19

3.4K 264 117
                                    

Eryna menjerit sepuas hati. Habis kesemua barangan kaca dia lempar sehingga pecah. Wajahnya sangat kelihatan bengis dan marah.

"Arghhhhh!"

Jeritnya lantang. Hatinya berasa marah kerana rancangannya untuk membunuh adik kembarnya tidak berhasil. Adiknya masih lagi bernyawa.

"Beb, relaxlah. Kita boleh cuba lagi kan. Tak payahlah serabut." cebik Nana malas melihat rakannya yang seperti tidak waras sahaja.

"Macam mana aku boleh relax? Adik aku masih hidup lagi tahu tak! Buang duit aku je bagi orang upahan aku tu untuk bunuh dia." marah Eryna tidak dapat dibendung lagi.

"Bertenang sikit boleh tak! Masa lagi panjang kot. Kau boleh je bunuh adik kau yang tak guna tu bila-bila masa." malas Nana. Matanya dijulingkan keatas.

"Erghhh! Siallah!"

Dia meramas rambutnya dengan kasar. Wajah Elyna yang tersenyum lega terbenak difikirannya. Dia benci melihat senyuman itu. Jika dulu dia suka sangat melihat senyuman tersebut, tetapi tidak bagi sekarang. Dia sangat benci.

"Aku ada rancangan beb." ujar Nana sambil tersenyum penuh memandang Eryna yang terlihat kusut sahaja.

"Apa rancangan kau?"

Soal Eryna namun Nana hanya tersenyum sahaja sambil menghampiri dirinya dengan senyuman tidak lekang di bibir.

'Elyna, i'm sorry sayang. Kau layak mati je.' desis hati Nana.



Syaril keluar dari keretanya dan melangkah masuk ke dalam mall. Dia ingin berjumpa dengan seseorang kerana ada hal yang ingin dibincangkan.

Tempat perjanjian pertemuan mereka ditujui. Setelah sampai disana, dia terus melabuhkan punggungnya di hadapan orang tersebut.

"Tuan."

Sapa orang kanan Syaril sambil menundukkan kepala. Dia hanya mengganguk sahaja sebagai jawapan.

"So, apa maklumat yang kau dapat?" soalnya serius. Mereka memilih tempat yang tersembunyi dari banyak orang. Sememangnya, Syaril lebih gemar dengan keadaan begitu berbanding dengan keadaan yang ramai orang.

"Nama betul dia adalah Nurul Arline binti Muhammad. Berumur 20 tahun. Dia seorang anak tunggal. Dia hanya ada ibu sahaja kerana ayah kandung dia telah meninggal dunia," ujar orang kanan kepada Syaril.

"Apa sebab ibu dia bencikan perempuan tu?" soalnya lagi sambil mengerutkan keningnya.

"Mengikut apa yang saya tahu, sebab ibu dia sangat benci kepada gadis itu adalah disebabkan gadis itu dikatakan menggunakan ilmu sihir. Orang kampung menggelarkan dia adalah wanita sihir,'' terang dia lagi kepada Syaril.

Syaril berfikir sejenak. Matanya tidak lepas memandang orang kanannya tengah fikiran yang bercelaru.

"Dia memang guna sihir ke?"

"Saya tak pasti tentang itu Tuan. Saya dah cuba memcari maklumat tetapi tidak dapat. Saya minta maaf." pohon lelaki itu kepadanya.

"Tak apalah. Terima kasih," ucap Syaril kepadanya.

"Aku pergi dulu." kata Syaril lagi lalu di balas anggukan dari lelaki itu.

"Tuan."

Syaril menghentikan langkahnya dan menoleh ke belakang. Keningnya dijongketkan sebelah sambil memandangnya pelik.

"Yes?"

"Tuan bila nak pergi sana semula? Mereka yang lain dah lama tunggu Tuan." katanya kepada Syaril.

"Jangan risau, aku selalu perhatikan kamu semua. Pastikan kamu teruskan kerja kamu. Karl, Yasren dan Adha ada untuk urus kamu semua. Aku akan datang juga semula ke sana," balas Syaril dingin. Lalu lelaki itu hanya mampu menggangukkan kepalanya sahaja.

