PART XXV

26 10 18
                                    

Aku keluar dari bilik mandi sambil menggosok rambut menggunakan tuala.

This is getting heavy , can you hear the bass boom I'm ready----

Telephone di atas katil bernyanyi. Halah, tahu la suara sedap takyah la nyanyi. Jealous you know ?

Aku capai telephone dan melihat si pemanggil. Eh Taenuk call aku ! Ele rindu ah tu.

Pantas panggilan itu aku jawab.

" Yeobuseyo, Taenuk rindu aku ke ? " soal aku padanya.

" Perasan, kau okey ke kat sana ? Takde masalah ? Budak Jimin tu jaga kau tak ? Kalau dia buli kau, kau cakap kat aku. Nanti biar aku lenyek budak tu pakai kereta sorong " kata Taehyung dihujung talian.

Aku ketawa perlahan. Acah caring je dia ni. Kalau rindu cakap je la heh. Ego punya abang.

" Aku okey je ni ha. Kau takpayah nak over protective sangat. Bukannya, apa sangat. Aku dah besar la. Kau kat sana okey ? Omma ? Jungkook ? " aku pula menyoal.

" Hek eleh budak ni, kau tu dah la budak tak matang ada hati nak berlagak dewasa. Boleh jalan lah ! Kitorang kat sini sihat je. Bila kau balik ? " soalnya.

" Mungkin lusa kot. Aku tahu kau rindu aku. Ececeh, malu - malu pulak. Nanti aku balik kita makan icecream sama - sama eh ? Kau belanja " balasku.

" Kau ni suka sangat perahsantan. Em, nanti kau balik aku ambik kat airport. Okey la, aku punya credit dah nak mampus ni. Annyeong, saranghae " ucapnya.

" Nado saranghae. Em, bogoshipeo Taenuk kesayangan Jay ! "

" Nado bogoshipeo monyet kesayanganku. Take care. Yang ni serious bye. Annyeong ! " panggilan dimatikan.

Aku tersenyum. Rindu pulak nak bergaduh dengan dia depan tv semata - mata nak tunggu omma hidang makanan.

Aku keluar dari bilik bersama senyuman. Hek eh.

Buka sahaja pintu, aku melihat Jimin yang sedang berdiri di hadapan muka pintu. Apa mamat ni buat kat sini ?

" Kau kenapa ? " soalku.

" Erk, takde apa. Kau ni dah kenapa senyum - senyum. Call namchin la tu " katanya sambil menjeling aku.

Dah la jeling orang lepastu sibuk nak mengintai orang tu buat apa ?

" Haah call namchin, kau sibuk kenapa ? " muka kerek aku tayang.

" Huh, sia - sia bercakap dengan kau ni. Takde faedah, baik aku pergi makan ! " bentaknya dan terus berlalu turun ke dapur.

Lah, emosi pulak. Budak ni kenapa sebenarnya ? Emosi tak stabil ke caner ?

Malas nak fikirkan budak yang datang matahari tu, aku turun ke dapur.

Yoongi yang sedang menghidang makanan aku pandang. Mata kami bertembung sebelum dia melempar pandangan tajamnya padaku.

Aku nak gelak tapi kesian dekat dia. Takut betul dia kalau Jaera tahu yang dia minat kat budak tu. Apa - apa la Yoongi, janji aku bahagia.

" Yow Yoongi, masak apa ? " soal aku lalu melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang terdapat di situ.

" Eh budak, aku ni lagi tua dari kau tau ! Hormat la sikit " dia jeling aku.

" Kau nak aku hormat macam mana ? Panggil kau oppa ? Yoongi oppa " suara aku leretkan macam perempuan gatal.

Ee, aku pun geli dengan diri sendiri. Sesiapa tolong tampar aku pakai ikan pari sekarang.

[ H ] The Failed Revenge [PJM]Where stories live. Discover now