43

4.3K 275 28
                                    

Ketua kumpulan fei tergelak jahat kerana berjaya dengan rancangannya. Walaupun dia tidak dapat gadis itu, sekurangnya dia berjaya membuatkan gadis itu tidak bernyawa.

Dia pasti yang gadis itu sudah tidak bernyawa lagi kerana peluru tersebut mempunyai racun yang kuat. Bibirnya mengukirkan senyuman puas.

"Tch! Akhirnya, aku berjaya. Syaril, salam takziah dari aku." ejeknya dengan sinis. Dia yakin yang lelaki itu akan lemah kerana gadis yang dicintai sudah tiada lagi.

Tapi, dia kisah apa? Baginya, melihat kesengsaraan musuhnya adalah satu kejayaan dan kebahagian bagi dirinya.

Dia bermusuhan dengan lelaki itu adalah kerana dulu teman wanitanya jatuh cinta dengan Syaril kerana lelaki itu lebih kaya dan berparas rupa.

Dulu, dia hanyalah seorang yang miskin. Tetapi, semenjak dia masuk ke dalam kumpulan mafia, hidupnya berubah 100%. Dan buktinya, dia sudah mempunyai kumpulannya sendiri.

"Syaril..ucaplah selamat tinggal pada gadis yang kau cintai itu." katanya sendiri dengan senyuman mengejek. Gelak jahatnya memenuhi ruang tersebut.







Puan Kayla bersiap untuk pergi melawat ke hospital seperti biasa. Setelah sudah siap, dia terus keluar dan menuju keretanya.

'Mereka' masih ada bersamanya. Diperhatikan setiap gerak-geri wanita itu. Tanpa, Puan Kayla sedar setiap gerak-gerinya diperhatikan.

Enjin dihidupkan dan bergerak menuju ke hospital. Pedal minyak dilajukan lagi oleh Puan Kayla. Kebetulan waktu itu sudah bertukar malam, ada sebuah kereta menahan kereta Puan Kayla.

Pin! Pin!

"Kenapa bengap sangat kereta ni?! Aku nak cepat!" marahnya lalu melangkah keluar dari perut keretanya dan menuju kearah kereta tersebut.

'Mereka' hanya melihat sahaja. 'Mereka' tidak boleh berbuat sesuka hati. Mesti ada arahan dari Arline baru boleh melakukan kerja. Tanpa arahan gadis itu, 'mereka' tidak akan berbuat apa-apa walaupun dalam keadaan yang genting. Sebab itu memang peraturannya.

Dan peliknya, Arline sampai waktu itu tidak menyeru nama 'mereka' dan belum sampai. 'Mereka' hanya akan datang bila gadis itu menyeru nama 'mereka'.

"Woii! Korang nak apa? Tak nampak ke aku tengah nak cepat ni?" tengking Puan Kayla tanpa adab.

Dia terkejut melihat beberapa orang lelaki yang berbadan besar keluar dari kereta tersebut. Wajahnya bertukar menjadi pucat.

"Korang nak apa?" soalnya takut. Dia mengundurkan diri ke belakang. Kaki Puan Kayla ditembak di sebelah kanan.

Bang!

"Arghh!!"

Jeritnya kesakitan. 'Mereka' hanya melihat sahaja. Seperti yang dikatakan tadi, tanpa arahan Arline, 'mereka' tidak akan berbuat apa-apa.

Puan Kayla jatuh terduduk. Darah yang keluar dari kakinya sangat banyak. Lalu tubuh Puan Kayla diangkat dan dimasukkan di dalam van.

Van tersebut melangkah pergi. 'Mereka' berpandangan sesama sendiri sebelum yang lain mengikuti van tersebut dan yang lain berjumpa kepada Arline untuk memberitahu hal tersebut.





Syaril memandang wajah Arline yang pucat seperti mayat sahaja. Nasib baik, doktor peribadi mereka laju sampai. Kalau tak mungkin gadis itu sudah tidak dapat diselamatkan. Kerana peluru yang ada dalam tubuh Arline mempunyai racun yang sangat kuat.

Tangan gadis itu digenggam lalu dikucup lembut. Tangannya sebelah pula mengusap kepala Arline dengan penuh kasihsayang.

"Nasib baik kau selamat. Kalau tak, aku tak tahulah apa jadi dengan diri aku. Aku tak sanggup bayangkan kalau itu yang terjadi." katanya dengan perasaan takut.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now