팙 14 : Terkejut

73 12 2
                                    

" jay! Tolonglah terima i, i cinta mati dekat you " , kata seorang perempuan bernama alice sambil menarik narik lengan jay agar dia tidak berjalan meninggalkannya

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

" jay! Tolonglah terima i, i cinta mati dekat you " , kata seorang perempuan bernama alice sambil menarik narik lengan jay agar dia tidak berjalan meninggalkannya.

" berapa kali aku nak kena bagitahu kau ni alice? Aku perempuan! Aku bukan lelaki! " , balas jay geram dengan alice yang tak reti nak faham bahasa.

" i tak kira! You lelaki ke you perempuan ke i tak kesah! I tetap nak you jugak! " , desak alice yang sangat terdesak inginkan jay sebagai teman hidupnya.

" yaish! Kau otak takde ke? Aku straight tahu straight? Ramai lagilah jantan sejati yang kau boleh cari, apahal semak nak kat aku jugak hah?! " , jay sudah mendengus tidak suka.

Berbuih mulut dia bercakap dengan alice ni tentang jantina dia. Tapi perempuan ni tetap degil, nak jugak dekat dirinya.

Dia punya tahap obses tu dah melampau! Sampai sanggup letakkan dadah dalam air minuman jay sehingga jay khayal, tujuannya adalah untuk membuatkan dirinya mengandungkan anak jay tapi semuanya tak menjadi apabila dia ketahui jantina sebenar jay.

Walaupun begitu, dia tetap inginkan jay. Dia tidak kira samada jay itu lelaki ataupun perempuan. Dia tak kesah.

" i tak boleh lepaskan you, bila i tengok muka you je i teringatkan jongsuk. I tak boleh! " , jelas alice yang dahulunya ada perasaan terhadap mendiang abang jay.

" haih penat aku bercakap dengan orang bodoh macam kau ni. Baik aku masuk kerja " , jay mula mengorak langkah untuk masuk ke dalam.

Ya, kini jay dan alice berada di hadapan bangunan kim's building. Sebelum sempat jay mengorak untuk masuk, alice menarik tangan jay untuk bercakap dengannya.

" nanti jay! " , alice terpekik pekik memanggil nama jay tapi diendahkan olehnya.

Jay memasuki ke dalam lif untuk naik ke tingkat atas dimana tempat dia berkerja.

Jay merungut tentang alice yang tak reti nak berputus asa walaupun sudah tahu kebenaran tentang jantinanya.

" dia tu bodoh ke? Aku dah kata nak dekat sejuta kali dah dekat dia yang aku ni perempuan. Tapi nak jugak tu kahwin dengan aku " , bebel jay.

Tanpa dia sedar ada seseorang yang sedang memandang jay dengan pandangan terkejut dari belakang.

" jay? " , tegur orang itu. Jay pun tanpa segan silu terus memalingkan kepalanya kebelakang.

" ahh vernon " , dengan selambanya jay menegur vernon semula.

" the fuck? Kau bercakap? " , soal vernon membuatkan jay tersedar. Alamak! Dia terlepaskan suara emasnya.

" oh shet! " , terus jay mendekatkan dirinya pada vernon lalu berbisik,

" aku tau kau mungkin terkejut lepas tahu yang aku ni sebenarnya perempuan tapi tolong, tolonglah jangan bagitahu orang lain " , bisik jay pada telinga vernon. Vernon menelan air liurnya perit.

" su-suara kau merdu walaupun kau hanya bercakap " , puji vernon tanpa sedar. Jay mengeluh.

" dang! Sebab tulah aku tak bercakap " , jelas jay sambil memeluk tubuh.

" t-tapi kenapa kau berpakaian macam lelaki? " , soal vernon ingin tahu. Jay tersenyum kecil lalu menepuk bahu vernon perlahan.

" semua yang aku buat ada sebabnya. Jadi jangan mempersoalkan kenapa " , balas jay lalu dia keluar dari lif apabila pintu lif itu sudah terbuka.

Vernon masih terkesima sambil berjalan ke mejanya.

" kau kenapa? " , soal soyeon yang berada disebelah mejanya.

" j-jay " , kata vernon tergagap.

" kau dah dengar suara dia eh? HAHA JAY DIA BARU DAPAT DENGAR SUARA ENGKO HAHA LEMBAP! " , ejek soyeon sambil ketawa suka.

" diamlah soyeon " , balas jay pendek. Dia berani bersuara pun sebab ada soyeon dan vernon sahaja dekat dalam pejabat sekarang ni.

Yang lain masih belum sampai.

" k-kau dah dengar suara jay dulu sebelum aku?! " , soal vernon pada soyeon sedikit terkejut.

Apa ni! Antara dia dengan soyeon, dia boleh dikatakan lagi rapat dengan jay dari si soyeon tu. Tapi kenapa soyeon pulak yang boleh dengar dulu suara jay. Ni tak aci ni!

" dia terdengar, bukan aku sengaja sengaja nak dedahkan suara aku dekat dia " , balas jay yang kedengaran agak dingin sambil menaip sesuatu di komputer kerjanya.

" rezeki aku sampai dulu benon. Bersyukur jela yang kau akhirnya dapat jugak dengar suara merdu jay tu. Jangan terfall in love sudah " , kata soyeon lalu dia menyambung melakukan kerjanya.

Vernon hanya mencebik lalu menyambung melakukan kerjanya semula. Suasana di dalam pejabat agak sunyi.

Mereka bertiga yang datang terlebih awal ke tempat kerja pun hanya mendiamkan diri dan terus melakukan kerja mereka. Malas ingin membuka mulut untuk bersembang, kerja lebih penting!

" HALUU EVERYBODY!! " , dengan gaya ala ala divanya yuqi keluar dari pintu lift sambil melibas libas rambut panjang dan kerintingnya kebelakang.

" asalkan kau muncul je mesti kau akan memekak, habis cair taik telinga aku " , tegur soyeon tanpa menoleh memandang yuqi.

" ish! Kau patut bersyukur sebab tengok aku ni happy je memanjang. Kau jangan memain! Sekali aku moody ha dengan kau kau sekali aku campak kebawah! " , balas yuqi lalu mengambil duduk ditempatnya.

" eleh, sebelum kau sempat campak aku— maybe kau dulu yang dah kena tetak dengan aku " , soyeon membalas selamba. Yuqi hanya mampu mencebikkan bibirnya lalu dia memusingkan tubuhnya untuk menghadap jay yang sedang tekun melakukan kerjanya.

" hai buah hati saya! Kau sihat? " , soal yuqi dengan senyuman yang sengaja dicomelkan. Jay mengabaikan dia dan terus melakukan kerjanya.

Vernon dan soyeon hanya memerhatikan perilaku yuqi. Kalau dulu, mereka berdua takdelah rasa nak gelak sangat bila tengok yuqi berusaha mengorat jay, tapi selepas dah tahu jantina sebenar jay ni dorang berdua rasa macam nak je gelakkan yuqi sambil guling guling dekat atas lantai.

Hm tapi kuburkan jelah niat tu. Kang tak pasal pasal kantoi pastu kena smackdown free dari jay pulak.

Yuqi pun terus sahaja duduk di mejanya.

" jay, harini kau kena ikut aku pergi tengok rumah yang kita tengok dengan tuan kim haritu " , kata vernon setelah dia teringat tentang kerja terpenting mereka harini.

Jay mengangkat ibu jarinya pada vernon tanda dia mendapat pesanan vernon itu dengan jelas.

" boleh tak kalau aku nak ikut sekali? " , soal yuqi sambil memandang jay dengan wajah yang sengaja di comelkan.

" tak boleh. Tuan kim suruh aku dengan jay je yang pergi tengok rumah tu. Kau duduk je dekat pejabat buat kerja kau " , balas vernon tanpa menoleh memandang yuqi.

Yuqi mendengus lalu dia pun sambung melakukan kerjanya.

C A T F I S H I N G

CATFISHING • KTHOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz