hingga sampai ke destinasi.

●●●

Ya Allah Ya TuhanKu. Limpahkanlah kesabaran ke atas diriku. Dan kukuhkanlah pendirianku agar setia hingga hujung nyawa bersama Adam Darwisy.

Ya Allah, kuatkanlah ikatan cinta di antara kami. Siramilah rasa rindu ini dengan kasih sayangMu. Engkaulah yang memberikan cinta di antara kami. Maka, tambahkan cinta ini agar aku lebih mencintai Adam Darwisy keranaMu.

Ya Allah... jika memang kami tidak kekal lama di dunia, maka izinkanlah kami bersama kembali ketika di akhirat. Kerana aku ikhlas mencintai dia, Ya Allah.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Air mata mengalir lesu di pipi si isteri. Telapak tangan disapukan pada wajah. Lama dia berposisi begitu. Lama-kelamaan, tangisannya mula pecah. Tidak menghirukan orang sekeliling yang turut berada di dalam masjid.

Tersendan-sendan Jannah menangis. Mengenangkan nasibnya bersama si dia. Adakah mereka akan terus berkekalan? Ataupun memang bukan ditakdirkan jodoh? Dia sendiri buntu.

Tuhan... bantulah aku...

Tiba-tiba badan terasa lemah. Jannah merebahkan badan ke atas karpet. Pandangannya menjadi kabur, dan perlahan-lahan semuanya menjadi gelap.

"Ibu! Ibu! Aunty ni tak nak buka mata, ibu!" jerit seorang budak perempuan itu, cemas. Ibunya yang baru sahaja selesai menunaikan solat terus mendekati figura yang sedang terbaring lemah. Yang lebih mengejutkan apabila terlihat darah pekat mengalir di celah kaki wanita itu.

Digoyang-goyang badan itu kuat. Si ibu menjadi cemas.

"Puan! Buka mata, puan! Puan dah berdarah ni. Puan! Bangun, puan. Puan!"

Terpisat-pisat Jannah membuka mata. Siling di atas dipandang sebelum mata beralih ke arah kiri. Terlihat seorang lelaki dan seorang doktor sedang berbincang sesuatu. Kelihatan seperti serius.

Jannah cuba melihat dengan jelas wajah lelaki itu. Sungguh tak disangka-sangka, lelaki itu ialah Mikail Aidan. Sudah lama tidak bersemuka dengan Mikail semenjak kejadian hari itu. Tapi, apa yang dia buat di sini?

Jannah ingin mengeluarkan suara, namun niatnya terhenti apabila terdengar perbualan mereka berdua.

"Kami minta maaf. Kami dah cuba yang terbaik untuk selamatkan anak yang berusia tiga bulan di dalam kandungan Puan Jannah. Mungkin Puan Jannah menghidap stres yang melampau dan menyebabkan dia keguguran," terang doktor perempuan itu dengan rasa serba salah.

Jannah terkaku di tempatnya. Mulut ditekup menahan sebak. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi, namun dia gagal. Suara tangisannya membuatkan Mikail dan doktor itu berpaling ke arah Jannah. Melihat air mata menitis di pipi gadis kesayangannya, membuatkan hati Mikail tersentuh.

"Saya minta diri dulu," pamit doktor itu lalu beredar meninggalkan mereka berdua bersendirian.

Mikail mula mendekati Jannah yang sedang cuba duduk dari perbaringan. Mikail melabuhkan duduk di sebelah Jannah sebelum bertentangan mata dengannya. Lembut sahaja pandangannya, seakan faham dengan perasaan wanita itu.

"Anak saya dah tak ada ke, Mika?"

Soalan yang cukup menikam hatinya. Tidak hairanlah mengapa dia selalu berasa emosi, cepat marah. Rupa-rupanya kerana ada hadiah terindah di dalam badannya, iaitu anak Adam Darwisy. Tapi semua itu seakan musnah dalam sekelip mata.

Kini, bukti cintanya pada Adam Darwisy sudah tiada.

Mikail menunduk. Tidak mampu ingin bertentang mata dengan mata yang sudah merah itu. Dia hanya membiarkan Jannah menangis, ingin memberi ruang padanya.

Air mata diseka sebelum memandang ke arah Mikail yang masih setia di sisi. Wajah itu dipandang lama.

"Kenapa, Mika? Kenapa awak sentiasa ada untuk saya walaupun awak tahu yang hati saya sudah tertutup buat awak? Untuk apa awak buat semua ni? Apa yang awak tengah cuba buat ni, Mika?" soal Jannah setelah lama terpendam dalam hati.

Mikail terdiam seketika. Jannah tidak lepas dari memandang Mikail, menunggu jawapan.

"Sebab saya tak pernah berhenti sayangkan awak. Mungkin awak tak tahu, tapi saya ada je di sekeliling awak. Saya nampak kehidupan awak sekarang. Saya tahu perasaan awak sekarang, Jannah. Dan saya tahu awak sedang sakit. Walaupun awak tak minta, tapi saya tetap sentiasa ada untuk awak," bicara Mikail ikhlas.

Tipulah jika Jannah tidak tersentuh dengan kata-kata Mikail. Sepatutnya, kata-kata ikhlas itu datang dari Jungkook, suaminya sendiri. Bukan Mikail!

Dan sekarang, di manakah Jungkook? Ke mana dia pergi sedangkan isteri sedang terlantar di hospital? Adakah kerana Jungkook sudah tidak peduli akan dirinya?

Jannah mengambil nafas sebelum berbicara.

"Mika, saya rasa awak patut balik sekarang. Awak tak boleh ada dekat sini."

Mendengar kata-kata Jannah membuatkan Mikail terus berpaling. Memandang wajah itu, meminta penjelasan.

"Walaupun Adam tak kisah pasal saya, tapi saya masih lagi isteri dia."

"Awak masih lagi tunggu dia, betul kan?" cantas Mikail. Suaranya seakan ditahan dari ingin meninggikan suara.

Lidah Jannah menjadi kelu. Dia menunduk.

"Jannah, awak sedar tak Adam dah seksa awak! Dia curang depan mata awak sendiri! Tapi awak masih tunggu dia lagi?" Suara Mikail semakin meninggi. Dia mendengus geram dan beredar meninggalkan Jannah keseorangan di dalam wad itu.

Jannah hanya diam tak berkutik. Dan sekali lagi air matanya mengalir lesu membasahi pipi. Dia menangis sepuas-puasnya.

Kau mungkir janji, Adam. Kau sakiti hati aku. Aku sakit, Adam. Aku sakit.

- TBC -

VOTEMENT
TRIMAS

______________________________________

YA AMPUN SUDAH SEMINGGU GUE NGGAK UPDATE. I'm so sorry double sorry triple sorry 😭

Continue Reading

You'll Also Like

352K 18.7K 56
"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam...
1.2K 57 36
Pertemuan diantara Aurora dan Charles di Australia yang secara tidak sengaja Aurora tertumpah kopi diatas kertas Charles yang pada masa itu ia sibuk...
13K 604 72
Kehidupan Muhammad Daiyan Haider yang berubah sekelip mata apabila dia memeluk agama Islam. Dibenci Oleh ibu sendiri dan juga Isteri tercinta amatlah...
1.3M 93.8K 53
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...