16

3.5K 271 61
                                    

Amri tersenyum puas memikirkan tentang perkhawinan dia dengan orang tua yang bodoh. Siapa lagi kalau bukan Puan Kayla yang tidak sedar diri. Dah tua ada hati nak calon suami yang muda dan kacak.

Dia tergelak kecil, kaki disilangkan lalu mata dipejamkan bersama senyuman sinis yang terukir di bibir kacaknya. Matanya memandang kearah seorang gadis yang cantik molek dan berpakaian seksi sedang menuju kearahnya.

"Hye, baby?" ujar gadis tersebut dengan senyuman menggoda. Pipi Amri dikucup sekilas sebelum dia duduk di atas riba Amri dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya. Amri membalas senyuman tersebut dengan senyuman kacaknya.

"Hye, dah lama tunggu?" soal Amri kepadanya. Gadis itu menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada Amri.

"So, macam mana? Orang tua tu setuju ke?" soal gadis tersebut kepada Amri. Rambut lelaki itu dibelai dengan lembut. Amri hanya membiarkan sahaja.

"Dia setuju sayang, orang tua tak sedar diri. Ada hati nak khawin dengan aku. Lainlah macam Eryna. Dahlah cantik dan sempurna di mata aku." ujar Amri dengan menggoda. Gadis yang bernama Eryna itu tergelak.

Nama diberi Eryna Sabella dan mempunyai seorang kembar yang bernama Elyna Sabella. Orangnya cantik dan berkacukan Italy. Dua kembar yang mempunyai watak yang berbeza dan merupakan golongan yang berada.

"Senang sangat nak permainkan orang tua tu. Baby kena ingat, lepas je kahwin dengan orang tua tu, baby kena pandai pikat hati dia supaya harta dia semua jatuh dekat tangan baby." kata Eryna dengan serius. Amri menggangukkan kepalanya lalu tangan memeluk kemas pinggang gadis tersebut.

"Mestilah sayang, hal macam tu mudah bagi aku. Siapa je tak terpikat dengan kekacakan aku ni?" ujar Amri dengan bangga lalu disambut gelakan dari Eryna.

"Okey, baby. So, jom kita pulang dah malam." kata Eryna dan dibalas anggukan dari Amri. Mereka yang waktu itu berada di club, melangkah keluar menuju ke rumah milik Amri.

Sedang mereka bergelak tawa, mereka tidak tahu ada yang memerhati mereka dengan senyuman yang sukar ditafsirkan. Mata tidak lepas memandang kearah Amri dengan Eryna yang bergelak tawa dengan bahagia.

'Mereka' terus lesap dalam sekelip mata setelah kelibat Amri dengan Eryna sudah tiada. Berita tersebut akan disampaikan kepada tuan mereka. Siapa lagi kalau bukan Arline.



"Maklumat apa yang kamu dapat?" soal Arline dengan serius. 'Mereka' memandang Arline sebelum mereka menjawab.

"Lelaki itu hanyalah mahukan harta ibu tuan, dia ada seorang kekasih yang bernama Eryna,"

Terang salah seorang dari mereka. Arline tersenyum senget mendengarnya. Well dia tak pernah salah dalam meneka apa sahaja. Buktinya, lelaki itu hanya mahukan harta ibunya sahaja.

"Lelaki sial! Dia fikir dia berjaya? Tak apa, korang biarkan aje dia, nampaknya permainan akan bermula. Aku akan biarkan dia kahwin dengan ibu, nak tengok sampai mana permainan dia." ujar Arline lalu tergelak sinis. Mengenangkan rupa lelaki itu membuatkan dia tidak sabar nak serumah dengan lelaki itu.

"Korang dengarkan arahan aku?" soal Arline lalu dibalas anggukan dari 'mereka'. Arline tersenyum sinis melihatnya.

"Korang boleh pergi."

Dalam sekelip mata sahaja mereka hilang. Arline merebahkan badannya di atas katil dengan senyuman sinis terukir.

"Amri, asallah mak bapak kau bagi nama Amri? Asal bukan biri-biri je. Haih." ujar sendiri lalu kepala digelengkan.

"Jangan risau sayang, kau yang nak bermain dengan aku. So, apa yang terjadi kau kena tanggung akibatnya." ujar Arline lagi lalu tergelak jahat. Penuh ruangan tersebut dengan suara gelak tawanya.



Eryna melangkah masuk kedalam rumah milik keluarganya. Semalaman dia tidak pulang kerana berada di rumah kekasihnya Amri. Mereka tidak kenal erti dosa, sampai sanggup tidur bersama.

Sebelum dia menuju ke tingkat atas, ada suara seorang gadis yang menyapanya. Mendengar suara itu sudah membuatkan dirinya menyampah.

"Akak dari mana?" soal kembar Eryna yang bernama Elyna. Mata tajam melihat kearah kakak kembarnya yang jelas tidak menyukai dia menyoal seperti itu.

"Suka hati akulah nak pergi mana pun! Yang kau sibuk kenapa?" balas Eryna dengan kasar membuatkan Elyna mengeluh.

"Akak masih bersama Amri ke? Akak korang tiada ikatan yang sah, nanti akak mengandung macam mana? Kalau korang sama suka, kenapa tidak nikah saja?" soal Elyna lembut membuatkan Eryna menyampah.

"Kau jangan nak nasihatkan akulah! Jangan nak acah baik depan aku! Aku rimas tahu tak?" herdik Eryna dengan kuat. Perasaan benci terhadap Elyna tidak pernah pudar.

"Eryna, kenapa cakap macam tu dekat adik?" marah daddynya kepada Eryna. Disebabkan suara Eryna yang terlalu kuat menyebabkan mereka jelas mendengarnya.

"Anak daddy ni sengaja je tunjuk baik, entah-entah dia lagi jahanam dari aku," sinis Eryna berkata membuatkan daddynya marah dan terus menamparnya.

Pang!

"Jangan nak tuduh adik macam tu! Perangai dia lagi elok dari kau!" marah daddynya dengan lantang membuatkan Elyna tergamam. Terkejut kerana Eryna ditampar dengan kuat.

Eryna mengusap pipinya yang terasa sakit. Mata tajamnya dihalakan kearah Elyna yang memandangnya dengan pandangan sayu. Tapi baginya, itu bukan pandangan yang sayu sebaliknya pandangan mengejek.

"I hate you!"

Selepas berkata seperti itu, Eryna terus berlari anak menuju ke biliknya dengan perasaan benci yang membuak-buak dalam dirinya.

Dia benci dengan Elyna dan akan terus membencinya. Kenangan pahit yang terjadi dulu dia takkan lupakan dan sebab itu dia membencikan Elyna.

Elyna memandang sayu pemergian kakak kembarnya. Dia rindu dengan sikap kakaknya yang dulu, sangat rindu. Namun, disebabkan satu tragedi kakaknya menjadi kasar dan membenci dirinya.

"Jangan fikirkan kakak kau tu sangat." kata daddynya yang bernama Tengku Mikael kepadanya. Elyna tersenyum hambar.

"Baik, daddy."

Siapa je tak sayang kakak, ditambah lagi orang itu adalah kembar kau sendiri. Jika masa boleh diputar, dia mahu hubungan mereka seperti dulu.

"Lyna gerak dulu, nak jumpa seseorang." kata Elyna lalu dibalas anggukan dari daddynya. Tangan dikucup dan memberi salam sebelum dia melangkah pergi. Daddynya menatap pemergian anaknya yang jelas kecewa dengan sikap kakaknya.

'Daddy minta maaf.'

Jangan lupa vote dan komen gais❤. Maaf lambat update okey. jumpa lagi tatatata.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now