PART XV

35 11 24
                                    

Aku duduk sambil menunduk. Ye tahu ayat tu macam syiah sikit biar la dia.

Pandangan curiga dari Jaera, Tayra dan Hansung buatkan aku kecut perut. Diorang ni seram tahu tak ?!

" Jangan la pandang aku centu. Aku belum bunuh orang lagi. Niat je " ucapku.

" Baik kau mengaku, kau dengan boss ada hubungan kan ? Ala, kau mengaku je la. Dalam pejabat boss semalam pun main kiss - kiss. Fikir aku tak nampak ? " kata Jaera.

Tunggu balik nanti memang aku bunuh anak pakcik Park tu. Sebab kan dia, habis nama aku famous satu banggunan. Taguna sungguh.

" Takla. Salah faham je tu " bantahku.

Mereka mengeluh.

" Sukahati kau la. Tapi ni aku nak pesan, tu perempuan tu. Ha nampak tak ? " kata Hansung sambil memandang satu arah.

Ha, makcik cleaner tu ? Kenapa pulak dengan dia ?

" Dia tu minat dekat boss. Boleh kata macam sasaeng la. Jadi, kau hati - hati la. Mana tahu dia nak bunuh kau ke kan ? " kata Hansung seperti dapat membaca soalan yang ada dalam kepala otak aku ni.

Oh, patut la makcik cleaner tu tanya aku pasal hubungan aku dengan Jimin. Tapi, dia jangan risau sebab aku memang takkan dan tak mahu jatuh cinta dekat mamat taguna tu.

" Tapikan, aku tengok kau dengan boss tu sweet la. Makan pun suap - suap. Share makanan. Makan sama - sama. Ergh jealous siut. Bila aku nak dapat part-- "

" Jaena, tolong mop lantai dekat sana tu ! " jerit makcik cleaner itu.

Laa, aku kerja hantar makanan je kot. Dia tu makcik cleaner, tak sedar diri pulak. Okey maaf mengutuk. Tapi benda tu fakta k.

" Weh, aku gerak luh. Kejap lagi la sambung membawang ya ? " aku bangun dari duduk.

Tiga ekor makhluk itu mengangguk.

Aku terus berlalu mengambil mop dan baldi untuk mengemop kawasan yang ada tumpahan air. Susah la aku nak terang.

Tengah - tengah aku mengemop tu, tak tahu kaki anak cipan mana tiba - tiba wujud dekat depan aku sampai aku terlanggar. Badan aku mula tak seimbang. Dengan air sabun licin lagi.

Dah aku jatuh dulu. Selamat malam anak - anak Tenuk sekalian.

1 saat
2 minit
3 jam

Dan kenapa aku masih tak jatuh ? Aku buka mata dan biji mata aku hampir terkeluar bila aku nampak muka Jimin depan muka aku.

Sebab tak mahu drama tv3 ni berterusan, pantas aku tolak Jimin menjauh.

Tapi tak sangka malang aku ni bertimpa - timpa jadinya aku tergelincir, jatuh, terlanggar kaki meja dan alhamdulillah meja tu hempap aku dan seterusnya meja tu terkena baldi dan alamatnya baldi tu elok melekat kat kepala aku.

Tahniah pada diri aku sendiri yang kena malang bertimpa - timpa. Inilah yang dikatakan sudah jatuh, ditimpa meja dan ditimpa pula dengan air sabun dan baldi.

" Neo gwenchanha ? " soal Jimin.

Dia punya soalan tu kan, baik pergi tanya dekat zigot je la. Takkan dalam keadaan macam ni dia boleh tanya aku okey ke tak. Memang jawapannya tak la. Aduhaii.

" Aku tak okey, dah mati dah pun sebab ada orang tanya soalan bodoh kat aku " balasku.

Nak bangun sendiri tak mampu, meja ni berat dia masyaAllah, tak termampu aku nak angkat.

" Memang taknak tolong aku bangun ke ? Nak tunggu aku mati dulu ke caner ? " kataku.

Kepala yang masih berada di dalam baldi ni aku gerak ke kiri dan kanan. Nak cabut guna tangan, tangan dah kena hempap. Haih, malangnya nasib.

Perlahan aku rasa meja itu diangkat. Wah alhamdulillah. Pantas setelah tangan boleh digunakan, aku cabut baldi yang melekat di kepala aku itu. Wah, rasa macam ada dekat dunia lain aku duduk dalam baldi tu.

Jimin hulurkan tangannya padaku. Dia nak aku buat apa ? Jilat ?

" Pegang la tangan aku ni. Lenguh tahu ? " katanya.

Laa, cakap la awal - awal. Hulurannya aku sambut lalu bangun dengan bantuannya.

" Okay tak ni ? Baju kau habis basah " ucapnya.

Pantas badanku aku tilik. Fuh, baju aku dah la warna putih.

Sedang tekun aku menilik baju aku, ada sepasang tangan yang meletakkan coat di badanku.

Pantas aku mendongak. Jimin tayang muka dingin lalu berkata.

" Badan kau terdedah. Aku tutup kan je. Bukan bermakna dendam aku dah habis " ucapnya.

Ee, tak habis - habis dengan dendam dia. Ada yang kena letupan bom atom ni kang.

" Ish sudah la. Kalau tak ikhlas, pergi main jauh - jauh " aku tolak badan dia menjauh.

Tangan aku dipegangnya kemas lalu aku ditarik mengikutinya. Eh eh eh.

" Duduk sini diam - diam. Aku call Yoongi hyung hantar baju salinan untuk kau. Hm, balik nanti balik dengan aku. Motor kau Namjoon hyung baru hantar pergi repair " katanya sambil mendudukan aku di meja yang diduduki oleh Jaera, Tayra dan Hansung.

Aku mengangguk faham. Nak bantah nanti, tak balik rumah aku. Ha, siapa susah ? Atuk kau jugak.

Jaera yang berada di sebelah menyiku lenganku perlahan.

" Wah, gentle la boss dengan kau " usiknya.

Aku menjeling Jaera tajam. Budak ni aku rejam nanti tahu la.

" Aku keluar kejap. Kau duduk diam - diam, jangan pergi mana - mana " pesannya sebelum melangkah keluar.

Aku mencebik. Aku ni nak pergi mana je dengan basah apa semua ni ?

" Weh, first time aku tengok boss kita gentle macam tu. Maka, ternyata la korang ada relationship " kata Tayra dengan spekulasinya sendiri.

Aku menggeleng. Aku cakap tak pun diorang bukan percaya.

Sosok tubuh Jimin yang sedang bercakap dengan telephone di luar itu aku lihat. Dia ni nak balas dendam ke nak menggoda aku ?

Eh, aku merapu apa ni ? ah, sedar la Jaena oi !























CONTINUEDDD NGUENG

[ H ] The Failed Revenge [PJM]Where stories live. Discover now