팙 16 : Tertarik

66 13 0
                                    

" Taehyung "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Taehyung "

Aku memerhati senyuman yang terlangkar dibibir merah jay. Walaupun ianya hanyalah senyuman tipis tapi mampu membuatkan aku terikut senyum sekali.

Aigu kim taehyung, apa masalah kau ni?

Vernon yang tak sudah sudah membuat jay tersenyum itu aku perhati. Tak pernah pulak aku lihat vernon bergurau senda dengan jay sebelum ini.

Walaupun jay hanya tersenyum dan tertawa kecil sahaja tetapi ia kelihatan mesra dipandangan aku dari nak dibandingkan dengan hubungan mereka sebelum ini.

Kini vernon dan jay kelihatan lebih rapat dari biasa. Dan apa yang paling hebat dipandangan aku sekarang ni ialah, vernon berjaya membuat jay tersenyum dan tertawa.

Selalunya wajah jay akan kekal dingin walaupun benda yang kita ceritakan tu boleh membuat 20 juta orang tertawa.

Tapi sekarang, dia ketawa.

T-tapi, kenapa dia nampak cantik dan menarik? Walaupun dia seorang lelaki tapi dia mempunyai wajah dan senyuman yang manis.

Dan dapat membuatkan aku tertarik?

Aku perasan yang rambutnya sudah semakin memanjang di takat jawline nya. Dia menguakkan rambutnya kebelakang, a-aku agak tergoda.

Sekejap! Apa masalah engkau ni kim taehyung?!

Tulah selalu sangat perhatikan jay tanpa lepas, jangan cakap yang aku dah mula..

Mula..

Jatuh suka dekat dia?

Fak! Aku bukan gay! Erghh!!

Tak tak kim taehyung, kau kena buang perasaan suka ni dekat jay dengan secepat yang mungkin. Nanti kalau lama lama dibiarkan dia akan bertukar menjadi perasaan cinta.

Aku taknak kecewakan sesiapa jika mereka tahu yang aku sudah mula sukakan lelaki.

Aku tidak mahu dipinggirkan oleh keluarga aku, dari masyarakat hanya disebabkan rasa suka aku pada dia.

T-tapi, hati aku berat nak berhenti perhatikan dia. Aku tak boleh! Dia dah macam hobi aku sekarang ni.

Dia terlalu menarik untuk aku berhenti perhatikan dia.

Aku akan cuba hilangkan rasa suka aku pada dia sedikit demi sedikit. Tuhan, tolong bantu aku ya?

--

" rambut kau dah semakin memanjang ni jay, kau taknak pergi potong ke? " , soal jimin yang elok duduk memeluk tubuh memandang jay.

" hm malaslah, nanti bila aku dah rimas sangat nanti baru aku pergi potong " , balas jay sambil menatap telefon pintarnya melihat gambar gambar posting instagram baru miyeon.

" aku dah dapat nombor telefon perempuan yang aku langgar tempoh hari tu " , kata jimin membuatkan pandangan jay terus tertumpu padanya.

" wow so sudden, macam mana kau boleh dapat number dia? " , soal jay sambil menongkat dagu memandang wajah jimin.

" dia terjumpa wallet aku jatuh dekat lantai and terus dia jumpa dan serahkan dekat aku. So, dengan kesempatan yang ada, aku pun minta nombor telefon dia. By the way, nama dia seo soojin " , jelas jimin. Jay mengerutkan dahinya setelah dia mendengar nama perempuan itu.

" seo soojin? Asal nama tu familliar eh? " , soal jay sendiri. Jimin terus mendengus mendengar pernyataan jay itu.

" kau jangan cakap yang dia tu pun salah satu perempuan yang sukakan kau tanpa tahu jantina sebenar kau. Kalau betul, aku nangis " , balas jimin dengan cebikkan.

" ahh! Aku dah ingat! " , terus jay menepuk kuat meja makan yang diduduki oleh dirinya dan jimin.

" soojin, kawan kepada miyeon. Miyeon ada kenalkan soojin dekat aku dua minggu lepas " , sambung jay. Terus jimin mencebik lagi.

" dia minat kau la tu " , balas jimin dengan nada merajuknya. Jay tertawa kecil.

" dia tahu lah aku perempuan. Dia straight lagi, dont worry " , jay mengenyitkan matanya lalu dia menyambung bermain dengan telefon pintarnya.

Jimin tersenyum kecil. Jay suka sangat buat hati dia berdegup laju. Dia tak boleh lah dengan jay ni, berpakaian macam lelaki pun masih boleh menggoda jiwa lelakinya.

Sudah park jimin, lagi baik kau cuba move on. Kalini kau kena move on betul betul.

" jimin " , jay menoleh memandang jimin.

" miyeon nak datang sini sekali dengan jin " , kata jay lalu dia meletakkan telefon pintarnya diatas meja dan mula menghirup jus epal miliknya.

" ish malas lah nak layan kebodohan dorang berdua tu " , cebik jimin. Bukan apa, pasangan bercinta tu sekepala teruk.

Sorang gelak mesti yang sorang lagi pun gelak, sorang mula mengarut mesti yang sorang lagi pun ikut sama.

Kadang kadang tu member yang single ni terasa sangat singlenya.

" haluu guys! " , sapa seokjin dengan senyuman yang tak lengkang dari bibirnya.  Miyeon juga tersenyum manis kearah dua orang rakan rapatnya, tangannya setia memaut erat lengan kekar seokjin.

" haih, hajat apa ni datang menyibuk? " , soal jimin kedengaran kasar tetapi bagi mereka itu hanyalah gurauan.

" saje nak kacau korang, asyik dating berdua je. Bukan nak ajak member lepak sekali " , balas miyeon sambil mengambil duduk disebelah jay.

" otak kau dating " , balas jay bersertakan dengan jelingan tajam. Miyeon tertawa kecil lalu memukul lengan jay separa kuat.

" aku gurau jelah, handsome " , kata miyeon lalu mengenyitkan sebelah matanya pada jay.

" eh apa ni? Kenapa awak cakap jay handsome? Kan saya dah kata yang saya ni worldwide handsome mana ada yang lagi handsome dari saya. Hm majuk lah ceni " , seokjin mencebikkan bibirnya. Miyeon hanya tersenyum manis lalu menepuk bahu seokjin sedikit.

" mengada buwek! " , miyeon menjelirkan lidahnya pada seokjin terus seokjin memukul bahu miyeon kuat.

" suka sangat lah buat orang macam ni " , seokjin memeluk tubuh acah merajuk. Miyeon hanya membiarkan sahaja si seokjin tu merajuk.

Kang kalau dilayan habis terbalik meja makan ni nanti.

C A T F I S H I N G

CATFISHING • KTHWhere stories live. Discover now