1

9.4K 598 90
                                    

3 bulan yang lalu...

Airmatanya setia mengalir tanpa henti. Bergema bilik tersebut dengan suara tangisannya. Apa salahnya sehingga dia diperlakukan seperti anak tiri sahaja. Dia sangat merindui ayahnya. Jika ayahnya masih hidup, pasti hidupnya tidak sengsara.

"Ayah, line rindu ayah, line nak ikut dengan ayah. Kenapa ayah tinggalkan line cepat sangat, ayah memang tak sayangkan line ke?"
rintih Arline dengan sayu.

Dia menangis tersendu-sendu dalam biliknya. Keseluruh tubuh badannya penuh dengan kesan lebam. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya yang dia rasakan.

"Arline." jerit ibu Arline yang berada di tingkat bawah. Arline tersentak, laju sahaja dia mengesat airmatanya dan bergegas turun ke bawah.

"Ye, bu." ujarnya setelah sampai di hadapan sang ibu. Dia hanya tersenyum kecil sahaja kepada ibunya. Namun, ibunya hanya memandangnya dengan pandangan yang benci bukan pandangan seorang ibu kepada anaknya, jauh sama sekali.

"Kau buat apa dalam bilik tu lama sangat? Buat syirik lagi? Kau ni memang anak jahanam tahu tak! Aku suruh kau kemas rumah, tapi kau terperap pula dalam bilik kau kan! Kau ingat, kau anak raja ke setan?" marah ibunya yang bernama Puan Kayla.

Tajam anak matanya melihat kearah Arline yang nampak sangat pucat. Dia tersenyum sinis. Kau ingat, aku akan kasihan dekat kau. Dasar anak setan, iblis, buangmasa aku je nak kasihankan kau.

"Tak bu, line cuma rehat je tadi, sebab badan line sakit sangat. Line tak buat pun benda syirik tu bu," jawabnya dengan sayu.

"Nak berlakon alim lagi kau ni, dah memang sah, kau bela saka kan! Kau ni memang manusia bertopengkan syaitanlah. Depan aku, kau berlakon jadi baik, tapi belakang aku, kau buat syirik dengan semua jin kau tu." marahnya lagi kepada Arline.

Dia menarik rambut Arline dengan kasar, sehingga gadis itu merayu untuk dilepaskan. Namun, ibunya hanya biarkan sahaja rayuan itu berlalu pergi.

"Ibu, isk isk, sakit bu, tolong lepaskan rambut line ibu. Sakit ibu."  rayu arline dengan mata yang terpejam. Rasa seperti kulit rambutnya macam tercabut je.

"Kau kata sakit? Jangan berlakon iblis. Aku tahu apa yang kau buat. Kau sebenarnya buat perkara yang tuhan larang. Aku pun pelik dengan kau line, dimana salah aku didik kau hah! Kenapa kau sanggup malukan aku pada semua orang kampung dengan sikap kau ni?" herdik Puan Kayla kepada anaknya itu.

Dia menarik rambut Arline lalu dia mencapai gunting. Arline sudah menggelengkan kepalanya dan merayu sehabis mungkin kepada Puan Kayla.

"Ibu, kenapa ibu seksa line macam ni bu! Line tak buat pun benda tu, sanggup ibu tuduh line macam tu." rintih Arline.

Puan Kayla tidak memperdulikan kata-katanya. Dengan kasar, dia menggunting rambut Arline sehingga pendek. Lalu rambut itu dimasukkan ke dalam mulut Arline secara kasar.

"Ambil ni, makan tu! Kau tu layaknya makan benda macam ni! Aku ni benci sangat muka kau! Anak tak berguna." ujar Puan Kayla lalu menolak kepala Arline dengan kuat sehingga kepalanya terhantuk pada bucu meja.

"Auch!" bibir dikemamnya menahan sakit pada kepalanya namun Puan Kayla langsung tidak berasa bersalah kerana sudah mencederakan dirinya.

Puan Kayla mencapai tali pinggang dan mendekati semula tubuh Arline yang sedang menangis. Itu yang dia mahukan, disebabkan anaknya sudah menconteng dan malukan dirinya, jadi dia harus diberi pengajaran.

Jantung Arline sudah berdegup dengan laju, tubuhnya sudah menggigil melihat wajah ibunya yang seperti singa kelaparan sahaja, ditambah lagi dengan tali pinggang yang berada di tangan wanita itu.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now