Syaril meneruskan langkahnya. Cermin mata hitam dipakai. Riak wajahnya dingin sahaja sepanjang dia berjalan.



Syikin menghampiri abangnya yang sibuk melakukan kerja. Wajahnya sudah cemberut habis. Dia dah buat bermacam cara agar abangnya memandang kearahnya.

"ABANG!"

Jeritnya dengan lantang. Terkejut Karl dibuatnya. Dia memandang tajam kearah Syikin yang menunjukkan riak tidak bersalah.

"Nak apa kin?"

"Syikin bosanlah! Asal lama sangat abang buat kerja. Syikin nak jumpa akak Lyn. Syikin masih risaukan dia." risau Syikin seperti cacing kepanasan sahaja. Kejadian kakak iparnya hampir terlanggar terbenak difikirkan.

Tidak boleh dia bayangkan jika 5 jam yang lalu kakak iparnya itu dilanggar. Memang boleh jadi gila kalau itu yang terjadi.

Kepalanya digelengkan sambil mulutnya tidak berhenti beristighfar. Karl memandangnya pelik lalu dia tersenyum nipis.

"Dia okey je tu. Jangan risaulah. Nanti kita pergi rumah dia eh. Abang kena habiskan kerja abang dulu." kata Karl ingin menenangkan adiknya.

Syikin menggangukan kepalanya lalu tersenyum manis kepada abangnya. Karl menyambung semula kerjanya dengan tekun.

"Abang, kalau Syikin nak keluar sekejap boleh tak?" soalnya kepada Karl. Dia bosan berada di pejabat abangnya.

"Boleh. Tapi jangan jalan jauh sangat ye," jawab Karl dengan lembut.

"Baik abangku sayang. Syikin keluar dulu ye. Assalamualaikum." katanya lalu melangkah keluar. Karl yang mendengar hanya menggelengkan kepalanya.



Syikin berasa seperti ada orang yang mengikutinya dari belakang. Dia menghentikan langkahnya dan berpusing ke belakang.

Kosong

Dia mengerutkan keningnya. Selepas itu dia meneruskan langkahnya semula walaupun dia tahu ada yang mengikuti langkahnya.

Bibirnya mengukirkan senyuman sinis apabila mendengar derapan kaki berada di belakang. Belum sempat orang itu bertindak, Syikin terlebih dahulu memusingkan badannya dan memberikan tumbukan padu pada wajah orang tersebut.

Buk!

"Arghhh!"

"Hye, bitch!" sapa Syikin dengan mesra lalu tergelak kecil. Lelaki itu kelihatan marah lalu melancarkan serangan terhadap Syikin.

Setiap serangan Syikin dapat elak dengan pantas. Belum sempat tahan lelaki itu menumbuk wajahnya, dia terlebih dahulu menahan tangan tersebut.

"Asal lemah sangat ni? Aku tahu kau dihantar oleh siapa. Jangan ingat aku tak tahu eh." katanya dengan senyuman mengejek.

Dia memulas tangan tersebut dengan kasar sehingga lelaki itu mengerang kesakitan. Tubuh lelaki itu dia lepaskan dengan kasar.

Namun, lelaki itu tidak mengalah. Dia mengeluarkan pisau dan menyerangnya kembali. Syikin membuat pusingan 90 darjah, dan serangannya terkena tepat di kepala lelaki tersebut.

"Arghh!"

Lelaki tersebut jatuh tersungkur. Syikin masih belum puas, dia memijak perut lelaki itu dengan kuat. Kaki kanan diangkat lalu dipatahkan.

Prak!

"Arghhhh! Sial"

Jeritnya namun Syikin hanya membuat riak wajah selamba sahaja. Dia memandang sekeliling, sunyi sahaja laluan tersebut. Patutlah lelaki itu menyerangnya.

"Bye, sayangku."

Katanya lalu tergelak puas. Dia berasa puas kerana dapat mengerjakan lelaki tersebut. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis dan meneruskan langkahnya.

Done update sayang❤. Jangan lupa vote dan komen ye. Haih siapa sebenarnya Syaril, Karl, Yasren, Adha dan Syikin?. Apapun jumpa lagi okey. Selamat membaca.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum