PART XXXI

48 10 9
                                    

Harini aku dah start kerja balik. Ye la, berapa lama kau nak aku cuti ? Sampai reput ?

Setelah bersiap ke tempat kerja, aku melangkah keluar dari bilik. Kelibat Taenuk dan omma aku cari. Eh, kok menghilang ? Tibe jadi indonesia.

Bam !

Pintu rumah terbuka luas dan tersembul la wajah seketul Jeon kokenat Jungkook hanat. Memang tak reti nak ketuk pintu bagi salam dulu eh ?

" Roboh pintu rumah aku, memang aku report dekat mummy Jeon kau bercinta " aku jeling dia.

" Eh kau, sikit - sikit nak report. Aku terajang kau ni, sia - sia je hidup " balasnya.

Aku gulingkan biji mata. Malas nak layan dia, aku bawa langkah ke dapur. Omma yang tengah memasak tu aku pandang. Agak - agak kalau aku terkejutkan dia, dia campak tak sudip tu ?

" Weh Kook, jom terkejutkan omma " bisikku pada Jungkook.

Jungkook tersengih jahat lalu mengangguk. Maklum la, kami memang jahat.

Perlahan aku dan Jungkook jalan berjengket ke arah omma yang sedang focus memasak.

Aku pandang Jungkook, Jungkook pandang aku. Kami mengangguk dan-----

" BAA !! "

" OHMAKJIMENGBTSHENSEMTAERCURANGDENGANHOSEOK--- aish ! " tak semena - mena, aku dan Jungkook diketuk pakai sudip.

Ha, kan mendapat. Sakit sia penangan sudip sakti omma ni. Lain kali aku kena sorok nampak gayanya. Kalau tidak, mahu benjol kepala aku kena ketuk.

" Sakitlah omma " rungut aku dan Jungkook.

" Ha padan muka, siapa suruh terkejutkan omma ? " omma tayang muka tak puas hati.

Aku dan Jungkook hanya redho. Macam mana agaknya ayah aku boleh berkenan dengan mak aku yang tiga suku ni ?

" Ma, Taenuk mana ? " soalku.

" Keluar. Katanya ada hal penting " beritahu omma.

Aku mengangguk. Apa yang penting sangat tu agaknya ya ?

" Omma masak apa tu ? Sedap je bau " ujar Jungkook.

" Ada la. Dah pergi duduk dekat meja makan sana. Shuh ! Shuh ! " eh dihalaunya pulak kita.

Aku dan Jungkook hanya menurut. Kang bantah kang mahu kena lagi ketuk pakai sudip sakti tu. Tak pasal - pasal coma kena ketuk sudip.

" Weh Kook, kau ingat tak masa sekolah tinggi yang kau cakap Jemah anak pengetua tu tak lawa ? Last - last, sekarang kau yang bercinta dengan dia. BAHAHA " ujarku.

" Excuse me, kiranya cerita aku ada bab - bab drama. Ada glow up. Kau ada apa je ? Dari dulu sampai sekarang sama je. Muka je berbeza " ucapnya.

" Asal muka pulak ? " soalku.

" Dulu kau comel. Sekarang muka macam tapir tak cukup makan kau tahu ? " katanya.

Pantas sudu yang ada di atas meja aku anbil lalu kepala dia aku ketuk pakai sudu. Tak guna punya cousin. Sempat mengutuk aku !

" Kamu berdua ni, asal bertemu bergaduh, bergaduh bertemu. Tak penat ke ? Nah makan. Jay, kamu nak pergi kerja pukul berapa ni ha ? " bebel omma.

" Ala omma ni. Nanti Jungkook hantar orang. Kan Kook kan ? " aku senggol lengan Jungkook.

" Eh aku pulak ?! " bantah Jungkook.

Omma menggeleng memandang kami. Penat nak melayan kami berdua agaknya.

" Weh Kook, kau tak kerja ke ? " soal aku sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

" Aku cuti la. Kau ni, bila aku kerja, kau kata aku tak reti nak cuti. Bila aku cuti, sibuk tanya aku kerja ke tak. Kau nak apa sebenarnya ha ?! " Jungkook jeling aku.

Laa emosi pula. Budak ni masalah dunia betul.

" Cepat la makan. Kamu tu bekerja dengan orang, sedar sikit " marah omma.

Ish, kalau dengan Jimin punya la baik. Dengan aku, asyik nak marah je. Apa omma ni.

" Kook cepat la. Nanti omma bising lagi " kataku.

Jungkook mengangguk. Dia bangun dari duduk dan memberi isyarat agar kami beredar.

" Omma, Jay gerak dulu. Apa - apa, Jay bagitahu " kataku dan bergerak bersama Jungkook.

Nak jumpa Jimin. Ai is rindu. Muehehe. Tahu gedik, jangan kecam saya.

SEKIP YA ANUCK - ANUCK--

Kereta Jungkook berhenti di hadapan cafe Serendipity. Aku keluar dari kereta.

" Kook, kau taknak lepak dulu ke ? Aku tiba - tiba ada niat nak belanja kau ni. Taknak ke ? " aku pandang Jungkook dengan sebelah kening terangkat.

" Kau ni, selalu menggoda aku dengan makanan. Janji eh belanja aku ? " dia keluar dari kereta.

" Ya, aku belanja. Jom " aku melangkah bersama denganku.

Pintu cafe aku tolak dan masuk bersama Jungkook. Beberapa pekerja JMP Holding menyapa aku.

" Kau duduk dulu eh ? Aku pergi ambil makanan untuk kau " kataku.

Jungkook mengangguk. Aku membawa langkah pergi ke dapur. Nak meminta makanan pada tukang masak didapur. Baru nak masuk, Jaera dan Yoongi menghalang aku. Kenapa dua tenuk ni ?

" Eh Jay, nak pergi mana ? " soal Jaera.

" Ambil makanan untuk Jungkook. Ni kenapa korang tercegat depan pintu ni ? " aku pandang mereka berdua.

Jaera memandang Yoongi dengan pandangan yang entah la. Aku tak tahu nak tafsir pandangan tu macam mana.

" Biar aku ambilkan. Kau nak apa ? " kata Yoongi.

" Aku tak tahu makanan apa yang ada, so aku nak tengok dulu baru aku ambil. Tak, korang ni asal mencurigakan semacam ni ? " aku beri pandangan mencurigakan.

Tak pernah lagi Yoongi ni offer nak tolong aku. Biasanya aku yang paksa dia. So, ni kenapa ? Mesti ada something.

" Ah, kau ambil la cuti harini. Biar aku ganti kerja kau. Ha, kau pergi duduk eh ? " kata Jaera.

" Aku dah cuti dua hari tau. Kau bukan kerja office ke ? Ni kenapa sesat kat sini ? Kerja dah habis ke ? Tapi serasa aku, kerja korang tak pernah habis kan ? " aku pandang Jaera.

Jaera dan Yoongi menelan liur. Ha, fikir aku tak nampak halkum si Yoongi tu bergerak - gerak ?

Okey, baru aku perasan. Juyeong mana ? Cuti ke ?

" Eh, mana Juyeong ? " soalku.

Biasanya dia dulu yang wujud dekat cafe ni. Ni hilang mana ni ? Kena culik bunian ?

" D-dia ambil cuti ! Ha ambil cuti. So, kau pun kena la ambil cuti. Harini biar kitorang ganti " kata Yoongi dan mendapat anggukan dari Jaera.

But, maaf. Aku tak percaya diorang. Aku tolak mereka berdua ketepi. Kesian Jungkook tunggu lama - lama. Nanti tak pasal - pasal, aku pula kena maki. Fuh, tak sanggup.

Tombol pintu dapur itu aku pegang.

" I love you, baby "

Suara tu, suara perempuan. Makin kuat penyakit busy body aku menyerang. Pintu itu aku buka dan jantung aku berhenti berdegup.

Aku tengok apa ni ?!








































CONTINUED NGUENGGGGGGGGG

[ H ] The Failed Revenge [PJM]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora