24

3.5K 265 126
                                    

Syaril memandang satu persatu anak buahnya yang mengawal pada bahagian bilik Arline. Tajam anak matanya melihat kearah mereka.

"AKU SURUH KORANG AWASI DIA KAN! TAPI KENAPA DIA BOLEH JATUH DARI TANGGA ITU HAH!" marah Syaril dengan lantang. Dia menumbuk meja dengan kuat.

Bam!

Terhinjut bahu mereka menerima tengkingan dari Syaril secara tiba-tiba. Mereka sudah agak pasti lelaki itu akan marah.

"Maaf Tuan, kami tak perasan. Maaf memang salah kami." pohon salah seorang dari mereka. Syaril berdecit kecil.

"Kalau terjadi apa-apa dekat dia, siap korang!" kata Syaril dengan bengis. Mereka menggangukkan kepala mereka menandakkan mereka sedia dihukum.

Pintu bilik dibuka, terlihat Makcik Senah sedang melangkah masuk dan berhenti dua langkah dari pintu tersebut.

"Tuan, Dr.Chong dah pulang." kata Makcik Senah kepadanya.

"Dia cakap apa tentang keadaan perempuan tu."

"Keadaan Puan baik-baik sahaja, jangan risau." ujar Makcik Senah lalu dibalas anggukan dari Syaril.

"Korang boleh keluar, aku nak tengok dia dulu." kata Syaril lalu melangkah keluar dan menuju ke bilik Arline.

Pintu bilik Arline dibuka, terlihat Arline masih lagi tidak sedarkan diri. Kaki menghampiri katil milik Arline dan melabuhkan punggungnya disebelah gadis itu.

Direnung dengan teliti wajah gadis tersebut. Tidak dapat dia nafikan gadis itu sangat cantik dan manis.

"Cepat sedar eh pelik." kata Syaril lalu mengusap pipi Arline dengan lembut. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Nasib sahaja gadis itu tidak mengalami sebarang kecederaan, kalau tak memang dia mengamuk habis dengan anak buahnya.

"Aku keluar dulu pelik. Cepat sembuh.' katanya lagi lalu mengucup dahi gadis tersebut seketika sebelum dia melangkah keluar.






Syikin sibuk mencari novel yang sesuai untuk dia baca. Semua cerita seronok belaka, naik pening dia nak memilih yang mana satu.

Sedang sibuk dia mencari novel, terdengar satu suara menegurnya. Dia terkejut melihat orang tersebut.

"Syikin kan?"

"Awww! Izz sayang!" jerit Syikin dengan riang. Lantas mereka berpelukkan antara satu sama lain dengan senyuman gembira di bibir.

"Aku rindu kau sangat dowh! Makin lawa kau eh."  puji Syikin kepada rakannya waktu sekolah menengah.

"Mestilah! Aku memang cantik dari dulu lagi," balas Izz atau nama betulnya Nurul Izziyizati. Orangnya putih dan lawa.

Pak!

"Tak pernah berubah perangai kau eh? Cepuk kang!" marah Syikin lalu Izz tergelak kecil. Rakan Izz sudah tidak dihiraukan apabila dua minah tu berjumpa.

"Ehem!"

Perbualan mereka terhenti apabila seseorang berdehem. Lantas kedua gadis itu memandangkan kearah suara tersebut.

"Izz bangang, siapa ni?" soal Syikin ingin tahu. Bibirnya mengukirkan senyuman manis. Begitu juga dengan orang tersebut.

"Oh, kenalkan ni Nurul Quryine boleh panggil Qur dan sebelah dia Siti Deemicha boleh panggil Dee," terang Izz kepada Syikin.

"Hai, kenalkan saya Syikin yang paling meletos kebabamos," ujar Syikin dengan riang.

"Saya Nurul Quryine yang paling lawa,"

"Saya pula Siti Deemicha atau Dee paling macho,"

Lalu mereka berempat bergelak tawa dan tidak menghiraukan pandangan orang lain. Perempaun en.

"Lepas ni korang nak pergi mana?" soal Syikin kepada mereka dengan senyuman di bibir. Nampaknya dia ada kawan baru.

"Kami nak tengok wayang. Kau nak ikut tak?"

"Nak!"

"Okey cun! Lepas je beli novel, kita gerak."

"Okey!" kata mereka serentak. Lalu tawa mereka disambung lagi, dan kali itu sangat kuat.





Karl memandang Syaril yang memandangnya dengan riak kosong sahaja. Bibirnya mengeluarkan keluhan.

"Macam mana dia boleh jatuh Ril?" soal Karl kepadanya. Syaril meraup wajahnya sebelum dia menjawab.

"Manalah aku tahu. Dia yang jatuh sendiri okey, so bukan salah aku." selamba sahaja dia berkata membuatkan Karl geram.

"Kau tak kasihan dekat dia ke? Kalau macam ni lah kau jaga dia, baik kau bagi Syikin je jaga." kata Karl malas dengan sikapnya.

"Asal pula aku kena bagi dekat Syikin! Dia dah masuk dalam dunia aku, dalam rumah aku. Dan aku takkan benarkan dia terlepas dari genggaman aku." kata Syaril tidak suka. Karl mengukirkan senyuman senget.

"Kau suka dia kan?"

"Kau merepek apa ni? Suka? dengan perempuan pelik tu? Memang taklah!" kata Syaril lalu tersenyum sinis. Karl masih dengan senyuman sengetnya.

"Jangan yakin sangat Ril. Aku pasti kau akan jatuh cinta dengan dia. Mungkin hari ni kau kata tak suka, tapi suatu hari nanti kau akan kata cinta." ujar Karl dengannya.

"Aku yakin aku takkan jatuh cinta dekat dia," balas Syaril dengan yakin. Karl tersenyum sinis mendengarnya.

"Kita tengok Ril kalau kau takkan jatuh cinta dengan dia"





Eryna sudah malas mendengar cerita dari rakannya Nanan yang tidak habis-habis menceritakan tentang lelaki yang terlanggar Nana tempoh hari.

"Aduh beb, dia hensem sangat beb. Aku rasa jantung aku ni kan macam dupdap je beb. Pertama kali aku tengok muka dia tu kan, macam Masyalllah, inikah dinamakan cinta." kata Nana dengan gembira lalu menepuk-nepuk bantal melepaskan geramnya mengingati wajah lelaki itu.

"Gedik kau eh? " kata Eryna kepadanya. Laju sahaja dia menggangukkan kepalanya dengan senyuman.

"Ya beb aku gedik beb, tapi dengan dia je beb! Ya Allah, pertemukanlah aku dengan dirinya lagi. Sungguh hambamu ini sudah jatuh cinta sejak kali pertama lagi." kata Nana lalu menjerit dengan sedikit kuat.

"Memang dah gila." pasrah Eryna dengan sikap Nana yang seperti orang gila sahaja. Batal niatnya untuk beritahu rancangan mereka seterusnya kerana sikap angau Nana.




Puan Kayla tersenyum bahagia. Dia bahagia kerana anaknya Arline sudah tiada dalam rumahnya. Dan yang kedua adalah perkhawinan dia dan Amri tiada siapa yang akan bantah lagi.

"Bagushlah anak sial tu takde dekat sini. Aku harap sangat dia tak datang kesini semula. Menyemak, buat sakit mata aku je." kata Puan Kayla dengan rimas.

Gambar Arline diambil semua lalu dibakar. Tiada satu pun yang tinggal. Bilik Arline pun dia telah ubah menjadi stor. Dia benci terhadap gadis itu.

"Harap kau mati jelah perempuan, baru puas hati aku." kata Puan Kayla lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Dia tidak sedar yang setiap perbuatannya diperhatikan oleh 'mereka'. Ingin sahaja 'mereka' membuat sesuatu kepada wanita tua itu agar dia sedar. Namun, 'mereka' takut terhadap Arline jika peraturan 'mereka' langgar.

Jadi mereka hanya mampu melihat sahaja, namun jika ada yang mencederakan wanita itu, mereka tidak akan duduk diam kerana itu memang arahan dari Arline.

Update lagi sayang, jangan lupa komen dan vote eh❤❤❤❤.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now